Malam 27 Ramadhan yang lalu, sempat saya ke masjid UIA dan beriktikaf di sana bersama akhawat yang lain. Pengalaman yang indah. Pertama kali saya mendengar tazkirah secara live pada pukul 1 pagi.
Ada sesuatu yang bermakna dalam bicara sheikh tersebut. Katanya, usah bongkak kerana hal itu adalah sikap syaitan yang menjadi asbab dia dihalau dari syurga. Kata sheikh tersebut lagi, bagi seorang Muslim, di saat mana dia melihat Muslim yang lain, perlu ada di dalam dirinya perasaan bahawa Muslim tersebut lebih baik dari dirinya. Itu sikap seorang Muslim sehingga lahirnya satu perasaan tawadhu’ dalam dirinya.
Saya oncall malam ini. Oncall yang saya kira menyakitkan. Seorang houseman @ house officer @ seorang graduan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya, yang cuma mempunyai pengalaman yang terlalu mentah di dalam bidang perubatan memarahi saya. Pelik, dia menunggu bilik itu sunyi untuk mengambil ruang memarahi. Katanya, saya tidak memperkenalkan diri padanya dan pada pesakit. Pagi sebelum ini, ada ward round dan saya sudah memperkenalkan diri pada MO dan team. Dia juga ada di sana. Tidak faham bila dia mengatakan hal sedemikian. Berkenaan pesakit, tidak pernah sekalipun saya clerk pesakit tanpa memperkenalkan diri. Cuma saat tersebut, dia sedang clerk pesakitnya dan saya tiada kesempatan memperkenalkan diri. Kemudian dia memarahi saya lagi. Dia tanyakan saya, siapa MO di wad? Dah kenalkan diri pada MO? Masya Allah, saya dah kenalkan diri pada MO tersebut semasa dia membuat vaginal examination di bilik yang lain.
Wallahi, ada bara api yang menyala di hati. Saya juga manusia. Saya cuba sedaya upaya menelan api kemarahan. Apa yang membezakan seorang pelajar perubatan dan seorang house officer? Jarak kami cuma dipisahkan beberapa bulan. Kata prof dahulu, bezanya adalah dia dibayar sedang kami tidak. Tidak jauh beza pun dari segi pengetahuan. Dan kalau berada di posisi HO sudah sebegini egonya, maka saya tidak pelik mengenai hal yang terjadi pada hari Isnin lalu apabila mereka yang berada di posisi tertinggi memarahi dan membuat keputusan sewenang hati. Berbicara tanpa memikirkan ada hati yang terluka.
Jujur saya tidak sukakan kegelapan dan lumpur yang menyelaputi bidang perubatan. Jijik dengan sikap manusia yang ada di dalamnya. Terlalu jijik.
Pelik kan? Saya berada di wad O&G, melihat keajaiban ciptaan manusia. Di masa yang sama, saya juga melihat betapa hinanya diri sebagai hamba. Kita lahir dari ruang yang berkongsi dengan saluran dubur. Kita lahir dengan liquor yang terlalu messy. Kita mungkin terminum tahi kita sendiri (meconium aspiration syndrome). Boleh juga membaca di sini, tentang kita yang kencing dan meminum semula air kencing di alam rahim. Hinanya kita. Dan dengan semua ini, masih bersarang keegoan dalam diri kita? Nauzubillah..
Bila dia memarahi, jujur saya juga memuhasabah diri. Siapa saya untuk tidak dimarahi? Bukan mudah bukan untuk terus bernafas dalam jiwa hamba? Seakan terselit dan terpalit juga keegoan dalam diri..
Sedaya mungkin cuba menahan ketenangan dalam diri sejak pagi, namun gejolak ketenangan itu terusik.
Moga Ramadhan yang masih berbaki membuatkan saya terus kuat mencari hikmah..

1 comment:
hurmm..nak coret sket berkenaan ni walaupon saya bukan seorang yang terlibat bidang perubatan dan kehospitalan. cumanya wife saya seorang pegawai perubatan (doktor). boleh kata hampir di setiap rotation ward perkara yang sama yang akan diadukan.
pada saya perkara ni salah satu sebabnya adalah attitude personal tuh sendiri. dan antara lainnya sikap pengurusan wad tu sendiri. kalau sikap buruk dari kosultan kepada specialist kepada MO turun ke HO membawa kepada medical student yang train kat situ akan berkelakuan yang sama.
dan yang lainnya adalah bidang tu sendiri yang bukan menjadi minat personal tuh..tidak semua bidang yang dia kena buat tu dia suka.
kalau dah tak suka tuh..semuanya la nampak buruk dan tak elok serta membosankan.
muhasabah pada wife dia kena redha dan cuba perbaikkanla keadaan dengan dia jangan la bersikap seperti orang yang terdahulu @ di atas. muhasabah pada saya sebagai pasangan jangan la menambahkan ketensionan wife yang sedia tension. wallahu a'lam. -wan-
Post a Comment