Kata kawan saya tadi, “Kau tidak boleh jadi doktor dengan menangis depan pesakit. Macam mana kau mahu merawat pesakit dengan melayan emosi?”
Kata yang lain lagi, “Kau tidak boleh jadi pakar psikiatri. Kau akan menangis walaupun pesakit kau buat cerita dan menipu”.
Ada pula yang kata, ”Lepas ini kau kerja kat makmal sahaja sebab kalau kau jumpa pesakit, kau akan menangis”.
Semua kata-kata itu diungkapkan lantaran kegagalan saya mengawal emosi depan pesakit. Ya, saya menangis depan pesakit.
Tapi Allah Maha Sweet. Apabila saya tanyakan pada Allah, salah ke saya menangis, Allah menjawab dengan ayat Quran kegemaran saya. Bisikan Surah Annajm ayat 43 itu seakan bayu yang menghilangkan resah hati saya.
Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. (Annajm:43)
Allah Maha Sweet. Allah yang membuatkan butir-butir air mata itu gugur. Allah yang membuatkan hati saya begitu tersentuh mendengar kisah pesakit tersebut. Allah. Segalanya Allah. Faham ke? Saya tahu kamu tidak faham. Kalau kamu faham ayat itu, kamu tidak akan mengungkapkan kata-kata tersebut pada saya.
Insan yang mengungkapkan pada saya bahawa saya tidak boleh jadi psikiatri itu sedikit sebanyak membuat saya ralat. Saya bukan bersedih kerana tidak boleh menjadi psikiatri. Sedikit terkilan apabila ada yang tahu kelemahan saya dan mempergunakan saya.
Entahlah. Saya sedih kerana saya mudah percaya pada manusia. Saya mudah tertipu dengan kisah dia. Kelemahan saya disalah guna.
Patut ke saya sedih? Tidak! Kenapa? Qadar Allah yang mengkehendaki semua itu berlaku.
Kata seorang mad’u, dia terkilan dengan saya kerana saya tidak membenarkan dirinya untuk bersama kumpulan usrah saya. Saya tidak pernah sesekali mengungkapkan demikian. Syura yang menentukan halanya..
Biarlah. Qadar Allah telah menentukan segalanya. Saya tidak patut sedih. Tapi ada benda yang membuatkan saya terlalu gembira hari ini. Moga ada masa untuk saya meluahkan semuanya di sini..
1 comment:
salam ukhti,
Allah sdg berbicara dgn kita ttg ikhlas dan sabar.moga terus tabah=)
Post a Comment