Hebat sangat Quran kan? AlQuran diturunkan pada Rasulullah SAW yang merupakan insan yang terlalu dicintai oleh Allah SWT. Dan hebatnya Quran ini lagi, dia dibawa dan disampaikan perkataannya oleh Jibril yang berkuasa. Hebat tak Quran? Pernah rasa hebat membaca Quran? Pernah rasa betapa Allah memuliakan kita dengan AlQuran?
Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia? (Assyahid Sywd Qutb)
Kalau kita lihat diri kita sendiri, apa yang ada pada kita sebenarnya? Tiada apa-apa yang berharga atau bermakna. Umur dunia adalah panjang, sudah beribu tahun. Tapi kita? Kita lahir dari salur faraj yang sempit dan mungkin setelah berusia 60 tahun kita kembali ke alam barzakh. Siapa yang akan mengingati kita? Tiada siapa. Kita ini sama sahaja seperti semut yang hidup di tepi rumah. Siapa yang menghiraukan semut tersebut? Kita sendiri pun tidak menghiraukannya. Makhluk di atas muka bumi ini sahaja berjuta. Seolah-olah Syed Qutb mahu menggambarkan kepada kita, siapalah kita di sisi Tuhan. Tapi apabila Syed Qutb membaca Quran, dia merasakan kemuliaan yang tiada taranya. Itulah perasaan yang perlu dirasai oleh Mukmin saat dia membaca AlQuran. Quran seolah-olah berbicara padanya dan bukan insan lain. Kita kena merasai penghormatan yang Allah Taala berikan kepada kita. Orang yang tidak dapat merasai semua itu akan merasa kosong sahaja saat membaca Quran.
Cuma mahu berkongsi sedikit tafsiran Fi Zilalil Quran mengenai petikan ayat dari Surah Attakwir yang menunjukkan hebatnya malaikat yang membawa Quran ini. Terlalu hebat. Moga-moga lahir kefahaman dan penghargaan kita pada malam LailatulQadar. Allahu A'lam..
إِنَّهُ ۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ۬ كَرِيمٍ۬ (١٩) ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٍ۬ (٢٠) مُّطَاعٍ۬ ثَمَّ أَمِينٍ۬ (٢١)
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (Surah Attakwir: 19-21)

AlQuran ini adalah dari perkataan utusannya yang mulia, iaitu Jibril yang membawa dan menyampaikan perkataan ini. Oleh itu, AlQuran disifatkan sebagai perkataan Jibril dilihat dari sudut tugasannya yang menyampaikannya.
Kemudian ia menyebut sifat Jibril yang dipilih untuk membawa dan menyampaikan perkataan itu sebagai seorang yang 'mulia' di sisi Allah. Penjelasan Allah yang menyifatkannya sebagai 'gagah perkasa' itu menyarankan bahawa wahyu Allah itu memerlukan kepada kekuatan untuk membawanya. Ia juga mempunyai 'kedudukan yang teguh si sisi Allah yang memiliki 'Arasy'. Maqam dan darjatnya begitu tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy yang amat tinggi. Ia juga ditaati di alam al-Mala'ul-A'la dan seterusnya ia bersifat 'amanah' dalam urusan membawa dan menyampaikan wahyu itu.
Semua sifa-sifat ini menawarkan betapa mulia, betapa agung, dan betapa luhurnya wahyu itu di samping menyarankan betapa besarnya perhatian Allah terhadap makhluk manusia hingga Allah memilih malaikatNya yang mulia, yang gagah perkasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisiNya sebagai utusanNya untuk menyampaikan agamaNya kepada manusia dan menyampaikan wahyu itu kepada Nabi yang dipilih olehNya. Itulah perhatian Allah yang seharusnya membuat manusia merasa malu kerana mereka tidak mempunyai nilai sedikit pun dalam kerajaan Allah jika Allah tidak bermurah hati memuliakan mereka dengan kemuliaan ini.
1 comment:
surah ini sebenarnya menaikkan dan mengagungkan Allah - pencipta AlQuran, Rasulullah - utusan yang menerima wahyu, Jibril - pengantara Pencipta dan utusannya, dan AlQuran itu sendiri.
dengan pencipta yang maha hebat, utusan yang paling amanah, diimani oleh umat akhir zaman, paling berakhlak mulia (husnul khuluq), dan pengantara yang terbaik di antara malaikat, serta kitab itu sendiri yang mempunyai mukjizat agung, lalu mengapa kita tidak beriman kepada penciptanya? utusannya? pengantaranya? malahan kitabnya?
sejauh mana kalimah Allah membasahi hati kita di setiap saat?
-'ain3ra', adik beradik usrahmu-
Post a Comment