Baru ini saya jumpa seorang ustaz di Johor. Ustaz ini pun tanya saya tentang pelajaran dan kehidupan saya. Entah macam mana lancar sahaja mulut saya menjawab, ”Alhamdulillah, tiada masalah”.
Ustaz itu pun balas balik. ”Mana boleh tiada masalah? Inikan dunia, mesti ada masalah”. Ustaz itu cakap dalam bahasa Malayalam. Bahasa yang dia gunakan lagi best. Kata-kata dia buat saya berfikir. Saya tidak pandai menerjemahkan bahasa. Tapi memang best la kata-kata ustaz itu.
Sebenarnya kalau hendak difikirkan banyak je masalah saya. Tapi itulah yang dinamakan kehidupan. Kehidupan adalah untuk mencari masalah.
Kamu tahu tak bila saatnya Quran akan menyentuh hati kamu dengan sebenarnya? Quran akan menyentuh hati kamu dengan sehebatnya apabila kamu berdepan dengan masalah.
Masalah apa yang paling best di dunia ini? Masalah dakwah.
Kamu tidak akan rasa apa-apa bila membaca kisah nabi-nabi di dalam Quran. Kisah tersebut akan hanya menjadi bed time story sahaja pada kamu. Tapi kamu akan merasai kisah tersebut dengan hati dan perasaan apabila kamu berdepan dengan tribulasi dakwah. Semua kisah tersebut berkait dengan perjuangan dakwah.
Apabila kamu merasa berat untuk menginfaqkan duit kamu, ayat-ayat mengenai infaq akan hadir dalam hati kamu..
Apabila kamu berbicara di hadapan kelas mengenai dakwah dan kamu melihat wajah-wajah yang menunjukkan rasa menyampah, di saat itulah ayat-ayat mengenai perjuangan para nabi menerpa kamar hati kamu..
Apabila kamu merasa terlalu penat dalam perjuangan, ayat-ayat mengenai perjuangan akan datang menyinggah lubuk hati kamu…
Kamu tidak akan merasa apa-apa saat membaca surah AdDhuha misalnya seandainya kamu tidak berjuang di jalan ini..
Apa yang perlu kamu lakukan saat ini? Mencari masalah. Dan yang paling best adalah masalah dakwah…Selamat mencari masalah!
No comments:
Post a Comment