Esok saya akan menghadapi exam clinical psychiatry. Saya tidak cuak sangat exam bertulis, tapi takut dengan exam clinical. Dan saya dapat examiner yang saya rasakan paling hebat dalam banyak-banyak psychiatrist yang saya temui. Memang gementar sangat rasanya. Tapi saya doa kat Allah untuk berikan saya examiner yang terbaik. Kena yakin kat Allah itu adalah yang terbaik.
Sebenarnya macam dah muak menghadap buku. Ada tips untuk rasakan buku-buku perubatan adalah buku yang menyelerakan? Buku-buku psikiatri best sebab pasal perasaan, pasal diri sendiri, pasal manusia, personaliti dan lain-lain. Tapi bila tengok buku ENT, ophthalmology, anesthesiology and radiology, rasa macam kering sangat.
Cerita pasal kering ini, teringatlah basah. Hanya kapas yang basah mampu membasahkan kapas yang lain. Jujur cemburu bila membaca tulisan ukhti-ukhti lain yang membasahkan hati saya. Terasa sendiri bahawa saya hanya merepek di sini. Separuh tulisan ini pun dah merepek. Saya kena siapkan tulisan muhasabah perjalanan ke Gua Bukit Maloi yang tidak siap-siap lagi. Dateline hari ini. Huhu. Saya mahu menulis sebentar memenuhkan rasa kebosanan menghadap buku-buku perubatan.
Asma’ r.aKenal Asma’, puteri Saidina Abu Bakar? Saya terlalu mengkagumi dirinya. Menangis baca perbualannya dengan anaknya, Abdullah. Hebat sungguh peribadi seorang ibu. Insya Allah, ada masa nanti saya kongsikan kisah tersebut. Pernah tak terfikir kenapa Rasulullah SAW memilih bapa Asma’, Saidina Abu Bakar untuk menemani perjalanan hijrah baginda? Rasulullah
bias ke? Kenapa Rasulullah SAW tidak pilih sahabat lain? Rasulullah SAW pilih kasih ke? Jawapannya yang pertama adalah kerana Saidina Abu Bakar r.a ini sangat hebat dan mengenali ramai pembesar kafilah Arab. Penguasaan bahasanya pun hebat. Tiada siapa yang akan mengesyaki perjalanan hijrah andai Saidina Abu Bakar yang menemani baginda.
Keduanya adalah kerana Saidina Abu Bakar ini telah mentarbiyah anak-anaknya dengan baik. Ingat lagi
kisah Asma’ dengan datuknya? Masya Allah, terlalu hebat tarbiah Abu Bakar. Anaknya Abdullah menjadi pengintip rahsia kuffar. Hamba Saidina Abu Bakar, Amir bin Fuhairah membersihkan tapak kaki Abdullah dan Asma’ dengan menjadi pengembala kambing. Hebat kan Rasulullah SAW sebagai murabbi. Dia meletakkan manusia-manusia yang ditarbiyahnya di posisi yang terbaik.
Nak bicara mengenai Asma’ sebenarnya. Apa kaitan Asma’ dengan perjalanan masuk gua? Semasa kami masuk gua itu, ada seorang ukhti yang mengandung dua bulan juga bersama kami. Masya Allah. Saya rasa aktiviti itu macam lasak sangat. Tapi ukhti ini berjaya mengharunginya. Seorang ustazah pernah memberitahu kami, tiada alasan bagi wanita yang mengandung untuk tidak terlibat dalam mukhayyam. Kenapa? Sebab Asma’ dalam keadaan sarat mengandung, mengikat pada perutnya bekalan makanan dan menghantar makanan tersebut kepada Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar r.a di Gua Thur. Mungkin ada yang rasa biasa sahaja. Nak tanya satu soalan. Berapa kilo berat yang akan bertambah bagi seorang wanita yang mengandung? Ramai yang cakap 3kg, 4kg sebab bayi yang keluar bila timbang 3 kg, 4 kg. Masya Allah. Itu hanya berat bayi, tapi untuk setiap kelahiran, berat seorang ibu boleh bertambah sehingga 20 kg. Dengan berat itu, Asma’ r.a ikat makanan kat perut dia. Berapa lagi tambahan berat makanan tersebut. Allahu A’lam. Dan dia bukan berjalan di tanah rata. Tapi mendaki gunung untuk sampai ke Gua Thur. Masya Allah. Kisah peribadi Asma’ ini bermain-main di fikiran saat melihat ukhti tersebut.
AirSemasa
sharing moment dengan akhawat di sana, seorang ukhti berbicara bahawa tarbiyah ini seperti meminum air yang sedap. Kalau nak minum air, kena tuang dalam gelas, kena angkat dan suakan ke mulut. Begitulah jalan dakwah dan tarbiyah. Kalau nak rasa nikmat dia, kena buat dahulu.
Semasa perjalanan ke gua pun begitu. Perjalanannya begitu sukar. Tapi bila kita sampai ke satu tempat di mana kita merasai dan meminum air terjun yang segar, nikmat dan kemanisannya sukar diterjemahkan.
Bila cerita tentang haus dan air ini, teringat kisah
Talut dan Jalut juga.
AllahSemasa perjalanan itu, ada laluan yang terlalu sukar untuk kita lalui. Ada keadaan yang terlalu menakutkan. Ada tempat yang tiada cahaya. Ada saatnya terpaksa merentasi air terjun yang tersangat deras. Ada kalanya terpaksa memanjat di saat air terjun mencurah-curah dengan tekanan yang tinggi. Ada ketikanya laluan begitu sempit. Dan saat itu, pergantungan kita kepada Allah begitu tinggi. Begitulah jalan dakwah mengajar kita. Terkadang penat. Ada ujian yang melanda. Ada kesakitan yang perlu kita rasai. Ada saatnya terasa berseorangan. Ada kalanya menangis dan bersedih. Dan dalam semua kesukaran di jalan ini, pergantungan kita kepada Allah adalah terlalu tinggi. Jalan inilah yang menemukan kita dengan Allah, merasakan kehadiran Allah dalam setiap saat yang kita lalui.
Kita rasai sendiri perasaan itu semasa perjalanan. Kita melihat sendiri bahawa di celah batu itu, ada air yang mengalir. Kita melihat sendiri bahawa dalam kegelapan itu, ada makhluk Allah yang hidup berzikir padanya. Kita melihat sendiri bahawa Allah menjamin rezeki makhluknya di dalam tempat yang terlalu sukar dijejaki manusia. Seandainya Allah mengetahui semua itu, pastinya Dia lebih mengetahui segala perkara yang tersirat di lubuk hati kita yang paling dalam walau tiada siapa yang menjejaki dan mengetahuinya bukan?
AkhawatJujur saya lambat dalam aktiviti ini. Tapi akhawat yang berada di hadapan dan belakang saya sangat membantu. Mereka yang cepat menghulurkan tangan membantu. Memberi motivasi. Terkadang menolak kita untuk melonjak melepasi laluan yang sukar. Begitulah juga dengan jalan dakwah. Tidak mampu kita menghadapinya berseorangan. Kita memerlukan sahahat. Kita terlalu memerlukan mereka. Merekalah yang menguatkan kita di saat kita lemah. Merekalah yang menolak kita untuk terus mara. Mereka membantu kita di saat kerja-kerja kita bertimbun. Mereka melengkapi kita. Dalam perjalanan saya sebagai pelajar dan memegang mas’uliyah, sememangnya jasa baik akhawat terlalu banyak. Hanya Allah yang mampu membalasanya.
Surah KahfiHari sebelum bertolak, saya mentadabbur surah kegemaran saya, Surah Kahfi semasa qiamullail. Masya Allah, dalam gua tersebut, surah ini menggamit kenangan. Kita tidak menyertai perjalanan tersebut semasa-mata untuk bergembira. Tapi semata-mata untuk menjalin ukhwah dan memberi motivasi agar akhawat di sana turut bergerak.
Even di dalam gua, walau kesannya terlalu sedikit di mata manusia lain dalam konteks dakwah, jika Allah mengkehendaki kesan dakwah ini akan mampu dirasai oleh masyarakat di luar sana. Walau pemuda kahfi berada di dalam gua, Islam terus memancar. Kerja Allah siapa tahu?
MatiTidak mustahil kan kita mati dalam gua itu? Tidak mustahil batu-batu besar yang ada di atas kita akan menghempap kita. Begitulah kehidupan mengajarkan kita. Maut sentiasa mengintai. Kena lebih aktif lagi dalam dakwah dan tarbiah agar tidak menyesal kerana membawa hanya secebis amalan untuk bertemu Allah.
Syurga Dalam hidup ini saya pernah melalu
anchedonia (loss of the capacity to experience pleasure). Saya pernah melalui
depression. Masa itu saya rasakan hidup ini tidak indah.
Tapi perjalanan di dalam gua tersebut menimbulkan keinsafan dalam diri saya. Perjalanannya terlalu sukar, tapi bila saya melihat kelawar yang bergayut dan berterbangan, labah-labah yang sedang bergayut membuat sarangnya yang sangat besar, katak batu yang melompat, kulat pada batu yang bercahaya apabila terkena sinaran matahari, akar pokok yang menyedarkan kita bahawa kita berada di bawah tanah, saya rasakan bahawa hidup ini terlalu indah. Ada banyak lagi perkara yang perlu kita terokai.
Saat kita mendaki, saat kita terhantuk batu, saat tangan kita terhiris dengan ketajaman batu, kita tidak tahu pun apa yang Allah sediakan untuk kita di hadapan. Tapi masya Allah, Allah memberi izin untuk mata kita merakam panorama yang terlalu indah. Terlalu indah sehingga bayangan kenangan itu seakan bermain-main di fikiran kita.
Begitulah juga jalan dakwah. Terkadang penat. Terkadang sukar. Ada kesukaran yang tidak mampu kita ceritakan pada yang lain. Ada kesulitan yang kita pendam dalam nubari kita. Ada kepayahan. Tapi apa yang Allah sediakan untuk kita di hadapan adalah suatu yang indah iaitu syurgaNya yang terlalu hebat. Masih teringat lagi bicara pensyarah Palestin yang mengajar di sini. Apabila Allah menunjukkan syurgaNya buat orang beriman, orang beriman itu merasakan bahawa dia tidak pernah melalui kesukaran apa pun di dunia ini. Masya Allah.
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Tertawa, lagi bersuka ria; (Surah Abasa: 38-39)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (Surah Al Fajr: 28-30)