Sunday, December 31, 2006

Ibu...


Rindukah saya pada ibu? Ya, saya merinduinya. Sudah hampir 2 minggu saya tidak mendengar suaranya. Pemergiannya bersama ayah untuk mengerjakan ibadah haji benar-benar saya rasai.

Ya, barangkali saya begitu manja. Saya menelefon rumah hampir tiap-tiap hari untuk mendengar suaranya. Berkongsi segalanya. Tidak pernah saya merahsiakan sesuatu perkara daripada pengetahuannya. Infiniti kesyukuran kepada Allah kerana mengurniakan saya seorang ibu yang begitu memahami.

Rindu ini tidak pernah saya zahirkan di hadapan adik-adik saya. Biarlah ianya terlipat kemas jauh di lubuk hati saya.

Saya tidak dapat membayangkan hatta sesaat kesusahan anak-anak kecil di Palestin yang kehilangan ibu mereka, yang melihat ibu mereka dibunuh di hadapan mata mereka.

Semalam jari makcik saya tersepit di celahan pintu kereta. Kesakitan membuatkan dia menangis. Namun hati saya begitu sayu melihat dua anak kecilnya juga menangis apabila melihat ibu mereka menangis. Tiada siapa mengajar mereka, namun kasih sayang di antara seorang ibu dan anak sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Melihat mereka, saya terbayang trauma yang menimpa kanak-kanak Palestin.

Ada yang melihat kejadian rogol yang menimpa akak dan ibu mereka. Ada yang melihat otak adik mereka bersepai kerana peluru biadap Israel. Kadangkala mereka bersembunyi di celahan hirisan daging keluarga dan bau mayat yang menusuk hidung. Adakah kesatan telah mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai tangisan dan keinsafan kita? Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu di sana…

Friday, December 29, 2006

Mayat Yahudi...


Saya mengetahui cara pengebumian mayat orang Kristian, Cina, India, dan lain-lain melalui media. Namun, tidak pernah terlintas dalam minda benak saya, bagaimanakah caranya pengebumian mayat seorang Yahudi.

Saya hanya mengetahuinya melalui usrah dengan seorang pensyarah di sini. Rupanya mayat orang Yahudi ditanam dalam keadaan berdiri. Bagi mereka, kehilangan seorang Yahudi adalah suatu kehilangan yang begitu besar. Upacara pengebumian perlulah dilakukan dengan keadaan yang begitu rahsia. Ego Yahudi begitu tinggi sehinggakan masih ingin berdiri meskipun telah bergelar mayat.

Cuma persoalan yang bermain di dalam minda saya, apakah nilai mayat seorang Islam? Bagi orang Islam sendiri, kehilangan saudara-saudara seaqidah adalah perkara biasa. Syahidnya ribuan nyawa adalah suatu yang biasa. Ya, begitu biasa. Berkecainya nyawa saudara seislam adalah lumrah. Tangisan mereka hanya memekakkan telinga.

Hirisan kulit saudara Islam yang terdampar seakan tidak bermakna. Siapa yang masih menitiskan air mata memikirkan mereka? Ya, umat Islam sudah lupa. Lupa segalanya.

Lupa bahawa musuh bersatu membidikkan anak panah ke arah mereka. Lupa bahawa musuh telah berjanji dan membahagikan tugas agar tonggak Islam tidak berdiri. Mereka terus terlupa bahawa hancurnya dunia lebih kecil di hadapan Allah daripada pembunuhan seorang Muslim.

Kelupaan apakah ini?!!!

Monday, December 25, 2006

Pakistan 1

Saya ingin berkongsi pembacaan saya mengenai buku Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan. Buku yang begitu menyentuh hati saya. Barangkali saya memahami sedikit sebanyak keperitan tanah yang sedang terluka itu kerana saya pernah mendatanginya.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya sewaku saya membaca buku tersebut. Saya tahu bumi itu masih terluka sehingga kini kerana ramai manusia yang sudah melupakannya.

Salah satu di antara persoalan yang dibangkitkan oleh penulis buku tersebut adalah mengenai kedatangan 2300 orang doktor-doktor dari Cuba untuk membantu rakyat Pakistan. 2300, suatu angka yang cukup besar bagi saya. Sukar bukan untuk mengumpulkan doktor seramai itu dari Malaysia. Cukup sukar bukan untuk memikirkan apa yang telah memotivasikan doktor-doktor tersebut untuk mengharungi kepayahan di sebuah bumi yang kesejukannya begitu melampau yang mana begitu berbeza dengan negara asal mereka.

Apa yang membuatkan kita begitu berbeza dengan mereka? Apakah yang telah merantai kita dari terus berjuang seperti mereka? Ingatlah, majoriti yang ada di sana adalah saudara seaqidah.

Saya ingin menghurai persoalan ini. Namun masa begitu mencemburui. Insya Allah, saya akan menyambung entri ini kelak. Akhirul kalam – “Tidak beriman seseorang kamu selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri”.

Sunday, December 24, 2006

Rehlah...

Cerpen ini adalah luahan hati saya suatu ketika dahulu. Luahan hati di saat saya begitu memberontak dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan di dalam penulisan ini. Pastinya ada yang terasa. Namun ada sesuatu yang ingin saya luahkan dan sampaikan. Ambillah yang bermanfaat. Yang pasti tulisan ini datang dari seseorang yang begitu jauh dari dunia penulisan. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Hikmah adalah harta yang terpendam bagi orang mukmin, sesiapapun yang menemukannya, ia berhak memilikinya.

Rehlah

Sefia termenung melayan angin bayu yang membelai tubuhnya. Dia duduk jauh dari kelompok yang hadir ke rehlah itu. Entah mengapa Sefia merasakan dirinya begitu terasing. Dia bagaikan tersisih di kalangan insan-insan yang begitu aktif dalam dunia dakwah itu. Hatinya merintih. Apakah dosanya? Adakah kerana tudung labuh yang dipakainya bukan sebulat tudung mereka? Adakah kerana ibu bapanya tidak aktif seperti dulu? Adakah kerana wajahnya tidak semirip mereka? Sefia mengasak dirinya dengan seribu satu persoalan. Dia termangu memikirkan karenah pendukung gerakan dakwah. Dia terkilan kerana ayahnya tidak dijemput ke rehlah itu. Dia hairan memikirkan gelagat insan-insan yang menggunakan kalimah ‘sahabat’ itu. Dia benar-benar hairan. Bagaimana insan-insan yang sering menggunakan kalimah ‘sahabat’ itu terlupa akan seorang sahabatnya yang lain? Mungkin kerana ayahnya tercicir sekian lama. Namun salahkah memberi sebuah sms untuk memberi jemputan? Adakah 20 sen untuk sebuah sms begitu mahal bagi para pendukung dakwah ? Dia hairan apabila memikirkan bukan seorang insan yang menggelarkan diri mereka ‘sahabat’, malah begitu ramai. Memikirkan itu semua, Sefia termenung lagi.

Hati Sefia ralat. Dia teringat junjungan besar Rasulullah. Insan mulia itu seperti seorang ayah untuk sahabat-sahabatnya, namun tidak sesekali dia membahasakan dirinya dengan kalimah ‘ayah’. Dia juga seperti seorang guru yang mengajarkan ilmu namun tidak sesekali dia membahasakan dirinya dengan panggilan ‘guru’. Dia membahasakan dirinya dengan kalimah ‘sahabat’ ketika bersama-sama pengikut dakwahnya kerana kalimah itu mengandungi makna yang tidak mungkin dapat dinilai dengan kata-kata. Hati Sefia mengimbas lagi kisah Nabi Musa. Nabi Musa juga merayu meminta Allah mengurniakan seorang sahabat yang boleh menemaninya dalam suka duka perjuangan, bukan seorang ayah atau seorang ibu. Namun fahamkah pengikut-pengikut jemaah itu dengan kalimah ‘sahabat’ yang selalu mereka gunakan. Sefia kelihatan bersedih dengan situasi yang terjadi. Pelik apabila rakan yang tidak ditemui sekian lama seolah-olah tidak mempedulikannya. Kesal apabila salamnya bagai tidak bersambut. Dia pernah diperlakukan seperti itu sewaktu dia berada di sebuah madrasah ilmu. Anak ‘sahabat’ akan dilayan dengan layanan yang begitu berbeza dengan yang lain. Soalan yang biasa ditanya bagi kebayakan pelajar baru, “Anti anak ‘sahabat’?” Jenuh dia memikirkan itu semua. Adakah anak ‘sahabat’ akan membuatkan dirinya terlepas dari tafsiran Allah. Namun Sefia faham segalanya. Sefia faham ukhwah itu diikat di hati insan pilihan Allah. Bukan mudah memupuk ukhwah. Tidak semudah menyanyikan lagu yang selalu didengarinya, “ Wahai kawan-kawan mari berukhwah, wahai kawan-kawan mari kita bina ummah”. Sefia bersyukur kerana pernah merasai itu semua semasa berada di alam matrikulasi dahulu. Sefia tahu itulah petujuk Allah untuk dirinya. Menunjukkan sesuatu yang terbaik buatnya. Sefia cuba memaafkan kerana dia tahu memaafkan menyebabkan kemuliaan seorang hamba bertambah. Sefia tahu pejuang Islam tidak pernah terluka dengan gelagat manusia. Dia hanyalah hamba Allah. Dia tidak mahu mengemis mengharapkan manusia. Manusia mudah berubah. Sefia tidak mahu emosinya terus terusik dengan semua itu. Melupakan segalanya lebih baik daripada terus mengenangnya.

Sefia cuba mengalihkan hati dan tumpuannya kepada masalah lain. Dia melihat alam ciptaan Allah kerana Sefia tahu hati nuraninya akan tenang dengan mengingati Allah. Sefia merasai angin yang membelai tubuhnya. Dia melihat ombak yang memukul pantai dan merasakan sinar matahari yang kian membahang kepanasannya. Sefia memikirkan alam ciptaan Allah yang mengandungi hikmah yang tidak terkata. Sefia cuba merenung kembali hakikat kejadiannya. Dia dapat merasakan tanggungjawabnya yang berat sebagai khalifah Allah. Sefia tahu dirinya begitu alpa dengan kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Mudah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, namun sukar bagi dirinya untuk mencegah kemungkaran yang kian merebak bagaikan virus yang sering mengancam itu. Dia takutkan azab Allah apabila tidak mencegah kemungkaran.

Allah telah berfirman menerusi kalamNya yang menggerunkan hati orang-orang yang beriman dalam Surah Azzukhruf ayat 55, “Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)”. Janji Allah sangat benar melebihi segala kebenaran. Sefia mengetahuinya. Segalanya telah terbukti. Bahang panas yang melanda New Orlean, tsunami yang melanda Acheh dan Jogjakarta merupakan bukti kekuasaan Allah. Bukankah mereka telah mencabar Allah? Sefia masih mengingati misi kemanusiaanya ke Jogjakarta baru-baru ini. Sefia telah melihat sendiri percampuran mayat-mayat Muslim, Kristian dan lain-lain kerana di sana telah berlaku kebebasan agama yang keterlaluan. Muslim boleh mengahwini Kristian dan tinggal serumah! Meskipun Allah telah memberi isyarat dengan kejadian tsunami di Acheh, namun manusia-manusia yang mendiami Jogjakarta belum terkesan. Maka datanglah janji Allah, ombak yang kelihatan tenang datang mengganas kerana mematuhi perintah Allah.

Sefia benar-benar takutkan azab Allah. Negaranya juga telah mencabar Allah. Jiwa Sefia benar-benar terseksa dengan apa yang berlaku. Serasanya dia ingin memuntahkan segala lahar yang berapi. Sefia tidak menyangka bumi kelahirannya itu sanggup menghamparkan permaidani merah menerima kedatangan iblis betina, Condoleeza Rice. Kebengapan dan kebahlolan negaranya yang megetuai OIC sememangnya memalukan. Ingin terkeluar anak tekak Sefia merasakan keloyaaan pada tahap maksimum apabila terdapat pemuda pondan yang ingin melakukan pujuk rayu memujuk negara-negara kuffar lain supaya menentang Israel bangsat itu sedangkan syarikatnya sendiri memiliki kaitan dengan puak Zionis laknatullah. Tidak fahamkah pemuda-pemuda dayus itu bahawa Islam tidak pernah tertegak dengan kata manis? Atau barangkali mereka ingin bersuka ria di perjumpaan seantero dunia dengan menghabiskan duit rakyat. Bermesyuarat dalam bilik berhawa dingin di saat kulit rakyat Palestin terbakar lantaran dibedil.

Semalam Sefia terkejut sekali lagi. Sefia bagai terkena kejutan elektrik apabila mendengar berita semalam. Pak Lah tidak mahu memboikot Amerika yang menjadi sekutu Zionis. Malu rasanya melihat sikap presiden OIC itu. Minda Sefia mengimbas kesyahidan Sheikh Ahmad Yassin. Meskipun sakit, buta dan lumpuh, beliau adalah seorang mujahid yang digeruni musuh. Sukar menemukan mutiara sepertinya di saat dunia Islam hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada Amerika.

Umat Islam bagai terlupa akan janji Yahudi yang ingin meluluhlantakkan Islam dari dunia ini. Seorang Yahudi di Palestin telah berkata, “Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat subuh berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum muslimin di qariah itu”. Kaum Yahudi memiliki perancangan yang hebat untuk menghancurkan umat Islam. Perancangan mereka adalah rapi, bersifat global dan berangkaian. Sefia pernah membacanya dalam buku Dammirul al Islam Abidu Ahlahu atau dalam bahasa melayunya, Robohkan Islam dan Hancurkan Penganutnya. Sefia tahu bahawa Yahudi laknatullah itu begitu meyakini ayat AlQuran dan hadis. Malah Ariel Sharon itu juga menghafaz AlQuran dan puluhan hadis. Mereka meyakini hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Attarmizi yang berbunyi, “Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”. Mereka benar-benar meyakininya sehingga menanam pokok tersebut di sekelilling bumi Shams. Namun bukankah itu adalah strategi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita? Carilah Yahudi di pokok Gharqad kerana di situlah mereka akan bersembunyi!

Hairan apabila memikirkan bahawa Yahudi juga mempercayai Kalam Allah dan hadis Rasulullah. Namun mengapa umat Islam membelakangi Alquran dan hadis? Sefia bermonolog sendirian. Jepun juga mengkaji Alquran sehingga meniru bacaan Alquran yang bermula dari kanan ke kiri di dalam komik-komik mereka. Jepun mengetahui kehebatan Alquran yang melatih penggunaan otak kanan berbanding otak kiri. Namun sayang sekali hanya sedikit umat Islam yang mengetahui hal itu.


Barangkali umat Islam terlupa dengan apa yang telah menimpa mereka. Mereka terlupa bahawa Barat mahu memisahkan mereka dari AlQuran. Umat Islam telah mengambil enteng kata-kata seorang Perdana Menteri British, “Barat sekali-kali tidak dapat menguasai Timur dan Barat sendiri tidak akan aman selagi mana AlQuran berada di tangan orang-orang Islam”. Mereka juga terlupa kenyataan yang sama dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria, “Kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca AlQuran dan bercakap dalam bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan AlQuran daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa Arab dari menjadi bahasa mereka”. Istilah “menghapuskan AlQuran daripada kehidupan orang Algeria” bukanlah bermakna menghapuskan naskhah AlQuran yang mereka baca tetapi menghapuskan roh AlQuran di dalam kehidupan mereka. Malah seorang ketua gerakan Kristian telah menyampaikan amanah kepada pendakwah Kristian dengan berkata, “Peranan kamu bukanlah hendak mengkristiankan orang-orang Islam tetapi mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlak”.


Semua kata-kata ini telah dibuktikan oleh musuh Islam dalam perlakuan mereka. Namun umat Islam terus-terusan melupakan segala apa yang menimpa mereka. Mereka terlupa pembunuhan dan penindasan lebih sejuta umat Islam di Bosnia setelah kesatuan Yugoslavia yang terdiri daripada 8.5 juta penduduk Islam dipecahkan. Maka berlakulah perjanjian Dayton yang diiktiraf dunia sebagai perjanjian damai yang sebenarnya merupakan penghapusan etnik dengan menjadikan orang Islam Bosnia sebagai mangsa. Lupakah mereka dengan dakyah musuh Islam yang menipu tanpa henti? Bukankah semua ini terjadi apabila umat Islam Bosnia membelakangkan agama sebelum berlakunya pembunuhan massacre di sana? Mereka mengikuti Barat dalam segala aspek kehidupan. Zina dan arak berleluasa. Perkahwinan campur di antara Islam dan Kristian dibenarkan. Segala penganiayaan yang dilakukan oleh Komunis Rusia di Balkan sekarang telah diperkatakan terlebih dahulu oleh pemimpin Kristian di Timur yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Komunis. Katanya, “Mustahil Komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan”.


Semua itu membuatkan Sefia terus-terusan berfikir. Melihat kewujudan Persatuan Murtad Malaysia atau lebih dikenali di kalangan kawan-kawannya sebagai persatuan Sisters in Islam (SIS), Sefia tidak dapat menahan tangisannya. SIS menyokong IFC yang membenarkan umat Islam untuk murtad sewenang-wenangnya. Sefia berasa takut. Malaysia benar-benar telah mencabar Allah. Bahkan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran yang besar itu bagai tidak dihiraukan. Mungkin ada yang takutkan Pak Lah kerana anaknya, Nori Abdullah menjadi dalang di sebalik SIS. Tapi tidakkah mereka takutkan azab Allah yang begitu keras? Ingin sahaja Sefia menjerit agar manusia di sekelilingnya mengerti gejolak jiwa yang menyiat dirinya. Mulanya umat Islam sedar yang haq itu adalah haq, yang batil itu adalah batil. Namun musuh Islam terus-terusan berusaha menukar yang haq itu menjadi batil. Budaya couple kini tidak lagi dirasakan pelik. Cara berpakaian yang mendedah aurat dianggap lumrah.


Musuh Islam mengetahui bahawa umat Islam tidak boleh dihancurkan secara terang-terangan seperti apa yang berlaku dalam Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Mereka mengetahui sumber kekuatan umat Islam adalah AlQuran. Maka mereka cuba memisahkan AlQuran dari dada setiap Muslim. Malah pada tahun 2002, timbul kontroversi apabila 3500 pelajar University of North Carolina dilarang untuk membaca dan mengkaji AlQuran. Kumpulan Kristian konservatif menyaman pihak universiti untuk tidak membenarkan kajian tersebut. Mereka begitu takutkan AlQuran kerana bimbang AlQuran akan mendoktrinasikan Islam dalam diri pelajar.Sefia tahu kebenaran AlQuran diakui oleh pihak musuh cuma kedangkalan dan keegoan menutup hati mereka dari menerima hidayah Allah.


Sefia menantikan kembali kegemilangan Islam. Islam perlu bangkit kembali. Umat Islam perlu disedarkan dengan segala fakta yang cuba diselewengkan oleh musuh-musuh Islam.Hasil kajian tokoh-tokoh Yahudi sendiri seperti Arthur Kostler yang membuktikan bahawa lebih 80 peratus Yahudi hari ini tidak mempunyai pertalian keturunan atau sejarah dengan Bani Israel dan juga bumi Palestin perlu diberitakan kepada umat Islam seluruh dunia agar mereka mengerti betapa hebatnya penipuan yang telah ditimpakan ke atas mereka. Majoriti Yahudi hari ini adalah Yahudi ‘Khazar’ yang berasal dari Kabilah Tatri-Turki kuno yang mendiami Caucasus, selatan Rusia. Mereka hanyalah menjadi Yahudi pada kurun kelapan Masihi di bawah pemerintahan Raja Bulan pada tahun 740. Apabila pemerintahannya jatuh, orang-orang Yahudi telah bertaburan di Rusia dan Eropah Timur yang akhirnya dikenali dengan panggilan ‘Yahudi Asykinaz”. Sekiranya mereka diberi hak untuk kembali ke tanah air asal mereka, maka selatan Rusialah yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka kembali dan bukannya Palestin. Sefia mahu semua fakta itu diketahui oleh umat Islam agar Perjanjian Balfour yang bertujuan menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin tidak berulang.

Monolog Sefia tidak berkesudahan Panggilan seorang teman membuatkan Sefia melabuhkan tirai monolognya. Moga umat Islam mengambil iktibar akan segala peristiwa yang telah menimpa mereka seperti di Bosnia, Palestin, Somalia, Kashmir, Burma, Sri Langka dan negara lainnya. Sefia berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Dia berdoa agar Allah menjauhkan dirinya dari sifat riya’ dan ujub kerana dia tahu pejuang sepertinya sering dihinggapi penyakit hati yang mungkin akan menyebabkan dirinya terkandas kerana kuda yang hebat tidak pernah tergelincir bila berhadapan dengan batu besar tetapi batu kecil kadangkala membuat kuda tersebut tersungkur.

Saturday, December 23, 2006

Kerinduan...

Saya tidak dapat lari dari berbicara mengenai topik ini.Topik yang menjadi perhatian remaja seusia saya. Sehinggakan sewaktu reflection, topik ini yang menjadi fokus.

Saya menarikan tinta menulis mengenai hal ini sebagai nasihat buat diri dan sahabat-sahabat sekalian.

Ketahuilah bahawa setiap diri perlu berhati-hati dari perasaan rindu, perasan yang hanya menimbulkan kecemasan dan kesedihan yang berlanjutan.

“Pernahkah kalian memerhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai TuhanNya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup pada penglihatannya (sehingga dia buta terhadap kebenaran)?"(AlJaatsiyah :23)

Saya benar-benar terasa sewaktu membaca tulisan seorang penulis tersohor, Dr Aidh bin Abdullah AlQarni. Seandainya rongga dada seseorang diliputi taqwa dan zikir, dan jiwanya adalah jiwa yang dekat dengan Tuhannya, nescaya ia akan sampai kepada kebenaran, akan mengetahui dalil, akan mendapatkan petunjuk dan akan menempuh jalan yang lurus.

Sememangnya jiwa kita adalah jiwa yang lompang di sana sini. Kita mudah merindui kerana ada kelompangan pada jiwa dan tidak pernah terisi dengan zikrullah. Pastinya mereka yang mempu mengingati Allah dengan sebaiknya dapat berlari sejauhnya dari masalah kerinduan ini.

“Jika kamu ditimpa suatu godaan dari syaitan, maka pohonlah perlindungan dari Allah..” (AlAaraf :200)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, jika mereka ditimpa godaan syaitan, maka mereka akan ingat kepada Allah, dan ketika itu juga mereka menyedari kesalahan-kesalahannya.” (AlAaaraf :201)

Faktor penyebab kerinduan yang membara adalah seperti berikut:

1) Kosongnya hati dari rasa cinta kepada Allah SWT, zikir kepadaNya, syukur atas nikmatNya, dan ibadah kepadaNya.

2) Sikap meliarkan pandangan mata, sebab pandangan mata yang liar boleh menimbulkan kesedihan dan kecemasan dalam hati.

“Katakanlah kepada orang-orang yang beriman agar mereka menundukkan pandangan mereka.” (Annur: 30)

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Pandangan mata merupakan panah dari panah-panah iblis”.

Dalam sebuah syair dinyatakan:

Ketika engkau melepaskan pandanganmu
Ke segala arah tanpa batas
Maka pandangan itu
Akan mengakibatkan kesusahan bagimu
Engkau akan melihat banyak hal
Yang membuatmu tak kuasa menahan diri
Dan banyak hal
Yang membuatmu tidak mampu bersabar

3) Sedikitnya bahagian ibadah, berzikir, berdoa dan solat sunat.

“…sesungguhnya solat akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..” (Al Ankabut:45)

Adapun penawar kerinduan yang membara antara lain:

1) Menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah dan memohon kesembuhan dan kesihatan kepadaNya.

2) Menjaga pandangan mata dan kemaluan.

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka.” (AlMukminun:5)

3) Meninggalkan tempat di mana orang yang dirindukan berada dan menghindarkan diri dari mengingatnya.

4) Menyibukkan diri dengan amal soleh.

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap-harap cemas." (AlAnbiya’: 90)

5) Menikah secara syar’i.

“..dan nikahilah wanita yang engkau sukai..” (Annisa’: 3)

“Termasuk tanda kekuasaan Allah adalah Dia menjadikan dari diri kalian isteri-isteri agar kalian tenang bersamanya”. (Arrum: 21)

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan zahir dan batin, hendaklah dia menikah”.

“Demikianlah agar Kami hindarkan dia dari perbuatan buruk dan keji. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih”. (Yusuf: 24)

Buah pinggang..

Pertama kali saya menatap mesin dialysis, tiada apa yang hadir dalam hati saya. Tapi bicara Prof Latiff membuat hati saya tersentuh. Terasa kerdilnya diri ini.

Mesin sebesar itu digunakan untuk menggantikan ciptaan Allah yang begitu kecil iaitu buah pinggang. Kerdilnya manusia.

Selama bertahun kita hidup di dunia, tidak pernah sesekali Allah meminta bayaran di atas nikmatnya buah pinggang yang kita miliki. Dan kadangkala kita tidak pernah terfikir pun mengenai hal ini, seperti mana bicara Syed Qutb, kita jarang bersyukur kerana kita sudah terbiasa dengan nikmat tersebut. Cuba bayangkan, kalau Allah tarik sekejap sahaja nikmat tersebut?

Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu kita syukuri. Ketahuilah bahawa manusia itu terlalu kerdil Namun kekerdilan itu semacam tidak mendatangkan keinsafan dalam diri kita. Mengapa hati kita begitu keras? Tepuk dada, tanyalah iman.

Dan pertama kali sebenarnya, saya mengetahui bahawa pengidap penyakit buah pinggang tidak mampu untuk kencing. Ya Allah, rupanya buang air kecil yang kita rasakan tiada apa-apa itu juga adalah nikmat. Bayangkan seminit, kalau Allah tarik nikmat tersebut?

Rahmat Allah terlalu luas buat kita. Allah mengetahui sekecil-kecil perkara tentang kita. Cuba bayangkan setiap pokok yang ada di dunia ini. Terlalu banyak dan kita tidak pernah mampu untuk mengiranya. Tapi Allah, Dia mengatahui setiap helai daun yang gugur di muka bumi ini. Dan bagi pelajar perubatan, kita pasti mengatahui betapa tersusunnya ciptaan Allah di dalam badan kita hatta sehingga kepada struktur molecularnya. Dan Allah yang Maha Mengetahui semua ini pastinya mengetahui segala maksiat yang kita lakukan. Kerdilnya kita di sisiNya..

Tuesday, December 19, 2006

Bicara..

Di sebalik segalanya, pasti ada yang terbaik yang Allah kurniakan kepada saya. Di saat saya merindui bicara rohani, hadir sahabat untuk menemani perjalanan ini. Saya bertemu dengan seorang sahabat dari Indonesia lewat YM. Kami jauh, tetapi dekat. Jauh pada pandangan mata, tetapi dekat di hati. Kami belum pernah bertemu tetapi ukhwah yang terbina begitu manis. Justify FullHusna namanya.

Hari-hari yang saya lalui lesu sebelum ini. Saya seakan-akan kurang bersemangat. Namun semangat Husna membuat saya juga turut bangkit. Dia sentiasa bersemangat untuk belajar lebih baik dan lebih ikhlas. Lantas saya bertanya, apakah yang membuatkan dia begitu bersemangat untuk melalui liku-liku kehidupan sebagai pelajar. Sebaris ayat di YM itu benar-benar membuat saya terpukul. “Husna merasa semangat ketika ingat pejuang palestina yang sedang menangis dengan darahnya”. Ya, palestina masih menangis, namun manusia terus melupakannya.

Diri ini terpanggil meluahkan rasa yang berkecamuk. Barangkali saya lebih terasa bahangnya memandangkan ibu bapa saya mengerjakan haji tahun ini.

Jumlah jemaah haji sekarang mencapai jutaan jiwa. Jika setiap individu berkorban, menyembelih seekor binatang korban kerana Allah, maka seluruh darah yang mereka persembahkan adalah lebih rendah dibandingkan dengan darah yang menitis di Palestin untuk mengukir sejarah Islam.

Bicara mengenai Palestin tiada sudahnya. Tadi saya mendengar seseorang menuturkan soal Palestin. Entahlah, kadangkala kita bertengkar soal kecil sesama kita. Ukhwah kita terlalu rapuh. Bagaimana mungkin Palestin akan kembali ke tangan Muslimin yang asyik bertengkar mengenai soal remeh. Fahamkah anda dengan bicara ini? Bicara untuk menamatkan kata-kata yang telah termula. Fahamkah? Biarlah..

Friday, December 15, 2006

Mimpi?

Esok adalah final pathology. Alhamdulillah, saya lulus untuk kedua-dua continuous assessment sebelum ini. Setakat lulus namun bukan terbaik. Bahasa mudahnya, lulus tapi tidak excellence. Tapi pastinya itu yang terbaik yang Allah tetapkan untuk saya. Percayalah, Afeera. Percayalah..

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”.


Dalam tekanan menghadapi ambang peperiksaan, saya membuka Alquran. Dan ayat itulah yang terdampar di hadapan mata. Besar maknanya buat saya. Terlalu mendalam dan membekas di dalam sanubari.

Beberapa hari ini , saya teruji dengan sesuatu. Saya luahkannya pada Allah, dan kemudian saya tertidur. Saya bermimpi seseorang membacakan bait-bait yang begitu indah, dan saya berasa gembira sebaik bangun dari tidur tersebut.

Saya gagal mengingati mimpi tersebut keseluruhannya. Tapi saya percaya mimpi itu sangat indah. Di antara kata- katanya yang saya fahami, namun terlupa akan bait yang sebenarnya - “Sekiranya ingin meluahkan perasaan, buatlah qiamullail dan luahkan segalanya pada Allah. Sekiranya merindui manusia dan teringin melihat wajahnya, adalah lebih baik menatap frame Alquran”.

Sukar memahami maksud mimpi tersebut, tapi mimpi itu sentiasa bermain dalam fikiran saya sehari dua ini. Siapakah insan yang membacakan bait-bait tersebut. Kabur, tapi saya ingin sekali berjumpanya. Mimpi? Antara realiti dan fantasi.

Bumi yang berdarah...

Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.


Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.


Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.


Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.


Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!


Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.


Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?


Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.


Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”. Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada’. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan “bin” atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.


Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.


Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.


Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”.


Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.


Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.


Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra’ dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.


Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.

Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh

Tuesday, December 12, 2006

Ubat titis dari AlQuran!

Berinspirasikan baju Nabi Yusuf a.s, saintis Muslim dari Mesir telah mampu menghasilkan ubat titis bagi mengubati penyakit katarak. Bagaimana?

“Dan Yaaqub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)” . (12: 84)

( وتولى عنهم وقال يا أسفي على يوسف وابيضت عيناه من الحزن فهو كظيم ( يوسف (84)

Mata Nabi Yaaqub a.s yang menjadi putih merujuk kepada penyakit katarak yang menyerang mata. Ianya adalah kelegapan pada selaput mata yang menghalang kemasukan cahaya secara penuh atau separuh dan ini bergantung pada tahap kelegapan penyakit katarak tersebut.

Punca-punca penyakit katarak:

Trauma yang secara terus kepada selaput mata yang mungkin disebabkan oleh suhu yang tinggi. Ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh radiasi cahaya yang disebabkan oleh pancaran secara tiba-tiba dan dinamakan sebagai ‘katarak radiasi’.

Penyakit katarak juga boleh berlaku disebabkan kelegapan yang berlaku pada mata pada penghujung usia manusia. Kencing manis juga dapat meningkatkan bendalir pada selaput mata. Selaput mata kemudiannya menyerap bendalir tersebut dan seterusnya mengakibatkan kehadiran katarak secara kerap. Kesedihan yang teruk juga meningkatkan penghasilan hormon adrenalin yang meningkatkan kandungan gula di dalam darah yang menjadi salah satu sebab mengapa katarak berlaku. Secara kebetulan, perkara ini menerangkan mengapa kesedihan sering dikaitkan dengan air mata.

Nabi Yusuf a.s dengan petunjuk Allah, telah mengarahkan saudaranya supaya memberikan bajunya kepada Nabi Yaaqub: “Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah di wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku”. (12: 93)

(إذهبوا بقميصي هذا قألقوه على وجه أبي يأت بصيرا وأتوني بأهلكم أجمعين) يوسف 93

“Tatkala kafilah tu telah ke luar (dari negeri Mesir) berkata ayah mereka: “Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal( tentu kamu membenarkan aku”). Keluarganya berkata: “Demi Allah, sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruanmu yang dahulu”. Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannnya baju gamis itu ke wajah Yaaqub, lalu kembalilah dia dapat melihat. Berkata Yaaqub: Tidakkah aku katakan kepadamu bahawa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya” .(12: 94-96)

(ولما فصلت العير قال أبوهم إني لأجد ريح يوسف لولا أن تفندون * قالوا تالله إنك لفي ضلالك القديم * فلما أن جاء البشير ألقاه على وجهه فارتد بصيرا قال ألم أقل لكم إني أعلم من الله ما لا تعلمون) يوسف 96:94

Di sinilah permulaannya dan petunjuk!!

Apakah pengubatan yang terdapat pada baju gamis Nabi Yusuf a.s?

Selapas bertafakur, saintis muslim dari egypt , Dr Abdul Basit Sayed Mohammed memikirkan bahawa hanya terdapat peluh pada baju Nabi Yusuf. Dia kemudiannya mencari komponen yang ada pada peluh tersebut dan seterusnya merendamkan selaput mata pesakit katarak ke dalam peluh tersebut. Dia mendapati perubahan transperansi secara bearansur-ansur pada selaput tersebut.

Persoalan kedua: Apakah komponen yang terdapat pada peluh tersebut yang bertindak secara efektif ke atas pesakit katarak? Adakah keseluruhan peluh tersebut atau hanya komponen tertentu? Dr Abdul Basit kemudiannya menyedari bahawa komponen utamanya adalah urea (Goandin) yang mana boleh disediakan melalui proses kimia.

Keputusan yang diperolehi menerusi kajian tersebut mendapati 250 pesakit dapat membuang katarak yang terdapat pada mata mereka dan 90% daripada mereka berjaya melihat kembali.

Berinspirasikan Surah Yusuf, saintis Muslim, Dr. Abdul Basit Sayed Mohammed dari National Centre of Resarchers di Mesir mampu menghasilkan ubat titis bagi mengubati penyakit katarak dan memperolahi dua paten antarabangsa, The European International Patent pada ahun 1991 dan American Patent pada tahun 1993.

Allah SWT berfirman : “ Dan Kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Isra’ :82)

( وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين) الإسراء 82

Saturday, December 09, 2006

Sahabat..

Kak Azi, itulah namanya. Dia adalah mentor saya di sini. Saya ingin mengenalinya dan belajar banyak perkara darinya. Usianya barangkali 30 an. Memiliki 2 orang anak. Namun keinginannya untuk belajar perubatan membuatkan saya kagum padanya.

Dengan keluarga, anak, perniagaan, dia masih mampu membahagikan masa demi pelajarannya. Deretan A diperolehinya sepanjang bergelar pelajar perubatan. Dan yang membuatkan saya kagum padanya, dia tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Sanggup meninggalkan segalanya demi mengajar menteenya.

Dia disayangi oleh semua insan di sini. Bayak yang saya pelajari darinya. Ketenangan ada di wajahnya.

Terlalu ramai manusia di sini yang ingin saya kenali. Mengenali mereka ini akan membuatkan saya malu pada diri sendiri. Mereka mengajar banyak perkara tentang kehidupan ini. Pengorbanan Kak Azi membuatkan saya malu sendiri. Tidak tahu bagaimana untuk membalas jasanya. Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan.

Saya juga memiliki seorang sahabat di Indonesia, Husna. Saya kagum dengan semangatnya. Dia sentiasa bersemangat untuk belajar apabila memikirkan rakyat Palestin yang berjuang dengan darahnya. Saya tidak pernah melihat wajahnya. Perhubungan kami hanya menerusi YM. Tapi talian hati yang dibina membuat saya tenang.

Barangkali itulah perbezaan di antara ukhwah yang dibina atas dasar kasih sayang Islam dengan ukhwah yang dibina atas landasan material.

Saya berterima kasih dengan rahmat kasih sayang Allah. Mengurniakan saya sahabat yang sentiasa memotivasikan saya. Sukar menemukan sahabat, dan apabila kita bertemunya kita akan menghargainya. Terima kasih Allah atas segalanya.

Saturday, December 02, 2006

Putus asa?


Putus asa? Kecewa? Gelisah? Barangkali itulah perasaan saya sewaktu menjawab soalan pathology semalam. Entah mengapa saya rasa begitu berputus asa. Saya mengambil masa untuk kembali tenang.

Seusai peperiksaan, saya benar-benar mulai berprasangka buruk kepada Allah. Saya merasa malas mengerjakan solat dan zikir, kerana ternyata kenyataan yang terjadi lain dengan yang apa yang saya hajati. Bukan mudah untuk saya mengerjakan solat dhuha selepas selesai peperiksaan semalam. Semuanya tidak seperti hari-hari lain.

"(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat."[AlAhzab: 10-11]

Bukan mudah melalui apa yang dinamakan ujian. Bukan mudah jua memujuk hati dan perasaan agar rela menerima segalanya. Sahabat saya berpesan agar belajar bersyukur. Itulah ujian terbaik untuk hati. Belajar menerima segalanya. Usah terlalu banyak bersoal. Hakikatnya, perjalanan ini masih panjang untuk saya lalui.

Barangkali niat saya untuk belajar selama ini cacat di sana sini. Pertama, adanya niat dalam hati untuk "bebas dari masalah akademik yang membelenggu". Berharap memperoleh kejayaan sehingga merasa cukup dari segala sudut. Ternyata, hal ini bisa menggelincirkan hati pada kemusyrikan yang lembut. Kemusyrikan yang ditimbulkan oleh kejayaan akademik. Bagi Allah, jika saya merasa tenang kerana kecukupan kejayaan akademik, maka itu sama saja dengan kemusyrikan. Sebab saya merasa tenang bukan kerana Allah. Saya tenang kerana sesuatu selain Allah. Belum saatnya bagi saya untuk berhadapan dengan kejayaan ini, kerana saya pasti akan terjerumus ke dalam sifat ujub dan riya’. Suatu saat jika sudah tiba waktunya, pasti Allah akan menganugerahi saya dengan kejayaan. Tarbiyah Allah sangat lembut. Suatu masa apabila saya di puncak kelak, Allah ingin bahawa tiada lagi ujub dan segala sifat mazmumah dalam diri saya. Bukankah ujian Allah untuk mendidik saya menjadi yang terbaik?

Kedua, adanya keinginan untuk bisa membantu lebih banyak orang dengan ilmu perubatan yang dimiliki .Saya ingin ke Palestin untuk membantu saudara-saudara saya.Bukankah ini niat yang baik? Benar, tetapi ternyata keinginan ini bisa menipu dengan halusnya. Ada kesalahan dalam keinginan tersebut, iaitu sesungguhnya bukan saya yang membantu manusia lain, tetapi Allah. Jika benar terjadi bahawa saya bisa membantu banyak orang, pasti saya akan tertipu oleh diri saya sendiri. Pengakuan bahwa "saya telah beramal soleh dengan membantu banyak orang." Lalu muncul kepuasan dan kebanggaan spiritual yang tidak saya sedari. Tidak seharusnya saya memiliki perasaan seperti itu, kerana semua harus dikembalikan kepada Allah. Diri saya hanya menjadi wasilah Allah untuk menolong orang lain, tetapi bukan saya yang menolong. Kesedaran ini harus tumbuh terlebih dahulu, sebelum saya benar-benar menolong orang lain nanti. Dan exam ini mengajar saya makna "Bismillah", "Atas nama Allah", "dengan nama Allah". Ertinya ketika saya membantu orang lain, saat itu dalam hati saya harus sedar bahawa yang membantu adalah Allah, bukannya saya. Dan tidak sepatutnya saya mengakui itu sebagai amal perbuatan saya.

Masih banyak yang perlu saya pelajari dan baiki. Perjalanan ini masih panjang untuk saya lalui.

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (Ali Imran:147)

Tuesday, November 21, 2006

Ketone...

Final biochemistry jumaat ni. Sangat tertekan juga menunggu saat-saat akhir peperiksaan.

Cuma nak kongsi sesuatu tentang puasa meskipun Ramadhan sudah lama melabuhkan tirainya. Saya baru sahaja mengetahui perkara ini di dalam kelas tadi..

…Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang shaum itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang shaum ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana shaumnya. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

Apa perkaitannya dengan biochemistry? Pastinya ramai yang belajar mengenai penghasilan ketone dalam tubuh orang yang berlapar. Seorang doktor boleh mengetahui sama ada pesakitnya berdepan dengan kelaparan yang kronik berdasarkan dua keadaan. Pertama, sama ada mulut pesakit berbau ketone, dan kaedah ini bukanlah yang terbaik untuk dipraktikkan oleh doktor memandangkan pesakit mungkin berkecil hati sekiranya doctor mahu menghidu bau mulut mereka. Kedua, adalah melakukan ujian air kencing bagi mengesan kehadiran ketone (acetone).

Cuma tertarik dengan kaedah pertama iaitu mengesan bau ketone yang yang tidak menyenangkan. Bukankah hebat hadis Rasulullah yang menceritakan mengenai bau mulut orang yang berpuasa? Kehadiran ketone (acetone) ketika manusia berlapar telah pun diketahui sewaktu zaman Rasulullah lagi. Moga kita dapat mengambil pedoman dan seterusnya beriman dengan keimanan yang sebenarnya kepada Allah dan RasulNya.

Thursday, November 16, 2006

Kerasnya hati..

Kekerasan hati kadangkala sukar diterjemahkan. Kadangkala persoalan mengenai hati sukar dijawab. Terlalu sukar memahami hati. Terasa kerasnya hati, tapi tatkala berhadapan denganNya, sukar diri menceritakan segalanya. Mengapa hati ini begitu keras? Mengapa? Terlalu banyak persoalan yang memerlukan kepada penelitian yang berbalik kepada mata hati sendiri.

Chatting bersama sahabat sedikit sebanyak memberi jawapan kepada permasalahan hati yang saya hadapi.

"Cuba check,lurus tak hati? Berkait pula dengan iman. Berkait pulak dengan lidah,lurus ke lidah? Mungkin ada terlepas cakap, ada yang makan hati, mana tahu tu yang jadi sebab hijab Allah".

"Bila kita serahkan sepenuhnya urusan kita kat Allah,takkan timbul masalah redha ni.Bila tawakkal betul pd Allah, kita akan terima apa pun yang diberi, datanglah redha pada Allah, barulah lahir syukur yang betul pada maknanya".

"Bila hati diuji,iman di duga masalah datang bertimpa, ingatlah Allah sedang melihat kita. Memandang kita dengan pandangan Rahimnya,nak tengok samada hamba yang bertuah ni nak balik mengadu pada yang punya segala, atau memilih manusia atau dunia untuk meluah rasa .Simplenya,anti antara yang terpilih.Terpilih pula maksudnya,Allah tau anti ni kuat.Jadi kenapa mesti menafikan kekuatan itu?".

Setiap bait kata-katanya menusuk jauh ke dalam hati. Kadangkala saya sukar mencari asbab segalanya. Saya ingin bersuara, tapi tiada kata. Saya ingin menulis, tapi sukar menarikan jari jemari untuk mencoretkan sesuatu pada helaian kertas. Kadangkala terasa betapa kosongnya kehidupan bila tiada iman yang menjadi penyuluh sebuah kehidupan. Benar kata-kata sahabat saya. Adakah saya memilih manusia atau dunia untuk meluah rasa? Atau memilih Allah? Kadangkala sukar untuk mengadu kepada Allah terlebih dahulu dan begitu mudah lidah meluahkan segalanya kepada manusia dan dunia.

Kejamnya saya kepada Allah. Tidakkah saya tahu bahawa Allah yang mengetahui setiap sel sehingga kepada 'molecular mechanism'nya amat mengetahui apa yang terpendam jauh di dalam hati saya? Tidakkah saya tahu bahawa Allah amat mengetahui betapa kotornya hati saya? Mengapa setelah mengetahui semua itu, saya masih mencari manusia untuk meluahkan rasa.

Saya malu pada sahabat saya, tetapi sewajarnya saya berasa malu kepada Allah. Terima kasih sahabat, kerana menyedarkan diri ini. Terima kasih atas segalanya.

Monday, November 13, 2006

Kolestrol

HMG CoA Reductase adalah enzim yang digunakan dalam penghasilan kolestrol di dalam tubuh manusia. Nama ini perlu diketahui oleh setiap pelajar perubatan. Ubat kolestrol (Statin) yang amat terkenal di kalangan kita digunakan untuk merencat aktiviti enzim ini. Ubat ini menjadi azimat yang tidak terkira dalam bidang perubatan. Sebiji ubat ini berharga kira-kira RM5.60 . Gabungan ubat kolestrol dan Viagra menjadi perniagaan yang tidak terkira di dunia ini.

Terdapat syarikat-syarikat besar di dunia ini yang menggunakan ubat ini untuk memperolehi pendapatan lumayan dan seterusnya keuntungan tersebut digunakan untuk melakukan pembantaian ke atas umat Islam di Iraq dan Palestin.

Tanpa sedar pemakanan kita sehari-hari menjadi punca kepada penderitaan saudara seislam kita. Salah satu rancangan Zionis adalah menyerang kita dari sudut makanan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga pemakanan mereka dan seterusnya kesihatan mereka. Salah satu punca gemilangnya generasi Islam dahulu adalah bila mana mereka menjaga kesihatan mereka. Penjagaan pemakanan membolehkan mereka untuk bangun berqiamullail pada waktu malam.

Pemakanan yang tidak terancang menjadi faktor pengumpulan kolestrol dan seterusnya menyebabkan kita memerlukan pengambilan ubat kolestrol sehari-hari. Dan ini sewajarnya perlu diberi perhatian untuk setiap insan yang mengambil berat mengenai nasib malang yang menimpa umat Islam sedunia.

Perkara yang saya bangkitkan ini juga sewajarnya menjadi perkara penting yang wajar difikirkan oleh setiap pelajar perubatan Islam. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami sedalam mungkin ilmu agar kelak mampu menghasilkan alternatif yang mampu menggantikan penggunaan ubat kolestrol ini. Barangkali ilmu genetik perlu didalami agar kita mampu mengawal kuantiti enzim HMG CoA Reductase di dalam sel kelak. Terdapat banyak yang perlu dipelajari dan perjalanan ini masih panjang sebenarnya. Fikir-fikirkan. Segala yang saya nukilkan di sini tidak lain sebagai teguran kepada diri saya juga. Allahu A’lam.

Wednesday, November 08, 2006

Dissection

Semalam buat pertama kali saya melakukan dissection ke atas mayat manusia setelah bergelar sebagai pelajar perubatan. Entah mengapa banyak sekali yang terlintas di fikiran saya ketika itu. Fizikal saya sahaja yang melakukan dissection, tapi hati dan fikiran saya melayang entah ke mana. Banyak yang saya fikirkan.

Manusia tiada ertinya lagi apabila bergelar mayat. Masih hangat lagi di telinga saya apa yang dikatakan oleh pensyarah physiology saya bahawa kehidupan ramai manusia di dunia ini adalah bermatlamatkan kepada makan dan seks. Tapi bila melihat mayat tersebut, saya mula memikirkan, adakah itu sahaja kehidupan manusia sebenarnya? Hidup hanya untuk makan, seks dan kemudiannya menjadi mayat?

Mayat itu benar-benar tiada ertinya. Itu baru dissection yang dilakukan oleh tangan-tangan kami yang bergelar pelajar perubatan, bagaimana kiranya kalau dissection yang dilakukan oleh ulat, cacing dan segala makhluk Allah di dalam kubur kelak? Saya tidak sesekali dapat membayangkannya.

Kecantikan rupa paras juga tidak menjanjikan apa-apa. Mayat tiada semua itu. Tiada langsung seulas kecantikan menghiasi rupa mayat. Harta juga tidak bernilai apabila menjadi mayat. Amal sahaja yang akan bernilai ketika menjadi mayat. Melihat mayat membuat saya terfikir bahawa dunia tiada ertinya lagi. Kumpullah sebanyak harta, berdandanlah sepuas mana, tapi segalanya akan luput dan hilang apabila menjadi mayat.

Kadangkala kita mudah terasa hati dengan manusia. Kita bimbang maruah kita akan tercalar. Banyak kali kita melakukan sesuatu dengan mengharapkan pandangan manusia tanpa memikirkan langasung pandangan Allah, namun semua itu tiada maknanya lagi setelah bergelar mayat. Rahmat Allah jua yang akan kita cari setelah bergelar mayat. Hanya Allah sahaja yang bersama kita saat itu. Manusia hanya akan membiarkan dan meninggalkan sahaja kita. Tiada ertinya lagi kita apabila menjadi mayat kecuali sekiranya kita dahulu adalah seorang yang menjaga hubungan baik dengan manusia di atas dasar yang disyariatkan Allah.

Mayat yang saya dissect adalah mayat yang meninggal disebabkan buasir. Saat itu, saya merenung kembali cita-cita saya untuk bergelar seorang syuhada’ kelak. Setiap manusia akan mati, namun sebab musabab sebuah kematian terlalu banyak. Jutaan manusia lahir di dunia setiap saat dan jutaan manusia juga akan mati setiap saat. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan apa yang dipanggil sebagai sebuah kematian. Cuba tutup sebentar telinga dan mulut. Dapatkah kita menahan nafas untuk dua minit? Bayangkan azabnya sakaratul maut apabila roh terpisah dari diri kita. Kesakitan yang amat dahsyat. Tidak mungkin pernah dirasakan oleh manusia sepanjang kehidupannya namun akan dirasainya di saat akhir hidupnya. Mengingati mati akan menyababkan kita lupa kepada kelazatan dunia. Moga Allah memberikan kita semua penghabisan yang baik kelak. Ameen.

Thursday, October 26, 2006

Jemaah...

Jemaah, tanpanya saya tak mampu berdiri sendiri. Bergerak berseorangan mengajar saya nikmat berada dalam jemaah suatu ketika dahulu. Merasai kehidupan berjemaah barangkali suatu yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat saya. Begitu banyak yang saya pelajari dalam jemaah. Saya kuat bila bersama jemaah, sesuatu yang tidak mungkin saya perolehi bila saya berseorangan. Segalanya berubah bila saya berada di tempat baru, di sebuah tempat di mana segalanya berubah.

Di tempat baru, saya dilarang oleh kawan-kawan untuk berbicara tentang Islam. Saya diberi amaran seawal presentation. Saya dihentam dari setiap sudut. Situasi yang sama pernah berlaku dahulu. Sama tapi ada bezanya. Bezanya adalah saya bersama jemaah sutu ketika dahulu. Menangis dan ketawa bersama. Di sini tiada semua itu. Saya perlu belajar untuk ketawa dan menangis berseorangan di sini.

Di sini, saya belum menemukan hatta seorang sahabat yang akan bertanya, “Bagaimana imanmu hari ini, Afeera?”. Soalan yang membuat saya berfikir panjang mengenai segala perbuatan saya. Soalan yang menggetarkan hati saya. Di sini tiada sahabat yang boleh saya ajak untuk berzikir bersama, menggenggam tangannya bersama dan mengalunkan zikir munajat. Tiada semuanya.

Hati saya kian keras untuk menangis.Hati saya tidak lagi sensitif melihat kemungkaran yang berlaku. Hati saya ingin kembali kepada kesesatan lama. Saya merindui qiamullail yang pernah kami lakukan hujung minggu. Saat di mana, ada yang mengingatkan saya akan setiap kesilapan saya. Kalau dulu, saya kurang menghargai mesej tazkirah yang diiberikan oleh sahabat saya, hari ini sms ringkas itu begitu berharga. Sms ringkas itu mampu menitiskan air mata saya. Ketahuilah sahabatku, bahawa sahabatmu ini masih menanti segala ucapan yang akan membangkitkan semangat jihad darimu. Sahabatmu ini kian merindui segalanya.

Ucapan maaf sahaja yang mampu saya lafazkan kepada naqib dan naqibah saya andai kalian merasakan anakmu ini kian jauh dari dakwah. Anakmu ini teringin sekali untuk berjuang bersama, namun kesibukan masa membataskan segalanya. Buat adik-adik yang masih menanti kedatangan kakakmu ini, maafkan diri ini setulus hatimu. Tidak ingin sesekali diri ini ingin mengabaikan kalian. Segalanya masih terlipat kemas dalam lipatan hati nurani. Kadangkala diri ini malu melihat kalian. Dahulunya diri ini juga memiliki semangat yang berkobar-kobar seperti yang kalian miliki sekarang.

Segalanya menambahkan lagi kesesakan dalam setiap ruang hati ini. Hati ini ingin sekali bertemu dengan kalian, bersama mengingatkan segala kata ikrar yang pernah kita lafazkan suatu ketika dahulu. Percayalah kata-kata ini, tiada seorang manusia pun yang akan kuat tanpa jemaah. Diri ini sudah merasai segalanya.

Buat semua sahabat, Ramadhan telah melabuh tirainya, hati sayu akan pemergiannya, ku terima ia sebagai lumrah kehidupan, andai Ramadhan ini terakhir buatku, kumohon kemaafan pada kalian sepanjang perjalanan ukhwah ini, doaku agar kalian terus ceria dan bahagia melalui Syawal. Semoga ukhwah kita berkekalan selamanya, ukhwah yang mana kemanisannya tidak dapat diungkatkan dengan kata-kata.

Thursday, October 12, 2006

Kesibukan...

Kadangkala kesibukan benar-benar menguji kita. Istilah sibuk tidak dapat lari dari dirisaya sebagai seorang pelajar perubatan. Masa untuk Allah juga gagal diperuntukkan dengan baik. Semestinya kita memahami makna ibadat khusus dan ibadat umum dan sewajarnya sebagai muslim, 24 jam sehari perlu dijadikan ibadah.

Namun marsum maya dari seorang teman menyentak hati saya. “Siapa yang tilawah satu juz per hari dan mentadabburi artinya? Ianya hanya pejuang-pejuang yang benar-benar berniat bersungguh-sungguh untuk berjuang menegakkan kalimat Allah”. Ya, kadangkala Ramadhan yang saya lalui kini seakan tidak bermakna apabila tidak sempat membaca Alquran satu juzuk atau barangkali dua juzuk sehari. Kesibukan memang benar-benar membataskan segalanya. Namun saya kira kata-kata sahabat saya itu ada benarnya. Malunya untuk mengatakan diri ini pejuang, andai tidak mampu berjuang untuk membaca Alquran sebanyak satu juzuk sehari.

Emailnya yang lain juga buat saya semakin tersentak. Kata-katanya yang terakhir menusuk hati dan perasaan. “Sesungguhnya Allah telah menuntunmu kejalan-Nya. Buktinya kertas nasihat ini telah kau baca”. Saya kira ada baiknya saya berkongsi marsum maya itu di sini.

Saudariku, bukankah kamu mempunyai kebutuhan kepada Allah? Baik berhubungan dengan urusan dunia maupun akhirat. Atau kamu merasa tidak memerlukan Allah? Apakah kamu sudah dapat memecahkan seluruh masalahmu? Apakah kamu sudah bebas dari kesusahan atau kesedihan? Tidakkah kamu mengadukan betapa kerasnya hatimu? Apakah kamu tidak sedih meninggalkan Al-Qur’an? Apakah kamu tidak merasa hina di sisi Allah? Kamu tenggelam dalam nikmat dan karunia-Nya tapi mengapa kamu terlambat atau malah memutuskan hubungan dengan Allah? Allah mencintaimu tapi mengapa kamu tidak mencintai-Nya? Allah memberikan kesempatan untuk meraih surga-Nya dan memberimu kekuatan untuk menaati-Nya tapi mengapa kamu malah mengabaikan-Nya?

Allah menjadikan malaikat sujud kepada bapakmu, Adam. Bahkan Allah mengusir iblis dari langit-Nya karena iblis tidak mau bersujud kepada Adam. Dan bukankah kamu masih termasuk bagian keturunan Adam? Ketahuilah Allah menyuruhmu untuk mengingat-Nya, bukan karena Allah ingin mendapat manfaat. Namun Allah ingin mengingatkanmu akan kemuliaan-Nya dan dzikir menjadi obat kegelisahan hatimu.

Allah memberi cobaan kepadamu agar kamu mengetahui nilai dunia dan hakikatnya sehingga kamu memandang akhirat, negeri abadi, ini semua karena Allah mencintaimu……….. Sesungguhnya “atas nama cinta Allah” dunia ini diciptakan untukmu.

Berapa kali kamu memohon kepada Allah dalam kesusahan yang menimpamu. Ketika kesusahan itu lepas darimu, kamu melupakan Allah. Ketika kamu naik pesawat terbang lalu kamu berdo’a kepada Allah, dan Allah pun menjagamu. Namun ketika sampai di bandara, kamu melupakan Allah. Kamu melupakan Allah setelah sukses esok hari dan jika gagal, kamu memohon kepada-Nya. Betapa kufurnya dirimu terhadap apa yang telah Allah berikan kepadamu.

Wahai saudariku, seandainya dosa-dosamu mencapai langit lalu kamu memohon ampun kepada Allah maka Allah mengapunimu dan tak peduli betapa banyak dosamu (hadits Qudsi). Allah Maha Pengampun atas dosa-dosa hamba-hamba-Nya yang bertobat.

Janganlah kamu berputus asa dari kasih sayang Allah. Mohonlah Hidayah kepada-Nya dan bersabarlah. Ketahuilah bahwa hidayah itu berawal dari tawakal dan menuntut ilmu.

Jika Allah tidak mencintaimu, maka Allah tak akan melapangkan hatimu untuk masuk ke dalam agama islam. Alam semesta dan jagad raya ini menunjukkan kepadamu kekuasaan Allah. Bagaimana mungkin, orang yang melihat tanda-tanda keagungan Allah tapi tidak mau menyembah Allah. Setiap manusia yang berinteraksi denganmu ingin mendapat untung darimu. Sedangkan Allah menghidupkanmu agar kamu mendapatkan keuntungan /kebaikan dari-Nya. Jika kamu melakukan kesalahan maka itu hanya dihitung sebagai 1 kesalahan saya dan itu pun sangat cepat diampuni-Nya dengan taubat sungguh-sungguh.

“Jika hamba-Ku melakukan 1 kebaikan, Aku menulis 10 sampai 700 kali pahalanya sedangkan jika hambaKu melakukan 1 kejahatan maka Aku hanya menulis 1 dosa saja.”

“Allah swt. menciptakan 100 rahmat saat menciptakan langit dan bumi. Allah menjadikan di bumi 1 rahmat, yang dengannya seorang ibu bisa berkasih sayang dengan anaknya, begitu pula dengan binatang liar. Dan 99 rahmat lagi disempurnakan seluruhnya pada hari kiamat.”

Berdo’alah kepada Allah dan menangislah kepada-Nya sebelum pintu taubat dan hidayah tertutup ( sebelum kamu meninggal).

Segala puji bagi Allah. Simpanlah ilmu ini dalam hatimu, sesungguhnya Allah telah menuntunmu kejalan-Nya. Buktinya kertas nasihat ini telah kau baca.

Wednesday, October 04, 2006

Bercita-citalah..

Dalam melayari bahtera kehidupan, bercita-citalah. Bercita-citalah dengan cita-cita yang tertinggi. Kegagalan atau keberhasilan pada satu fasa dakwah seringkali melumpuhkan semangat kita untuk terus berjuang. Kegagalan atau keberhasilan bukanlah isyarat untuk berhenti berjuang dan seharusnya kita terus berjuang.

Mujahidin Palestin mengajar kita bagaimana seharusnya kita berjuang. Pengusiran, penangkapan, dan pembantaian tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang. Tanpa kelengakapan senjata, mereka terus berjuang. Perjuangan mereka hanya dengan batu melawan kekebalan ketenteraan Israel. Namun kepercayaan mereka bahawa Islam pasti tertegak sewajarnya menjadi contoh buat kita. Hanya dua sahaja matlamat hidup kita. Sama ada memperolehi kemenangan atau mati syahid.

Rasulullah sendiri merupakan contoh yang paling baik buat kita dalam membicarakan tentang cita-cita, visi dan misi. Rasulullah pernah berjanji kepada Suraqah yang mengejarnya dalam peristiwa hijrah bahawa dia akan dianugerahi dengan gelang kebesaran Kisra. Betapa Rasulullah percaya bahawa Islam pasti akan tertegak di Kisra. Dan sebagai umatnya, sewajarnya kita bercita-cita. Islam pasti akan tertegak dengan gemilangnya di muka bumi ini. Takbir. Allahu Akbar!!!

Tuesday, September 19, 2006

Palestin yang dilupakan...

Palestin merupakan isu yang kini telah dilupakan. Palestin yang sepatutnya ada di hati orang yang beriman telah dilupakan oleh ramai golongan manusia. Bisikan dari hati ke akal terhadap isu Palestin bagaikan tiada. Hati seolah-olah tiada rasa cinta kepada saudaranya yang berjuang (Mujahidin). Akal fikiran seolah-olah tidak mahu mengetahui hakikat jihad.

Kita tidak mahu mengenali hakikat buminya, rakyatnya, dan sejarahnya, apatah lagi mengenali sebab-sebab kemasukan Israel Laknatullah yang membawa besi-besi dan api mereka untuk membakar umat Islam yang mulia.

Telinga kita berkata “TIDAK” apabila diceritakan realiti dan sejarah perjuangan jihad Islam sejak dari mula dan mengapa bermula. Mata tidak ingin memandang wawancara dengan pemimpin-pemimpin jihad Islam, apatah lagi mengenai negara-negara yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam sehubungan dengan jihad di Palestin.

Tidak ingin sesekali kita membuka mata hati untuk mendengar mengenai semaraknya semangat, harapan, dan cita-cita ke arah kemenangan. Air mata tidak pernah berlinangan apabila melihat dengan mata kepala kita akan jenayah-jenayah dan kezaliman tentera Israel serta penyembelihan yang dilakukan mereka. Air mata tidak pernah bercucuran ketika mengetahui keadaan saudara-saudara kita, para mujahidin di Palestin. Kewajipan berjihad dari tangisan jiwa kepada realiti jihad yang sebenar bagaikan tiada dalam sanubari kita.

Kita terlupa mengenai hati-hati Mujahidin yang penuh keimanan di Palestin. Kita biarkan sahaja tulang-tulang umat Islam yang berselerakan disiat-siat oleh bom Israel. Kita biarkan jasad-jasad anak kecil yang dibakar oleh senjata dan kedengkian Israel. Kita biarkan bayi-bayi yang dirampas oleh kedengkian Israel dari pelukan ibu yang menyayanginya supaya disusukan oleh tentera-tentera Iblis oleh kepahitan atheis (golongan yang tidak mempercayai adanya Tuhan) serta diselimutkan dengan kasih “Missionary Yahudi” (pendakyah-pendakyah) dan paderi-paderi. Kita biarkan muslimat-muslimat kita dicincang-cincang ataupun dirogol selepas dibunuh.

Duhai umat Islam yang sedang tidur dan terus tidur, warkah ini kutuskan buat kalian. Sekiranya kita ingin terus tertidur, ingatlah musuh-musuh sedang berjaga. Mereka telah sampai ke katil-katil pembaringan umat Islam di Palestin. Andai kalian ingin terus tidur, kelak mereka akan sampai ke katil-katil kalian. Lena kita membuatkan kuffar berebut-rebut hendak menguasai kita. Bangkitlah duhai insan dari tidur lenamu yang begitu lama. Kibarkanlah bendera kebenaran. Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!

Peringatan...

Wahai sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya kita mampu menjadikan Rasulullah hidup bersama kita selamanya, di dalam pesawat, di dalam kereta, di atas kapal laut, di rumah, di ladang, di pasar, di warung, di perpustakaan, di dalam kelas dan di mana sahaja. Caranya ialah dengan mengingat nama baginda, dengan membacakan selawat untuknya, dengan mengikuti Sunnahnya dan dengan mengikuti perilakunya.

Kita dapat hidup bersamanya ketika kita memutar kaset yang berisi petikan sejarah hidup baginda, ketika kita membaca buku tentang perjalanan hidup baginda, dan ketika kita membaca keagungan peribadi baginda dalam AlQuran yang agung.

Kita dapat hidup bersama baginda ketika kita hidup dalam kefakiran, kerana baginda adalah penghulu kaum fakir. Jika kita seorang yang berkecukupan dari aspek material, melihat harta sedang bersama kita, kesihatan dan rumah mewah sedang menjadi milik kita, anak-anak dan keturunan yang menambah kesenangan kita, maka bersyukurlah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Rasulullah juga pernah berkecukupan, pernah mempunyai banyak harta, dan ketika itu baginda tidak pernah lupa untuk berinfaq, bersedekah dan membantu dengan hartanya.

Jika kita berasa telah berjaya mengalahkan kebatilan, maka janganlah kita angkuh dan membusungkan dada. Ingatlah bahawa ketika Rasulullah mencapai kemenangan, baginda tetap menundukkan kepalanya kepada Allah, air matanya tetap mengalir deras di hadapanNya.

Ketika kita kalah dalam persaingan hidup, maka kita mesti tetap tenang dan memegang kesabaran. Ketahuilah bahawa ketika Rasulullah mengalami kekalahan, baginda tetap tenang dan sabar kerana Allah.

Jika saudara kita meninggal dunia, maka relakanlah pemergiannya. Ketahuilah bahawa Rasulullah pernah ditinggalkan oleh Ibrahim, anak yang sangat dikasihinya.

Inilah dia Rasulullah. Baginda akan hidup bersama kita selagimana kita menginginkan baginda hidup bersama kita.

Seseorang tidak boleh hidup bersama Rasulullah jika ia menutup pintu agar Sunnah baginda tidak dapat masuk ke dalam rumahnya, ketika ia berkata kepada AlQuran: “Keluarlah dari rumahku!”. Kemudian menggantikannya dengan majalah murahan. Ketika ia membuang kaset-kaset Islami yang berguna dan bermanfaat, lalu menggantinya dengan kaset nyanyian yang penuh dengan penarik dosa dan keharaman, ketika ia meninggalkan solat lima waktu, dan ketika ia mengabaikan Sunnah dari pakaian, penampilan dan cara hidupnya dan ketika ia asyik menonton TELEVISYEN, di saat azan berkumandang. Ayuh bermuhasabah.

Monday, September 18, 2006

Pandangan Mata...

Marsum maya yang diutus oleh seorang teman dari Indonesia benar-benar membuat saya terpukul.

"Semoga Allah menghendaki kita untuk menjadi generasi islam yang mencintaiNya dan dicintaiNYa. Ukhti, saya sudah lama merasa galau dengan jihad, dengan ke-istiqomah-an dan dengan kata-kata kaffah. Saya merasa Allah membiarkan saya berjuang sendiri dengan prinsip-prinsip agama saya. Hati ini begitu hampa, sakit. Begitu banyak aktivis-aktivis islam tapi dimanakah generasi islam yang menggetarkan musuh musuh terlaknat, di manakah generasi islam yang banyak mengingat Allah dalam setiap langkah kesehariannya, di manakah para mujahidah yang selalu merasa malu dan terawasi oleh malaikat hafazhah yang mulia, di manakah para mukminah yang begitu takut terkena fitnah dan sangat komitmen dengan hijab. Saya merasa islam menjadi sebuah permainan, bukan kesungguhan, sehingga kebangkitan islam terseok seok. Ya Allah. ya quddus, kapankah pertolonganMu akan datang?" .

Bait-baitnya membuat saya terfikir mengenai soal pandangan mata yang kini kurang diawasi oleh para aktivis dakwah termasuk saya.Bulan menjangkau tahun. Kini kita hampir menjejaki gerbang kedewasaan. Namun persoalannya, adakah kedewasaan usia kita seiring dengan kedewasaan iman? Keteguhan iman berfungsi selaku kekuatan utama yang teguh memagari kemuliaan akhlak kita sebagai seorang Muslim. Lemah iman bereti akan goyang pendirian malah akan pincang langkah-langkah kita dalam menjejaki masa depan.

Namun, dengan pelbagai kemudahan yang ada hari ini, seperti friendster, di mana kemudahan untuk "add" sesiapa sahaja yang berlainan jantina, masih mampukah kita untuk menjaga pandangan mata? Adakah kita tidak membalas "view" manusia-manusia yang melihat profile kita? Saya tidak berniat menghukum sesiapa kerana saya tidak memiliki kelebihan itu. Itu hanyalah dari satu segi sahaja. Malah saya belum membicarakan lagi soal televisyen dan persoalan lainnya.

Dalam usaha kita membina kekuatan iman bersulamkan ketaqwaan, wujud pula penghasut paling berbahaya! Syaitan yang tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Kini pula kian bertambah giat mengaburi pandangan mata kita.

Peringatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat di luar sana yang saya kasihi kerana Allah, ingatlah firman Allah dalam surah Annur ayat 30-31: “ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu, adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya”.

Hebat sekali ayat Allah. Allah bercerita mengenai pandangan dan kemudian kemaluan. Mengapa? Kerana keduanya adalah saling berkait. Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan matanya bereti dia menahan serta mengawal keinginan hatinya menurut kehendak Allah. Pandangan mata yang tidak terkawal kelak membuahkan perlakuan yang tidak menentu. Menahan pandangan mata itu bertujuan menjaga kehormatan diri. Bukan bermakna Allah melarang pandangan mata secara keseluruhan, tetapi kita diperintahkan untuk menahan sebahagian pandangan mata.

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat. Ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Lantaran itu, Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata harus dijaga terhadap mereka yang menutup aurat, apatah lagi yang mendedah aurat.

Sebagai seorang muslimat, hati saya selalu tertanya-tanya, mengapa kadangkala muslimat yang benar-benar komitmen dengan hijabnya diganggu oleh aktivis dakwah muslimin. Adakah kalian cuba untuk menguji sejauh mana imannya? Para hafizah diganggu agar dapat dilihat sejauh mana dia dapat menepis gangguan dari seorang insan bernama lelaki. Untuk apakah semua ini? Muslimat yang mencuba untuk komitmen dengan Islam, kalian katakan dirinya syadid, dan kalian juga mencemuh wanita-wanita yang tidak memberi komitmen dengan agamanya. Mengapa kalian tidak mengaplikasikan cara Rasulullah mentarbiyah golongan muslimat dalam diri kalian? Maaf andai butir bicara ini agak keterlaluan.

Ingatlah, telah berlaku di zaman Rasulullah SAW, ketika al-Fadhl bin Abas r.a menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu, lalu Rasulullah memegang kepala al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain. Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan al-Fadhl. Saya sendiri perlu bermuhasabah. Adakah saya menjaga pandangan semasa di khalayak ramai apatah lagi ketika bersendirian?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian itu tanpa dimungkiri. Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu berupaya berzina, dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu berupaya berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu berubaya berzina dan zinanya adalah tangkapan keras. Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu”. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasai dan Abu Daud).

Duhai sahabat yang sentiasa menjaga keteguhan iman, usah disalah guna definisi ukhwah, qiamullail dan lainnya. Fahamilah tatacara serta batas pergaulan yang telah Allah syariatkan. Di satu segi, umat Islam disuruh membina kemesraan, murah dengan senyuman, saling bersalam dan bermaafan serta lembut dalam tutur kata. Tetapi pada satu sudut lain, syariat meletakkan batas pergaulan yang ketat antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Usah diguna kalimah ayah angkat, ibu angkat, kakak angkat, abang angkat, adik angkat dan istilah lainnya untuk merelevankan sebarang tindakan dan membuang rasa berdosa. Imam Ghazali pernah berkata, “Membuang rasa berdosa ketika melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa”. Ingatlah, dalam tutur kata berlainan jantina, senyum dan bertegur sapa tidak boleh berlebihan. Haruslah menggunakan pakaian yang sempurna dan menutup aurat demi memelihara maruah dan kehormatan wanita. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59: “Yang demikian itu, supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang”.

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri dari perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang. Kemesraan antara seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kalian kepada perbuatan sumbang. Oleh itu, ingatlah amaran Nabi bilamana lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan di satu tempat, maka pihak ketiga ialah syaitan. Sebab itu Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong perlakuan sumbang dan zina.

Hayatilah maksud hadis Rasulullah ini: “Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam panah Iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah akan mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah”.

Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai pandangan mata yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya alihkan pandangan dan elak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana di sini iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudah melaksanakan ketaatan kepada Allah. Sebaliknya mata yang dibiar itu akan mengotori jiwa dan merosak hati hingga mendorong melakukan perbuatan sumbang dan tercela.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu pada pandangannya, hatinya dan ingatannya. Kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga yakni pada lirikan matanya, hatinya dan kelemahannya”.

Sedarlah bahawa menutup aurat dengan sempurna dan pergaulan yang terkawal itu akan menjadikan maruah wanita Islam dihargai dan dihormati. Bahkan pergaulan yang keterlaluan dapat dijauhi. Seterusnya menjamin hubungan harmoni dan sejahtera di kalangan masyarakat.

Berhati-hatilah ketika melemparkan senyuman. Senyuman wanita kepada lelaki yang bukan muhrim bukan dikira sedeqah, tetapi pendorong kepada perlakuan sumbang. Jelingan, kenyitan mata, berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat yang terang atau tersembunyi mengundang berlakunya maksiat. Oleh itu, pelihara dan jauhkan diri daripada kemurkaan Allah. Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut membuat dosa. Tepatilah maksud firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua: “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat siksaNya”.

Ingatlah, tidak ada istilah “ringan-ringan” dalam soal dosa. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa yang kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Sentiasalah sedar hakikat yang Rasulullah maksudkan dalam sabdanya: “ Ada tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang merosakkan. Tiga perkara yang menyelamatkan adalah taqwa kepada Allah di saat terang-terangan dan sembunyi, bersikap adil tatkala marah dan redha, kesederhanaan di saat miskin dan kaya. Tiga perkara yang merosakkan adalah kekiran yang berlebihan, hawa nafsu yang disenangi, ketakjuban seseorang terhadap dirinya sendiri”.

Akhir kalam, renungi syair Arab ini : “Betapa buruk pemuda yang memiliki pekerti mengorbankan adab kerana nafsu sendiri, kehinaan dituruti padahal diri mengetahui , kehormatan tercemar dan kehinaan disenangi. Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta!”.

Tariq Ibn Ziyad

Saya tertarik untuk bercerita mengenai seorang tokoh yang begitu hebat dalam Islam yang pernah saya baca di dalam sebuah majalah. Moga kisah ini memberi inspirasi dan percikan semangat untuk saya bergelar doktor.

Tariq Ibn Ziyad adalah panglima Islam yang begitu hebat dalam kisah pembukaan Sepanyol. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah al- Walid 1, Musa ibn Nusayr telah dilantik menjadi gabenor di bahagian darat. Kawasan pentadbirannya melewati keseluruhan keseluruhan Afrika Utara. Musa dibantu oleh seorang panglima perang yang ternama, Tariq ibn Ziyad. Cita-cita Tariq untuk menyebarkan Islam dengan lebih meluas ke utara Lautan Mediterranean menampakkan jalan yang terbentang apabila negara Sepanyol mengalami pergolakan kuasa setelah Raja Witiza mati pada tahun 709M.

Hati saya tertanya-tanya, pernahkah saya bercita-cita untuk menyebarkan Islam dengan meluas sedangkan sebagai seorang muslim, saya perlu meyakini bahawa Islam pasti akan bersinar di bumi ini?Dengan berbekalkan kelengkapan kapal perang yang seadanya, dan dibarisi tentera-tentera Islam yang niatnya hanya satu, jihad fi sabilillah dan mati syahid, Tariq merentasi Lautan Mediterranean bersama pertolongan Allah. Melihat persediaan tentera Tariq, Panglima Roderick dari Sepanyol terasa gerun. Apa taknya, lautan yang cukup bergelora diharungi dengan berani dan yakin sekali oleh Tariq ibn Ziyad.

Hati saya berdetik lagi. Mengapa saya mahu menjadi seorang doktor? Adakah saya mahu berjihad fi sabilillah? Mahu menjadikan syahid sebagai matlamat hidup saya?

Setibanya pasukan tentera Tariq, mereka mendarat di sebuah teluk yang berbukit. Melihatkan keadaan tenteranya yang penat, dan barisan bala tentera Roderick yang ramai, Tariq ibn Ziyad mengambil satu keputusan nekad. Kapal yang diharungi tadi dibakar sehingga hangus. Tariq mengambil tempat di atas bukit sambil berucap, antara lain, Tariq berkata, "kita datang untuk membebaskan manusia dari kekufuran kepada Islam. Kapal sudah dibakar. Di belakang kalian adalah lautan dan di hadapan kamu adalah musuh. Jikalau kalian ingin mara bersamaku, kita berjuang sehingga menang ataupun syahid. Jika kalian berpatah balik, kamu akan mati lemas dalam kekufuran". Sehingga hari ini, tempat tersebut dikenali sebagai Gibraltar ( Jabal Tariq, iaitu bukit Tariq dalam bahasa Melayu).


Mampukah saya menggerunkan musuh Allah? Adakah saya memiliki keberanian seperti Tariq.

Ucapan bersemangat Tariq disambut dengan semboyan jihad yang tidak berbelah bahagi dari barisan tenteranya. Dengan berbekalkan keimanan yang mendalam dan roh jihad yang sejati , tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq telah berjaya dalam pertembungan tersebut. Satu pertempuran hebat telah diberitakan berlaku dekat Rio Gradalete. Terdapat juga sumber yang menyebut, ia berlaku berdekatan Rio Barbete dan di situlah tentera Roderick akhirnya tewas pada tanggal 19 Julai 711M. Roderic sendiri maut di medan perang tersebut.

Pernahkah saya memiliki roh jihad yang sejati, hanya kerana Allah semata-mata? Bagaimana iman saya hari ini?

Dari detik tersebutlah, bebasnya bumi Sepanyol dari belenggu kekufuran dan dibukakannya kepada Islam serta disinari dengan cahaya keimanan. Pihak Musa ibn Nusayr dan khalifah sendiri memberi sokongan padu kepada tentera Tariq. Bumi tersebut kemudiannya dikenali sebagai Andalusia dan beberapa pusat pentadbiran, keilmuan dan tamadun baru mula terkenal seperti Cardova.

Bagaimana pertolongan Allah akan tiba kepada saya yang sering melakukan dosa ini?

Dengan kemampuan yang dikurniakan Allah kepada Tariq dalam memimpin barisan tenteranya membuka Andalusia, serta sokongan mantap dari pihak khalifah selaku 'shield' dan perisai Islam pada waktu itu, kita dapat saksikan bagaimana neara-negara di dunia ini dibuka kepada cahaya Islam. Dan melihat keadaan di Palestin, kita ternanti-nantikan panglima sehebat Tariq ibn Ziyad ini. Pun begitu, pelindung atau 'shield' dalam bentuk khilafah telah tiada. Inilah permasalahan Islam.

Doktor Muslimat...

Perlukah Islam kepada doktor-doktor muslimat? Jawapan yang paling tepat adalah PERLU. Hari ini kita masih kekurangan doktor-doktor muslimat.

Namun kesedaran betapa perlunya Islam kepada doktor-doktor muslimat ini agak kurang di kalangan remaja muslimat di luar sana. Betapa ramai remaja muslimat di luar sana yang begitu takutkan pekerjaan ini. Berbagai-bagai perkara difikirkan oleh mereka. Soal rumahtangga, kesibukan, dan macam-macam lagi alasan direka untuk tidak melibatkan diri dalam bidang ini.
Saya sendiri misalnya disarankan oleh oleh seorang makcik yang begitu aktif dalam dunia dakwah agar tidak memilih bidang ini. Betapa hari ini kesedaran mengenai dunia perubatan masih jauh dari kita.

Sesungguhnya penyakit tidak mengenal lelaki atau perempuan. Oleh itu adalah perlu untuk sebahagian muslimat menceburi bidang perubatan untuk menyelesaikan maslah pengubatan pesakit-pesakit wanita. Ini merupakan satu tuntutan fardhu kifayah. Malah muslimat-muslimat diizinkan juga oleh syariat untuk mengubati pesakit-pesakit lelaki di waktu darurat dan jika proses pengubatan ini memerlukan seseorang muslimat itu keluar dari rumahnya, diharuskan juga, tanpa melanggar batas-batas syariat yang telah ditetapkan dari segi pakaian, pergaulan dan lain-lainnya.

Sejarah-sejarah telah menunjukkan tentang kewujudan khemah-khemah pengubatan yang diuruskan oleh muslimat-muslimat di zaman nabi di waktu peperangan. Ianya merupakan 'hospital peperangan' yang wujud di kalangan orang-orang Islam. Di antara muslimat-muslimat yang menguruskan 'hospital peperangan' di zaman Rasulullah ialah Rubayyi' binti Muawwiz, Umaimah binti Qais, Ummu Athiyah, Ummu Sulaim, Ummu Nusaibah dan ramai lagi. Mereka ini diizinkan keluar dari rumah-rumah mereka semata-mata untuk berperanan di bidang perubatan seperti yang telah disebutkan.

Begitulah para muslimat di zaman Rasulullah, di samping dilengkapi dengan ilmu-ilmu tentang AlQuran dan Assunnah, mereka juga dilengkapi dengan ilmu perubatan.

Didalam kitab AlAsabah telah berkata Hisham Ibn Urwah dari bapanya: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih berilmu tentang ilmu fiqh, ilmu perubatan dan ilmu syair daripada Aisyah".

Wahai muslimat-muslimat sekalian, masih adakah yang membelenggu kita dari bergelar doktor? Andai kesibukan yang kita fikirkan, ingatlah bahawa dunia ini begitu sementara. Dunia ini tempat untuk kita mencari kesibukan yang mempunyai nilai di sisi Allah. Kesibukan yang bakal meguntungkan kita di alam akhirat kelak.

Kita masih kekurangan doktor-doktor muslimat di sekeling kita. Cuba pula kita fikirkan nasib muslimat kita yang ditindas di serata dunia seperti di Ambon misalnya. Mereka hanya menemukan syaitan-syaitan durjana di hospital-hospital yang membelah tubuh mereka dengan menggunakan bayonet. Seterusnya mengeluarkan bayi mereka dan diganti dengan kucing-kucing yang telah dibius dan dijahit kembali belahan tersebut. Dapat kalian fikirkan apa yang bakal terjadi di saat kucing-kucing tersebut sedar. Ya, seluruh organ dalaman ibu tadi akan dicarik.

Apa yang saya ceritakan bukan fantasi semata, ia adalah realiti yang telah berlaku. Sesungguhnya mereka amat mendambakan doktor-doktor muslimat untuk membantu mereka. Ayuh berjihad muslimat sekalian. Moga kita bertemu dalam satu saf kelak.

Sunday, September 17, 2006

Allah bersamamu..

Rasa sedih sangat dengan exam MCQ. Mungkin masih terlalu awal untuk saya menyesuaikan kehidupan sebagai pelajar di sini. Cemburu hadir tanpa diundang apabila melihat teman-teman lain yang begitu bersedia dengan segala kelengkapan yang diwarisi dari kakak atau abang mereka. Rasa kerdil bila banyak sekali yang tidak diketahui.

Setelah puas menangis seusai exam, saya pun menghubungi ibu. Kata-katanya memang membekas kat hati ini. "Allah ada untuk Afeera". Puas nangis waktu tu. Entahlah, kata-kata tu dah selalu dengar dari ramai sahabat, tapi bila terucap dari bibir seorang ibu, sukar bagi diri ini mengungkapkannya dengan perkataan. Thanks Allah for giving me such a wonderful mother.

Salam..


Saya pernah menulis blog dengan alamat yang sama sebelum ini. Barangkali tiada asbab yang jelas mengapa saya perlu mendelete blog yang lama. Namun terlalu banyak yang terjadi dalam kehidupan ini yang memerlukan saya untuk menulis. Tangan seolah-olah tidak ingin berdiam dari menulis.

Masih teringat nasihat seorang sahabat dari Indonesia yang mengajak untuk merealisasikan dan memahami sifat sifat teladan dakwah Rosulullah sholallahu 'alaihi wassalam. Tentang fathonah misalnya, kita harus belajar berkarya dan berkontribusi. Tentang tabligh, kita hendaknya belajar berbicara tak berlebihan dan membawa pengertian dalam dakwah. Tentang amanah, kita dituntut untuk memperbaiki diri kita, memperbaiki hari-hari kita. Tentang shidiq,kita belajar pasrah, sabar dalam bersikap lemah lembut dan bijaksana.

Marsum maya dari sahabat ini membuat hati saya terpanggil untuk menulis. Saya bukanlah insan yang terbaik untuk menukilkan segalanya dan pastinya terlalu banyak kesilapan dalam tutur bicara saya. Segala kritikan amat saya alu-alukan. Usahlah menulis kritikan di belakang, tapi sampaikanlah kritikan tersebut terhadap empunya diri. Hikmah adalah harta yang terpendam bagi orang mukmin, sesiapapun yang menemukannya, ia berhak memilikinya.
There was an error in this gadget