Di sebalik segalanya, pasti ada yang terbaik yang Allah kurniakan kepada saya. Di saat saya merindui bicara rohani, hadir sahabat untuk menemani perjalanan ini. Saya bertemu dengan seorang sahabat dari Indonesia lewat YM. Kami jauh, tetapi dekat. Jauh pada pandangan mata, tetapi dekat di hati. Kami belum pernah bertemu tetapi ukhwah yang terbina begitu manis. Husna namanya.
Hari-hari yang saya lalui lesu sebelum ini. Saya seakan-akan kurang bersemangat. Namun semangat Husna membuat saya juga turut bangkit. Dia sentiasa bersemangat untuk belajar lebih baik dan lebih ikhlas. Lantas saya bertanya, apakah yang membuatkan dia begitu bersemangat untuk melalui liku-liku kehidupan sebagai pelajar. Sebaris ayat di YM itu benar-benar membuat saya terpukul. “Husna merasa semangat ketika ingat pejuang palestina yang sedang menangis dengan darahnya”. Ya, palestina masih menangis, namun manusia terus melupakannya.
Diri ini terpanggil meluahkan rasa yang berkecamuk. Barangkali saya lebih terasa bahangnya memandangkan ibu bapa saya mengerjakan haji tahun ini.
Jumlah jemaah haji sekarang mencapai jutaan jiwa. Jika setiap individu berkorban, menyembelih seekor binatang korban kerana Allah, maka seluruh darah yang mereka persembahkan adalah lebih rendah dibandingkan dengan darah yang menitis di Palestin untuk mengukir sejarah Islam.
Bicara mengenai Palestin tiada sudahnya. Tadi saya mendengar seseorang menuturkan soal Palestin. Entahlah, kadangkala kita bertengkar soal kecil sesama kita. Ukhwah kita terlalu rapuh. Bagaimana mungkin Palestin akan kembali ke tangan Muslimin yang asyik bertengkar mengenai soal remeh. Fahamkah anda dengan bicara ini? Bicara untuk menamatkan kata-kata yang telah termula. Fahamkah? Biarlah..

2 comments:
adik,
memang benar, usah bertengkar soal kecil kerana tugas yang lebih besar [bina daulah dalam diri] itu lebih penting. =)
teruslah mencari!
terima kasih kak atas segalanya..
Post a Comment