Posting psychiatry adalah antara posting yang menarik bagi saya. Berbicara mengenai Palestin, teringat satu soalan Prof dalam posting ini. Prof tanyakan kami, ada tak keadaan di mana kita boleh membunuh diri? Semasa soalan itu diajukan, saya rasa tiada. Mana boleh bunuh diri, begitulah hati berbicara.
Ada pelajar lelaki dalam kumpulan saya yang menyebut mengenai amaliyyah istisyahdiah (pengebom mati syahid). Diberikannya dalil-dalil mengapa amaliyyah istisyhadiah dibolehkan.
Tapi suka cara Prof melihat amaliyyah istisyhadiah. Prof menyebut hal itu sebagai strategi peperangan. Saya setuju dengan Prof. Amaliyyah Istisyhadiah tidak mempunyai kaitan pun dengan istilah membunuh diri. Maksudnya bila orang lain sebut tentang bunuh diri pun, dalam benak pemikiran kita tidak boleh merasakan hal itu adalah membunuh diri. Mereka syahid lillah dan fillah.
Sebenarnya Prof nak ceritakan mengenai pesakit psychiatry yang membunuh diri. Kadang kita sesuka hati sahaja mengadili manusia. Contohnya bila kita lihat orang membunuh diri, kita rasa dia itu mesti masuk neraka, mesti bumi tidak terima dan macam-macam lagi. Tapi kemungkinan besar mereka membunuh diri kerana penyakit mereka.
Saya sendiri pernah clerk seorang pesakit. Dia kata dia sendiri minta dimasukkan ke dalam hospital sebab dia tak sanggup lagi mendengar suara yang meminta dia terjun dari tingkat 15 rumahnya. Dia adalah pesakit schizophrenia. Setelah mengambil ubat dan menerima rawatan, dia kata suara itu hilang.
Cuba bayangkan keadaan pesakit lain yang tidak menerima rawatan. Prof kata mungkin sahaja mereka membunuh diri, tapi mereka mendapat syurga Allah kerana ujian Allah yang terlalu hebat dengan penyakit sebegitu.
Saya ingat lagi masa saya belajar child psychiatry. Ada ibu bapa yang diuji dengan anak-anak yang menghidap autism, Down Syndrome, dan lainnya. Kata doktor tersebut, anak-anak ini adalah anak-anak syurga. Dapat bayangkan tak Allah memberi kelebihan bagi sesetengah manusia untuk menjaga anak syurga? Kata doktor tersebut seakan-akan Tuhan menghantarkan sebuah kereta Mercedes Benz di hadapan rumah, terpulang bagi si pemilik rumah sama ada ingin menjaga harta tersebut atau sebaliknya.
Saya rasa beruntung jadi pelajar perubatan bila belajar semua ini. Saya menonton filem Beautiful Mind dengan adik-adik saya tapi diorang tidak faham. Saya rasa filem itu sangat menarik tapi orang lain tidak memahaminya. Psychiatry adalah bidang yang terlalu menarik untuk diterokai.
Filem Beautiful Mind adalah kisah benar mengenai seorang pesakit paranoid schizophrenia, John Nash yang akhirnya mendapat Nobel Prize. Kata Prof, kita yang normal ini pun tidak pernah mendapat Nobel Prize, tapi pesakit yang menghidap schizophrenia boleh melakukannya. Jangan sesekali dalam hati kita nak pandang rendah dengan orang lain, meremehkan manusia lain. Mereka barangkali mempunyai kelebihan di sisi Allah yang mungkin tiada pada kita.
Prof ceritakan juga mengenai Elyn Saks. Semasa Prof menghadiri satu konvensyen di Itali, Prof bertemu dengan wanita ini yang merupakan penghidap schizophrenia tapi merupakan Professor dalam bidang undang-undang, psikologi dan psychiatry. Dia masih hidup lagi dan berjuang memberikan pemahaman kepada kebanyakan manusia mengenai penyakit schizophrenia. Hebat tak? Masya Allah! Allah menunjukkan kehebatanNya dalam kehadiran makhluk-makhlukNya kan? Dengan kesihatan yang Allah beri, kita belum mampu mencapai tahap pencapaian seperti itu tapi seorang pesakit mampu melakukannya.
Moga Allah membersihkan hati kita dan membuatkan hati ini merasai jiwa hamba dengan sebenarnya.

1 comment:
Salam Ziarah Ummu Afeera, syukran Jazilan atas entri-entri segar sebegini. Nampak bersahaja, tetapi mempunyai penuh makna.
Teringat saya pada kes pembunuhan ngeri di Gemencheh melibatkan seorang pesakit schizophrenia bernama Rasidi Ismail. Melalui kaca mata awam individu seperti ini sudah sepatutnya mendapat balasan setimpal. Walau tertuduh mengaku membunuh, namun mahkamah mengambil tindakan waras dengan tidak terus menghukum. Kes seperti ini kadang-kala perlu diambil perhatian oleh sesetengah masyarakat. Bahawa individu berpenyakit jiwa perlu diselami dan diambil kira keadaan mereka.
Post a Comment