Wednesday, September 29, 2010

La Ghaliba Illallah...



Sebelum bercuti ke Bukit Tinggi tempoh hari, saya ada melihat gambar di laman maya mengenai tempat percutian yang bakal kami kunjungi. Terdetik di hati bahawa tempat tersebut persis gambar-gambar kemegahan Islam di Sepanyol. Tapi hati berbisik kembali, "Takkanlah..".

Saat kami menunggu shuttle di lobi hotel, sempat kami meneliti model-model binaan yang menjadi impian sang developer.

Mata terpaut pada satu model. Benarlah telahan saya pada mulanya. Mereka ingin membangunkan bangunan-bangunan bercirikan Sepanyol di kaki bukit itu.

Kagum sebentar dengan akal yang dikurniakan Allah kepada sang developer tersebut. Bagaimana mereka merealisasikan impian mereka? Lebih menakjubkan semua itu dibina di atas kaki bukit yang terlalu tinggi. Dan banyak lagi impian mereka. Itu cuma satu dari model-model yang ada yang lain.
proposed Granada Spanish Villagemodel padang golf yang luas di atas kaki bukit
Terdetik di hati, sejauh mana bayangan kemenangan dalam minda benak kepala kita saat kita bercerita tentang kemenangan Islam? Cuma bicara bibir atau kita pernah membayanginya? Di atas kaki bukit tersebut, ada manusia-manusia yang bermaksiat kepada Allah. Ada tempat 'Happy Hour' untuk manusia-manusia meneguk arak dan lainnya. Pernah tak kita berimpian untuk menakluki tempat sedemikian? Atau kita rasa mustahil sangat? Mana nak dapat duit yang banyak macam Vincent Tan?

Tidak mustahil sahabatku. Rasulullah sendiri merupakan contoh yang paling baik buat kita dalam membicarakan tentang cita-cita, visi dan misi. Rasulullah pernah berjanji kepada Suraqah yang mengejarnya dalam peristiwa hijrah bahawa dia akan dianugerahi dengan gelang kebesaran Kisra. Betapa Rasulullah percaya bahawa Islam pasti akan tertegak di Kisra. Dan Rasulullah berimpian di saat dia dikejar.

Pernah tadabbur Surah Arrom? Tadabburlah. Ini linknya. Umat Islam diajar berimpian untuk menakluki kota-kota yang besar saat penyeksaan melanda mereka.

Saat melihat video klip nasyid Healing oleh Sami Yusuf, saya kagum dengan latar permandangan tempat video klip tersebut dirakamkan. International Medical Center adalah bukti kejayaan bahawa Muslim mampu berjaya.
International Medical Center
Teringat cerita dari mulut ke mulut mengenai tamadun Islam di Sepanyol. Bahagian atas dinding di sana dipenuhi oleh ornamen dengan pola yang sangat imaginatif, serta penuh dengan kaligrafi al-Qur’an dengan tekstur yang sangat halus. Dari rangkaian kaligrafi itu, tulisan “La ilaaha illallah” (tiada ilah selain Allah) dan la ghaliba ilallah” (Tiada penakluk selain Allah) tampak dominan. Rupanya, kehadiran dua ornamen kaligrafi itu memiliki kisah tersendiri. Saat para muslim penakluk kota memasuki kota Granada, sang pemimpin dinobatkan pengikutnya sebagai Al-Ghalib, yang artinya sang penakluk. Tapi, ia menolak sambil mengatakan,“wallah, la ghaliba ilallah”. Kalimat inilah yang kemudian dijadikan motto oleh para penguasa Granada.

Kita akan menakluki dunia ini semula suatu hari nanti dengan Islam dan kita akan meletakkan Islam di tampat yang sepatutnya dan bersaksi bahawa La Ghaliba Illallah - tiada penakluk selain Allah!

Sunday, September 26, 2010

Healing...


Terjumpa lagu ini di blog akhawat. Semangat untuk belajar setelah melihat video klip dan liriknya. Mendalam sungguh maksudnya. Semangat nak jadi doktor dan yang paling utama adalah menjadi doktor yang merawat segala masalah spiritual manusia. Ya Allah, permudahkan laluan kami untuk berjaya di dalam medan yang telah kami pilih ini. Teringat doa ghulam dalam hadis ghulam, "Ya Allah, bantulah aku dengan cara yang Kau kehendaki". Moga Allah permudahkan segalanya.

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

Saturday, September 25, 2010

Bukit Tinggi...

3 hingga 6 Syawal yang lalu, keluarga saya dan juga keluarga sahabat ayah bercuti di Bukit Tinggi, Pahang. Masya Allah, pengalaman yang terlalu indah. Setiap kali melihat gambar-gambar tersebut, saya akan menangis. Rindu keluarga dan rindukan percutian yang indah itu.

Semangat Afeera! Perjalanan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Tuntutan dakwah juga terlalu memanggil. Semoga suatu hari nanti setiap keluarga dapat merasai mawaddah dan sakinah yang sebenarnya. Semoga masyarakat yang lahir kelak hidup dalam suasana Islami. Insya Allah, percutian di saat kemenangan Islam meliputi seluruh alam akan lebih bermakna. Pastinya percutian di syurga Allah kelak tidak mampu untuk digambarkan.

Ayuh teruskan perjuangan!

Monday, September 20, 2010

MNIK..

Sebenarnya saya bukan di dalam mood menulis. Tapi terasa ada tanggungjawab untuk menulis sesuatu. Tadi pagi seorang teman biasa bertanyakan saya sama ada saya memiliki cerita My Name is Khan (MNIK). Tiada dalam simpanan tapi saya pernah menontonnya.

Teringat pengalaman dimarahi mak suatu masa dahulu. Saya memahami bahasa Tamil sedikit sebanyak. Ada satu cerita Tamil yang saya tonton bertajuk Pokkisham. Mak marah saya tonton cerita itu. Pada saya bahasa dalam cerita tersebut sungguh puitis dan saya hanyut dalam keindahan bahasa tanpa perasan kesesatan di sebaliknya. Disebabkan kena marah, saya tak tahu pun ending cerita itu.

Mak yang sedarkan saya. Kata mak, cerita ini lari dari aqidah islam. Kisah cinta seorang Kristian dan seorang Muslim. Tidak boleh diterima dan kisah tersebut benar-benar menyesatkan.

Kiranya semasa saya menonton filem My Name is Khan (MNIK) yang konon-kononnya digembar gemburkan sebagai cerita yang mengangkat nilai Islam, saya sedar kesesatan cerita ini dari mula.

Tiada beza pun cerita MNIK dengan gagasan 1 Malaysia. Begitu jelas fahaman dan fikrah islam liberal dalam kedua-duanya. Islam ini aman damai, boleh menerima agama lain, boleh kahwin dengan orang yang berlainan agama.

Betapa sesatnya kita dengan fahaman tersebut. Menyokong MNIK mahupun gagasan 1 Malaysia sepertinya menerima dan meredhai Samivelu seorang Hindu, Lim seorang Buddha. Nauzubillah..

Di saat kita meredhai kekufuran, kita juga kufur. Di saat kita redha Samivelu itu Hindu, kita telah pun kufur. Kekafiran adalah maksiat terbesar di atas muka bumi ini. Nauzubillah sekiranya kita meredhainya.

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu). (Surah AlFath:28)

Islam ini perlu menang, perlu lebih tinggi dari mana-mana agama di atas muka bumi ini. Ini tanggungjawab kita. Ini tugasan syahadatul haq yang terpikul di atas bahu kita. Suka atau tak, itu adalah apa yang ditentukan Allah. Hukum Allah perlu di atas, bukan nafsu kita semata-mata.

Kita tidak suka perang macam apa yang dibangkitkan dalam filem MNIK.. Konon-kononnya Islam ini aman damai.. Ingatlah ayat Allah ini baik-baik..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah: 216)

'Kutiba' dalam ayat ini membawa maksud wajib. Diwajibkan untuk berperang. 'Qital ' bermakna perang. Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan istilah 'qatla' yang membawa maksud bunuh. Tidak semestinya perang itu bunuh. Kalau tengok ayat ini macam pelik sebab manusia mahukan keamanan, tapi Allah mewajibkan perang. Di saat orang Barat mengagungkan keamanan, mereka tetap membom kita. Apabila kita mahu membalas, mereka menyuruh kita berdamai. Dan kita pula berasa bersyukur apabila melihat peperangan di negara yang lain kerana kita tidak mengalami semua itu. Hati dan mentaliti kita tidak mahu perang, bukan? Tapi Allah mewajibkan perang. Mentaliti orang Islam kena berubah, kena lain sedikit. Mentaliti kita kena kata bahawa perang ini adalah benda yang mesti berlaku di atas dunia ini. Kena setkan dalam kepala kita macam itu. Perang ini ada masa dan ketikanya, tapi mindset kena sedia untuk berperang. Sama macam sahabat Nabi ketika di Mekah. Waktu itu tidak kena perang, tapi mindset dah sedia untuk berperang.

Apabila Allah sudah mewajibkan sesuatu, boleh ke kalau kita tidak sukakan benda itu? Boleh kita benci puasa? ’Kutiba alaikumul qital’ (Diwajibkan atas kamu berperang) dan ayat ’kutiba alaikumussiyam’ (Diwajibkan atas kamu berpuasa) ini susunannya sama. Perintah perang dan perintah puasa ini sama iaitu wajib. Boleh kita suka puasa tetapi tidak suka perang? Boleh macam itu? Boleh benci Allah atas benda yang Allah wajibkan?

Tapi memang tabiat manusia tidak suka perang. Allah tahu akan hal itu dan Allah menyebutnya - wa hua kurhullakum. Tapi apa Allah beritahu selepas itu? Allah membuat satu keadah. Benci dan suka adalah perasaan manusia. Tapi kita boleh ikut ke hati kita? Kita tidak boleh ikut. Sebab kemungkinan kamu benci satu benda tapi benda itu adalah baik bagi kamu dan kemungkinan kamu suka satu benda tapi kemungkinan benda itu tidak baik bagi kamu. Kemudian di penghujung ayat tersebut, Allah marah. Wallahu ya’lamu wa antum la ta’lamun! Kamu ini tidak tahu, Allah tahu! Ayat ini bernada gertak dan marah sekiranya mengikut kaedah bahasa arab. Apa yang boleh kita faham dari ayat ini? Apa sahaja benda yang Allah Taala tetapkan untuk kita, kita kena terima dengan hati kita bahawa benda itu adalah baik. Walaupun kita tidak suka pun, kita tidak boleh tidak suka. Kena cakap kat hati, ”Eh hati, kena suka juga!”. Sebab bila Allah sudah menentukan sesuatu, benda itu mesti baik. Kalau tidak, Allah tidak suruh. Benda yang Allah larang mesti benda itu tidak baik walaupun hati kita suka. Kita kena paksa diri kita menerima bahawa apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik.”

Harapnya tulisan ini jelas bagi mereka yang berjinak-jinak dan menyokong MNIK mahupun gagasan 1 Malaysia.

Teringat juga novel Maria. Novel ini dengan jelas menjelaskan perancangan musuh Allah. Insya Allah, bagi mereka yang menghadam novel ini pastinya maklum berkenaan ghazwatul fikr (serangan pemikiran) yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Allahu A’lam..

Sunday, September 19, 2010

Sujud..

Di tempat saya menadah ilmu, pensyarah lebih bertindak sebagai tutor sahaja. Kebanyakan presentation perlu disediakan oleh pelajar. Saya kena bersedia untuk satu tajuk – prolapsed umbilical cord.

Subhanallah! Pujian bagi Allah di atas segalanya saat saya belajar tentang hal tersebut. Saya cuba terangkan sebaik mungkin dengan bahasa yang lebih mudah. Ini gambar uri (placenta) yang menyediakan nutrien bagi bayi (fetus) dan juga membantu pernafasan.
Uri ini dihubungkan dengan bayi di dalam kandungan dengan satu saluran. Saluran ini dinamakan umbilical cord. Kadang kedudukan bayi songsang (breech position), kepala di atas dan kaki di bawah. Salah satu komplikasi daripada situasi ini adalah prolapsed umbilical cord. Kadang si bayi boleh ‘terpijak’ umbilical cord ini. Boleh terkeluar umbilical cord ini dari saluran vagina. Ada macam-macam jenis prolapsed umbilical cord ini. Ada occult, partial dan complete. Yang itu baca sendirilah. Ada banyak sebabnya juga, bukan songsang itu sahaja. Kadang sebab terlebih air ketuban (polyhydramnios), kembar, dan macam-macam sebab lagi. Baca sendirilah ye..
Apa masalahnya sekiranya hal ini terjadi? Bayi boleh mati. Yalah, nutrien tiada dan pertukaran gas pun tidak berlaku. Bukan senang juga nak diagnose keadaan ini. Kalau yang memang sampai terkeluar itu senanglah, kalau yang jenis occult yang tak nampak pape susah juga. Yang jenis occult itu berlaku dalam kandungan di mana kemungkinan bahu atau kepala bayi yang menekan umbilical cord itu. Clue yang ada bagi doktor hanyalah sekiranya si doktor perasan kadar pernafasan bayi (fetal heart rate) menurun (bradycardia).

Saya kagum dengan cara menanganinya. Si ibu perlu diletakkan dalam keadaan knee-chest position. Keadaannya seperti sujud. Masya Allah! Kalau pun doktor itu tidak dapat kesan awal tapi si ibu masih solat, ibu tersebut telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan kandungannya. Subhanallah.
Tidak tahu berkaitan atau tak kisah ini. Cuma teringat kisah Badiuzzaman Said Nursi. Semasa Nursi masih kecil, kelebihannya begitu terserlah di kalangan teman sebaya malah yang lebih besar dibanding Nursi. Kelebihan Nursi terserlah dari sudut kecerdasan dalam pelajaran, mahupun kekuatan fizikalnya. Gurunya pernah menziarahi keluarga Nursi untuk melihat faktor yang membentuk peribadi unik Nursi ini. Masya Allah, bila ditanya pada Nurriyye bonda Nursi itu, apakah rahsia di sebalik kelebihan anak-anaknya itu? Nurriyye penuh tawadhuk menjelaskan, "Saya tidak meninggalkan solat malam sejak dahulu, kecuali ketika uzur syar'ie dan saya tidak akan menyusukan anak-anak tanpa ada wudhuk".

Masya Allah! Jangan tinggal solat.. Ada hikmahnya. Dan jangan solat sebab fakta sains. Niat kena selalu betul. Solatlah semata-mata kerana Allah.

Allahu A’lam.

Pergi tidak kembali..

Terlalu ramai insan yang pergi meninggalkan alam yang fana ini dalam sebulan dua ini. Ada yang saya kenali dan ada juga yang tidak saya kenali namun meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini.

Saya tidak lama di Maahad Attarbiyah AlIslamiyah (MATRI) semasa saya di tingkatan 1. Hanya dalam 7 bulan. Jiwa saya memberontak saat itu dan belum bersedia menerima tarbiah. Jujurnya saya pernah menadah ilmu dari Ustaz Dahlan di surau MATRI. Walau duduk di balik palang kayu yang mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dan ustaz juga tidak pernah mengenali diri ini, namun di saat mengingati analogi ream of paper, saya tahu ustaz adalah di antara insan yang telah melengkapi ream of paper saya sebenarnya.

Sayu di atas pemergiannya. Cemburu juga. Saat dia pergi, dia telah meninggalkan ribuan anak-anak dakwahnya. Saya bermuhasabah. Di saat saya pergi, siapa yang masih mengingati diri ini? Apa mungkin ada amal jariah yang akan saya bawa pulang?

Malah saya kagum dengan kisah cinta Ummi Halimaton dan Ustaz Dahlan. Ummi diibaratkan seperti wanita muda yang terperangkap dalam tubuhnya yang tua. Setelah lebih setahun Ummi pergi, ustaz pula menyusul. Meraka telah menganyam dedaunan cinta di atas jalan dakwah dan tarbiah. Hebat sekali cinta mereka dan pastinya cinta yang agung kepada Allah yang terus-terusan menguatkan mereka di atas jalan dakwah dan tarbiah. Masih adakah cinta sebegitu lagi hari ini?

Seterusnya pemergian anak Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Kedah Dr Hamdan Mohamed Khalib. Saya mengenali Dr Hamdan semasa program sunathon setahun yang lalu. Perjuangan Dr Hamdan juga saya kagumi. Tiada kemewahan yang menyelaputi dirinya kerana kebanyakannya diinfaqkan pada jalan dakwah dan tarbiah. Hebat benar ujian yang menimpa dirinya. Pastinya ujian yang hebat untuk manusia yang hebat.

Pemergian seorang akhawat walau dirinya tidak saya kenali juga meninggalkan sesuatu dalam jiwa ini. Ukhti Raihana Zainuddin, seorang akhawat Jepun telah kembali ke rahmatullah bersama bayi yang dikandungnya. Kemalangan di Kerteh dan dikebumikan di Kuala Kubu Baru. Dia baru sahaja quit dari Petronas untuk memberi komitmen penuh pada dakwah. Hebat ukhti tersebut. Dia meninggal di dalam hari-hari terakhir Ramadhan. Betapa diri ini cemburu dengan kemuliaan yang telah Allah berikan padanya.

Moga Allah mengurniakan kita syahid di jalanNya. Moga Allah mencabut nyawa kita di kemuncak kehidupan kita sebagai daie, di kemuncak perjalanan kita di dalam dakwah dan tarbiah. Ameen..

Thursday, September 09, 2010

Yawm-un farhaan-un~

Setelah 4 tahun menulis rona kehidupan diri ini, ini adalah entri ke-600 :)

Eid Mubarak! Mohon ampun atas segala bicara dan perlakuan yang menggores hati. Moga outcome taqwa yang menjadi objektif Ramadhan diperolehi di bulan Syawal.



Ramadan has come and gone
Eid has dawned upon us
Thank You Allah for this blessed day
It's a time of happiness, a time of joy
Thank You Allah for this blessed day
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un farhaan-un
Yawm-un jameel-un
Eid-un Sa'eed
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un jameel-un
Yawm-un farhaan-un
Eid-un Sa'eed
All over the world
Under the big-blue sky
Muslims unite to worship Allah
It's a time of brotherhood, a time of peace
Muslims are singing praises to Allah
Allahu Akbar
Allahu Akbar
La Ilaaha Illa-Allahu
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar wa Lillahil Hamd
Families are gathering
Remembering Allah
And that His Love is the Greatest by far
All Praise for You Allah
All Thanks to You
The joy of Eid comes only from You
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un farhaan-un
Yawm-un jameel-un
Eid-un Sa'eed
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un jameel-un
Yawm-un farhaan-un
Eid-un Sa'eed
This day of rejoicing
This day of peace
Did only You Make for those who believe
Allahu Akbar
Allahu Akbar
La Ilaaha Illa-Allahu
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar wa Lillahil Hamd
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un farhaan-un
Yawm-un jameel-un
Eid-un Sa'eed
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un jameel-un
Yawm-un farhaan-un
Eid-un Sa'eed
Ramadan has come and gone
Eid has dawned upon us
Thank You Allah for this blessed day
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un farhaan-un
Yawm-un jameel-un
Eid-un Sa'eed
Eid-un Sa'eed-un
Yawm-un jameel-un
Yawm-un farhaan-un
Eid-un Sa'eed (4x)

Tuesday, September 07, 2010

Bongkak?

Malam 27 Ramadhan yang lalu, sempat saya ke masjid UIA dan beriktikaf di sana bersama akhawat yang lain. Pengalaman yang indah. Pertama kali saya mendengar tazkirah secara live pada pukul 1 pagi.

Ada sesuatu yang bermakna dalam bicara sheikh tersebut. Katanya, usah bongkak kerana hal itu adalah sikap syaitan yang menjadi asbab dia dihalau dari syurga. Kata sheikh tersebut lagi, bagi seorang Muslim, di saat mana dia melihat Muslim yang lain, perlu ada di dalam dirinya perasaan bahawa Muslim tersebut lebih baik dari dirinya. Itu sikap seorang Muslim sehingga lahirnya satu perasaan tawadhu’ dalam dirinya.

Saya oncall malam ini. Oncall yang saya kira menyakitkan. Seorang houseman @ house officer @ seorang graduan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya, yang cuma mempunyai pengalaman yang terlalu mentah di dalam bidang perubatan memarahi saya. Pelik, dia menunggu bilik itu sunyi untuk mengambil ruang memarahi. Katanya, saya tidak memperkenalkan diri padanya dan pada pesakit. Pagi sebelum ini, ada ward round dan saya sudah memperkenalkan diri pada MO dan team. Dia juga ada di sana. Tidak faham bila dia mengatakan hal sedemikian. Berkenaan pesakit, tidak pernah sekalipun saya clerk pesakit tanpa memperkenalkan diri. Cuma saat tersebut, dia sedang clerk pesakitnya dan saya tiada kesempatan memperkenalkan diri. Kemudian dia memarahi saya lagi. Dia tanyakan saya, siapa MO di wad? Dah kenalkan diri pada MO? Masya Allah, saya dah kenalkan diri pada MO tersebut semasa dia membuat vaginal examination di bilik yang lain.

Wallahi, ada bara api yang menyala di hati. Saya juga manusia. Saya cuba sedaya upaya menelan api kemarahan. Apa yang membezakan seorang pelajar perubatan dan seorang house officer? Jarak kami cuma dipisahkan beberapa bulan. Kata prof dahulu, bezanya adalah dia dibayar sedang kami tidak. Tidak jauh beza pun dari segi pengetahuan. Dan kalau berada di posisi HO sudah sebegini egonya, maka saya tidak pelik mengenai hal yang terjadi pada hari Isnin lalu apabila mereka yang berada di posisi tertinggi memarahi dan membuat keputusan sewenang hati. Berbicara tanpa memikirkan ada hati yang terluka.

Jujur saya tidak sukakan kegelapan dan lumpur yang menyelaputi bidang perubatan. Jijik dengan sikap manusia yang ada di dalamnya. Terlalu jijik.

Pelik kan? Saya berada di wad O&G, melihat keajaiban ciptaan manusia. Di masa yang sama, saya juga melihat betapa hinanya diri sebagai hamba. Kita lahir dari ruang yang berkongsi dengan saluran dubur. Kita lahir dengan liquor yang terlalu messy. Kita mungkin terminum tahi kita sendiri (meconium aspiration syndrome). Boleh juga membaca di sini, tentang kita yang kencing dan meminum semula air kencing di alam rahim. Hinanya kita. Dan dengan semua ini, masih bersarang keegoan dalam diri kita? Nauzubillah..

Bila dia memarahi, jujur saya juga memuhasabah diri. Siapa saya untuk tidak dimarahi? Bukan mudah bukan untuk terus bernafas dalam jiwa hamba? Seakan terselit dan terpalit juga keegoan dalam diri..

Sedaya mungkin cuba menahan ketenangan dalam diri sejak pagi, namun gejolak ketenangan itu terusik.

Moga Ramadhan yang masih berbaki membuatkan saya terus kuat mencari hikmah..

Sunday, September 05, 2010

Binatang liar...

Masih kurang penghayatan kita pada ayat-ayat Allah kan? Di saat menghafaz, kita jarang memahaminya. Sedang sahabat nabi terpengsan-pengsan membacanya.
Jom amati ayat ke 5 dari Surah Attakwir ini. Ada kengerian sebenarnya. Binatang liar juga kehilangan taringnya di hari kiamat. Bagaimana pula keadaan kita?

Binatang-binatang liar itu ketakutan kerana kemusnahan yang sedang berlaku itu. Mereka berkumpul kerana terlalu takut, mereka berkeliaran di celah-celah bukit. Mereka lupakan ketakutan mereka terhadap satu sama lain dan mereka lupakan mangsa-mangsa mereka. Mereka berlari-lari tanpa tujuan. Mereka tidak lagi pulang ke lubang-lubang atau sarang-sarang kediaman mereka. Mereka tidak lagi memburu mangsa-mangsa mereka. Ketakutan dan kedahsyatan suasana telah mencabutkan saki baki tabiat-tabiat dan sifat-sifat binatang liar itu. Bagaimana pula keadaan manusia pada hari malapetaka alam yang dahsyat itu? (Fi Zilalil Quran)

Puasa D&T?

Ramai di kalangan kita yang mengurangkan aktiviti dakwah dan tarbiah di bulan mulia ini. Ramai yang berpuasa dari dakwah dan tarbiah (D&T) di bulan ini. Fokusnya kita pada amal ibadah menyebabkan kelesuan kita dalam dakwah dan tarbiah. Yalah, bila semangat tidak ditiupkan di bulan ini, kita kelesuan. Kita terlupa bulan ini bulan jihad. Kita terlupa dan tidak diingatkan dengan jujusan perang yang berlaku di bulan mulia ini.

Sejujurnya saya sendiri kelesuan. Untuk menaikkan semangat, saya present dan berlatih sendiri bahan yang perlu dibentangkan. Terkadang untuk membalas email juga rasa tidak berdaya. Aduhai Afeera, semangatlah!

Pesan murabbi sebentar tadi ada baiknya, menyedarkan diri yang terlupa:

Ana doakan pada bulan yang paling berkat ini segala kerja tajmi’ dan dakwah berjaya. This is our lifeline. Kewajiban berdakwah itu fardhu Ain masa kini. Kalau tinggal dakwah rasa macam tinggalkan puasa Ramadhan atau tinggalkan solat fardhu. Kita semua mesti merasakan urgency untuk menjayakan dakwah.


Ya Allah, kuatkan semangatku di bulan yang mulia ini..

Mulia?

Hebat sangat Quran kan? AlQuran diturunkan pada Rasulullah SAW yang merupakan insan yang terlalu dicintai oleh Allah SWT. Dan hebatnya Quran ini lagi, dia dibawa dan disampaikan perkataannya oleh Jibril yang berkuasa. Hebat tak Quran? Pernah rasa hebat membaca Quran? Pernah rasa betapa Allah memuliakan kita dengan AlQuran?

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia? (Assyahid Sywd Qutb)

Kalau kita lihat diri kita sendiri, apa yang ada pada kita sebenarnya? Tiada apa-apa yang berharga atau bermakna. Umur dunia adalah panjang, sudah beribu tahun. Tapi kita? Kita lahir dari salur faraj yang sempit dan mungkin setelah berusia 60 tahun kita kembali ke alam barzakh. Siapa yang akan mengingati kita? Tiada siapa. Kita ini sama sahaja seperti semut yang hidup di tepi rumah. Siapa yang menghiraukan semut tersebut? Kita sendiri pun tidak menghiraukannya. Makhluk di atas muka bumi ini sahaja berjuta. Seolah-olah Syed Qutb mahu menggambarkan kepada kita, siapalah kita di sisi Tuhan. Tapi apabila Syed Qutb membaca Quran, dia merasakan kemuliaan yang tiada taranya. Itulah perasaan yang perlu dirasai oleh Mukmin saat dia membaca AlQuran. Quran seolah-olah berbicara padanya dan bukan insan lain. Kita kena merasai penghormatan yang Allah Taala berikan kepada kita. Orang yang tidak dapat merasai semua itu akan merasa kosong sahaja saat membaca Quran.

Cuma mahu berkongsi sedikit tafsiran Fi Zilalil Quran mengenai petikan ayat dari Surah Attakwir yang menunjukkan hebatnya malaikat yang membawa Quran ini. Terlalu hebat. Moga-moga lahir kefahaman dan penghargaan kita pada malam LailatulQadar. Allahu A'lam..

إِنَّهُ ۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ۬ كَرِيمٍ۬ (١٩) ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٍ۬ (٢٠) مُّطَاعٍ۬ ثَمَّ أَمِينٍ۬ (٢١)

Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (Surah Attakwir: 19-21)

AlQuran ini adalah dari perkataan utusannya yang mulia, iaitu Jibril yang membawa dan menyampaikan perkataan ini. Oleh itu, AlQuran disifatkan sebagai perkataan Jibril dilihat dari sudut tugasannya yang menyampaikannya.

Kemudian ia menyebut sifat Jibril yang dipilih untuk membawa dan menyampaikan perkataan itu sebagai seorang yang 'mulia' di sisi Allah. Penjelasan Allah yang menyifatkannya sebagai 'gagah perkasa' itu menyarankan bahawa wahyu Allah itu memerlukan kepada kekuatan untuk membawanya. Ia juga mempunyai 'kedudukan yang teguh si sisi Allah yang memiliki 'Arasy'. Maqam dan darjatnya begitu tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy yang amat tinggi. Ia juga ditaati di alam al-Mala'ul-A'la dan seterusnya ia bersifat 'amanah' dalam urusan membawa dan menyampaikan wahyu itu.

Semua sifa-sifat ini menawarkan betapa mulia, betapa agung, dan betapa luhurnya wahyu itu di samping menyarankan betapa besarnya perhatian Allah terhadap makhluk manusia hingga Allah memilih malaikatNya yang mulia, yang gagah perkasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisiNya sebagai utusanNya untuk menyampaikan agamaNya kepada manusia dan menyampaikan wahyu itu kepada Nabi yang dipilih olehNya. Itulah perhatian Allah yang seharusnya membuat manusia merasa malu kerana mereka tidak mempunyai nilai sedikit pun dalam kerajaan Allah jika Allah tidak bermurah hati memuliakan mereka dengan kemuliaan ini.

Friday, September 03, 2010

Aminah Syenlikoglu...

"Life is like a river. The waters that have passed, you shall never touch again." - Sh. Muhammad Sadiq.

"As it's said, if the veils were lifted you wouldn't choose for yourself other than what Allah has chosen."

Jom semangat untuk meneruskan kehidupan! Manusia hanya boleh berbuat sedaya upaya sedang Allah menentukan.

Untuk melupakan kesedihan di hati, saya beli dua buah novel. Lama mencari dan baru ketemu. Gembira sangat!

Selanjutnya boleh dibaca di sini:

Novel Maria
Novel Weil China

Petikan novel Weil China:

“Siapa yang mampu menjadikan kami ini Atheis hah? Kami ini orang Islam yang berdarah Turki. Kalau mereka memotong urat saraf kami akan keluar darah yang mengiakan kami ini bangsa Turki yang berpegang teguh dengan agama Islam. Degup jantung kami tiap kali berdegup juga mengulangi mengulangi yang kami ini Turki Muslim sejati. Tak seorang pun yang mampu menipu kami ayah!”

" Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah." (Aminah Syenlikoglu)

" Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza". (Aminah Syenlikoglu)

Wednesday, September 01, 2010

Tabir...

Alhamdulillah, exam tadi tidak mampu saya lakukan dengan baik. Kes yang saya dapat adalah kes yang paling saya tidak mahu. Pemeriksa yang saya dapat adalah pemeriksa yang paling saya tidak mahu juga. Continuous assessment semasa tahun 5 berbeza semasa tahun 3. Tahun 5 kita dibenarkan memilih pesakit tapi akan ditanya sedetailnya mengenai pesakit tersebut. Tapi dengan pemeriksa tadi, saya tidak dibenarkan memilih pesakit. Dia yang memilih. Rasa seolah-olah tidak adil.

Kebaikannya mendapatkan dia sebagai pemeriksa adalah saya perlu belajar semua perkara. Dunia sebenar juga saya tidak boleh memilih pesakit. Saya tidak kisah. Cuma rasa tidak adil bila perkara yang sama tidak berlaku pada pelajar lain. Mereka punya masa yang lama untuk bersama pesakit. Dapat bersedia dan membaca terlebih dahulu. Tidak perlu lihat pesakit pun. Hanya membentangkan sahaja. Ya Allah, rasa sungguh tidak adil…

Tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Tidak boleh nak berdemonstrasi. Tidak boleh berteriak mengatakan hal itu tidak adil. Bukan dunia memang tidak adil?

Lama saya bermuhasabah. Mak menyuruh saya bersangka baik dengan Allah walau apa jua yang berlaku. Di dalam Ramadhan ini teruji iman dengan sebenarnya. Di bulan baik ini, diuji kesekian kalinya. Begitulah takdir saya hari ini.

Tadi saya buka tafsir Tafhimul Quran surah AlKahfi. Bukunya nipis, diterbitkan tahun 1986. Ditulis oleh Abul A’la Maududi dan diterjemah oleh Abu Urwah. Harganya cuma RM3.20. Tapi nilainya cukup besar. Menyedarkan hati yang bergejolak. Menenangkan iman yang ditiup angin kencang.

“Kisah Khidr dan Musa a.s telah diturunkan dengan satu cara yang memberi jawapan kepada soalan kaum kafirin dan dalam masa yang sama memberi ketenangan kepada kaum muslimin. Pengajaran yang terkandung di dalamnya adalah seperti berikut: Kamu semestinya mempunyai keimanan yang teguh di atas hikmah yang berlaku di dalam perancangan Rabbani menurut kehendak Allah SWT. Oleh kerana kenyataannya terlindung daripada kamu, kamu sebenarnya tidak dapat memahami hikmah di atas sesuatu yang berlaku, dan kadang-kadang jika kelihatan bahawa kejadian itu bercanggah dengan apa yang kamu kehendaki, maka kamu akan berkata, “Bagaimana dan mengapa ini berlaku?” Hakikatnya ialah jika tabir disingkapkan dari perkara-perkara ghaib, kamu sendiri akan mengetahui bahawa apa yang berlaku di sini adalah sesuatu kebaikan. Walaupun kadangkala kelihatan sesuatu merugikan kamu, tetapi kamu akan lihat akhirnya bahawa ia menghasilkan sesuatu yang baik bagi kamu.”


Masya Allah…

Kemudian membaca kisah dua pemilik kebun. Membaca tafsir ini, Allah memberi sudut pandang dan tasawwur yang lain pula. Sesetengah perkara Allah ajar dengan peristiwa. Tulisan tersebut mungkin kurang bermakna bagi saya, namun di saat ujian melanda, terasa seperti ditempelak. Ini adalah tasawwur keempat yang Allah berikan pada saya mengenai kisah yang sama. Saya sertakan tulisan-tulisan yang lama.

Tulisan 1

Tulisan 2

Tulisan 3

Di sini saya kongsikan dari tafsir Tafhimul Quran pula:

Ini menunjukkan bahawa kufur kepada Allah tidak hanya terbatas kepada menolak kewujudan Allah di dalam perkataan-perkataan, tetapi bongkak, besar kepala, angkuh dan menolak wujudnya Hari Kiamat juga adalah kufur. Walaupun orang itu tidak menolak wujudnya Allah, mungkin ia mengaku kewujudan Allah seperti kata-kata zahirnya (“….sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku….”), tetapi walaupun ia membuat pengakuan ini sahabatnya mengatakan dia telah kufur kepada Allah. Ini adalah kerana seseorang yang merasakan kekayaan dan kebesarannya dan lain-lain, adalah hasil dari kuasa dan kebolehannya sendiri dan bukan dari pemberian Allah, dan sesiapa yang memikirkan bahawa kekayaan itu adalah kekal dan tidak ada sesiapa yang dapat merampas daripadanya serta ia tidak akan dipetanggungjawabkan oleh sesiapa, maka ia telah kufur kepada Allah, walaupun ia mengaku beriman kepada Allah. Ini adalah kerana ia cuma mengaku kewujudan Allah tetapi tidak menerima bahawa Allah adalah Tuhannya, Pemilik dan berhak untuk memerintah. Sesungguhnya, beriman kepada Allah bukan hanya semata-mata mengaku kewujudanNya tetapi juga mengakui Uluhiyyah Allah dan kekuasaanNya untuk memerintah.


Menangis membaca semua ini. Terasa habis. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini….