Tidak ramai doktor yang akan menulis catatan pengalaman mereka lantaran kesibukan yang menggunung. Saya tidak menafikan hal itu. Sebolehnya masa rehat yang ada mahu digunakan sepenuhnya untuk berehat. Tapi semua itu bukan untuk kita yang bergelar daie. Nahnu du’at qabla kulli syai. Kita ada duat/daie sebelum segala sesuatu. Kita adalah daie sebelum kita adalah doktor. Lantas izinkan saya berkongsi secebis pengalaman melalui hari-hari saya bergelar pegawai perubatan siswazah selama dua minggu. Ya, saya baru off tagging. Setiap hari dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi yang mana tidak pernah sehari pun saya balik tepat pada masanya. Pernah juga balik pada pukul 1 pagi. Setelah 6 hari, ada 1 hari off.
Minggu lepas, hari off tersebut saya bersama dengan seorang akak yang membentangkan ISK (Ini Sejarah Kita) untuk adik-adiknya. Itulah hari yang paling dzuq dalam minggu tersebut. Setelah 6 hari tidak merasakan udara iman dan ukhwah, saya dapat merasainya. Dan kemudiannya bertemu dengan adik-adik sendiri yang terlalu bersemangat untuk ditarbiah, semuanya mengecas saya semula untuk melalui minggu seterusnya.
Ya, dakwah dan tarbiah adalah motivasi terbesar untuk kita terus berada di sini. Saya mengambil bidang perubatan semata-mata kerana dakwah dan tarbiah. Sungguh itulah motivasi terbesar saya.
Namun terkadang kita cuma manusia biasa. Memulakan hari sebagai pegawai perubatan siswazah ternyata bukan mudah. Terlalu sukar. Terasa kitalah manusia paling ‘bodoh’ atas muka bumi ini. Lebih-lebih lagi saya di hospital IT. Banyak yang perlu dipelajari.
Pernah sekali seorang HO cina bertanya tentang universiti saya. Tidak pasti tujuan dia berbuat begitu. Cuba meremehkan saya barangkali, dan hati terasa panas. Pulang ke rumah, saya menangis. Sedih sangat. Saya beritahu Aiman hal tersebut, dan betapa mulut saya terkatup rapat lantaran mungkin rasa kebergantungan kita pada mereka untuk mengajar kita di hospital. Aiman menyuruh saya melawan sahaja mereka. Saya katakan pada Aiman, merekalah yang akan mengajar kita. Dan Aiman, adik lelaki saya katakan dengan tegas bahawa ilmu itu hanya dari Allah semata-mata.
“Assyahid Sheikh Ahmad Yassin pernah katakan dengan tegas saat dia dibuang universiti – Bukan universiti ini yang akan memberi aku ilmu, tetapi Allah yang akan memberi aku ilmu! “.
Memang terkena batang hidung sendiri saat Aiman mengatakan semua itu. Betapa lama kita dalam tarbiah, tetapi terkadang masih ada rasa kebergantungan kita pada makhluk. Dan sejak hari itu, setiap kali saya ke hospital, saya akan berpesan dengan hal tersebut. Bukan HO, bukan MO, bukan pakar yang akan memberi saya ilmu, tetapi hanya Allah semata-mata. Allah! Allah! Allah! Allah!
Jujurnya juga terkadang saya rasakan diri saya sebagai seorang yang ‘asing’ di hospital ini. Segalanya asing. Pernah saya balik dan saya katakan pada Zaid, betapa saya takut saya akan hanyut dalam dunia yang karam ini.
Dan Zaid, adik lelaki menghantar mesej semasa saya di hospital.
Sang kekasih pernah berseru. Addeen ini asing pada mulanya. Penghujungnya juga asing. Dengan nada mulia, dia mengotakan jaminan bahawa yang asing itu pasti gembira.Secubit semangat dari insan yang dahagakan ‘asing’..
Menangis baca mesej itu. Saat Jahiliah di sekeliling kita membaham dengan buas, sehingga terkadang terasa hancur lumat iman sendiri, percayalah Allah ada! Allah ada untuk menemani kita sepanjang perjalanan ini. Dan Allah akan menghantar insan-insan yang akan membakar himmah kita semula.
Selalu ingat Allah! Allah! Allah! Allah!
1 comment:
huuu faham nya perasaan tu! in fact skrg baru 4th year, pergi ward, nak belajar macam-macam, berharap ada org akan ajar macam-macam, dan bagi peluang utk cuba macam-macam walaupun knowledge tk cukup + tk igt. tp bila HO, MOs cakap, "awak dah 4th year tp still tak tahu benda ni?, etc etc". in the end, rasa down, dan fikir "macam mana aku nak jadi doktor, byknya tak tahuuu, mcm mana, mcm mana". dan bila dah down, kte tend utk lupa utk menjadikan Allah, dan DnT sbg motivasi. T__T
Post a Comment