Tulisan ini ditulis untuk diri sendiri, bimbang tiada siapa yang memahaminya. Namun saya hanya berusaha, kuasa Allah yang akan menentukan sama ada kamu yang membacanya akan memahami tulisan ini ataupun tidak. Saya sifatkan tulisan ini sebagai amanah. Sebaiknya kamu tidak membaca tulisan ini andai kamu hanya mahu membacanya sebahagian sahaja kerana saya bimbang kamu akan sesat dengan kefahaman yang hanya sebahagian itu. Tulisan ini saya sifatkan sebagai amanah juga kerana saya mengharapkan kamu bertanyakan apa-apa sahaja soalan yang mungkin lahir di hati kamu lantaran kerana tidak memahami tulisan ini. Moga Allah memberikan kefahaman addeen yang sebenarnya buat kita. Semua yang di
boldkan dalam tulisan ini adalah petikan dari muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran. Saya juga mengalami masalah untuk upload ayat Quran. Buka Quran ye..
-----------------------------------------
Ada satu perkara yang berlaku dalam kamus hidup Zahrana. Dan dia terus-terusan bertanyakan Allah. Mengapa hal itu berlaku? Bagaimana hal itu boleh berlaku? Mengapa susunan peristiwa itu adalah seperti itu? Mengapa, mengapa dan mengapa?
Dan Allah memberinya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Insiden itu rupanya membawa dia untuk berkenalan dengan Tafsir Fi Zilalil Quran. Petikan-petikan dari muqaddimah tafsir itu mengetuk hatinya. Dia berjaya menemukan muara bagi persoalan-persoalan yang merasuk kepalanya. Sungguh dia terasa kasih Allah atas hikmah yang ditemuinya. Bukankah sekiranya Allah mahukan kebaikan bagi seseorang hambaNya maka Dia akan memberikan hamba tersebut kefahaman dalam addeen? Semilir lembut ketenangan bertiup di lantai hati Zahrana atas kefahaman yang telah Allah berikan. Bicara murabbinya mengenai muqaddimah tafsir itu diingatinya satu persatu terutamanya perihal mengenai taqdir.
Di bawah bayangan al-Qur’an juga aku dapat mempelajari bahawa di dalam alam alwujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak.Zahrana melihat alam alwujud iaiatu alam yang kelihatan. Benar bahawa sebenarnya tiada kebetulan dalam hal di dunia ini. Seringkali Zahrana sendiri menggunakan istilah ’kebetulan’ dalam tutur bicaranya namun pada hakikatnya tiada langsung ruang untuk hal itu berlaku. Mengapa tiada kebetulan yang membuta tuli? Kerana kebetulan memang tidak wujud dan kerana semua benda telah ditaqdirkan! Kejadian luar dugaan yang mendadak juga tidak berlaku. Tiada benda di dunia ini yang tidak dirancang. Ada yang merancang iaitu Allah meskipun manusia tidak merancang.
Kerana: 49. “Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi” (Surah al-Qamar)Allah menjadikan sesuatu dengan qadar, ukuran yang rapi. Murabbinya menyuruhnya membuat ayat menggunakan perkataan kadar. Sama seperti di sekolah dulu, andai si guru mahu melihat sama ada anak didiknya memahami perkataan yang digunakan adalah dengan menyuruh murid tersebut membuat ayat menggunakan perkataan tersebut. Kadar? Hati Zahrana berdesir. Kadar inflasi, kadar kemalangan dan kadar lainnya. Ya, ketebalan kertas ada kadarnya. Jarak dari satu tempat ke satu tempat ada kadarnya. Cahaya ada kadarnya. Hiruk pekik manusia ada kadarnya dalam unit desibel.
Zahrana melihat pen yang ada di sisinya. Pen pun ada kadarnya. Kadar jarak pen tersebut dengan seseorang. Kadar sudut pen tersebut pada satu-satu keadaan. Ada juga kadar dimensi bagi pen tersebut. Tidak mampu rasanya untuk mengukur semua kadar dimensi bagi pen tersebut. Apatah lagi sekiranya diajukan padanya jarak pen tersebut dengan bulan. Pen tersebut ada pula kadar ketebalannya, kadar sukatan dakwatnya dan sebagainya.
Zahrana membayangkan bahawa pen itu bergerak. Apa yang berubah? Jarak dan sudutnya telah berubah. Pergerakan yang sedikit, mampu menyebabkan berbilion kadar berubah. Zahrana berfikir. Andai pen sudah sebegitu, inikan pula hal lain.
Zahrana mengajukan soalan pada dirinya sendiri. Siapa yang tahu bahawa pen ini akan berubah pergerakannya? Hanya Allah yang menentukannya. Berapa jauh ketepatan seandainya seorang jurutera mengukur menggunakan alat ukur? Centi-, mili-, mikro, nano, piko dan manusia sudah tidak mampu memikirkannya dan akhirnya mengabaikan nilai yang tersangat kecil itu. Itulah limitasi kemampuan manusia. Tapi Allah tahu bukan ketepatan sebenarnya? Setiap satu benda yang bergerak di atas dunia ini semuanya melibatkan perubahan kadar. Kerana hal itulah, Allah menyebutkan dalam ayat tersebut perihal ’qadar’. Setiap benda Allah jadikan dengan qadar.
Zahrana membayangkan daun berguguran. Kadar masa daun tersebut gugur semuanya dalam pengetahuan Allah. Masa yang tepat, lenggok daun tersebut itu gugur juga Allah tahu. Jarak daun tersebut dengan cacing yang ada di tanah juga Allah tahu. Sungguh
detail pengetahuan Allah akan sesuatu perkara. Itulah sebabnya qadar juga membawa maksud ukuran yang rapi.
Dulu Zahrana sering menyebut hal berkenaan taqdir dengan mudah. “
Memang Allah dah taqdirkan”. Rukun iman juga menyebut perihal percaya kepada qadha’ dan qadar. Menurut murabbinya, di dalam AlQuran tiada qadha’, yang ada hanya qadar. Perkataan qadha’ disebut oleh ulama’ untuk memudahkan kefahaman menerangkan tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Misalan kata mengenai pen tadi. Allah telah menentukan bahawa pen ini adalah sebegitu. Tapi Allah tahu apa yang akan berlaku sesudah itu. Allah telah menentukan qadar pen tersebut dan bagaimana jatuhnya. Di saat pen itu jatuh pada spesifik masa, itulah yang dinamakan qadha’.
Zahrana mengulang ilmunya di dalam hati. Quran hanya menyebut perihal qadar. Sesuatu benda tidak boleh wujud atau bergerak tanpa ada qadar. Semua benda yang telah diqadarkan akan berlaku. Zahrana cuba berfikir dan berimaginasi. Boleh ke manusia bergerak tanpa qadar Allah? Boleh ke sel-sel mukanya meregang dan mengecut untuk tersenyum tanpa qadar Allah? Sel yang hidup, pergantian sel dalam hidup manusia semuanya telah ditentukan. Apa daya manusia? Kalau nak diikutkan, manusia ini tiada kuasa langsung. Allah telah menentukan semuanya!
Zahrana cuba memahamkan bicara murabbinya dengan sebaiknya kerana bimbang sesat andai dirinya tidak memberikan fokus yang baik.
2. “Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” (Surah al-Furqan)Manusia mengukur tapi pada asalnya semuanya adalah dari Allah. Semua benda telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Azali ini tiada permulaan bagi adanya. SEMUA benda telah ditentukan. Kita telah ditentukan mati di mana, kita kahwin dengan siapa, kita lulus atau gagal, semua telah ditentukan. Allah taala telah menentukan segala perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sesetengah manusia berfikir, seandainya usahanya lebih, maka keputusannya juga akan lebih baik. Keputusan yang baik itu Allah dah tentukan pada hakikatnya bahawa keputusan itu baik. Keputusan yang baik itu bukan kerana usaha yang lebih. Segala yang Allah ketahui itulah yang akan berlaku. Seandainya apa yang berlaku tidak mengikut apa yang Allah ketahui, maka jahillah Allah. Mustahil Allah jahil!
Maka pesan murabbinya, pertama sekali dia perlu memegang pada prinsip bahawa tidak payah belajar kerana keputusan peperiksaan telah ditentukan.
Bicara murabbinya lagi, kalau seandainya dia mengatakan bahawa keputusan belum ditentukan, itu adalah lebih teruk dan aqidahnya telah pun rosak.
Di saat murabbinya berkata begitu, seorang sahabatnya mengajukan soalan, “
Lain itu tidak payahlah buat apa-apa?” Jawapan yang diberikan oleh murabbinya mudah,
”Andai kamu membaca muqaddimah tafsir ini sehingga perenggan ini, itulah yang perlu kamu percaya”.Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat.Zahrana berkelana lagi. Allah Taala tidak menciptakan sesuatu perkara itu sia-sia. Kata murabbinya, bukan kerana sesuatu sebab Allah melaksanakan urusannya. Allah membuat semua itu mesti ada hikmahnya. Apa beza sebab dan hikmah? Sebab ini adalah
reason. Saya study sebab nak lulus. Saya makan sebab saya lapar. Hikmah ini adalah apabila kita melaksanakan sesuatu bukan untuk kita. Contohnya, Allah Taala menciptakan manusia. Ada sebab ke Allah hendak menciptakan manusia? Tiada sebab bagi Allah. Tapi ada hikmah. Dan Allah tidak membuat benda itu sia-sia. Contoh lain misalnya, apabila ada musibah, Allah menjadikan hikmahnya untuk kita dan bukan untuk Allah.
Dalam buku-buku aqidah, Allah Taala tidak boleh menjadikan sesuatu kerana sebab. Allah Taala hanya boleh menjadikan sesuatu kerana hikmah. Manfaatnya tidak boleh kembali kepada Allah, kerana Allah tidak memerlukan semua itu. Oleh sebab itu, hal ini dipanggil hikmah dan bukannya sebab.
Setiap perkara ada hikmahnya walaupun di mata kita adalah gambaran keburukan. Kadangkala kita belajar bersungguh-sungguh tapi masih gagal. Adakah kita akan tertekan? Adakah kita akan membunuh diri? Orang yang melakukan semua itu tidak memahami bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Zahrana berfikir mengenai satu kata-kata ulama,
"Laisa fil imkan, abda’ mimma kan’ yang membawa maksud tidak adalah benda yang mungkin itu lebih baik daripada benda yang telah berlaku.
Contohnya semasa peperiksaan UPSR sedang berlaku. Dalam minda kebanyakan manusia, mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut adalah kemungkinan yang paling baik sekali. Dengan mendapat 5A seseorang itu mampu melanjutkan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh. Bukankah itu kemungkinan yang paling baik? Dan tiba-tiba ditakdirkan seorang calon mendapat 4A1B. Segala yang terjadi kepada calon tersebut adalah yang terbaik meskipun pada pemikirannya mendapat 5A adalah yang terbaik. Seandainya dirinya masih mengatakan bahawa mendapat 5A adalah yang terbaik untuk dirinya meskipun apa yang berlaku adalah 4A1B, maksudnya dia seolah-olah telah berkata bahawa Allah mentaqdirkan yang tidak baik bagi dirinya.
Zahrana cuba memahami situasi itu. Inilah maksudnya ada hikmah. Seandainya diri memikirkan bahawa segala yang berlaku tiada hikmahnya, percayalah bahawa kepercayaan itu adalah salah sama sekali. Yakinlah bahawa ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Mungkin kalau dapat semua A kita akan sombong dan kufur kepada Allah. Mungkin dengan tinggal di sekolah berasrama, kita tidak akan mendapat kefahaman addeen. Oleh itu yakinlah bahawa apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik.
Hikmah itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat.Seorang sahabatnya yang lain mengajukan soalan pada murabbinya. ”
Kadang saya doa tapi masih tidak dapat. Rasa macam frust dan saya rasa malas hendak berdoa. Sama sahaja, doa pun tidak dapat juga. Macam mana ye?”Bicara murabbinya membuatkan renungan Zahrana kian jauh.
”Tidak, kita tidak faham. Bila kita berdoa dan Allah tidak bagi, sebenarnya ada hikmah kenapa Allah tidak bagi. Jom tengok doa Nabi Ibrahim dalam Surah AlBaqarah: 129”."Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".Itu doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Doa itu dimakbulkan setelah lebih 2000 tahun. Daripada saat ketika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina kaabah dan berdoa agar Allah mengutuskan seorang rasul, semua itu mengambil masa selama 2000 tahun dan kemudian barulah lahir Nabi Muhammad di kalangan bangsa Arab. Doa itu termakbul setelah 2000 tahun. Kenapa Allah Taala tidak makbulkan doa tu hanya setelah beberapa generasi sahaja? Kerana Allah Taala tahu hikmahnya. Hikmahnya adalah Allah Taala tidak mahu rasul terakhir dari kalangan Bani Israel yang tidak reti bahasa itu. Nabi Isa adalah rasul terakhir dari Bani Israel. Kemudian dipindahkan kepada keturunan Nabi Ismail.
Kata murabbinya lagi,
”Kalau kita doa pun, jangan minta apa yang kita mahu. Mungkin apa yang kita hendak itu tidak baik bagi kita. Ingat lulus dengan keputusan yang baik itu bagus untuk kita ke? Meskipun kelihatan baik di mata kita, tapi hakikatnya mungkin tidak baik. Seeloknya bila nak berdoa terutama dalam hal-hal yang tidak pasti lagi, kita kena berdoa, ”Ya Allah berikanlah aku kejayaan jika kejayaan itu baik bagi aku dan berilah aku kegagalan sekiranya kegagalan itu baik bagiku”.”Tapi dalam hal yang sememangnya dipastikan baik seperti mahu dimasukkan ke syurga, mintalah terus. Kalau keputusan peperiksaan yang kita tidak pasti baik atau buruk, kena doa macam doa yang mula-mula itu. Jangan fikir apa yang baik itu adalah mengikut fikiran kita”.Zahrana bertanyakan soalan kepada murabbinya,
”Bagaimana kita nak tahu benda itu baik bagi kita?”Menurut murabbinya ada dua keadaan. Pertamanya benda yang baik bagi kita adalah benda yang telah berlaku. Seandainya kita mendapat 4A1B dalam peperiksaan, itulah yang terbaik untuk kita. Allah tidak mentakdirkan satu benda yang tidak baik bagi kita.
Keduanya adalah perkara yang Allah minta kita melakukannya. Contohnya buat baik kepada ibu bapa, menutup aurat, solat dan lainnya. Itulah benda yang paling baik bagi kita.
”Berjaya dalam peperiksaan ini WAJIB ke? Tidak, kerana berjaya itu Allah Taala yang tentukan. Dosa besar ke kalau gagal? Chinese yang score-score tu pahala besar ke ? ‘ aju murabbinya.
Zahrana setuju dengan murabbinya. Mungkin apa yang diajarkan agak sukar untuk diterima kerana majoriti dari kita telah di’brainwash’ dengan persekitaran yang lain pada mulanya.
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah al Baqarah)Saat murabbinya mengupas ayat 216 dari Surah Al Baqarah, Zahrana terdiam. Murabbinya meminta mereka mambuka AlQuran memandangkan ayat yang ada di dalam muqaddimah tafsir itu adalah sebahagian petikan sahaja.
Ayat yang sudah biasa didengarinya itu memberi sentakan hebat dalam hatinya saat dibicarakan oleh murabbinya yang satu itu.
“'Kutiba' dalam ayat ini membawa maksud wajib. Diwajibkan untuk berperang. 'Qital ' bermakna perang. Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan istilah 'qatla' yang membawa maksud bunuh. Tidak semestinya perang itu bunuh. Kalau tengok ayat ini macam pelik sebab manusia mahukan keamanan, tapi Allah mewajibkan perang. Di saat orang Barat mengagungkan keamanan, mereka tetap membom kita. Apabila kita mahu membalas, mereka menyuruh kita berdamai. Dan kita pula berasa bersyukur apabila melihat peperangan di negara yang lain kerana kita tidak mengalami semua itu. Hati dan mentaliti kita tidak mahu perang, bukan? Tapi Allah mewajibkan perang. Mentaliti orang Islam kena berubah, kena lain sedikit. Mentaliti kita kena kata bahawa perang ini adalah benda yang mesti berlaku di atas dunia ini. Kena setkan dalam kepala kita macam itu. Perang ini ada masa dan ketikanya, tapi mindset kena sedia untuk berperang. Sama macam sahabat Nabi ketika di Mekah. Waktu itu tidak kena perang, tapi mindset dah sedia untuk berperang”.”Apabila Allah sudah mewajibkan sesuatu, boleh ke kalau kita tidak sukakan benda itu? Boleh kita benci puasa? ’Kutiba alaikumul qital’ (Diwajibkan atas kamu berperang) dan ayat ’kutiba alaikumussiyam’ (Diwajibkan atas kamu berpuasa) ini susunannya sama. Perintah perang dan perintah puasa ini sama iaitu wajib. Boleh kita suka puasa tetapi tidak suka perang? Boleh macam itu? Boleh benci Allah atas benda yang Allah wajibkan?””Tapi memang tabiat manusia tidak suka perang. Allah tahu akan hal itu dan Allah menyebutnya - wa hua kurhullakum. Tapi apa Allah beritahu selepas itu? Allah membuat satu keadah. Benci dan suka adalah perasaan manusia. Tapi kita boleh ikut ke hati kita? Kita tidak boleh ikut. Sebab kemungkinan kamu benci satu benda tapi benda itu adalah baik bagi kamu dan kemungkinan kamu suka satu benda tapi kemungkinan benda itu tidak baik bagi kamu. Kemudian di penghujung ayat tersebut, Allah marah. Wallahu ya’lamu wa antum la ta’lamun! Kamu ini tidak tahu, Allah tahu! Ayat ini bernada gertak dan marah sekiranya mengikut kaedah bahasa arab. Apa yang boleh kita faham dari ayat ini? Apa sahaja benda yang Allah Taala tetapkan untuk kita, kita kena terima dengan hati kita bahawa benda itu adalah baik. Walaupun kita tidak suka pun, kita tidak boleh tidak suka. Kena cakap kat hati, ”Eh hati, kena suka juga!”. Sebab bila Allah sudah menentukan sesuatu, benda itu mesti baik. Kalau tidak, Allah tidak suruh. Benda yang Allah larang mesti benda itu tidak baik walaupun hati kita suka. Kita kena paksa diri kita menerima bahawa apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik.”Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan- kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri.Apabila kita mahu memasak air, kita perlu memanaskan air. Apabila kita mahu memotong sayur, kita perlu menggunakan pisau. Apabila kita sakit, kita perlu memakan ubat. Ubat adalah sebab kepada sembuh. Pisau adalah sebab kepada potong. Panas adalah sebab kepada masaknya air. Inilah yang dinamakan sebab yang diketahui umum.
Sebab itu kadangkala melahirkan kesan dan kadangkala tidak. Api kadangkala membakar, kadang-kadang tidak membakar. Api tidak membakar Nabi Ibrahim.
Begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah(hasil) dan kadang-kadang tidak. Contohnya awan yang gelap di langit, ia adalah muqaddimah hari nak hujan. Gelap macam mana pun awan itu, boleh sahaja tidak setitis pun air hujan yang turun.
Contoh lain, bangunan runtuh. Serasanya seperti semua orang di dalam bangunan itu akan mati. Tapi ada juga yang hidup. Muqaddimah itu boleh terjadi ataupun tidak.
Sebab apa kadangkala muqaddimah-muqaddimah ini tidak melahirkan kesan? Hal itu kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu. Api itu berkuasa ke? Tidak, kerana api adalah makhluk dan tidak berkuasa. Kalau sebab itu berkuasa, sebab itu akan menjadi Tuhan. Kalau api itu berkuasa membakar sesuatu benda, ikut apa yang dia nak, maknanya api itu Tuhan sebab dia berkuasa. Habis itu siapa yang membakar ketika api membakar? Allah yang menjadikan api itu berkuasa ketika api hendak membakar. Apabila kita nyalakan api, kita letak air, pasti tak air itu akan panas? Kita rasa pasti kan? Tapi tidak. Kalau Allah izinkan api itu boleh memanaskan, baru api itu memanaskan. Setiap kali api itu menyala dan memanaskan, Allah yang memberinya kuasa. Hal yang terjadi bukan automatik, misalnya kalau api mesti panas. Allah tidak membiarkan api tersebut sama ada dia nak panas atau tidak sesuka hatinya.
Zahrana mengulang lagi bicara murabbinya agar dia faham dengan sebenarnya. Setiap kali kita memanaskan api, Allah yang memberi izin api itu panas. Itulah sebabnya apabila Allah mahu menyekat api dari membakar Nabi Ibrahim, Allah menyebut ’
kuni bardan wa salaman ala ibrahim”.“Perintah Kami (Tuhan): Wahai api! Jadilah engkau dingin dan selamat atas Ibrahim”(al-Anbiya’: 69)
Menurut murabbinya, kalau kita yakin hal ini, kita tidak akan takut pada apa-apa pun di atas muka bumi ini. Takut kat harimau? Tidak, sebabnya kalau Allah izin harimau makan, baru dia makan. Tapi kita kena lari dari harimau. Bukan suruh duduk depan harimau. Amat bodohlah kalau masuk dalam kandang harimau kat zoo untuk tengok harimau makan kita atau tak.
”Maksudnya lepas ni kita tidak buat apa-apa ke?’, tanya sahabatnya yang lain. Tapi murabbinya menjawab persoalan tersebut di akhir bicaranya.
Dia juga terfikirkan hal yang sama apabila murabbinya menyebut perihal syirik. ”
Kalau kita yakin api itu boleh membakar, syiriklah kita. Kalau kita yakin pisau boleh memotong, syiriklah kita. Kalau kita yakin makanan boleh mengenyangkan, itu juga adalah syirik. Kalau kita yakin ubat boleh menyembuhkan, itu juga adalah syirik. Semua itu syirik sebab kita dah memberi kuasa Allah pada benda itu”.”Kalau orang membaca AlQuran betul-betul dan dia faham, automatik akan timbul perasaan bahawa benda-benda lain atas muka bumi Allah ini tidak berkuasa. Bukankah Allah menyebut banyak kali di dalam AlQuran ”innallaha ala kuli syai’in qadir”. Allah berkuasa di atas segala benda. Apa maksud segala benda? Semua benda adalah termasuk api, termasuk pisau, termasuk ubat. Agak sukar mahu mengubah persepsi manusia kerana mereka melihat syirik dalam sudut yang terbentang secara zahir dan dalam hal-hal yang besar sahaja. Syirik itu maknanya mempersekutukan. Apa maksud mempersekutukan? Satu benda milik Allah diberikan kepada makhluk. Apabila kita mengatakan Allah berkuasa, ada lagi ke benda yang berkuasa daripada Allah? Apabila kita memberi kelebihan itu pada makhluk, maksudnya kita telah mengongsikan milik Allah kepada makhluk. Serupa macam kalau kita niat bukan kerana Allah. Kita sembahyang, kita campur niat kita di antara kerana Allah dan kerana kekasih. Syiriklah kerana sebahagian niat kita adalah kerana Allah dan sebahagian lagi adalah kerana mahluk. Syiriklah kerana Allah tidak boleh dikongsikan.”Semua sebab-sebab tidak berkuasa membawa kepada natijah (hasil). Kita ambil contoh diri kita sendiri yang juga merupakan pelajar. Kita belajar dan kemudian di akhirnya kita akan mengetahui keputusan peperiksaan kita. Apa hubungan antara belajar dan keputusan peperiksaan? Ada kesan tak? Kita belajar, baca beratus buku, membawa pen, pergi menjawab peperiksaan di dewan peperiksaan, semua benda-benda itu ada kesan atau tidak pada keputusan peperiksaan kita? Mungkin tak kalau kita tak belajar, keputusan kita adalah bagus? Mungkin ya sebab semuanya telah ditakdirkan Allah. Kalau kita kata ada kesan dalam semua persoalan di atas, maksudnya kita mencipta hubungan, rosak aqidah kita. Oleh kerana itu kita tidak perlu perlu belajar. Apa guna kita belajar macam itu? Adakah untuk menyedapkan hati? Adakah sebab belajar itu adalah hobi? Adakah sebab usaha? Kenapa pula kena berusaha seandainya usaha tidak memberi kesan kepada keputusan? Kenapa perlu berusaha?
1. “Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan selepas perceraian itu sesuatu perkara yang lain.” (Surah at-Talaq)30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.” (Surah al Insan)Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan bisikan dan godaan-godaan syaitan.Inilah yang Allah hendak diajarkan kepada kita. Kita berusaha bukan untuk mendapat natijah atau kesan. Kita berusaha kerana Allah menyuruh kita berusaha. Beza tak? Satu itu
pull, satu itu
push. Maknanya kalau kita belajar kerana mahukan keputusan yang baik samalah macam orang kafir, bukan? Itu
pull. Di’
pull’ oleh
result. Kita belajar sebab Allah menyuruh kita belajar. Kita buat kerana Allah suruh bukan kerana kita mahukan keputusan. Barulah setiap amalan kita menjadi ibadah sebab kita buat kerana Allah suruh bukan kerana kita mahukan natijah. Kalau buat kerana natijah, tidak jadi ibadah.
Ada beza atau tidak orang yang belajar kerana Allah suruh dan kerana keputusan? Ada beza. Efek dia besar. Di saat kita sedang belajar dan tiba-tiba kita mendapat tahu soalan yang akan keluar, adakah kita akan belajar lagi semua benda? Kita hanya membaca yang mana akan keluar sahaja, bukan? Sebab pada kita yang penting adalah keputusan. Belajar bukan perkara penting.
Kalau orang itu beriman dan dia betul-betul faham, apabila peperiksaan akan tiba, dia tahu apa yang Allah suruh dia. Allah suruh dia belajar, jadi dia akan belajar. Dia akan belajar betul-betul, mungkin 15 jam dalam sehari.
Tapi ada seorang lagi yang memang pandai dan dia belajar dua jam sahaja. Seorang belajar 15 jam, seorang lagi belajar dua jam. Seorang belajar kerana Allah, seorang belajar kerana mahukan kejayaan. Mereka pergi menjawab peperiksaan bersama-sama.
Apabila keputusan keluar yang belajar dua jam lagi gempak resultnya. Dia dapat semua A sedangkan yang belajar 15 jam dapat semua D.
Siapa yang patut gembira bila dapat keputusan? Yang dapat semua A atau yang dapat semua D?
Kalau orang itu betul-betul faham, yang dapat semua D itu yang patut gembira dan yang dapat semua A tidak patut gembira kerana dia dapat pahala sedikit sahaja.
Yang usaha kuat yang patut gembira. Kena gembira sebab dia telah berusaha dengan sungguh-sungguh. Dia mendapat pahala yang besar kerana usahanya.
Kita buat sesuatu perkara kerana Allah suruh bukan kerana keputusan. Apabila kita mengaplikasikan benda ini pada semua perkara, kita dapat melihat orang mukmin ini dapat keputusan apa-apa pun dia tidak kisah. Dia gembira kerana telah berusaha. Dia akan bersedih kerana tidak berusaha.
Kepercayaan kita kepada qadar ini dia akan lebih membuatkan kita bersemangat untuk membuat kerja. Orang yang faham semua ini akan lebih kuat membaca buku dari orang yang tidak faham kerana dia tahu bahawa setiap kali dia belajar, dia akan dapat pahala. Dia rasa gembira kerana dia tahu bahawa Allah yang menyuruhnya untuk belajar. Dia bukan belajar kerana mahukan keputusan.
Dia juga akan berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik. Dia perlu berusaha kerana dia tidak tahu Allah mentakdirkan dirinya menjadi ahli syurga atau neraka. Dia akan terus berusaha.
268. “Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah)Zahrana menutup tirai pemikirannya dengan petikan muqaddimah tafsir yang agung itu.
Oleh sebab itulah aku hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan hati yang tenang tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara.