Saya mahu membalas kata-kata Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dipetik dari artikel ini. Saya agak mendidih membaca tulisan tersebut. Sudahlah sesat, menyesatkan orang lain pula. Tapi saya mahu membalas hujahnya. Moga esok di hadapan Allah kelak, saya mempunyai hujah bahawa saya sudah menjalankan tanggungjawab saya.
Katanya, "Kalau dengan kempen memboikot itu kita menyekatkan pembangunan syarikat yang membawa manfaat kepada negara, bermakna kita telah kerugian.”
"Sebagai contoh di KFC, sebanyak 94 peratus wang datang balik kepada kita (syarikat), manakala enam peratus kepada Amerika Syarikat. Dan saya tidak melihat buktinya yang enam peratus wang tersebut pergi ke Israel. Justeru, masyarakat perlu faham senario ini".
Hello Tan Sri! Israel yang kuman itu tidak akan mampu berdiri tanpa kuasa besar seperti Amerika! Kanak-kanak di tadika pun tahu hal itu!
Kamu yang membaca artikel tersebut akan mula memakan KFC ke lepas ini?
Biar saya khabarkan pada kamu ayat Quran:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah Al Zalzalah: 8-9)
Kamu tahu apa penilaian Allah? Allah menilai hatta sekecil-kecil-kecil-kecil zarah setiap perbuatan!
Kata Tan Sri, 6% keuntungan bukan apa-apa. Yelah, dia bandingkan dengan 94%. Hoho..
Di akhir petikan dilaporkan bahawa KFC melabur 18 juta. Saya tidak mahu fikir jauh. Kamu fikir sahaja seandainya keuntungan KFC adalah 1 juta. Berapa ye 6% dari 1 juta? Dalam RM6000. Itu anggaran kasar. Takkanlah keuntungan KFC 1 juta sahaja kan?
RM 6000 dengan satu zarah atau satu atom..kecil ke? Saya pun tidak berapa pasti berapa million kali ganda saiz zarah perbandingannya. Mampu ke kamu nak jawab di hadapan Allah tentang dosa yang berbillion kali ganda saiz zarah itu? Kalau mampu, teruslah makan KFC! Tanggung sendiri berbillion dosa itu ye! Jangan kata saya tidak pernah cakap!
Satu sahaja yang mahu saya katakan. Tidakkah kalian ketahui bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Kehancuran Kaabah itu adalah lebih kecil di sisi Allah berbanding pembunuhan seorang Muslim!.” Sedarlah! Kalau masih berkeinginan untuk makan KFC atau yang seangkatan dengannya, bayangkanlah wajah-wajah ini terlebih dahulu..
p/s – artikel ini adalah peringatan buat empunya diri terlebih dahulu...
3 comments:
Auuum !
Masya Allah
kembalilah umat ini bersatu
artinya kaum muslimin harus kuat secara ekonomi.....membangun basis ekonomi di segala bidang sehingga keuntungannya dapat di sumbangkan untuk perjuangan
sekarang kita dah ada alternatif lain selain KFC iaitu RFC.. come on muslim rise for islam!!
Post a Comment