Subhanallah! Pujian bagi Allah di atas segalanya saat saya belajar tentang hal tersebut. Saya cuba terangkan sebaik mungkin dengan bahasa yang lebih mudah. Ini gambar uri (placenta) yang menyediakan nutrien bagi bayi (fetus) dan juga membantu pernafasan.
Uri ini dihubungkan dengan bayi di dalam kandungan dengan satu saluran. Saluran ini dinamakan umbilical cord. Kadang kedudukan bayi songsang (breech position), kepala di atas dan kaki di bawah. Salah satu komplikasi daripada situasi ini adalah prolapsed umbilical cord. Kadang si bayi boleh ‘terpijak’ umbilical cord ini. Boleh terkeluar umbilical cord ini dari saluran vagina. Ada macam-macam jenis prolapsed umbilical cord ini. Ada occult, partial dan complete. Yang itu baca sendirilah. Ada banyak sebabnya juga, bukan songsang itu sahaja. Kadang sebab terlebih air ketuban (polyhydramnios), kembar, dan macam-macam sebab lagi. Baca sendirilah ye..
Apa masalahnya sekiranya hal ini terjadi? Bayi boleh mati. Yalah, nutrien tiada dan pertukaran gas pun tidak berlaku. Bukan senang juga nak diagnose keadaan ini. Kalau yang memang sampai terkeluar itu senanglah, kalau yang jenis occult yang tak nampak pape susah juga. Yang jenis occult itu berlaku dalam kandungan di mana kemungkinan bahu atau kepala bayi yang menekan umbilical cord itu. Clue yang ada bagi doktor hanyalah sekiranya si doktor perasan kadar pernafasan bayi (fetal heart rate) menurun (bradycardia).Saya kagum dengan cara menanganinya. Si ibu perlu diletakkan dalam keadaan knee-chest position. Keadaannya seperti sujud. Masya Allah! Kalau pun doktor itu tidak dapat kesan awal tapi si ibu masih solat, ibu tersebut telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan kandungannya. Subhanallah.
Masya Allah! Jangan tinggal solat.. Ada hikmahnya. Dan jangan solat sebab fakta sains. Niat kena selalu betul. Solatlah semata-mata kerana Allah.
Allahu A’lam.
No comments:
Post a Comment