Sunday, October 30, 2011

Tongkat...

Hari ini insya Allah kita tadabbur ayat Quran. Ayat yang sangat indah.
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?" (surah Taha: 17)
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". (Surah Taha: 18)


Pernah berfikir tentang ayat ini? Apa yang kamu dapat dari ayat ini? Kenapa Allah rakamkan dialog ini? Kenapa perbualan ini dirakamkan di dalam Quran dan akan dibaca sehingga hari kiamat? Apa relevannya ayat ini dengan kita yang hidup di zaman ini? Apa yang ada pada tongkat? Adakah ayat ini mahu menceritakan faedah-faedah tongkat? Apa yang ayat ini cuba sampaikan pada kita sebenarnya?

Ayat ini menceritakan betapa excitednya seorang hamba saat dapat berbicara pada RabbNya. Adakah Allah tidak tahu apa yang ada di tangan Nabi Musa? Allah knows everything. Tapi Dia masih bertanya, mahu mendengar segala cerita hambaNya.

Dan Nabi Musa terlalu excited dengan Allah. Allah cuma tanya dia apa yang ada di tangannya. Cukuplah dengan jawapan tongkat. Tapi sebab dia nak memanjang-manjang perbualannya dengan Allah, dia ceritakan kegunaan tongkatnya. Dia menghargai setiap saat bersama Rabbnya. Ayat ini sangat kelakar juga. Sebabnya Nabi Musa berfikir dan berfikir tentang kegunaan tongkatnya sampai sudah tiada idea. Dan dia pun berkata - ada macam-macam lagi kegunaan tongkat ini. Pernah rasa excited sebegitu saat berdialog dengan Allah?

Dan Allah tidak menyampuk sedikit pun segala cerita Nabi Musa. Allah tidak kata pun,"Aku cuma tanya apa yang ada di tangan kananmu, Aku tidak tanya pun apa yang kau buat dengannya". Allah tidak cakap macam itu pun. Dia Maha Mendengar. Best kan?

Fikirkan lagi, apa yang berlaku dalam kehidupan kita? Contohnya, kita baru beli beg baru. Adakah kita nak cerita dengan Allah perihal beg kita? Macam rasa tak logik kan? Tapi Nabi Musa ceritakan hatta tentang tongkatnya.

Bagaimana pula dengan kita? Masalah kita banyak kan? Pernah cerita dengan Allah? Dia Maha Mendengar. Dia tahu semua kelemahan kita. Dia tahu betapa fragilenya hati kita. Dia tahu Nabi Musa pernah membunuh, dan Dia masih mendengar malah melantik Nabi Musa untuk misi yang lebih besar.

Semua benda dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, ceritakan pada Allah. Allah tidak akan sesekali meremehkan apa jua masalah kita. Allah yang paling tahu kelemahan dan kekuatan kita. Dan hanya Allah sahaja yang mampu menyelesaikan segalanya buat kita.

Thursday, October 27, 2011

Harits dan Hammam..

Hari ini belajar tantang satu hadis. Cantik sangat hadis ini dan sangat praktikal bagi mereka yang bergelar murrabi, mendidik insan yang lain.

Dalam Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasa`i dan selain keduanya, dari Abu Wahb al-Jusyami ash-Shahabi radiyallahu 'Anhhu , dia berkata, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,


تَسَمَّوْا بِأَسْمَاءِ اْلأَنْبِيَاءِ. وَأَحَبُّ اْلأَسْمَاءِ إِلَى اللهِ سبحانه و تعالى: عَبْدُ اللهِ وَعَبْدُ الرَّحْمنِ، وَأَصْدَقُهَا: حَارِثٌ وَهَمَّامٌ، وَأَقْبَحُهَا: حَرْبٌ وَمُرَّةُ.


'Namakanlah diri kalian dengan nama-nama nabi, dan nama yang paling disukai Allah Subhanahu waTa`ala adalah Abdullah dan Abdurrahman, dan yang paling benar di antaranya adalah Harits dan Ham-mam, sedangkan yang paling buruk di antaranya adalah Harb dan Murrah'."

(Sunan Abu Dawood 3: 4140)


Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah (hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba kepada Arrahman). Dan nama yang paling benar ialah Harits dan Hammam. Yang paling buruk ialah Harb (peperangan) dan Murrah (kepahitan).

Apa pula maksud Harits dan Hammam? Maksud Harits adalah mereka yang menanam anak benih. Dan Hammam ialah mereka yang berusaha menghidupkan anak benih tersebut sehingga menjadi tumbuhan yang indah. Best kan hadis ini? Sangat futuristik. Bukan hanya cukup menjadi hamba Allah dan hamba Arrahman, tetapi perlu berusaha menjadi Harits dan Hammam.

Ya, sangat-sangat penting untuk menanam benih-benih Islam di mana sahaja kalian pergi. Dan sentiasa berusaha. Tidak dapat buat di hospital, buat di tempat lain. Kalau rasa jadi doktor pelatih/house officer tidak mampu menarik hati insan-insan di hospital, cari adik-adik di luar. Ada sahaja tempat yang menginginkan Islam. Tanam benih Islam, berusaha dan terus berusaha. Dan sekiranya mampu, suburkan benih tersebut sehingga menjadi pohonan yang cantik yang kelak akan memberikan hasilnya pada insan lain pula.

Best kan jadi pemuda Kahfi? Mereka tinggalkan benih iman di satu tempat, tertidur di gua. Tapi tidur mereka menjadi sangat bermanfaat. Hatta tidur, Islam terus tertegak di luar. Sebab mereka adalah Harits. Mereka telah menanam benih iman. Liku-liku perjalanan mereka dipenuhi dengan iman. Mungkin kita bukan Hammam. Tetapi percayalah benih-benih tersebut akan terus subur andai segalanya kerana Allah. Mungkin adik-adik kita adalah Hammam yang menyuburkan benih yang telah kita tanam. Ya rabb, jadikan kami Hammam dan Harits..

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Surah Kahfi ayat 10)

Midrara...

Semalam adalah antara hari yang super penat. Penat dengan kerja dunia. Super sedih sebab ada program tarbiah tapi tak dapat nak pergi kerana kerja. Dari selepas Subuh sampai pukul 1 pagi. Saya sendiri tidak pasti tujuan hidup saya.

Buat adik-adik, carilah kerja yang menjamin masa kalian dengan Allah, ummah dan keluarga. Fikir-fikirkan..

Bagi saya, dakwah dan tarbiah adalah oksigen untuk terus bernafas dalam lumpur Jahiliah. Dan sangat-sangat sedih bila semua itu dirampas dari kita. Tidak peliklah kalau semasa kursus induksi pegawai perubatan, dah tiada lagi BTN. Sebabnya doktor adalah manusia paling tidak berbahaya. Syok sendiri di hospital! Tidak pernah tahu isu ummah dan isu di luar sana. Balik penat dan tidur. Lagi gila, kalau pergi buat locum di luar. Super gila kejar dunia!

Macam super bangkai juga orang yang tidak puas hati dengan sistem shift. Kalau sistem shift sahaja dah super sibuk macam gini, bagaimana dengan sistem dahulu? Memang merampas kehidupan manusia itu dari ketaatan dia pada Allah. Afeera, ingat 24 jam sehari adalah ibadah!

Biarlah doktor ramai. Biarlah masa kerja doktor dikurangkan supaya dia boleh buat kerja-kerja lain di luar.

Lupakan soal hospital. Semalam semasa memandu dalam perjalanan balik dari hospital, ada bacaan Quran di IKIM. Hujan pula lebat di luar. Dan Allah hadiahkan ayat yang sangat best. Allah sangat-sangat memahami hati kita yang super sesak dengan dunia.
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)


Alhamdulillah, seakan hujan lebat di luar, ia membasahi hati. Bak kata seorang adik, ketenangan mengalir dalam setiap kapilari darah. Hujan lebat (midrara) itu sungguh membicarakan kebersamaan Tuhan dalam menghadapi semua yang sedang berlaku. InsyaALLAH, Allah akan menambahkan kekuatan di atas kekuatan yang dah sedia ada ini.. ameen ameen ameen...

Dan memang kena super memperbanyakkan istighfar atas segala dosa-dosa saya di hospital dan di setiap saat dan ketika. Mahu kuat, kena istighfar banyak-banyak!

Entri dulu-dulu tentang ayat yang sama, boleh dibaca di sini.

Monday, October 24, 2011

Syukur...

Setiap minggu sekali saya dapat masuk operation theatre (OT). Selalu rasa kekok. Banyak benda yang saya pelajari. Hari yang dapat masuk OT rasa tenang sedikit sebab tidak perlu fikir kerja di wad. Huhu..

Dua hari lepas dapat melihat pembedahan Austin Moore hemiarthroplasty. Ini gambar femur. Ada makcik ini, head of femur dia patah. Dan doktor akan membuat pembedahan tersebut untuk menggantikan head of femur tersebut.

Meskipun sebagai house officer dan awak dilayan entah apa-apa, tapi perasaan itu sangat seronok saat dapat melihat kekuasaan Allah di sebalik pembedahan tersebut.

Ada 4 doktor - 1 doktor pakar, dua doktor MO, dan saya HO. Dan ada seorang lagi Dr MO sebagai observer. Cuma nak gantikan satu head of femur tersebut, tapi memerlukan kekuatan 4 orang doktor, alat-alat yang sangat canggih dan ilmu yang dipelajari bertahun-tahun. Masya Allah, betapa Allah membuktikan kekuasaanNya. Dan saya rasa menjadi seorang doktor, sepatutnya menambahkan ketaqwaan dan merasai kekerdilan kita di hadapan Allah.

Saya lihat doktor belah kulit itu selapis demi selapis. Lepas itu nampak tulang yang patah. Dapat lihat darah yang mengalir dari tulang tersebut, seakan berminyak. Masya Allah. Dapat pegang tulang head of femur yang yang patah itu. Masya Allah! Excited! Hebat sangat Allah SWT.
Allah yang mencipta tulang femur setiap orang. Dari sejak kita lahir lagi. Dan tulang femur tersebut membesar dari hari ke hari dan mengalami perubahan setiap saat dan ketika. Kita tidak pernah nampak pun Allah mencipta mesin yang super canggih untuk membuktikan kejadianNya. Tapi seandainya kita memikirkan dengan sangat dalam, kita tahu bahawa kekuasaan Allah itu sangat hebat.

Benarlah ulangan ayat Allah dalam surah Arrahman - Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Itu baru satu tulang. Betapa banyak tulang dalam badan kita? Sejauh mana syukur kita?

Dan sebagai seorang Muslim, kita tidak pernah rasa doktor-doktor itu power sangat kan? Hanya Allah yang memberikan ilmu kepada mereka. Itu sebabnya seorang doktor adalah instrument of Mercy of Allah. Dan segala teknologi dan kepakaran mereka, menambah asbab kita untuk menambahkan syukur pada Allah. Dan semua itu mengingatkan saya pada kisah Nabi Daud.

Dari Abu Musa al-As’ari r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Sesungguhnya telah dikurniakan kepadamu suara merdu laksana seruling sebagaimana suara merdu laksana seruling keluarga Daud”. –Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Apa kehebatan Nabi Daud? Allah berikan dia suara yang sangat best sepertimana description Rasulullah SAW dalam hadis itu.

Disebabkan suara dia yang sangatlah best itu, alam ini pun bertasbih bersamanya. Cantik sangat ayat-ayat Allah yang menceritakan semua ini. Terasa ada aura.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya; (34:10)

…Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. (21:79)

Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami). Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya. Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman). (38:17-20)


Ada satu lagi kelebihan Nabi Daud ini. Besi lembut kat tangan dia (Wa alanna lahul hadid: 34:10). Dalam ayat 34:11, Allah ajar Nabi Daud untuk buat baju besi yang proportionate – wa qaddir fissird. Kalau sebelum itu, baju besinya adalah sangat berat. Kiranya macam zaman itu, Nabi Daud ini macam mencipta satu teknologi yang baru. Tapi Allah tegaskan bahawa dia yang mengajar semua itu. Dan kalau kita tengok ayat 21:80 pula, meskipun Nabi Daud yang cipta baju besi itu, tapi Allah tanya adakah pengikut Nabi Daud itu bersyukur kepada Allah.

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (21:80)

(Serta Kami wahyukan kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan". (34:11)


Quran ajar kita untuk melahirkan kesyukuran itu hanyalah kepada Allah semata-mata. Quran ini sentiasa signifikan dengan kita, apatah lagi dengan kita yang hidup di zaman teknologi ini,

Ada satu pelajar kat Perancis ini. Dia buat research yang amatlah baik setelah empat tahun berhempas pulas. Dia tulis kat muka hadapan research dia – “All credits goes to Allah and if there is any mistake in this research, it is because of me”. Pensyarah dia yang atheis tidak mampu nak menerima kata-kata itu. Dia melihat pelajarnya berusaha sehabis daya, tapi memberikan semua credit kepada Allah. Pelajar ini pun cakap kat pensyarah dia yang dia tidak akan mampu melakukan apa-apa tanpa izinNya.

Kadang kita rasa teknologi terlahir secara coincidence sahaja. Kita rasa penemuan penicillin, ciptaan lampu, hukum graviti itu satu kebetulan tapi tidak pada hakikatnya semua itu terjadi kerana Allah yang menghantarkan ilham buat manusia. Kadang bila kita subconsciously mengkagumi manusia, ingatlah ayat-ayat ini. Manusia itu lemah sangat dan Allah yang Maha Berkuasa. Teknologi adalah ujian buat manusia yang menghasilkannya dan juga buat mereka yang menggunakannya. Hendaklah kita selalu melafazkan syukur kepada Allah. Naik kereta pun bersyukur kat Allah. Guna mesin apa-apa pun bersyukur pada Allah sepertimana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (27:15)


Bukan hanya kisah Nabi Daud sahaja, ada kisah Nabi Sulaiman yang faham bahasa haiwan. Baca surah Annaml nanti, baca bagaimana Nabi Sulaiman ini bersyukur pada Allah. Mesti teknologi zaman Nabi Sulaiman lagi super hebat dari zaman kita kan? Baca kisah pemuda yang diberikan Kitab yang memindahkan istana Balqis dalam masa hanya sekadar mengelipkan mata. Mesti lagi hebat kan? Itu surah Annaml. Buka surah Saba' ayat 12 juga. Semuanya best! Mereka semua bersyukur pada Allah. Kita?

Yakin...

Sangat sukar. Tapi setiap hari saya melafazkan syukur pada Allah SWT saat saya berjaya mengharungi hari-hari di hospital. Percaya atau tidak, sudah sebulan saya melalui housemanship. Segala puji bagi Allah yang terus-terusan menguatkan saya walau realiti di hospital terkadang sangatlah pahit.

Saat saya bertemu dengan MO atau pakar yang baik, saya mengucap syukur. Masih ada lagi insan yang baik. Moga Allah terus menguatkan saya di jalanNya.

Semalam, seorang pakar memanggil saya -"Ummu Afeera, pejuang Islam". Huhu.. Macam tak tahu nak letak muka kat mana. Saya rasa di hospital inilah saya paling kurang berbicara tentang Islam, tapi dia memanggil saya dengan panggilan tersebut. Satu sahaja permintaan saya pada Allah. Janganlah kebodohan atau kelemahan saya menjadi asbab untuk manusia lain meremehkan Islam.

Panggilan pakar tersebut bermain-main di fikiran saya sehingga saat ini. Adakah penampilan saya membuatkan dia memanggil saya begitu? Ya rabbi..

Jujurnya saya mengambil bidang ini hanya kerana dakwah dan tarbiah semata-mata. Saya melalui housemanship juga kerana hal itu. Sebolehnya mahu segera menghabiskan housemanship, mahu kembali bersama ikhwah dan akhawat. Ada cita-cita dalam hati untuk bekerja dalam biah dan suasana islami.

Ikhwah dan akhawat ramai yang super hebat dalam bidang ini. Sedang saya masih bertatih. Dan kerana cita-cita saya yang sangat tinggi, saya mengharapkan Allah terus menemani saya dalam perjalanan ini dan memudahkan perjalanan ini.

Saat saya bertemu dengan adik-adik, saya ceritakan kisah ibu Nabi Musa kepada mereka. Saat si ibu menghanyutkan anaknya, satu sahaja permintaannya. Agar anaknya selamat dari Firaun. Tapi dari banyak-banyak tempat di Mesir, si anak hanyut ke istana Firaun. Masya Allah! Sambungan kisahnya boleh dibaca di sini.

Ya, terkadang kita inginkan sesuatu. Saya percaya kalau saya mengambil bidang lain, pasti saya akan pergi lebih jauh. Pasti saya yakin dengan kemampuan diri saya. Saya seakan kurang percaya dengan diri saya saat saya bergelar house officer di hospital. Tapi kisah ibu nabi Musa hadir setiap hari dalam benak fikiran saya. Allah tahu yang terbaik. Yakin dengan janjiNya seperti ibu nabi Musa.

Seperti kata-kata Allah kepada ibu nabi Musa - wa la takhafi, wa la takhzani.. Jangan kau takut, dan jangan kau bersedih hati..

Ya, saya perlu melaluinya. Insya Allah, ada kesudahan yang baik bagi mereka yang percaya pada janji Allah. Semuanya adalah grand design Allah yang mengurus hidup saya dengan sebaiknya. Serahkan segalanya pada Allah..

Let's do it.. Satu masa kita jumpa kembali. Kita bina hospital islami. Kita bina hospital yang di dalamnya bergema suara Islam. Saat tersebut, udara iman akan menghiasi hospital tersebut. Kita akan merasai ukhwah. Kita akan mendidik junior kita dengan kasih sayang. Pesakit kita akan diingatkan dengan kasih sayang Allah.

Dan kita terus berharap. Semua itu bukan hanya terjadi di hospital. Tapi di setiap tempat. Saat kita sesak di hospital, dengan dunia, kita perlu belajar bercita-cita. Kita akan memenangkan Islam kembali.

Bila kita membenci setiap perkara yang berlaku, kita perlu belajar dan bercita-cita untuk mengubahnya. Bukan mengulangnya.. Tapi realiti di hospital, semuanya cycle yang berterusan. Huhu.. Siapa lagi yang akan mengubahnya, andai bukan kita?

Sunday, October 16, 2011

Sesak...

Kehidupan yang sangat menyesakkan, menakutkan dan menggoncangkan hati. Itu serasanya perasaan saya kini saat mahu ke hospital. Syukur Allah masih mengurniakan kekuatan jasad untuk hadir ke program tarbiah walau untuk tidur di sana. Penat tapi saya amat memerlukan program tarbiah. Paling kurang saat saya ke sana, saya merasakan bahawa saya tidak keseorangan.

Jujur saya rasakan sukar yang amat untuk menjadi Muslim. Ada kalanya saya sendiri mempersoalkan keikhlasan hati sendiri. Saat semuanya menyesakkan, kadangkala saya terasa seperti tidak mampu lagi menanggung bebannya. Saya amat berharap Allah tahu bahawa saya masih bermujahadah setiap masa.

Saya cuma mengharapkan ihsan - merasakan Allah melihat kita dari insan-insan yang ada di sekeliling saya. Tapi tiada. Masih ada doktor yang baik, yang akan mengajar kita. Tapi bilangannya sedikit. Pedulikan hal hospital...

Saya merenung kembali tulisan Assyahid Syed Qutb dalam muqaddimahnya. Menitis air mata. Itulah perasaan saya kini...

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?


Dunia menganggap cita-cita untuk menyirami dunia dengan embun Islam adalah mimpi tapi tidak bagi kita. Allah menjadi saksi setiap amal manusia.

Apabila kita melihat manusia-manusia yang hebat dengan ideologi dan teknologi mereka, pasti kita berasa kagum. Bangunan yang mencakar langit, ideologi yang berapi membuatkan setiap insan terjegil kehairanan. Tapi Syed Qutb menggambarkan bahawa semua itu hanyalah seperti kanak-kanak dan mainannya. Kita pun pernah menjadi kanak-kanak, pernah ambil periuk dan kuali di rumah dan bermain masak-masak dengan menggunakan pasir. Saat itu kita duduk dalam dunia sendiri. Kita marah apabila ada yang mengganggu sedangkan kita hanya bermain pasir. Itulah analogi kepada setiap ideologi yang ada di atas muka bumi ini. Manusia merasa dirinya hebat dengan pemikiran mereka padahal semua itu hanyalah seperti mainan yang tidak berguna. Tiada nilaian hatta satu sen pun pemikiran-pemikiran yang diada-adakan oleh manusia apabila semuanya tidak membawa dirinya kepada Allah.

Saya masih berharap agar Allah terus mengurniakan kekuatan untuk saya mempraktiskan Islam dan Allah memaafkan setiap khilaf saya.

Kita pasti pernah melihat anak kecil. Mereka pernah dimarahi atau dipukul oleh ibu mereka. Tapi mereka terus kekal dan memeluk rapat si ibu.

Siapa lagi yang kita ada kalau bukan Allah? Saat kita mengecewakanNya, kita masih berharap agar dia masih melihat kita. Kita masih terus berharap kerana hanya harapan yang menghidupkan kita.

Maafkan diri ini ya rabb saat aku tidak mampu memberikan yang terbaik..

Sunday, October 09, 2011

Kanan dan kiri...

Allah akan mentarbiah kita dengan cara yang sangat indah. Minggu ini saya tidak dapat hadir usrah saya sendiri kerana berkerja dan semua itu menambah sesak dalam diri saya. Setiap kali mesej bertandang memberitahu berkenaan dengan program tarbiah dan saya tidak menghadirkan diri, saya menangis. Saat-saat begini terasa yang amat betapa kita yang memerlukan tarbiah.

Membaca mesej seorang ukhti di FB:

Kate air hostess, "Apabila topeng oksigen muncul dari atas kabin, segeralah menyarungkan topeng ini ke wajah, seperti ini. (kendian air hostess akan tunjuk cara pakai topeng oksigen tu). Tetapi HARUS DIINGAT, PAKAI TOPENG ANDA DAHULU SEBELUM MENYARUNGKANNYA KEPADA ANAK DI BAWAH JAGAAN ANDA."

So maknanya, keselamatan diri lebih utama.

begitulah dalam dakwah dan tarbiah ini. kalau sibuk sarung topeng anak bawah jagaan kite, sebok miting kerana nak bincang cara sarung topeng tu, sebok ke sana ke mari kejar anak2 yg berlari2, tapi tak ambil atau tak disiplin ambil bekalan oksigen SECUKUPNYA..... jangan hairan kalau kamu dapati kamu tiba2 sudah di alam lain.

KAMU MATI.


Allah! Moga saya tidak mati lagi. Moga ada bekal yang saya kutip semasa menjaga adik-adik.

Dan jujur tarbiah Allah yang paling indah. Adakalanya Allah hadirkan ayat-ayat Quran yang sangat indah hatta ketika kita sedang berdepan dengan pesakit.

Ada dua pesakit di wad yang mempunyai sacral sore yang sangat besar dan dalam. Saya pernah ambil darah seorang dari mereka dan pernah juga menjaga seorang lagi. Terlalu besar sacral sore mereka. Salah seorang mendapat sacral sore kerana lama terlantar di wad. Seorang lagi pesakt psikiatri. Tiada siapa yang menjaganya di rumah. Dia bukan sahaja mempunyai pressure sore di belakang punggungnya tetapi juga di kepala.
sacral sore/pressure sore

Saat melihat mereka, ayat Allah ini hadir di hati saya.

“Dan kamu mengira mereka itu bangun, pada hal mereka tidur, dan Kami membalik-balikkan badan mereka ke kanan dan ke kiri , sedangkan anjing mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua, dan jika kamu melihat mereka tentulah kamu akan berpaling melarikan diri dan hati mu dipenuhi dengan ketakutan kepada mereka”. (Surah Kahfi ayat 18)


Saya pernah kongsikan ayat ini di dua entri saya yang lama dulu.

Rhabdomyolysis

Anjing

Ayat Allah sangat indah. Setiap kali ia hadir, kita pasti akan memperolehi hikmah yang lain pula. Saya kongsikan secebis hikmah yang saya perolehi. Setiap pesakit perlu bergerak. Andainya mereka statik di atas katil untuk jangka masa yang lama, mereka mudah mendapat sacral sore.

Hebat bukan ayat Allah tersebut? Allah membalik-balikkan badan pemuda-pemuda Kahfi itu ke kanan dan kiri semasa mereka tidur selama ratusan tahun. Dan mereka tidak mendapat sacral sore.

Saya bukan mahu mensainskan ayat tersebut, cuma Allah menambah iman saya saat ayat ini hadir ketika melihat pesakit. Betapa hebatnya pemuda Kahfi tersebut sehingga Allah menjaga mereka saat mereka tidur selama ratusan tahun. Manusia-manusia biasa boleh mendapat sacral sore hatta dalam jangka masa yang cuma seminggu dua, tetapi pemuda Kahfi tidur selama ratusan tahun dan tidak mendapat semua itu. Apa yang membuatkan mereka begitu istimewa?

Innahum fityatyn amanu birabbihim wazidnahum huda! Mereka adalah PEMUDA-PEMUDA yang beriman kepada Tuhan mereka dan Allah menambahkan petunjuk kepada mereka! Ya, iman merekalah yang menyelamatkan mereka dari segalanya. Dan Allah sebut spesifik dalam ayat 13 di dalam Surah Kahfi bahawa mereka adalah fityah -PEMUDA! Dan Allah beritahu pada kita, nahnu naqussu naba ahum bilhaq - dan Kami ceritakan kisah ini kepada kamu dengan HAQ! - dengan kebenaran. Rasa tak ayat-ayat Allah itu? Betapa hebatnya pemuda-pemuda ini..

Buka Quran dan tadabbur surah Kahfi. Baca kalimah-kalimah yang dituturkan oleh pemuda-pemuda yang beriman ini.

Kita tiada pilihan. Kita perlu menjadi pemuda yang beriman pada Allah dan moga Allah terus menambah petunjuknya pada kita dan menyelamatkan kita di zaman yang penuh dengan kefasadan ini.

Allah! Allah! Allah!

jalan ini tidak dihampar ros-ros merah..

Tidak ramai doktor yang akan menulis catatan pengalaman mereka lantaran kesibukan yang menggunung. Saya tidak menafikan hal itu. Sebolehnya masa rehat yang ada mahu digunakan sepenuhnya untuk berehat. Tapi semua itu bukan untuk kita yang bergelar daie. Nahnu du’at qabla kulli syai. Kita ada duat/daie sebelum segala sesuatu. Kita adalah daie sebelum kita adalah doktor. Lantas izinkan saya berkongsi secebis pengalaman melalui hari-hari saya bergelar pegawai perubatan siswazah selama dua minggu. Ya, saya baru off tagging. Setiap hari dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi yang mana tidak pernah sehari pun saya balik tepat pada masanya. Pernah juga balik pada pukul 1 pagi. Setelah 6 hari, ada 1 hari off.

Minggu lepas, hari off tersebut saya bersama dengan seorang akak yang membentangkan ISK (Ini Sejarah Kita) untuk adik-adiknya. Itulah hari yang paling dzuq dalam minggu tersebut. Setelah 6 hari tidak merasakan udara iman dan ukhwah, saya dapat merasainya. Dan kemudiannya bertemu dengan adik-adik sendiri yang terlalu bersemangat untuk ditarbiah, semuanya mengecas saya semula untuk melalui minggu seterusnya.

Ya, dakwah dan tarbiah adalah motivasi terbesar untuk kita terus berada di sini. Saya mengambil bidang perubatan semata-mata kerana dakwah dan tarbiah. Sungguh itulah motivasi terbesar saya.

Namun terkadang kita cuma manusia biasa. Memulakan hari sebagai pegawai perubatan siswazah ternyata bukan mudah. Terlalu sukar. Terasa kitalah manusia paling ‘bodoh’ atas muka bumi ini. Lebih-lebih lagi saya di hospital IT. Banyak yang perlu dipelajari.

Pernah sekali seorang HO cina bertanya tentang universiti saya. Tidak pasti tujuan dia berbuat begitu. Cuba meremehkan saya barangkali, dan hati terasa panas. Pulang ke rumah, saya menangis. Sedih sangat. Saya beritahu Aiman hal tersebut, dan betapa mulut saya terkatup rapat lantaran mungkin rasa kebergantungan kita pada mereka untuk mengajar kita di hospital. Aiman menyuruh saya melawan sahaja mereka. Saya katakan pada Aiman, merekalah yang akan mengajar kita. Dan Aiman, adik lelaki saya katakan dengan tegas bahawa ilmu itu hanya dari Allah semata-mata.

“Assyahid Sheikh Ahmad Yassin pernah katakan dengan tegas saat dia dibuang universiti – Bukan universiti ini yang akan memberi aku ilmu, tetapi Allah yang akan memberi aku ilmu! “.

Memang terkena batang hidung sendiri saat Aiman mengatakan semua itu. Betapa lama kita dalam tarbiah, tetapi terkadang masih ada rasa kebergantungan kita pada makhluk. Dan sejak hari itu, setiap kali saya ke hospital, saya akan berpesan dengan hal tersebut. Bukan HO, bukan MO, bukan pakar yang akan memberi saya ilmu, tetapi hanya Allah semata-mata. Allah! Allah! Allah! Allah!

Jujurnya juga terkadang saya rasakan diri saya sebagai seorang yang ‘asing’ di hospital ini. Segalanya asing. Pernah saya balik dan saya katakan pada Zaid, betapa saya takut saya akan hanyut dalam dunia yang karam ini.

Dan Zaid, adik lelaki menghantar mesej semasa saya di hospital.

Sang kekasih pernah berseru. Addeen ini asing pada mulanya. Penghujungnya juga asing. Dengan nada mulia, dia mengotakan jaminan bahawa yang asing itu pasti gembira.

Secubit semangat dari insan yang dahagakan ‘asing’..




Menangis baca mesej itu. Saat Jahiliah di sekeliling kita membaham dengan buas, sehingga terkadang terasa hancur lumat iman sendiri, percayalah Allah ada! Allah ada untuk menemani kita sepanjang perjalanan ini. Dan Allah akan menghantar insan-insan yang akan membakar himmah kita semula.

Selalu ingat Allah! Allah! Allah! Allah!

Thursday, September 22, 2011

HO...


Terkadang saya rasakan mood untuk menulis seakan tiada. Namun saat seorang daie itu menghentikan langkahnya, Jahiliah terus mengaum dengan kuatnya. Hati-hati manusiawi di saat ini masih berbara. Mereka cuma menanti seseorang untuk meniupkan seruan agung dari langit yang kelak hati mereka seakan api yang menyala yang akan menghidupkan hati-hati yang lain.Lantas seorang daie tidak akan menghentikan langkahnya. Mereka khuatir diamnya mereka akan menyebabkan bara api terpadam terus dari hati umat ini.

Esok saya akan melapor diri sebagai seorang house officer. Bermula satu lagi episod dalam kehidupan saya. Segalanya terlalu cepat. Dan hakikat sebenarnya, kita sedang mendekati akhirat yang abadi. Pernah ustaz melukis satu garisan yang panjang. 1 cm dari garisan tersebut diandaikan usia kita di dunia. Dan panjang garisan lainnya yang sebenarnya panjangnya adalah infiniti diibaratkan dengan kampung akhirat yang abadi. Garisan yang infiniti panjangnya, nasibnya ditentukan oleh garisan yang panjangnya hanya 1 cm itu. Alangkah ruginya juga mereka yang beramal dengan sangat hebat di garisan sepanjang 1 cm itu namun tiada keihlasan. Amal mereka menjadi zero. Nauzubillah..

Saya mulakan kehidupan dakwah dan tarbiah dengan nafas baru juga di bumi Johor. Semuanya masih baru namun alhamdulillah mengikut perancangan. Saya tidak lagi bersama dengan IPT, namun kini bersama dengan adik-adik yang belajar di sekolah menengah kebangsaan agama. Namun mereka terlalu bersemangat. Semangat mereka membuatkan saya tidak terkilan tidak dapat lagi bersama di medan IPT.

Pertama kali tiba di Johor, saya diberikan nama seorang adik. Dia menolak. Penolakannya buat saya belajar bersyukur saat bertemu dengan adik-adik yang saya bawa kini. Tidak semua orang mampu menerima kita. Dan semua itu mengajar kita hikmah yang mendalam.

Adik-adik di sini sangat ramai, penggeraknya kurang. Jomlah datang Johor dan jumpa adik-adik yang super semangat ini!

Satu perkara yang saya pelajari, Allah mentadbir hidup kita dengan sangat indah. Maka belajarlah bersabar dan terus bersabar.

Moga esok lebih indah!

Tuesday, September 13, 2011

Kalbumu...

Terbaca buku Kunci Memahami AlQuran yang merupakan koleksi tulisan Assyahid Imam Hassan Al Banna (IHAB) dari beberapa risalahnya iaitu pendahuluan dalam tafsir, bersama tafsir Al Fatihah dan awal-awal Surah Al Baqarah. Buku ini diterbitkan tahun 1981 oleh Pustaka Nasional, Singapura. Terjumpa dalam koleksi yang ada dalam buku-buku di rumah.

Saya petik pendahuluan buku ini..

Dalam bahagian terakhir dari muqaddimah tafsir ini, IHAB pernah ditanya, "Tafsir apakah yang paling baik dan jalan apakah yang paling dekat untuk memahami Kitabullah?" IHAB menjawab, "KALBUMU".

Begitulah kalau kalbu memang enthusias kepada suatu ilmu apalagi AlQuran yang memang diturunkan Allah untuk dipaham dan dijadikan pedoman dasar, maka segalanya akan dimudahkan Allah, semua rintangan akan disingkirkan dan kelabunya kalbu akan diterangi. Sesuai pula dengan janji Allah:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (AlAnkabut: 69)

Saya memetik bahagian terakhir muqaddimah tafsir ini..

Salah seorang sahabat bertanya kepada saya (IHAB) tentang gerangan apakah tafsir yang lebih baik dan jalan yang paling dekat untuk memahami kitabullah? Maka jawab saya (IHAB) singkat, "KALBUMU!"

Mengapa? Sebab kalbu seorang mukmin tidak diragukan lagi adalah tafsir kitabullah yang paling baik dan jalan yang paling dekat untuk memahamnya. Yaitu dengan cara membacanya dengan tadabbur dan khusyuk, memohon pimpinan kepada Allah, menumpukan fikiran yang merana ketika membaca AlQuran, memadukannya dengan sirah nabi, lebih-lebih sunnah yang berkenaan dengan asbabun nuzul serta kaitannya dengan permasalahan. Cara semacam ini besar sekali pertolongannya untuk memahami AlQuran dengan benar. Maka apabila dia membaca kitab-kitab tafsir, kemudian berhenti pada satu makna lafaz yang sangat halus sekali, atau susunan yang belum jelas maksudnya atau tambahan pengetahuan yang dapat menolong memaham kitabullah, semuanya itu merupakan bantuan untuk memaham. Dan kalau sudah paham, maka sinar AlQuran itu akan memancar dalam lubuk hati.

Kerana itu salah satu wasiat Ustadzul Imam Sheikh Muhammad 'Abduh kepada salah seorang muridnya ialah, "Biasakanlah membaca Quran, dan fahamlah larangan dan perintah-perintahnya, serta nasihat dan 'ibrahnya, sebagaimana Quran itu pernah dibacakan di hari turunnya wahyu. Kemudian berhati-hatilah dalam melihat bermacam-macam tafsir hanya sekadar untuk memaham kata yang tidak diketahuinya seperti apa yang dimaksud oleh orang Arab, atau hubungan satu kata dengan kata lain yang tidak kamu ketahuinya. Kamudian teruskanlah kepada pembentukan keperibadian AlQuran dan bawalah dirimu kepada arah yang dituju oleh AlQuran".

Tidak diragukan lagi, bahawa barangsiapa yang mengambil AlQuran dengan cara demikian, maka pada satu waktu dia akan mendapatkan pengaruhnya di dalam jiwanya yang mampu memberikan pengertian terhadap jiwa AlQuran, dan akan merupakan cahaya yang dapat menyinarinya, di dunia ini sampai di akhirat kelak. Insya Allah!

Muhasabah tentang kalbu pastinya. Zaman ini tidak perlu keluar rumah untuk merosakkan kalbu. Komputer, TV dan macam-macam ada untuk merosakkan kalbu dari hari ke hari sehingga kalbu tidak lagi terasa dengan AlQuran. Aduh..

Mudah-mudahan Allah terus membantu kita bertahan di zaman yang mana Jahiliah menusuk kita dari setiap arah..


Sunday, August 21, 2011

AlQuds...

Hari ini adalah hari AlQuds sedunia. Ya, hari ini 21 Ogos.

Semalam hari yang indah buat saya. Subuh semalam berimamkan seorang akh dari Palestin. Masya Allah! Terlalu indah. Bacaan Quran yang panjang seakan nikmat yang mendamaikan. Tidak kenyang-kenyang dengan solat. Subuh semalam sememangnya kerehatan.

Adik-adik lelaki saya yang pada malam sebelumnya sempat berterawikh dengan akh tersebut bercerita. Mereka membayangkan bahawa mereka bersolat di masjidil Aqsa. Indah! Dan mereka rindu kerana akh tersebut membacakan Surah Isra’, dan berhenti dengan penuh kesyahduan saat menyebut masjidil aqsa.

Kiranya Subuh semalam, saya juga membayangkan hal yang sama, membayangkan solat Subuh di AlQuds. Air mata turun mencurah-curah. Rindu! Cinta!

Sungguh AlQuds menanti kebebasan!

Tazkirah akh tersebut benar-benar mengesankan. Katanya, kita kini di sepuluh terakhir Ramadhan. Menurutnya Allah bersumpah dengan 10 hari ini di dalam Surah AlFajr. Betapa agungnya 10 yang terakhir ini kerana Allah sendiri yang bersumpah dengannya.

Menurutnya lagi, dirikan malam dengan qiyamullail. Menurutnya, TARBIAH HAKIKI bagi seorang mukmin adalah qiamullail apatah lagi bagi mereka yang bekerja untuk Islam. Hadis tentang Ramadhan bukan hanya man soma (mereka yang berpuasa) tetapi juga man qoma (mereka yang mendirikan qiamullail).

Paling syahdu, saat dia mengingati Somalia, mendahulukan dan memikirkan Somalia sebelum Palestina.

Benarlah satu status di FB - When the children of Gaza collect money for the children of Somalia, the world should be crying in shame.

Ya Allah, bebaskan AlQuds dan Libya. Bebaskan semua tanah yang di dalamnya ada orang Islam. Berikanlah kami kemenangan sepertimana Kau memberi kemenangan kepada tentera-tentera Badar. Bantulah saudara-saudara kami di seluruh dunia ini.

Selamat hari AlQuds sedunia!

Friday, August 12, 2011

Quwwatal jama'ah (Kekuatan jemaah) 2...


Seterusnya kita tadabbur surah Annur ayat 37, bahagian kedua rasmul bayan (peta minda) ini. Kita akan melihat ciri-ciri ahli yang hidup dalam jemaah yang akan membuatkan jemaah mendapatkan cahaya Allah yang agung.

Pertamanya, dalam ayat 37 tersebut, Allah menggunakan kalimah rijalun, dengan lafaz nakirah (lafaz umum). Pemuda tersebut tidak semestinya seorang lulusan agama, para sheikh dan lainnya. Tapi pemuda tersebut mempunyai ciri-ciri yang disebutkan Allah SWT.

1) Tidak dilalaikan oleh perdagangan dari mengingati Allah (al mas’uliyah) – tidak melalaikan tanggungjawabnya terhadap Allah. Perdagangan bukan hanya merujuk pada urusan jual beli tapi apa-apa jua urusannya. Mereka meletakkan Allah sebagai prioriti utama kehidupan mereka.

2) Melaksanakan solat (ibadah) – menjaga semua hak-hak Allah

3) Menunaikan zakat (al-‘adalah) – prinsip keadilan (memberikan hak kepada yang berhak) – ketika setiap kader dakwah mengemban dakwah, maka dia harus bersikap adil dengan dirinya, dengan seluruh amanahnya. Mereka memberikan setiap yang berhak haknya.

4) Takut dengan satu hari yang ketika itu bergoncang hati (almuhasabah) – Mereka ini sentiasa memerhatikan segala aktiviti kehidupan mereka. Ketika Rasulullah SAW mengatakan manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak pakai baju, Aisyah r.a bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, apakah sebahagian mereka tidak melihat sebahagian yang lain?” Maka jawab Rasulullah Saw, “Urusan pada hari itu jauh lebih besar“. Semua manusia terlalu merisaukan amalan mereka pada saat itu sehingga tidak mungkin memandang aurat saudaranya. Kalaulah tiada siapa melihat kita, sesungguhnya Allah melihat kita!

Seterusnya bila amal-amal dan ciri-ciri ini telah ada, maka bertemulah cahaya Allah dengan cahaya pelita manusia. Cahaya Allah yang sangat hebat.
Ustaz umpamakan manusia keseluruhannya seperti sebuah misykat (keseluruhan pelita). Dan hati manusia seperti misbah, cahaya pelita. Azzujajah (kaca) digambarkan sebagai fikrah kita yang jelas. Andai hati kita telah bercahaya, yang terpancar hanyalah sinar-sinar yang bergemerlapan hasil dari nurul qalb, cahaya hati kita. Syajaratun mubarakah, pokok yang berkat itu diibaratkan dengan kesempurnaan syariat Islam yang telah sempurna. Semua ini membawa hidayah Allah, cahaya di atas cahaya yang tidak dapat digambarkan kehebatannya.

Antara poin-poin lain yang disampaikan ustaz:

1) Andai hati ini cahayanya malap – noda hitam akan bertapak di hati. Carilah jalan untuk menghilangkan noda hitam itu, antaranya dengan “ikuti kesalahan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya”.

2) Prinsip: Apa yang tidak dapat kita gapai 100%, maka hendaklah kita penuhi sebahagian besarnya (bukan jangan tinggalkan semuanya).

3) Jagalah amalan yang kita biasa lakukan, agar iman tidak menurun lagi.

4) Kita amat memerlukan lingkungan yang baik. Sangat perlu kita rindu dengan saudara seiman kita.

5) Ketika bingkai rumahtangga dibangunkan atas dasar dakwah, maka ia bisa mempertahankan dakwah kita.

6) Carilah nutfah solehah untuk anak-anak kita.

7) Cari jalan untuk kita tingkatkan keimanan misalnya melalui bacaan.

7) Berikan masa untuk dakwah, bukan masa-masa sisa. Habil vs Qabil: Habil memberikan yang terbaik yang dimiliki.

8) Harus kita sentiasa ingat, kita berdakwah bukan kerana ingin dipuji, tapi kerana kita khuatir nanti depan Allah kita akan dipertanggungjawabkan. Boleh je kita cipta alasan di depan ikhwah/akhawat - Ana tak boleh hadir kerana ana kurang sihat. Tapi, Allah Maha Tahu. Depan Allah nanti nak jawab apa?

9) Kita jangan sampai lemah bila orang lain lemah - jangan ikut-ikutan!

10) Rasulullah bersabda : ‘Tidak ada orang yang ikut perang dalam sabilillah kemudian dia mendapatkan ghanimah kecuali dia mengambil dua pertiga pahala akhirat sehingga masih sepertiga. Jika tidak mendapatkan ghanimah maka sempurnalah pahalanya”(HR.Muslim Kitab Al Imarah). Ertinya jika ada orang yang ikut berperang selamat dan mendapatkan ghanimah , pahalanya sedikit daripada pahala orang yang gugur atau selamat tetapi tidak mendapatkan ghanimah. Ghanimah (rampasan perang) merupakan imbalan sebagian dari pahala jihad. Apabila mendapatkan ghanimah , berarti mengambil bagian dua pertiga dari pahala akhirat. Dan ghanimah ini sudah masuk dalam hitungan pahala akhirat.

11) Kita harap sangat Allah menyimpan semua pahala kita di akhirat kelak!

Wednesday, August 10, 2011

Quwwatal jama'ah (Kekuatan jemaah)...



Hari ini insya Allah kita tadabbur surah An-nur ayat 35-37 berdasarkan rasmul bayan (peta minda) yang pernah disampaikan oleh seorang ustaz dari Indonesia suatu masa dulu. Catatan ini saya temui di dalam buku nota dan ternyata menguatkan saya kembali.

Berdasarkan pada peta minda tersebut, kita akan melihat bahawa kekuatan jemaah bergantung pada dua faktor utama. Pertamanya, amal yang dilakukan oleh ahli jemaah (‘amalaituha – 24:36) dan keduanya adalah muwassofat atau ciri-ciri yang ada bagi orang yang berada di dalam jemaah tersebut (a’dhauha – 24-37).

Keberhasilan sesebuah jemaah juga bergantung pada jalan yang ditempuhnya untuk merealisasikan tujuan (hazihi thoriqi – 12:108)

Kekuatan jemaah adalah suatu kemestian agar kita dapat mewujudkan tujuan besar. Harakah Islamiyyah (gerakan Islam) kalaulah ia exist dengan kekuatan yang dikehendaki, pastilah banyak manfaatnya pada umat manusia.

Buyuti dalam surah Annur ayat 35 disebut dengan lafaz umum. Kiranya di mana-mana rumah atau jemaah yang mahu berjaya, yang nur dakwahnya akan menguasai serata langit dan bumi perlulah memastikan bahawa amal-amal mereka selari dengan yang disebut oleh Allah dalam ayatNya.

1. An turfa’a (mengangkat syiar agama Allah): apapun profesi yang kita berada di dalamnya, kita boleh meninggikan islam dengannya. Segala hal yang boleh membuat Islam ditinggikan, maka itu adalah bidang kerja jemaah kita. Semua hal yang boleh membuat Islam ditinggikan, kita perlu membuatnya. Itulah tugas kita. “Jangan sampai kekalahan Islam itu datang dari pintu yang kita jaga”.

2. Wa yuzkaru fiihaa (diangkat nama Allah): berhasilnya dakwah di sesebuah tempat kerana ada ikhwah di situ. Prinsipnya “Nahnu du’aat qobla kulli syai’in” – kita adalah du’at (pendakwah) sebelum apa-apa. Kita adalah du’at sebelum kita seorang doktor. Kita adalah du’at terlebih dahulu sebelum kita seorang guru. Yakinlah, kalau kita tunjukkan kualiti dan mas’uliyah kita kepada orang lain, nescaya mereka akan timbul jadi simpati dgn kita. Rabtul am (ikatan-ikatan umum kita) tidak menjadikan mad’u sebagai kader dakwah, tapi ia akan menjadi penyokong dakwah walaupun tidak ikut serta dengan jemaah. Seorang akh di Indonesia yang dulunya kerja tentera, seminggu minimum 20 rumah dia ziarahi. Tapi ternyata yang dapat dia tarik hanyalah 5 orang daripada 20 rumah ini. Maknanya, yang penting bukan jumlah atau hasil tapi rencana, management dan usahanya.

3. Bil ghuduwi wal asal (pada waktu paqi dan petang) – dakwah ini sifatnya berterusan (mustamirah) untuk memastikan dakwah terus berkesinambungan.

Semua mereka yang mempunyai anasir-anasir baik ini disatukan di atas satu jemaah yang akan mengikuti thoriqah (jalan) yang baik. Semua ini dapat difahami dengan mentadabbur surah Yusuf ayat 108.

1) Qul (katakanlah) – perintah Allah. Inilah yang Allah Taala perintahkan pada kita.

2) Ha zihi sabili (Ini adalah jalanku) - Tiada seorang pun melainkan harus mengatakan kata-kata ini, bahawa ini jalan yang diikutinya. Dia perlu izzah dengan jalan yang dipilihnya.

3) Ad’uu (aku menyeru) fi’il mudhari’ (present tense) menunjukkan ia berterusan – gerak dakwah harus terus berjalan, tidak boleh hilang kerana hilang semangat kita, tidak boleh kurang kerana kurangnya perhatian kita.

4) Ilallah (kepada Allah) – Kita membawa semua manusia kepada Allah. Semakin besar dakwah ini, semakin besar tentangan duniawinya. Di mana saja kita berada, maka kita hiduplah dengan musykilah di tempat itu. Jangan hanya mengatakan, “Oh bagusnya dakwah di tempat itu, oh untungnya kamu di tempat ini”. Tapi hiduplah dengan apapun musykilah di tempat kita. Ketika penduduk Mekah menolak dakwah Rasulullah SAW, Rasulullah SAW ke Taif dan biarpun ditentang, Allah kurniakan Addas. Addas berasal dari Parsi. Seolah -olah Allah mahu mengatakan, kalaulah seluruh Tanah Arab tidak mahu menerimamu, maka pasti ada tempat lain yang akan menerima dakwah kamu. Kemudian setelah tahun huzni (kesedihan), berlakulah peristiwa isra’ mikraj pula. Seolah-olah Allah nak katakan, kalaupun seluruh penduduk bumi menolak kamu, penduduk langit mahu menerimamu. Prinsip inilah kita kena pegang. Kalaulah penduduk di sini tak boleh terima dakwah kita, pasti ada tempat lain yang akan menerima dakwah kita. In tansurullaha yansurkum. Sekiranya kamu menolang agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu. Apapun yang berlaku, Allah pasti akan bantu kita, dan betapa banyaknya saat-saat ketika Allah bantu kita dari pelbagai arah yang tidak disangka-sangka.

5) ‘ala bashirah (di atas bashirah) – Perlu ada bashirah, ada buktinya. Kita menyeru kepada agama Allah berdasarkan hujah yang terang dan jelas; serta ilmu dan pengetahuan yang cukup berkenaan apa yang disampaikan.

6) Ana, wa manittaba’ani (aku dan mereka yang mengikutiku) – sekiranya kita adalah qiyadah (pemimpin), maka yang kita perlukan qiyadah yang mukhlisah (ikhlas). Kalau kita jundi, jadilah jundi yang mu’ti’ah (para kader yang taat).

Inilah formula jemaah Islam. Moga-moga Allah terus menuntuni kita. Insya Allah bahagian kedua bersambung…

Dr Norra 2...

Pesanan terakhir Dr Norra, hasil tulisan seorang teman. Moga terus menjadi ingatan buat diri ini.

Some of arwah Dr. Norra's last message for us~

Dear all, I'm still trying to deal with all the sadness, i really cant believe shes gone..

last 2 weeks ago, S**** and I managed to her pay her a visit in PPUM.. She looked really okay, and she was smiling and everything, she just looked a bit tired thats all. I really thought she was going to make it, but Allah knows best..

She asked about all of us..

She also told us that she prays we all get good hospitals that will be good teaching grounds for us, and our future, so we will become great doctors, and even greater then her.. but i know that, there will only be one Dr. Norra.. and she was a legend indeed...

She said that make sure we toughen up during houseman, even when we're tired, even when we're completely knocked down, she said just don't complaint. and do your best.. and make sure you give it all you got, in these 2 years.. she wishes that we get good specialists that will train us to be among the best.. she also said jangan berkira sangat dengan your other colleagues, cover for them, have a good teamwork!

She also expressed her hatred towards the new shift system and how its a failure. and how the government people are bongok... hehe Dr Norra just keeping it real, being her!

anyways, while talking about all of that, she told me that time dulu, on calls tak dapat allowance pon.. and she and a few friends from MMA, fought for it for 10 years, and finally.. the government bagi oncall allowance! and now the shift system is to cut back on that allowance, n thats why she hates it.. so lets all hate it together for Dr Norra..because it was her 10 years of fight that got us those allowances!

She was a fighter indeed.. she fought for a lot of things, not just for herself, but mostly for the wellbeing of doctors in malaysia and the betterment of the very corrupted healthcare system in malaysia....

i hope that we will always be inspired by her...

her daughter was next to her masa tu, and she cakap betul tak, mama tak pernah complain.. letih macam mana pon, mama tak complaint kan?.. and her daughter said YES! with a smily face...she was a loving mother, a caring daughter (sanggup travel all the way to seremban to stay with her parents, while being a very busy consultant and HOD),a gifted and dedicated lecturer, a wonderful colleague to all her friends, an amazing paediatrics consultant!.....

I really dont know how the daughters are going to deal with her loss.. i pray Allah give them all the strength inshaallah..

DR. NORRA, you will be truly missed....
and you will always be in our prayers..

take care guys.

Saturday, August 06, 2011

Dr Norra...

Saya menulis entri tersebut 3 tahun yang lalu. Ya, entri itu adalah semasa bulan Ramadhan juga. Entri tersebut berkenaan Dr Norra, seorang guru yang benar-benar telah menyentuh hati dan nubari saya.

Hari ini saya kehilangannya. Dia meninggal dunia 12 tengah malam tadi. Innalillahi wa innalillahi raji’un.

Dia merupakan seorang guru yang teramat baik buat saya. Pediatrik adalah posting pertama saya semasa tahun klinikal dan dia benar-benar menjadi inspirasi buat saya. Pernah sekali semasa ward round, dia memegang dan memeluk bahu saya. Dia benar-benar istimewa..

Seusai posting pediatric semasa di tahun 3, saya ke posting O&G. Kawan-kawan lain yang kemudiannya berada di posting pediatric dan salah seorang dari mereka menceritakan, dia menyebut nama saya, “Ummu mana?” Saya yang kerdil punya tempat di hatinya.

Saya masih ingat sambutan raya semasa saya di tahun 3. Dia menjemput kami ke rumahnya. Dia punya ibu dan ayah yang sangat tua. Di hadapan doktor-doktor pakar dan tetamu-tetamu yang datang, ayahnya kencing di hadapan rumah. Namun dengan penuh kesabaran, tanpa ada riak malu dia menguruskan ayahnya. Saat itu saya tahu dia benar-benar seorang yang baik. Dia banyak mengajar saya hikmah kehidupan..

Saya bukan pelajar yang cemerlang, tapi Dr Norra merupakan salah satu di antara guru yang banyak memberi dorongan buat pelajar-pelajarnya. Markah saya untuk semester akhir, yang terbaik adalah pediatric – A-. Pesakit-pesakitnya juga terlalu menyayanginya..

Dia bersama-sama kami sehingga peperiksaan terakhir kami. Semuanya dia catatkan dia laman mayanya. Pemergiannya benar-benar sebuah kehilangan.. Dialah guru, kawan, dan contoh buat kami. Moga Allah merahmatinya. Moga kita bertemu lagi di JannahNya. Dr Norra, selamat kembali ke kampung abadi! AlFatihah..

Kata-kata Dilah suatu masa dulu menguatkan saya kembali…