Thursday, September 22, 2011

HO...


Terkadang saya rasakan mood untuk menulis seakan tiada. Namun saat seorang daie itu menghentikan langkahnya, Jahiliah terus mengaum dengan kuatnya. Hati-hati manusiawi di saat ini masih berbara. Mereka cuma menanti seseorang untuk meniupkan seruan agung dari langit yang kelak hati mereka seakan api yang menyala yang akan menghidupkan hati-hati yang lain.Lantas seorang daie tidak akan menghentikan langkahnya. Mereka khuatir diamnya mereka akan menyebabkan bara api terpadam terus dari hati umat ini.

Esok saya akan melapor diri sebagai seorang house officer. Bermula satu lagi episod dalam kehidupan saya. Segalanya terlalu cepat. Dan hakikat sebenarnya, kita sedang mendekati akhirat yang abadi. Pernah ustaz melukis satu garisan yang panjang. 1 cm dari garisan tersebut diandaikan usia kita di dunia. Dan panjang garisan lainnya yang sebenarnya panjangnya adalah infiniti diibaratkan dengan kampung akhirat yang abadi. Garisan yang infiniti panjangnya, nasibnya ditentukan oleh garisan yang panjangnya hanya 1 cm itu. Alangkah ruginya juga mereka yang beramal dengan sangat hebat di garisan sepanjang 1 cm itu namun tiada keihlasan. Amal mereka menjadi zero. Nauzubillah..

Saya mulakan kehidupan dakwah dan tarbiah dengan nafas baru juga di bumi Johor. Semuanya masih baru namun alhamdulillah mengikut perancangan. Saya tidak lagi bersama dengan IPT, namun kini bersama dengan adik-adik yang belajar di sekolah menengah kebangsaan agama. Namun mereka terlalu bersemangat. Semangat mereka membuatkan saya tidak terkilan tidak dapat lagi bersama di medan IPT.

Pertama kali tiba di Johor, saya diberikan nama seorang adik. Dia menolak. Penolakannya buat saya belajar bersyukur saat bertemu dengan adik-adik yang saya bawa kini. Tidak semua orang mampu menerima kita. Dan semua itu mengajar kita hikmah yang mendalam.

Adik-adik di sini sangat ramai, penggeraknya kurang. Jomlah datang Johor dan jumpa adik-adik yang super semangat ini!

Satu perkara yang saya pelajari, Allah mentadbir hidup kita dengan sangat indah. Maka belajarlah bersabar dan terus bersabar.

Moga esok lebih indah!

3 comments:

salsabil_3001 said...

salam afeera.. kak sal ni.. HO kat hospital mana? kat area mana? smoga diberikan kekuatan menghadapi cabaran ketika menjalani HO nanti..

Miftahul Jannah said...

Assalamu'alaykum..ukhty dear :)

HO? wah kat mana? dah settle down?

syifaa radzi said...

sgt suka kata2 akak "Allah mentadbir hidup kita dengan sgt indah, maka bersabarlah dan terus bersabar"..boleh share?..moga teus diberi kekuatan mharungi cabaran baru ^^

There was an error in this gadget