Monday, September 07, 2009

Anjing...

Minggu lepas saat sedang berjogging, ada seekor anjing yang tiba-tiba datang seakan mahu menerkam. Alhamdulillah, saya terkejut tapi anjing tersebut tidak mengapa-apakan saya. Alhamdulillah, saya masih cool.

Banyak pengalaman saya dengan haiwan. Semasa di Terendak, saya pernah berlawan dengan lebih 10 ekor lipas pagi-pagi buta. Tidak tahu dari mana datangnya lipas-lipas itu. Alhamdulillah air yang keluar dari pili shower begitu laju untuk saya bersilat pagi itu dengan lipas.

Semasa saya kecil pula, saya pernah dikejar dengan ayam belanda saat mahu membuang sampah. Allah nak latih saya agar jadi lebih cool. Huhu..

Saya bukan nak cerita tentang lipas atau ayam belanda sebenarnya. Saya nak cerita pasal anjing.

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah AlKahfi: 18)

Pernah baca Surah Kahfi? Banyak sangat kisah yang ada dalam itu. Semuanya adalah kisah yang amat berat. Antaranya berkenaan perihal dakwah, perjuangan menyelematkan iman, kisah roh, kisah seorang pemimpin dunia yang hebat dan banyak lagi.

Pernah tak terfikir, kenapa dalam kisah-kisah yang begitu berat itu, tiba-tiba Allah menyebutkan perihal anjing di dalam ayat yang ke 18? Apa yang ada kat itu anjing sampai Allah rakamkan dalam Quran? Boleh je Allah tidurkan pemuda-pemuda itu sahaja, biarkan sahaja anjing itu mati jadi tengkorak dan tidak perlu pun nak dirakamkan di didalam AlQuran. Tapi kenapa anjing itu juga diberikan kelebihan disebut di dalam Quran sama seperti yang dialami oleh pemuda-pemuda Kahfi tersebut? Lepas itu kita ini semua membaca ayat Quran berkenaan anjing ini dan semua orang akan membacanya sehingga hari kiamat. Wah, hebat kan anjing itu? Apa yang menjadikannya hebat?

Allah mengurniakan anjing ini rahmat. Apa sebabnya? Ini adalah kerana anjing tersebut memperolehi saham lantaran kerana bersama dengan orang-orang yang soleh.

Hebat kan? Saya sendiri merindui setiap pengalaman saya dengan sahabat-sahabat saya yang soleh. Mereka begitu hebat. Melihat mereka membaca Quran, saya juga mahu membaca Quran. Melihat mereka melakukan solat-solat sunat, saya juga jadi bersemangat untuk beribadah kepada Allah.

Best kan kalau kat dunia ini semua orang adalah orang soleh? Itulah sebabnya kita tidak boleh berhenti bermimpi melihat kemenangan Islam di mana akan tibanya hari semua orang di sekeliling kita adalah orang soleh. Kita kena terus bekerja.

Setiap hari adalah mimpi dan mimpi ini bukan hanya setakat mimpi. Mimpi ini adalah kenyataan. Kemenangan Islam adalah aqidah. Saya merindui zaman kemenangan Islam yang dahulu meskipun saya tidak berpeluang mengecapinya

Islam akan kembali sepertimana tunas berbunga, berbuah dan akhirnya menjadi ranting. Itu adalah kenyataan meskipun musuh-musuh Islam tidak menyukainya.

2 comments:

Hawa Mahabbah said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Allah mmberi kesempatan pada saya utk baca penulisan kamu lagi. Alhamdulillah. mata saya xbole nak lelap. asbab penangan kopi radix kot.hehe. waallahualam. apa2 pon. Allah Maha Kuasa. hmm.. afeera, saya rasa ini 1st time kot saya nak tergelak baca ayat kamu.. mcm klakar.. maaf ye..hehe. ini ha ayatnya.. "Semasa di Terendak, saya pernah berlawan dengan lebih 10 ekor lipas pagi-pagi buta. Tidak tahu dari mana datangnya lipas-lipas itu. Alhamdulillah air yang keluar dari pili shower begitu laju untuk saya bersilat pagi itu dengan lipas." hehe.. gaya katanya seperti lipas gergasi yg afeera lawan.hehe. dan lagi satu yang ini.. "Semasa saya kecil pula, saya pernah dikejar dengan ayam belanda saat mahu membuang sampah. Allah nak latih saya agar jadi lebih cool. Huhu..".. ayat yang sempoi.. alhamdulillah. ketawa2 jugak.. input tetap ada. Alhamdulillah.. la haula wala quwwata ila billah. syukron sudi berkongsi pengalaman bersama mereka(haiwan2 tersebut)... =).. waallahualam... astaghfirullahalazim.

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

ramai kata daie ni skema, hakikatnya tidak pun..mereka juga manusia, punya ketawa, punya humor..

tiada yang salah atikah untuk ketawa...

pasal ayam belanda itu, sampai sekarang saya tidak suka, kalau jumpa pun saya suka ajuk - klok..klok..klokkk..hehe..

lipas itu meskipun kecil tapi mungkin sahaja menjadi gergasi bagi manusia seperti saya..hehe..