Monday, September 20, 2010

MNIK..

Sebenarnya saya bukan di dalam mood menulis. Tapi terasa ada tanggungjawab untuk menulis sesuatu. Tadi pagi seorang teman biasa bertanyakan saya sama ada saya memiliki cerita My Name is Khan (MNIK). Tiada dalam simpanan tapi saya pernah menontonnya.

Teringat pengalaman dimarahi mak suatu masa dahulu. Saya memahami bahasa Tamil sedikit sebanyak. Ada satu cerita Tamil yang saya tonton bertajuk Pokkisham. Mak marah saya tonton cerita itu. Pada saya bahasa dalam cerita tersebut sungguh puitis dan saya hanyut dalam keindahan bahasa tanpa perasan kesesatan di sebaliknya. Disebabkan kena marah, saya tak tahu pun ending cerita itu.

Mak yang sedarkan saya. Kata mak, cerita ini lari dari aqidah islam. Kisah cinta seorang Kristian dan seorang Muslim. Tidak boleh diterima dan kisah tersebut benar-benar menyesatkan.

Kiranya semasa saya menonton filem My Name is Khan (MNIK) yang konon-kononnya digembar gemburkan sebagai cerita yang mengangkat nilai Islam, saya sedar kesesatan cerita ini dari mula.

Tiada beza pun cerita MNIK dengan gagasan 1 Malaysia. Begitu jelas fahaman dan fikrah islam liberal dalam kedua-duanya. Islam ini aman damai, boleh menerima agama lain, boleh kahwin dengan orang yang berlainan agama.

Betapa sesatnya kita dengan fahaman tersebut. Menyokong MNIK mahupun gagasan 1 Malaysia sepertinya menerima dan meredhai Samivelu seorang Hindu, Lim seorang Buddha. Nauzubillah..

Di saat kita meredhai kekufuran, kita juga kufur. Di saat kita redha Samivelu itu Hindu, kita telah pun kufur. Kekafiran adalah maksiat terbesar di atas muka bumi ini. Nauzubillah sekiranya kita meredhainya.

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu). (Surah AlFath:28)

Islam ini perlu menang, perlu lebih tinggi dari mana-mana agama di atas muka bumi ini. Ini tanggungjawab kita. Ini tugasan syahadatul haq yang terpikul di atas bahu kita. Suka atau tak, itu adalah apa yang ditentukan Allah. Hukum Allah perlu di atas, bukan nafsu kita semata-mata.

Kita tidak suka perang macam apa yang dibangkitkan dalam filem MNIK.. Konon-kononnya Islam ini aman damai.. Ingatlah ayat Allah ini baik-baik..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah: 216)

'Kutiba' dalam ayat ini membawa maksud wajib. Diwajibkan untuk berperang. 'Qital ' bermakna perang. Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan istilah 'qatla' yang membawa maksud bunuh. Tidak semestinya perang itu bunuh. Kalau tengok ayat ini macam pelik sebab manusia mahukan keamanan, tapi Allah mewajibkan perang. Di saat orang Barat mengagungkan keamanan, mereka tetap membom kita. Apabila kita mahu membalas, mereka menyuruh kita berdamai. Dan kita pula berasa bersyukur apabila melihat peperangan di negara yang lain kerana kita tidak mengalami semua itu. Hati dan mentaliti kita tidak mahu perang, bukan? Tapi Allah mewajibkan perang. Mentaliti orang Islam kena berubah, kena lain sedikit. Mentaliti kita kena kata bahawa perang ini adalah benda yang mesti berlaku di atas dunia ini. Kena setkan dalam kepala kita macam itu. Perang ini ada masa dan ketikanya, tapi mindset kena sedia untuk berperang. Sama macam sahabat Nabi ketika di Mekah. Waktu itu tidak kena perang, tapi mindset dah sedia untuk berperang.

Apabila Allah sudah mewajibkan sesuatu, boleh ke kalau kita tidak sukakan benda itu? Boleh kita benci puasa? ’Kutiba alaikumul qital’ (Diwajibkan atas kamu berperang) dan ayat ’kutiba alaikumussiyam’ (Diwajibkan atas kamu berpuasa) ini susunannya sama. Perintah perang dan perintah puasa ini sama iaitu wajib. Boleh kita suka puasa tetapi tidak suka perang? Boleh macam itu? Boleh benci Allah atas benda yang Allah wajibkan?

Tapi memang tabiat manusia tidak suka perang. Allah tahu akan hal itu dan Allah menyebutnya - wa hua kurhullakum. Tapi apa Allah beritahu selepas itu? Allah membuat satu keadah. Benci dan suka adalah perasaan manusia. Tapi kita boleh ikut ke hati kita? Kita tidak boleh ikut. Sebab kemungkinan kamu benci satu benda tapi benda itu adalah baik bagi kamu dan kemungkinan kamu suka satu benda tapi kemungkinan benda itu tidak baik bagi kamu. Kemudian di penghujung ayat tersebut, Allah marah. Wallahu ya’lamu wa antum la ta’lamun! Kamu ini tidak tahu, Allah tahu! Ayat ini bernada gertak dan marah sekiranya mengikut kaedah bahasa arab. Apa yang boleh kita faham dari ayat ini? Apa sahaja benda yang Allah Taala tetapkan untuk kita, kita kena terima dengan hati kita bahawa benda itu adalah baik. Walaupun kita tidak suka pun, kita tidak boleh tidak suka. Kena cakap kat hati, ”Eh hati, kena suka juga!”. Sebab bila Allah sudah menentukan sesuatu, benda itu mesti baik. Kalau tidak, Allah tidak suruh. Benda yang Allah larang mesti benda itu tidak baik walaupun hati kita suka. Kita kena paksa diri kita menerima bahawa apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik.”

Harapnya tulisan ini jelas bagi mereka yang berjinak-jinak dan menyokong MNIK mahupun gagasan 1 Malaysia.

Teringat juga novel Maria. Novel ini dengan jelas menjelaskan perancangan musuh Allah. Insya Allah, bagi mereka yang menghadam novel ini pastinya maklum berkenaan ghazwatul fikr (serangan pemikiran) yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Allahu A’lam..

No comments: