Tuesday, December 27, 2011

Marsum maya 2....

Salam buat kalian adik-adikku yang masih muda belia. Rindunya akak pada kalian yang sudi mendengar bicara dan celoteh akak dalam pertemuan-pertemuan mingguan kita. Akak rasakan akaklah manusia yang paling gembira dengan berakhirnya cuti persekolahan. Ya, kerana akak boleh bertemu dengan kalian. Mudah-mudahan Allah terus menancapkan kehangatan cinta dalam hati-hati kita.

Sungguh akak kepenatan semalam. Tangan seakan tidak berdaya menarikan tintanya. Penat sungguh kehidupan seharian di hospital. Lelah kerana dalam usaha memberikan yang terbaik, tiada yang memahami. Malah habuannya begitu menggugah jiwa yang cuba melaksanakan amalnya dengan ihsan. Lantas akak bermuhasabah, Allah itu ada. Dia yang Maha Mengawasi hamba-hambaNya.

Dan dalam kepenatan itu, Allah mengingatkan dengan video yang menguatkan akak kembali.. Hiba sungguh akak saat menontonnya. Kita tiada masa untuk membuang masa. Lantas akak cuba menitipkan lagi marsum maya buat kalian, mudah-mudahan mengisi sedikit masa kalian. Dan mudah-mudahan tulisan ini menjadi zikr atau peringatan buat akak.

Akak mahu berkongsi beberapa perkara di dalam modul "Ini Sejarah Kita'. Dalam setiap siri modul ‘Ini Sejarah Kita’, pastinya ada satu soalan yang akan ditanya. Siapa ‘kita’ dalam ‘Ini Sejarah Kita’? Penting sekali untuk mengetahui siapa ‘kita’ sebenarnya.

Andai adik-adik mengatakan bahawa ‘kita’ adalah pelajar maka sejarahnya bermula dengan bagaimana kita mengenali alif ba ta, satu dua tiga, ABC dan lainnya.

Andai adik-adik mengatakan bahawa ‘kita’ adalah doktor maka sejarahnya bermula dengan kisah bagaimana kita mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Andai adik-adik mengatakan bahawa ‘kita’ adalah anak, maka sejarahnya bermula dengan kehidupan kita di alam rahim.

Andai adik-adik mengatakan bahawa ‘kita’ adalah Melayu maka sejarahnya bermula dengan Parameswara, kisah Lembah Bujang dan hal lainnya.

Tapi andai adik-adik mengatakan bahawa ‘kita’ adalah Muslim, maka sejarahnya akan menjadi begitu panjang.

Siapa Muslim? Muslim ini berasal dari kalimah Islam. Islam berasal dari kalimah Arab 'aslama' yang bermaksud menyerah. Contohnya, posmen aslama surat. Maksudnya posmen menyerahkan surat. Tapi apa maksud Islam? Akak teringat kenangan di matrikulasi, saat bibir tidak mampu mengungkapkan makna Islam saat diajukan oleh seorang senior. Saat itulah akak mula berubah. Sudah 17 tahun usia akak tika itu dan akak tidak mengetahui makna Islam. Akak bertanyakan pada diri akak, benar-benar muslimkah aku? Moga Allah mengirimkan renik-renik hujan hidayah yang berpanjangan dalam diri setiap dari kalian agar kalian mengerti makna islam dengan seluruh jiwa kalian. Sesungguhnya, makna islam adalah menyerahkan diri kepada Allah.

Lantas adik-adik, Islam atau islam? ‘I’ huruf besar atau ‘i’ huruf kecil? Sebenarnya ‘i’ huruf kecil sebabnya menyerahkan diri kepada Allah adalah kata kerja. Posmen menyerahkan surat. “Menyerahkan’ itu kata kerja, bukan? Kalau kita adalah islam, bukan hanya pada kad pengenalan sahaja Islam, tapi kena buat islam itu. Kena pastikan islam kita adalah kata kerja bukan kata nama.
Kalau adik-adik sudah memahami makna islam, maka sejarah kita bermula di mana? Nabi Adam itu islam ke? Nabi Yusuf islam ke? Islam itu maksudnya menyerahkan diri kepada Allah. Pada perkiraan adik-adik, Nabi Adam menyerahkan diri kepada Allah atau tidak? Dia menyerahkan diri kepada Allah, bukan ? Maka Nabi Adam juga adalah Islam.

Ayuh lihat Surah Al Baqarah ayat 131-133.
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Surah Al Baqarah: 131-132)


Di dalam ketenatan penghujung usia, begitulah wasiat para nabi Allah buat anak-anaknya agar hatta sehingga penghabisan usia, kalian perlu menjadi seorang Muslim, yang menyerahkan seluruh kehidupannya pada Allah.

Setelah itu, datang persoalan seterusnya iaitu perihal bangsa. Pada perkiraan adik-adik, penting ke bangsa? Siapa yang menjadikan bangsa? Allah yang menjadikan bangsa.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah AlHujurat:13)

Buat adik-adik sekalian yang sedang berusaha memahami Islam, sesungguhnya di sisi Allah tidak penting bangsa! Allah yang menjadikan bangsa dan seandainya Allah melihat kepada bangsa seseorang, zalimlah Allah bukan? Bangsa bukan pilihan. Emak kita Melayu, ayah kita Melayu, maka jadilah kita berbangsa Melayu.

Apa yang Allah lihat? Iman dan amal. Allah tidak peduli soal rupa atau bangsa kita. Semua akan masuk syurga sekiranya iman dan amalnya baik.

Buat adik-adik, kita mesti meletakkan Islam lebih daripada bangsa.

Teringat akak satu kisah berkenaan Salman AlFarisi. Salman duduk dengan puak Arab yang lain. Puak-puak ini pun cakaplah, "Ini dari Bani Tamim; yang itu dari Bani Ghathafan; dan yang lainnya dari Bani Khuza'ah." Salah seorang dari puak ini pun bertanyakan Salman, “Kau dari puak mana?” Apa kata-kata Salman yang masyhur ? ‘Abil islamun, la abaali siwahun, hiina iftaqarrun bi qais au tamimun’ – Ayahku adalah islam, tidak ada ayah selainnya di saat manusia lain berbangga-bangga dengan puak Qais atau Tamim. Aku berbangga ayahku adalah Islam.

Adik-adikku, Salman cuba menyampaikan pada mereka bahawa Salman berbangga ayahnya Islam. Apa maksud ayah kita adalah Islam? Maksudnya semua orang Islam itu adalah adik beradik kita. Kalau kita kata ayah kita adalah Encik S, maka adik beradik kandung kita sahaja adalah adik beradik kita. Tapi kalau ayah kita adalah Islam, semua orang Islam adalah adik beradik kita. Mampukah kalian mengerti adik-adiku?

Teringat juga akak satu kisah berkenaan Mus’ab bin Umair dan saudara kandungnya Abu Aziz bin Umair. Mus’ab seorang Muslim manakala Abu Aziz pula tidak beriman kepada Allah. Abu Aziz ditawan oleh tentera Muslimin di dalam peperangan Badar. Apabila Mus’ab melihat saudara kandungnya sendiri ditahan, Mus’ab tidak meminta agar saudara kandungnya dibebaskan, sebaliknya Mus’ab meminta seorang Ansar mengikat adiknya dengan lebih kuat kerana ibu mereka seorang hartawan dan tentera Muslimin boleh meminta wang tebusan yang lebih tinggi. Abu Aziz terkejut mendengar pernyataan itu dan bertanyakan Mus’ab mengenai kata-katanya. Mus’ab berkata bahawa lelaki Ansar itu adalah saudaranya dan bukannya Abu Aziz kerana lelaki Ansar itu adalah Muslim.

Kefahaman Musaab terhadap Islam menyebabkan dia menganggap lelaki Ansar tersebut adalah adik beradiknya bukan adik kandungnya yang kafir.

Amatlah malang orang yang tidak faham apa itu Islam. Amatlah malang mereka yang berjuang untuk bangsa dan bukannya Islam.

Sungguh penting adik-adikku untuk kita memahami Islam kerana dengan memahaminya, kita tidak akan menganggap isu Palestin adalah isu bangsa Arab, sebaliknya ia adalah isu Islam.

Akak masih mengingati kata-kata seorang akh semasa tayangan “Baitul Maqdis, Bumi yang Dijanjikan’ ketika di matrikulasi dahulu. Katanya, “Anak-anak yang ada ada dalam tayangan ini adalah anak-anak kamu. Lelaki-lelaki yang ada di dalam tayangan ini adalah ayah dan abang kamu. Ibu-ibu yang ada dalam video ini adalah ibu-ibu kamu”. Moga adik-adik mengerti semua itu.

Monday, December 26, 2011

Acheh...

Hari ini 26 Disember 2011. Teringat kenangan ke Acheh sebelum mula bertugas sebagai house officer. Sungguh tsunami di Acheh 7 tahun lalu adalah peringatan berharga. Terkadang hairan kita sebagai Muslim masih 'menyambut' atau 'mengucapkan' Krismas tanpa sedar bahawa kita telah mensyirikkan Allah. Tidak takutkah andai tsunami melanda? Membaca perihal artis di Utusan hari ini buat saya menangis pilu. Kesian! Tapi dalam masa yang sama, saya kira mereka terlalu biadap. Moga Allah memberikan hidayah dan taufiqnya buat kita semua.

Saya kongsikan gambar kuburan massal (taman maqam syuhada Acheh) sebagai peringatan buat kita yang masih hidup akan hakikat kematian yang pasti buat semua insan.

Sunday, December 25, 2011

Marsum maya..

Izinkan saya berkongsi marsum maya yang dititip buat adik-adik.. Ini medan pertama saya di sekolah, pengalamannya lain. Namun segalanya tetap indah.. Moga Allah memberi kekuatan untuk terus menulis buat mereka.. Dan moga ada kebaikan buat adik-adik di luar sana juga..

------------------
Assalamualaikum wbt. Akak mengirimkan salam rindu buat adik-adik yang terlalu akak cintai. Kaifa imanuki? Bagaimana iman kalian melalui hari-hari di rumah? Masih rindukah kalian dengan tarbiah ini? Sungguh akak merindui kalian. Terlalu rindu.. Tidak mungkin segala tinta di sini mampu menukilkan rasa rindu yang berkecamuk ini..

Semalam akak pulang dari kerja pada pukul 3 pagi. Dan hati akak terlalu sebak.

“Ya rabb, aku terpaksa melakukan semua ini untuk duniaku. Izinkan aku ya rabb untuk melakukan sesuatu buat adik-adikku yang menjadi saham akhiratku”.

Tidak mungkin marsum maya ini mampu menggantikan pertemuan-pertemuan kita. Tidak mungkin hatta sekali pun. Namun Allah mentakdirkan kekangan-kekangan yang tidak memungkinkan kita bertemu sebagai satu keluarga di atas jalan dakwah ini.

Akak teringat kenangan dengan Nabila (Tingkatan 3). Pernah dua kali dia memberi mesej di Facebook meminta akak fokus pada pembinaan adik-adik di Tingkatan 5. Akak bermuhasabah, adakah semuanya lantaran kekurangan akak sebagai murabbi? Satu masa Nabila datang bertemu akak, menceritakan perihal sebenar yang menjadi asbab di sebalik mesejnya itu. Rupanya dia mencintai seniornya, Diyanah (Tingkatan 5) dan rasa cintanya menyebabkan dia menginginkan bahawa Diyanah juga dapat merasai nikmatnya dakwah dan tarbiah ini.

Masya Allah! Terdetik kekaguman yang luar biasa dalam diri akak terhadap Nabila. Masya Allah! Betapa Nabila dapat merasai makna cinta yang hakiki. Nabila telah mengajar akak sesuatu. Seandainya kita benar-benar mencintai seseorang kerana Allah, nescaya kita menginginkan kebaikan buat insan yang kita cintai. Dan kebaikan yang agung itu adalah tika mana seseorang itu dapat memahami deen Allah ini dengan sempurna. Sungguh Allah AlWadud, yang Maha Mencintai telah mencampakkan rasa cinta yang agung itu dalam hati-hati kita.

Dalam lingkungan yang kecil ini, izinkan akak untuk terus mengirimkan warkah buat kalian. Moga kalian tidak hanyut dalam menghadapi anasir-anasir yang tidak memberi hatta satu kebaikan dan saham di akhirat sana.

Buat adik-adik yang akan ke PLKN, terus kekalkan identiti kalian sebagai seorang yang pernah merasai nikmatnya tarbiah ini. Kalian perlu memberikan yang terbaik demi Islam di sana. Binalah biah islami di sana walau sememangnya hal itu terlalu sukar. Mohonlah doa dari Allah di setiap saat dan ketika.

Insya Allah, akak akan cuba menulis tentang Ini Sejarah Kita (ISK). Majoriti adik-adik Tingkatan 1 sehingga 4 telah mendapat ISK. Cuma adik-adik yang meniti SPM tempoh hari tidak memperolehi kesempatan mendapat tajuk ini. Insya Allah kita cuba menghadamnya bersama-sama dalam laman maya ini. Moga Allah memudahkan segalanya.

Sunday, December 18, 2011

Maaf...

Saya kira majlis konvokesyen sewajarnya menggembirakan sesiapa sahaja. Namun ternyata saya silap. Ianya hari yang menyedihkan bagi saya.

Salah seorang professor saya datang dan bertemu saya, meberitahu perihal peperiksaan akhir saya yang kiranya tidak memuaskan hati pensyarah-pensyarah saya. Sedih.. Setelah beberapa bulan, dan setelah 3 bulan bekerja, masih ada yang mahu bercerita tentang peperiksaan. Sedih kan? Adik lelaki saya kata, pelajar sekolah yang ambil penyata pun tidak akan menerima nasib seperti saya..

Berada di bidang perubatan ternyata membuat hati saya sentiasa berdarah. Terkadang tertanya-tanya, layakkah aku untuk terus berada di sini? Keyakinan saya untuk terus berada di sini sering goyah dengan bertambahnya hari..

Sering tertanya-tanya, ya Allah, tidak berhak kah aku untuk merasa secebis hakikat kebahagiaan?

Ternyata kita sebagai manusia sering teruji dengan niat kita sehari-hari. Mengapa kita mengambil bidang ini? Apa tujuannya? Andai kerana Allah, mengapa perlu masih kecewa dengan pernyataan manusia?

Ya Allah, aku melakukan banyak dosa, padaMu dan pada manusia lain seluruhnya.. Maafkan diri ini ya rabb, bukakan hati mereka yang pernah aku lukai untuk memaafkan hambaMu yang terlalu hina ini... Bukakan hati mereka untuk meredhaiku.. Ya rabb, Kau mengetahui bahawa setiap saat dalam hidupku, aku terlalu ingin untuk melakukan segalanya dengan ihsan.. Maka mudahkanlah ya rabb... Ampunkanlah diri ini ya rabb.. Perbaikilah akhlaqku... Berilah aku keluasan nikmatmu di akhirat.. jadikanlah segala kesedihan di sini sebagai pahala yang mampu aku tebus untuk melihat wajahMu di akhirat sana...

Buat kalian yang pernah aku lukakan hatinya, maafkan aku atas segala khilaf..Aku masih berusaha untuk menjadi yang lebih baik... Sering sebagai manusia, aku tersilap.. Maka maafkanlah... Sesungguhnya hari ini, aku merintih pada kalian untuk memaafkanku...

Saturday, December 10, 2011

Allah ada..

Mentadabbur fi zilalil Quran surah AlFalaq membuat hati tersentuh. Ya, Allah ada!

Surah al-Falaq dan Surah an-Nas merupakan satu arahan dari Allah mula-mula kepada Nabi-Nya SAW dan kemudian kepada para Mu'minin supaya memohon perlindungan dan naungan pada Allah dari segala kejadian yang menakutkan sama ada yang sulit atau yang terang sama ada yang tidak diketahui atau yang diketahui secara umum atau secara terperinci seolah-olah Allah membuka perlindungan dan naungan-Nya kepada mereka sambil berseru dengan penuh kasih sayang "Marilah ke sini marilah masuk ke dalam perlindungan dan naungan-Ku, marilah ke tempat yang aman yang memberi ketenangan kepada kamu. Marilah Aku tahu kamu lemah dan mempunyai banyak musuh dan di sekeliling kamu berbagai-bagai kejadian yang menakutkan." Hanya di sini sahaja keamanan, ketentemman dan kedamaian untuk kamu. Oleh sebab itulah kedua-dua surah ini dimulai dengan arahan ini:

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
seluruh makhluk.

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.

Bayi...

Ini adalah sebahagian petikan dari hadis yang menceritakan kisah ashabul ukhdud atau hadis yang popular dengan panggilan hadis ghulam:

Lalu raja memerintahkan supaya digalikan parit dan dinyalakan api. Raja berkata, “sesipa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka pun melaksanakan perintahnya sehinggalah datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata, “wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.”


Sangat kagum dengan bayi tersebut. Saat mentadabbur kembali hadis ini, terasa seolah-olah Allah memberitahu bahawa hatta seorang bayi juga boleh menjadi pejuang agama ini. Sekiranya kamu tidak mahu berjuang, Allah boleh mendatangkan hatta seorang bayi yang akan meneruskan perjuangan ini sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Membaca perihal di Syria, sangat kagum pada anak-anak kecil yang syahid, menjadi pemula revolusi.

Tahu kan asbab di sebalik revolusi?

Puncanya bila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yg berevolusi. Apabila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.


Ya, mereka si cilik yang syahid. Kita? Saya? Diuji di tempat kerja sahaja sudah mengeluh..

Teringat doa ghulam, "Ya Allah, bantulah kami dengan cara yang kau kehendaki...".

Moga Allah terus menguatkan...

Friday, December 02, 2011

Lau kaana bainana...

Insya Allah, hari ini kita tadabbur satu ayat Quran. Ayat yang mengingatkan saya pada Rasulullah SAW. Ayat yang mengingatkan kecintaan kita pada Rasulullah SAW. Dan ayat yang membuatkan saya terbayangkan andainya Rasulullah SAW ada bersama saya saat ini…

Ayatnya adalah ayat 21 Surah AlAhzab. Kita biasa mendengar ayat ini semasa sambutan Maulidurrasul .

Tadabburlah Surah Ahzab. Kisah tentang peperangan yang agung. Kisah tentang suasana cemas yang perlu dilalui oleh para Muslimin. Tiba-tiba dalam suasana cemas itu, Allah turunkan ayat ini. Kenapa eh? Kenapa di tengah-tengah gambaran suasana peperangan?

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

Sebabnya dalam suasana yang sangat dahsyat, super duper stress itu pun, sahabat dapat melihat akhlaq Rasulullah SAW yang sangat hebat.

Dalam keadaan stress, saat itulah kita mengenal diri sendiri. Akhlaq kita yang sebenar-benarnya terlahir dalam keadaan stress.

Kehidupan saya kini sangat menekan. Kehidupan di hospital tersebut begitu menguji iman dan kesabaran saya. Seringkali saya tewas... Saya juga belajar mengenai manusia lain. Saya belajar personaliti doktor pakar dan MO saya dalam keadaan yang sungguh menekan itu. Jururawat yang sangat ayu pun jadi tak ayu dalam keadaan tersebut.

Begitu juga seorang daie.. Kita kenal akhawat kita dengan sebenarnya dalam suasana yang penuh tekanan kan?

Sedang Rasulullah SAW berjaya maintain malah akhlaqnya lebih sempurna dalam keadaan yang sangat cemas tersebut. Kalau kamu nak faham ayat tersebut, kena kaji habis kisah peperangan Ahzab.. Keadaan tersebut bukan perihal menyelamatkan nyawa di hospital, tapi suasana menyelamatkan Islam. Bilangan musuh ketika itu boleh menghancurkan umat islam sehabisnya... Bayangkan...

Terkadang saya membayangkan dalam kehidupan saya, andai Rasulullah SAW bersama saya... Bagaimana ye Rasulullah SAW seandainya dia seorang doktor pakar/ MO/ murabbi? Aku terlalu merinduimu, ya Rasulullah... Terbayang bagaimana Rasulullah SAW juga menggali parit ... Terbayang mereka menyanyikan sajak bersama-sama..

Saya copy paste tafsir zilal mengenai ayat ini...

Itulah keadaan orang-orang Munafiqin dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hati mereka, juga gambaran penyebar- penyebar khabar angin. Itulah gambaran mereka yang buruk, tetapi malapetaka kesusahan dan ketakutan tidak mengubahkan semua manusia kepada gambaran yang buruk itu, malah di sana ada golongan yang berseri-seri gemilang di tengah suasana yang gelap itu, hati mereka begitu tenang di tengah-tengah kemelut itu.

Mereka penuh percaya kepada Allah dan redha dengan qadha’ Nya. Mereka yakin mendapat kemenangan dari Allah selepas melalui segala keadaan yang cemas dan nanar ini.

Al-Quran memulakan gambaran golongan yang berseri-seri gemilang itu dengan menyebut Rasulullah s.a.w.:

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

Walaupun di dalam suasana yang amat mencemas, susah dan letih lesu ini, namun Rasulullah s.a.w. tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan dan ketenangan kepada kaum Muslimin.

Pengkajian terhadap sikap Rasulullah s.a.w. di dalam menghadapi peristiwa peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh memberi pedoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan pergerakan (da’wah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik pada hari Akhirat, juga kepada mereka yang menunjukkan contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa melupakan-Nya.

Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah s.a.w. ini sebagai contoh, kerana kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di sini.

Rasulullah s.a.w. keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum Muslimin. Beliau memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang.

Beliau turut menyanyikan sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja. Mereka menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dari kejadian-kejadian yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah s.a.w. tidak sukakan nama ini, lalu mengubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu orang-orang Muslimin yang berkerja menggali parit itu mendendangkan beramai-ramai sebuah sajak mengenainya yang bersahaja:

Samma min ba’di Ju’ayl amran ... amran, wa kana lil baisi zahran.... zahran...

Beliau menukar namanya
Dari Juayl kepada Amr
Setiap hari ada sahaja
Beliau menolong si malang derita

Apabila mereka mendendangkan kata-kata “Amr”, Rasulullah s.a.w. turut meningkah ‘Amran’. Begitu juga apabila mereka mendendangkan katakata "Zah" beliau turut meningkah “Zahran”. (cutenya Rasulullah SAW..)

Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah s.a.w turut serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok-penyodok, mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini bersama-sama mereka. Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka, mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di dalam hati mereka.

Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas mengangkut tanah. Rasulullah s.a.w. telah memujinya, “Dia seorang belia yang amat bagus”. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit. Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana.” Kemudian beliau bertanya: “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini? Jawab ‘Umarah, “Wahai Rasulullah s.a.w.! Senjatanya ada pada saya. Ujar beliau: “Pulangkan senjata itu kepadanya.”

Kemudian beliau melarang mereka supaya jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil barang-barang kepunyaan mereka.

Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah s.a.w. sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata beliau kepada Zaid ibn Thabit): “Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana”. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka dalam masa yang amat genting itu.

Di samping itu semangat perjuangan Rasulullah s.a.w. sentiasa melihat kemenangan dari jauh hingga beliau nampak kemenangan itu di dalam cahaya-cahaya api yang tercetus dari batu-batu yang terkena hayunan cangkul, kemudian beliau ceritakannya kepada kaum Muslimin untuk membangkitkan keyakinan dan kepercayaan di dalam hati mereka.

Ujar Ibn Ishaq: Aku telah diceritakan dari Salman al-Farisi katanya “Aku sedang mencangkul di suatu sudut parit itu, tiba-tiba satu batu yang keras menyusahkan cangkulku. Rasulullah s.a.w. berada berhampiran denganku. Apabila beliau melihat aku mencangkul dan melihat tempat itu amat keras dan sukar kepada aku, beliau pun turun dan mengambil cangkul dari tanganku lalu beliau cangkulkan tempat itu dengan cangkulan yang kuat hingga terpercik cahaya api, kemudian beliau mencangkul sekali lagi dan cahaya api terpercik pula sekali lagi.

Kemudian beliau mencangkul bagi kali yang ketiga dan sekali pula cahaya api itu terpercik”. Ujar Salman: Aku pun berkata: “Demi ayah bondaku, apakah cahaya yang aku nampak terpancar ketika anda mencangkul itu. Sabda beliau “Engkau nampak cahaya itu, wahai Salman?” Jawab dia, “Ya, saya nampak”. Sabda beliau: “Cahaya api pertama itu mengalamat bahawa Allah akan memberi kemenangan kepadaku mena’luk negeri Yaman, cahaya yang kedua pula mengalamatkan bahawa Allah akan memberi kemenangan kepada aku mena’luk negeri Syam dan negeri sebelah Barat dan cahaya yang ketiga mengalamatkan bahawa Allah akan memberi kemenangan kepada aku mena’luk negeri sebelah Timur”.

Tersebut di dalam kitab “ إمتاع الأسماع ” karangan al-Maqrizi bahawa peristiwa ini adalah berlaku kepada ‘Umar ibn al-Khattab dengan disaksikan oleh Salman al-Farisi r.a.

Pada hari ini dapatlah kita gambarkan betapa hebatnya pengaruh kata- kata beliau itu di dalam hati kaum Muslimin yang sedang dikepung oleh serangan musuh itu.

Di samping cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang gemilang itu dapatlah pula kita tokokkan dengan cerita Huzayfah yang pulang dari tugas meninjau keadaan bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sangat sejuk, sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika tu sedang mendirikan solat dengan berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya. Tetapi walaupun beliau sedang bersembahyang dan berhubung dengan Allah, namun beliau tidak membiarkan Huzayfah menggelentar kesejukan hingga beliau selesai sembahyang, malah beliau menarik Huzayfah di antara dua kakinya dan campakkan hujung kain lepas itu kepada Huzayfah supaya dia berselimut dengannya sementara beliau meneruskan sembahyangnya hingga selesai, lalu Huzayfah pun menyampaikan berita (pergerakan angkatan musuh) itu kepada beliau. Di menyampaikan berita gembira itu kepada beliau yang telah pun mengetahui berita itu dengan hatinya. Kemudian beliau mengirim Huzayfah untuk menghebohkan berita ini kepada kaum Muslimin,

Cerita-cerita mengenai keberanian Rasulullah s.a.w., ketabahan dan kecekalan beliau dalam menghadapi keadaan yang ganas itu adalah jelas di sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalinkan ceritacerita itu di sini kerana ia sangat masyhur.

Amatlah tepat firman Allah S.W.T.:

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada Hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.


Wednesday, November 30, 2011

Nasihat...

Penat sangat hari ini. Esok oncall lagi. Sayunya.. Dan sangat sayu sebab iman menurun. Setiap hari di hospital adalah mujahadah. Tadi saya tolong CMR. Tergores hati dengar kata-kata MA. Huhu..

Kehidupan di hospital memerlukan mujahadah yang sangat kuat. Iman saya melemah untuk menghadapi tsunami di hospital.

Teringat dulu Ustazah Salahwahyu memberi nasihat kepada kami yang mengambil perubatan. Katanya, kadang doktor ini mengangkat lengan baju untuk prosedur, tapi kemudian seakan kebiasaan untuk terus mengangkat lengan baju meski tiada prosedur. Saat aurat kita perlu dibuka untuk suatu keperluan, berdoalah agar ianya sememangnya satu keperluan. Dan Allah membantu kita menjaga aurat kita sebaiknya.

Ikhtilat juga cabaran. Kadang tersentuh berlawanan jantina seakan biasa di hospital. Mak dan ayah saya tak pernah ajar untuk bersentuh lelaki perempuan. Sedih sangat... Sedih giler... menangis lagi... Ya rabb, aku sangat-sangat tak kuat...... Sedih sangat bila orang islam sendiri yang tak faham. Benci!

Sangat jelas hadis Rasulullah SAW - Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Saya terbaca nasihat Assyahid Sheikh Ahmad Yassin hari ini di satu blog. Dia dah lama tiada, tapi nasihat dia seakan sentakan untuk iman saya yang melamah. Ya rabb, kuatkan diri ini...


✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•..•*¨`*•✿(¯`v´¯)✿•*¨`*•.✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ✿•*¨`*•.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.

*¨*•♥♥*¨***¨**¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan
membuat perancangan untuk masa depan.
•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•..•*¨`*•(¯`v´¯)•*¨`*•.•*¨`*•. (¯`v´¯) •*¨`*•.
Berpeganglah kepada agama kalian.
Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
•*¨`*•.•*¨`*•.•*¨`*•.*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨**¨*•♥♥*¨*•.

Monday, November 28, 2011

Iktibar 2...

Dua hari lepas, saya mendengar berita yang mengerikan dari head of department. Saat dia sedang membedah seorang makcik, makcik tersebut mati di atas meja pembedahan. Pesakit yang stabil sebelum pembedahan mati tiba-tiba. Ngeri.. dan tiada siapa tahu asbab kematian lantaran keluarga pesakit tidak mahu pesakit dibedah siasat. Allahu a'lam. Allah lebih mengetahui segalanya. Barangkali silent myocardial infarction. Atau mungkin ada sebab-sebab lain.

Meremang mendengar perkhabaran tersebut. Terbayang kenangan tiga tahun dulu. Syukur Allah masih memberi peluang kedua lagi buat saya. Gambaran surah AlQiyamah seakan bergantayungan di kasus minda.

Mendengar sajak ini juga mengundang rasa ngeri... Asbab kita takutkan kematian jelas diberitahu dalam video kedua... Moga Allah terus menuntuni...

You're dying,
And you don't even know it, never saw it coming
But you were so young, so much life, so much loving
So much hope, so much sorrow, I guess so much for tomorrow,
Your family will miss you dearly, still can't believe that you're gone
The news hasn't sunk in; they still think you're coming home
When things don't go our way, the entire world must be wrong
They say it wasn't your time, but to Allah we belong
Your soul left your body, before you had the chance to say goodbye
It caught you unexpected, within the blink of an eye
You were busy with the world, when you felt a tingle in your spine
Your heart began to race, your eyes became blind
Coming closer to the light, was this a trick from your mind?
Or did you really just cross this life's finish line.
The cost of deception is that everyone's gotta die
In a world where everybody is just trying to stay alive
Even if you aren't ready, it could come at anytime
Doesn't ask for your permission, doesn't need you to co-sign
The dirt is getting ready and your hole has been assigned
Your mother helps to wash your body one last time
Prayed your janazh, it was raining cats and dogs
They put you in the ground and now you're all alone
Hearing footsteps of your friends as they begin to moan
We wish you all the best, so sad you had to go
People talk about death, but what about when death talks to you
Rips the soul from your body, will you finally say it's true?
The good may die young; the bad still gotta die too
Every soul shall taste a sip from this restless brew
This is the day that you were promised, your grand debut
No turning back now, no make-ups, no re-dos
From this point on there is no need to review
It's just do or die or in your case just do
The real proof, absolute moment of truth
And just like that, perfectly on cue
Two angels enter your grave, sit you up and ask you
Who is your Lord?
But in this world you only worshipped you,
Obedient to your desires, a slave to your own views
What is your religion?
Don't say it was this deen,
Your last name never stopped you from your wicked routines
Who is your prophet?
You heard the people say his name,
But you never stopped to defend him when they spoke it in vain
You didn't pray the long nights; you didn't fast the long days
You didn't even bother trying to seek forgives for mistakes
You didn't have any fear, you weren't sincere
That Quran on your bookshelf was just a souvenir
In fact it was quite clear that you loved this place
And never thought you would have to witness what awaits
Well get ready for your fate, the promise of your Lord is great
When you're brought right back forth from that dirt you came
And make no mistake, the scale makes no mistakes
Indeed every deed shall receive its due weight
So deceive as you please until you see it's too late
You would squeeze the seven seas for the chance to prostrate
Where are your American idols, let them keep you safe
Or perhaps you will find mercy in the money you chased
You never stopped to take a break and see into your future,
Walal-akhiratu khayrun laka mina al-oola
But now look at you; you are the definition of a loser
Doomed to dwell in hell, oh well at least it suits you
Every moment awake, you receive your reward
To feed on a fire whose fuel is men and stones
Boiling puss, in chains and yoke
Skinned ripped from flesh, from flesh till bone
Begging the keepers of hell to lighten the load
But this is exactly what you asked for
You choose the torment, you refused to repent
You had the answers to the test and you still didn't prep
For eternity you will rest in the lowest depths,
Step by step, I must confess
You're dying, but you haven't died yet
But with every single heartbeat you get closer to your final breath
Yesterday you were one day closer to your grave
Today who even knows if you'll even make it home ok
I just pray that you are ready for your final exam
Until then don't you dare die except in a state of Islam
Heaven and Hell are just the choices that we make
So turn back to you Lord, before it's too late

Thursday, November 24, 2011

Iktibar...

Terkadang pena ingin terus menarikan bicara di kanvas maya ini. Menulis hikmah yang dikutip dalam bilahan hari-hari yang berlaku. Dan hikmah itu perlu dinukilkan, kelak sebagai peringatan buat diri sendiri di saat usia kian terus berjalan menuju maut yang akan hadir tidak kira masanya.

Terkadang ngeri untuk memikirkan. Ada di antara pesakit yang hari semalamnya berbual dengan kita, namun keesokan harinya telah bertemu Allah. Sungguh semua itu peringatan buat diri sendiri. Saya pasti kebanyakan pesakit tersebut juga tidak menyangka mereka akan pergi dalam masa terdekat. Benarlah, kematian itu hadir tiba-tiba. Ianya urusan ilahi yang sukar ditaksir oleh insan.

Masih segar di fikiran saya, pengalaman 3 tahun yang lalu saat saya melalui pembedahan. Fungsi pernafasan saya belum pulih, namun alat bantuan pernafasan telah dikeluarkan (extubate). Sangat mengerikan saat saya tidak mampu bernafas. Setiap kali diingatkan dengan pesakit yang telah pergi bertemu Allah, gambaran itu hadir dalam benak minda saya. Saat melihat mereka nazak, itu juga yang saya rasakan. Mereka sedang bertarung dengan hakikat maut.

Pernah seorang makcik mahu kematian yang sempurna, tidak mahu membuang kakinya. Dia mati akhirnya kerana jangkitan dari kaki telah merebak ke seluruh organ. Saya masih belum arif hukum agama. Adakah perbuatan sebegitu dikira membunuh diri? Namun saya teringin makcik itu dihidupkan semula. Saya mahu dia bercerita semula pengalamannya berdepan dengan maut. Saya pasti dia tidak kisah seandainya semua anggotanya dibuang jika dibandingkan dengan hakikat maut yang lebih menggerunkan.

Pernah saya hadir kursus Pain as 5th vital sign. Consultant yang memberi ceramahnya bertanya, “Pernah tak kalian yang berada dalam medical profession ini memberitahu pesakit yang sedang sakit bahawa mati lebih menyakitkan?” Tiada siapa yang mengangkat tangan. Sungguh kenyataan itu dikira kejam kepada pesakit yang sedang sakit. Tapi saya pernah memberitahu seorang pesakit yang menginginkan kematian akan hal itu. Semuanya lantaran pengalaman 3 tahun lalu…

Saya pernah melihat pesakit mati, semasa cardiac monitor menunjukkan pesakit telah tiada (asystole). Badan terasa seram sejuk. Terasa malaikat maut baru sahaja mengunjungi. Entah berapa ratus kali malaikat maut mengunjungi saya dalam kehidupan seharian di hospital. Sungguh semua itu adalah peringatan..

Saya rasakan tiada pilihan dalam kamus hidup saya. Saya mahukan syahid sebagai kematian, mahukan khusnul khatimah. Bicara akak mengetuk hati, “Terkadang syahid cuma di bibir sahaja. Sel-sel, darah, tulang dan segalanya yang mengalir dalam tubuh badan kita masih belum mahukan kesyahidan. Amal kita tidak membuktikan bahawa kita menginginkan syahid itu”.

Benar katanya. Merenung kembali amal seharian.

Dan mudah-mudahan kita adalah insan yang merindukan pertemuan dengan Allah. Teringat kata-kata seorang sahabat, Dilah semasa saya sakit dan begitu takut akan kematian suatu ketika dahulu, “Bagi mukmin, kecintaan utamanya tumpah kepada Allah. Bila beriman dengan Hari Pertemuan, maka percayalah hanyalah hari perpisahan dengan dunia pintu untuk ke pertemuan bersama Allah. Bukankah Allah itu kekasih mukmin? Kekasih tidak akan menyakiti kekasihnya. Benar bukan? Lalu, bila Kekasih memanggil untuk bertemu, mengapa kamu harus bersedih? Mengapa mesti takut? Bukankah waktu untuk bertemu kekasih waktu yang mendebarkan rasa hati? Kerana rindu akan langsai.Usah rasa takut lagi, usah risau lagi. Bersiap-siap sahaja untuk hari bertemu kekasih yang satu ini, kerana di panggil pulang bermakna cintaNya terlalu sarat untuk kita!”

Moga Allah mengurniakan kesyahidan buat kita.
si cilik yang syahid


Saturday, November 19, 2011

We teach life, sir..


Today, my body was a TV’d massacre.

Today, my body was a TV’d massacre that had to fit into sound-bites and word limits.

Today, my body was a TV’d massacre that had to fit into sound-bites and word limits filled enough with statistics to counter measured response.

And I perfected my English and I learned my UN resolutions.

But still, he asked me, Ms. Ziadah, don’t you think that everything would be resolved if you would just stop teaching so much hatred to your children?

Pause.

I look inside of me for strength to be patient but patience is not at the tip of my tongue as the bombs drop over Gaza.

Patience has just escaped me.

Pause. Smile.

We teach life, sir.

Rafeef, remember to smile.

Pause.

We teach life, sir.

We Palestinians teach life after they have occupied the last sky.

We teach life after they have built their settlements and apartheid walls, after the last skies.

We teach life, sir.

But today, my body was a TV’d massacre made to fit into sound-bites and word limits.

And just give us a story, a human story.

You see, this is not political.

We just want to tell people about you and your people so give us a human story.

Don’t mention that word “apartheid” and “occupation”.

This is not political.

You have to help me as a journalist to help you tell your story which is not a political story.

Today, my body was a TV’d massacre.

How about you give us a story of a woman in Gaza who needs medication?

How about you?

Do you have enough bone-broken limbs to cover the sun?

Hand me over your dead and give me the list of their names in one thousand two hundred word limits.

Today, my body was a TV’d massacre that had to fit into sound-bites and word limits and move those that are desensitized to terrorist blood.

But they felt sorry.

They felt sorry for the cattle over Gaza.

So, I give them UN resolutions and statistics and we condemn and we deplore and we reject.

And these are not two equal sides: occupier and occupied.

And a hundred dead, two hundred dead, and a thousand dead.

And between that, war crime and massacre, I vent out words and smile “not exotic”, “not terrorist”.

And I recount, I recount a hundred dead, a thousand dead.

Is anyone out there?

Will anyone listen?

I wish I could wail over their bodies.

I wish I could just run barefoot in every refugee camp and hold every child, cover their ears so they wouldn’t have to hear the sound of bombing for the rest of their life the way I do.

Today, my body was a TV’d massacre

And let me just tell you, there’s nothing your UN resolutions have ever done about this.

And no sound-bite, no sound-bite I come up with, no matter how good my English gets, no sound-bite, no sound-bite, no sound-bite, no sound-bite will bring them back to life.

No sound-bite will fix this.

We teach life, sir.

We teach life, sir.

We Palestinians wake up every morning to teach the rest of the world life, sir.

Friday, November 18, 2011

Khaulah...

Terkadang saya mahu jam berhenti berjalan dan saya tidak perlu ke hospital lagi. Stress sangat.. Dan terkadang saya rasakan tiada siapa memahami saya yang kerdil ini. Tiada siapa tahu permasalahan saya di hospital. Dan sangat sedih bila terkadang saya tidak menjaga hak manusia lain kerana kerjaya ini. Lebih menyedihkan bila saya tidak menjaga hak Allah. Bila hak Allah tidak terjaga, macam mana saya nak jaga hak-hak yang lain kan?

Semalam seorang MO ceritalah, dia kata kalau tahu diri lemah - staylah kat hospital. Dia dulu tak balik dan stay di hospital. Banyak lagilah yang mereka katakan. Entahlah, mulut saya terkunci untuk menjawab. Kehidupannya cuma seputar hospital. Sedang saya punya kerja-kerja yang lain...

Dan terkadang juga tiada siapa memahami bahawa dakwah dan tarbiah ini adalah salju yang menyejukkan sahara hati ini. Orang rasa kalau fizikal dah penat, pergilah tidur. Manusia tidak faham yang dakwah dan tarbiah ini sahajalah yang melapangkan dada kita seluas-luasnya seperti yang disebutNya dalam surah Insyirah.

Dan tidak akan ada orang yang memahami kelemahan kita dengan sedalamnya melainkan Allah.. Tidak akan ada yang mampu memahami kita melainkan Allah... Dan itulah yang saya pelajari ..

Saya mahu ceritakan satu kisah ini.. Kisah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW. Dia sudah lama berkahwin, sudah kehilangan umur belianya lantaran berkhidmat buat suaminya.. Terkadang konflik rumah tangga berlaku.. Cuma satu hari ini, konflik itu menjadi parah.. Si suami mengatakan pada dirinya bahawa mulai saat itu dia akan melayan isterinya itu seperti seorang ibu dan bukan isteri. Kiranya si suami menziharkan isterinya..

Wanita ini kesedihan. Imagine perasaan seorang wanita. Hatinya yang sangat sensitif. Dia mengadu pada Allah. Dan kemudian dia pergi bertemu Rasulullah SAW. Saat itu Saidatina Aisyah berada hampir dengan Rasulullah SAW tapi sedikit pun tidak dapat mendengar suara mahupun bisikan wanita ini.

Kemudian turunlah ayat-ayat Surah Mujadilah.

Qad sami'allah.. Sesungguhnya Allah telah mendengar..

Qaulallati tujadiluka fi zaujiha - suaranya ketika dia mengadukan tentang suaminya..

Watasytaki ilallah.. dan mengadukan suaranya pada Allah...

Wallahu yasma'u tuhawurakuma... dan Allah mendengar perbualan keduanya..

Innallaha sami'um basir.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat..

dan ayat seterusnya...

Sangat dahsyat kan? Itulah ayat pertama surah Mujadilah... Ya, ayat pertama.. Betapa Allah itu mendengar... Wanita itu ialah Khaulah Binti Tha’labah yang mengadukan perihal dirinya yang telah berdepan dengan masalah zihar dengan suaminya iaitu Aus Bin Shamit.

Imagine kehidupan para sahabat.. Mereka hidup dengan Quran..

Kata Assyahid Syed Qutb, surah ini dibuka dengan pemakluman seperti itu. Tiba-tiba Allah hadir dalam persoalan individu seorang wanita Muslim biasa. Allah tidak lengah untuk mendengar untuk mendengar dan mengaturnya kerana pengelolaan kerajaan langit dan bumi yang dikelola-Nya. Itulah persoalan. Itulah persoalanNya jika sebuah peristiwa mengesankan terjadi. Dia memberitahukan kepada umat manusia bahawa demikianlah urusan Allah terhadap masalah. Dia hadir dalam setiap persoalan baik yang besar mahupun kecil, memperhatikan aneka problem sehari-hari, dan merespons pelbagai masalah kritis. Dialah Allah yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Kuasa, Maha Besar yang memiliki kerjaaan langit dan bumi. Dia Maha Kaya lagi Maha terpuji.

Kata Assyahid Syed Qutb lagi - Ayat ini merupakan permulaan yang memiliki nada yang mengesankan, kamu berdua tidaklah sendirian. Sesungguhnya Allah menyertai kamu berdua. Dia mendengarmu. Sesungguhnya Allah mendengar wanita itu. Dia mendengarnya mengadu kepadamu tentang suaminya dan mengadu kepada Allah. Dia mengetahui semua rentetan kisah. Dia mengetahui dialogmu dan isinya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia mendengar dan melihat. Demikianlah urusanNya. Inilah gambaran dari sebuah peristiwa di mana Allah menjadi pihak ketiga.

Nak tambah lagi kisah Khaulah ini. Pernah sekali Saidina Umar berjalan dengan sahabat-sahabat. Kemudian seorang wanita tua memanggilnya dan Umar pergi meninggalkan sahabat-sahabatnya dan duduk berjam-jam mendengarkan wanita ini. Kemudian dia kembali bertemu sahabatnya. Lantas sahabatnya mengadukan, "Sanggup kau meninggalkan kami untuk bersama wanita tersebut". Lantas Umar berkata, "Aku sanggup untuk lebih lama lagi bersama wanita tersebut. Tahukah kau siapa dia? Dialah Khaulah. Suaranya didengar Allah".

Ya, kadang kata-kata manusia menyakitkan dan terlalu menyakitkan. Tapi ingat Allah ada bersama kita dalam perjalanan ini.

Ya Allah, aku bukan Khaulah.. aku berdosa..namun dengarlah rintihan diri ini ya rabb kerana sungguh aku keseorangan..

Thursday, November 10, 2011

Palestina...

Semalam rasa penat sangat oncall. Serasanya saya tidak pernah kisah andai fizikal saya yang kepenatan, tapi rasa sangat sedih bila dimarahi. Bila oncall malam, kita seorang diri dan nak jaga 32 pesakit. Saya tidak tidur hatta 5 minit pun. List darah yang perlu diambil pun terlalu banyak. Buku pass over pun tak habis tulis. Ada new admission. Kena masukkan tibial pin lagi. Saya hilangkan satu alat semasa masukkan tibial pin itu dan kena bayar RM80. Huhu.. Botol darah habis pun, HO yang kena cari. Pagi harinya, ada HO yang tiada. Saya tidak pasti progress pesakit kesemuanya. Kenalah marah sebab saya yang oncall malam. Sedih..

Patut balik pukul 1 tengahari, saya balik 4.30 petang. Telefon di wad berdering tak henti-henti. Rasa macam nak campak sahaja phone itu. Dan dalam kepenatan itu, serasanya suara pesakit pun rasa macam annoying je kat telinga ini.

Dan saya bertanya pada Allah- Ya rabb, give me a reason to continue..

Setelah 36 jam, saya cuma tidur dua jam sahaja. Tapi saya gagahkan diri untuk pergi ceramah Palestin. Sebab minggu ini saya tidak dapat hadir usrah dan daurah kerana bekerja. Makanya program ini sahajalah charger iman saya minggu ini..

وَأَنَّ اللّهَ لَيْسَ بِظَلاَّمٍ لِّلْعَبِيدِ

"...Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.” (Surah A-li ‘Imraan, Ayat 182)

Dengar ayat ini semasa memandu. Rasa sayu sangat.. Allah lebih tahu kenapa saya di sini...

Dan Allah memberikan jawapan di atas semua soalan yang saya ajukan. Air mata mengalir semasa mendengar ceramah tersebut sebabnya memang saya dalam keadaan super duper stress..

Bestlah program itu dan sangat istimewa sebabnya terbuka pada ahli sahaja. Sebelah petangnya sememangnya sudah ada beberapa program umum di beberapa kawasan. Dan bila istimewa untuk ahli, bahasa dakwah dan tarbiah yang digunakan begitu menyejukkan hati. Pertemuan yang sangat mengujakan.. Ada ikhwah akhawat kita yang sama-sama bekerja dengan kita di luar sana... We're not alone.. Excited juga sebenarnya bertemu dengan pimpinan Hamas di bawah kepimpinan Ismail Haniyeh..

Bila akh Abu Ayesh melafazkan kegembiraannya bertemu dengan sahabat-sahabat dakwahnya, perkara itu adalah renungan buat diri ini.. Layakkah diri ini menjadi sahabat seangkatan ikhwah dan akhawat di bumi Palestin dengan kerja-kerja dakwah tarbiah yang amatlah sedikit? Ya rabb, bantulah diri ini..

Banyak pesanannya. Dia berbicara bahawa rakyat Palestin tidak akan sesekali mengecewakan saudara Muslimnya dalam membebaskan bumi Palestin. Hati berdetik. Kalian tidak akan mengecewakan, tetapi kamilah yang sering mengecewakan kalian.. Maafkan kami Palestina..

Abu Ayesh berwasiat - Berdoalah kalian dalam setiap solat dan sujud kalian demi Palestina. Jangan sesekali melupakan Palestina dalam doa kalian.

Ya rabb, mereka cuma mengharapkan doa sahaja.. Malunya.. Bukankah tanggungjawab untuk membebaskan Palestina terpikul di atas bahu setiap Muslim? Palestina adalah aqidah setiap Muslim!

Dia mengkhabarkan sebelum eid adha, ada 9 ikhwah yang terkorban. Allah.. Tapi mereka gembira kerana sahabat-sahabat mereka telah berada di jannah, the ultima na'im, nikmat yang sangat didahagakan oleh setiap manusia.

Semasa pembebasan lebih seribu rakyat Palestina baru-baru ini, kamu tahu apa yang dilakukan oleh mereka sebaik sahaja dibebaskan? Dalam kehausan dan kelaparan, mereka tidak meminta makanan mahupun air. Mereka mahukan senjata serta merta untuk terus membebaskan Palestina. Ya rabb... Mereka tidak bergembira sepenuhnya dengan pembebasan mereka. Mereka hanya akan bergembira sepenuhnya saat setiap inci bumi Palestina telah dibebaskan.

Kata Abu Ayesh, bom phosphorus sahaja sudah cukup untuk menghancurkan Palestina. Segala senjata yang paling canggih digunakan untuk menghancurkan Palestina.. Tapi Allah menjaga bumiNya. Allah akan terus membela Palestina.. Hatta sehingga kini, jihad terus berlarutan di bumi tersebut... Dan setiap saat, hari, siang dan malam, kemenangan Islam itu terus hampir dan kita sedang melihatnya..

Diceritakan pada kami kisah الاسير حسن سلامة. Sangat mengkagumkan. Dia dijatuhkan dengan hukuman lebih 3500 tahun penjara. Sangat-sangat tidak logik. Tapi begitulah Zionis. Kekejaman mereka tiada taranya. Namun dia tersenyum meskipun dikelilingi oleh 22 orang tentera Zionis. Sehinggakan ada ungkapan yang sangat mahsyur berkenaan dirinya - Siapa yang telah memenjarakan siapa?
Diceritakan pada kami kisah Reem Reyashi. Seorang ibu yang melakukan amaliiyah istisyhadiah demi Palestina dan meninggalkan dua anaknya. Ramai yang mengatakan dia heartless, tapi bagi mereka yang faham akan makna Palestina pasti akan memahami perjuangannya.








Antara poin yang saya rasakan sangat mengkagumkan juga adalah kasih sayang setiap anggota HAMAS. Saat pembebasan lebih 1000 orang rakyat Palestina, ramai juga di kalangan mereka adalah anggota Fatah. Dan mereka mengucup tangan Ismail Haniyeh kerana terlalu menghormatinya. Kata mereka, HAMAS yang bertungkus lumus membebaskan mereka. HAMAS yang mengambil berat tentang mereka. Kata Abu Ayesh - qatilunnas bil hubb, kita berperang dengan manusia dengan kasih sayang. Masya Allah! Refleksi bagi saya pastinya sebagai seorang doktor di saat kita rasa super penat dan nilai kasih sayang tersebut berkurangan.. Ya rabb, bantulah diri ini..

Diceritakan juga di saat awal penubuhan HAMAS, pengikutnya terlalu sedikit. Malah ada di kalangan pengikut HAMAS yang dibaling dengan batu. Namun dengan kasih sayang, hampir seluruh rakyat di Palestina menyokong Hamas. Semasa penahanan Gilad Shalit selama 5 tahun, Israel menawarkan bermillion duit buat mereka yang memberikan maklumat tentang tempat persembunyiannya. Namun rakyat Palestina mengatakan, hatta sekiranya seluruh kekayaan dunia ini diberikan kepada mereka, mereka tidak akan memberitahu tempat penahanan Gilad Shalit. Hebat kan? Lan na'tarifu Israel, kita tidak akan sesekali mengiktiraf Israel..

Poin yang best juga adalah hadis Rasulullah SAW - sesiapa yang membantu mujahid, dia juga adalah mujahid. Jangan lepaskan peluang untuk terus membantu Palestina..

Di saat akhir pertemuan, Abu Ayesh menaip sesuatu di screen dan mengajak kami melafazkannya beramai-ramai dan dia akan membantu menyampaikannya pada Ismail Haniyeh..

Ya Haniyeh, eash eash
Kulli Malaysian elak jayish!

Saya tidak pasti maknanya. Cuma kata-kata tersebut untuk meberitahu Ismail Haniyeh bahawa kita di Malaysia ini juga adalah tenteranya. Menurut Abu Ayesh lagi, Zionis sangat bodoh. Mereka ingatkan mereka berperang dengan 1 million rakyat Palestina. Tapi sebenarnya mereka berperang dengan seluruh Muslim di setiap tanah yang ada di atas dunia ini.

Moga Allah mengurniakan kita semua kesyahidan, the ultimate na'im and happiness... Dan moga Allah mengurniakan kita kesempatan untuk solat di masjidil aqsa..

Monday, November 07, 2011

Asiya...

Setiap hari mahu ke hospital, ada sahaja ujian yang berlaku. Semalam semasa eid adha, saya bekerja. HO yang sepatutnya bekerja sehingga 4.30 petang, balik awal kerana ada kenduri arwah. Tinggal saya dan seorang tagger sahaja di wad. Dan saya di wad orthopaedic. Semalam banyak kes baru. Ramai yang kemalangan semasa hari raya. Majoritinya di kalangan remaja yang tiada lesen. Sabar sahaja..

Syukur Allah kurniakan seorang tagger yang sangat memahami. Sekiranya kita masuk mana-mana posting, kita perlu tag di wad terlebih dahulu. Belajar sebanyak mungkin kerana seusai tag, kita sudah mula oncall. Orthopaedic di sini perlu tag selama dua minggu.

Tagger yang banyak membantu saya ini cina kristian. Sangat baik. Semalam dia membantu saya dalam banyak perkara. Tak cukup tangan nak jaga satu wad seorang diri. Syukur Allah menghantar dirinya. Semasa saya di wad yang satu lagi, ada ramai HO non muslim juga. Tapi geram sangat dengan diorang. Kaki buli dan sangat biadab. Saya faham bahasa Tamil. Ada HO india yang berpakat cara nak cabut kerja dan saya memahami percakapan mereka. Sabar..

Pengalaman bersama tagger tersebut semalam mengajar saya satu perkara. Lebih baik kualiti dari kuantiti. Kadang wad dipenuhi dengan HO tapi lebih menyukarkan.

Dan semalam saya cuba sebaik mungkin bekerja dan terus bekerja. Ada pesakit yang restless. Penat sangat insert brannula banyak kali. Dan balut dengan bandage pun tercabut juga. Ya rabb..

Ada pesakit yang marah sebab ambil darah banyak kali. Allah.. Kadang tak tahu nak cakap macam mana. Senang je medical officer order, nak renal profile dua kali sehari. Tapi yang perlu menghadap pesakit dan ambil darah mereka adalah kita. Dan yang kena marah pun kita. Kadang senang je diorang trace result di komputer. Adakalanya sebagai HO, awak tak sempat pun nak tengok result satu-satu pesakit. Dan awak juga yang akan dimarahi oleh superior untuk semua yang berlaku.

Kadang saya tak faham semua yang berlaku. Kalau saya oncall petang (dari 7 pagi sehingga 11 malam), saya pastikan semua pesakit sudah ada night review. Tapi kalau HO lain, ada juga yang lompong. Dan sangat penatlah, sebab kalau hari yang kita oncall malam (7 pagi sehingga 4.30 malam dan kemudian sambung pukul 10 malam sehingga 1 tengahari esoknya), awak juga yang perlu siapkan kerja-kerja yang tak disudahi oleh HO lain. Memang tak cukup tangan oncall malam seorang diri. Itupun ada sahaja kesilapan yang saya lakukan. Ada hari yang sepatutnya saya balik 1 tengahari, tapi saya balik pukul 4 petang lebih sebab pastikan kerja-kerja saya dilunasi. Tapi orang lain balik macam itu sahaja.

Semalam HO yang patut masuk pukul 10 malam, tak datang-datang. Saya cuba call dia sampai hampir pukul 1 pagi. Satu panggilan pun tak dijawab. Ada lagi kes yang baru masuk. Dan saya dah rasa penat sangat. Pukul 1 pagi baru dia sampai. Kalau dia tak datang, saya yang kena bekerja. Attitude HO kadang sangat teruklah. At least, angkatlah phone. Penat sangat. Menangis jugalah bila orang buat kita seperti ini.

Dan kadang saya tidak faham, bagaimana kita boleh makan duit gaji kita bila kita tak pernah sempurnakan kerja-kerja kita, bila kita merampas hak orang lain. Konon balik kampung, orang lain tiada kampung ke? Orang lain tiada hati dan perasaan ke?

Semalam saya luahkan juga rasa geram saya dan beritahu staff nurse. Ya rabb...Bila balik, saya rasa malu sangat dengan diri saya sebab tak dapat nak bersabar. Wallahi, bukan senang nak sabar... Sangat-sangat susah..

Dan terkadang kita memang mencuba untuk menjadi yang terbaik, tapi keadaan persekitaran kita sangat-sangat tak membantu. Sedih sangat...

Saya beritahu naqibah saya yang hospital dipenuhi oleh orang-orang yang sakit. Bukan pesakit sahaja yang sakit, semua orang dalam itu berpenyakit. Saya rasa macam toksik sangat hospital itu. Dan hanya tarbiahlah penyembuhnya. Setiap saat saya menghadiri program tarbiah adalah saat-saat terbaik dalam hidup saya dan saya rasakan saya masih normal lagi. Cuma terkadang saya sendiri lemah dan jahiliah saya yang terpendam terbakar semula. Ya rabb...

Setiap hari saya minta pada Allah agar saya tak hanyut dalam dunia yang sangat gelap itu. Saya tak mahu diwarnai oleh kegelapan itu. Hari ini Allah hadiahkan saya kisah Asiah, isteri Firaun. Dengarlah, saya nangis dengar talk ini. Dia hidup dalam kegelapan yang tidak pernah dirasai oleh sesiapa pun. Tapi dia tak diwarnai oleh kegelapan itu. Nanti satu masa kita tadabbur makna kurrata a'yun dan kita akan cerita kembali kisah Asiya ini. Dan bila Allah bersamanya, setiap kepahitan bertukar menjadi madu sehingga dia mampu tersenyum. Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk belajar darinya..

There was an error in this gadget