Terbaca buku Kunci Memahami AlQuran yang merupakan koleksi tulisan Assyahid Imam Hassan Al Banna (IHAB) dari beberapa risalahnya iaitu pendahuluan dalam tafsir, bersama tafsir Al Fatihah dan awal-awal Surah Al Baqarah. Buku ini diterbitkan tahun 1981 oleh Pustaka Nasional, Singapura. Terjumpa dalam koleksi yang ada dalam buku-buku di rumah.
Saya petik pendahuluan buku ini..
Dalam bahagian terakhir dari muqaddimah tafsir ini, IHAB pernah ditanya, "Tafsir apakah yang paling baik dan jalan apakah yang paling dekat untuk memahami Kitabullah?" IHAB menjawab, "KALBUMU".
Begitulah kalau kalbu memang enthusias kepada suatu ilmu apalagi AlQuran yang memang diturunkan Allah untuk dipaham dan dijadikan pedoman dasar, maka segalanya akan dimudahkan Allah, semua rintangan akan disingkirkan dan kelabunya kalbu akan diterangi. Sesuai pula dengan janji Allah:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (AlAnkabut: 69)
Saya memetik bahagian terakhir muqaddimah tafsir ini..
Salah seorang sahabat bertanya kepada saya (IHAB) tentang gerangan apakah tafsir yang lebih baik dan jalan yang paling dekat untuk memahami kitabullah? Maka jawab saya (IHAB) singkat, "KALBUMU!"
Mengapa? Sebab kalbu seorang mukmin tidak diragukan lagi adalah tafsir kitabullah yang paling baik dan jalan yang paling dekat untuk memahamnya. Yaitu dengan cara membacanya dengan tadabbur dan khusyuk, memohon pimpinan kepada Allah, menumpukan fikiran yang merana ketika membaca AlQuran, memadukannya dengan sirah nabi, lebih-lebih sunnah yang berkenaan dengan asbabun nuzul serta kaitannya dengan permasalahan. Cara semacam ini besar sekali pertolongannya untuk memahami AlQuran dengan benar. Maka apabila dia membaca kitab-kitab tafsir, kemudian berhenti pada satu makna lafaz yang sangat halus sekali, atau susunan yang belum jelas maksudnya atau tambahan pengetahuan yang dapat menolong memaham kitabullah, semuanya itu merupakan bantuan untuk memaham. Dan kalau sudah paham, maka sinar AlQuran itu akan memancar dalam lubuk hati.
Kerana itu salah satu wasiat Ustadzul Imam Sheikh Muhammad 'Abduh kepada salah seorang muridnya ialah, "Biasakanlah membaca Quran, dan fahamlah larangan dan perintah-perintahnya, serta nasihat dan 'ibrahnya, sebagaimana Quran itu pernah dibacakan di hari turunnya wahyu. Kemudian berhati-hatilah dalam melihat bermacam-macam tafsir hanya sekadar untuk memaham kata yang tidak diketahuinya seperti apa yang dimaksud oleh orang Arab, atau hubungan satu kata dengan kata lain yang tidak kamu ketahuinya. Kamudian teruskanlah kepada pembentukan keperibadian AlQuran dan bawalah dirimu kepada arah yang dituju oleh AlQuran".
Tidak diragukan lagi, bahawa barangsiapa yang mengambil AlQuran dengan cara demikian, maka pada satu waktu dia akan mendapatkan pengaruhnya di dalam jiwanya yang mampu memberikan pengertian terhadap jiwa AlQuran, dan akan merupakan cahaya yang dapat menyinarinya, di dunia ini sampai di akhirat kelak. Insya Allah!
Muhasabah tentang kalbu pastinya. Zaman ini tidak perlu keluar rumah untuk merosakkan kalbu. Komputer, TV dan macam-macam ada untuk merosakkan kalbu dari hari ke hari sehingga kalbu tidak lagi terasa dengan AlQuran. Aduh..
Mudah-mudahan Allah terus membantu kita bertahan di zaman yang mana Jahiliah menusuk kita dari setiap arah..

3 comments:
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah Ummu Afeera. Sejak semalam bertamu di blog ini, kakchik hanya mampu ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian-perkongsian yang sungguh merangsang minda dan kalbu. Entri ini misalnya membuatkan kakchik rasa mahu saat ini juga mencari kitab yang dimaksudkan. Terima kasih Ummu Afeera.
Teruskan usaha anda.semoga Allah memberi kekuatan untuk terus berdakwah melalui medium internet ini.Subahanallah.
-syifaa-
Assalamualaikum ukhti. Saya sering membuka blog Dr di waktu lapang. Mengutip ilmu dari perkongsian. Saya amat tertarik dengan 'doakan daku' dan ingin meminta izin utk memasukkan ke blog saya. Boleh ke?
Post a Comment