Ada satu kawasan kongsi gelap di ibu kota. Apabila disebut kawasan kongsi gelap, pastinya ia adalah tempat yang sangat berbahaya. Suatu hari kamu tersesat di ibu kota tersebut dan kamu memasuki kawasan kongsi gelap tersebut. Konco-konco dan penyangak kawasan kongsi gelap tersebut mengelingi dan mahu membunuh kamu.
Apa yang kamu akan katakan saat itu untuk menyelamatkan nyawa kamu yang akan terbang melayang? Kamu pun berkata, ”Aku mendapat perlindungan dari bos besar kawasan tempat gelap ini”. Apa yang akan dilakukan oleh penyangak tersebut? Mereka akan berasa gerun dan akan membebaskan kamu.
Tapi cuba fikirkan seketika seandainya penyangak tersebut sedikit bijak. Penyangak tersebut bertanya pada kamu dengan tenangnya, ”Siapa bos besar itu?”
Mampukah kamu menjawabnya? Di saat kamu tidak dapat menjawab soalan tersebut, kamu akan dibunuh tanpa belas kasihan.
Inilah analogi Surah Annas.
Berapa kali kamu membaca surah ini? Kamu akan membaca surah ini apabila kamu mahu cepat di dalam solat, bukan? Kamu akan membaca surah ini semasa membaca Mathurat, bukan?
Kamu pun membaca ayat pertama, ”Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.”
Kamu mahu berlindung di bawah perlindungan siapa? Allah. Kamu mahu berlindung dari siapa? Dari musuh-musuh yang disebutkan di dalam ayat 4-6 iaitu
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Mula-mula mesti syaitan pun takut apabila kamu mahu berlindung di bawah perlindungan Allah. Tapi kalau syaitan tahu rahsia besar kamu iaitu kamu sebenarnya tidak mengenali Allah, apa yang akan terjadi pada kamu? Kamu akan ’dibunuh’ dengan kesesatan. Kamu akan hancur.
Apa yang perlu dilakukan? Kamu kenalah mengenali bos besar. Kamu perlulah mengenali Allah. Siapa Allah itu?
Inilah yang diterangkan oleh tiga ayat pertama itu.
Allah adalah Rabbinnass (Rabb manusia), Malikinnass (Malik manusia), Ilahinnass (Ilah manusia). Apa maksud Rabb, Malik dan Ilah? Itu homework kamu. Cari dan fahami dengan benar maksud Rabb, Malik dan Ilah agar kamu mengenali bos besar kamu iaitu Allah. Dengan mengenali Allah dengan benar sahajalah yang akan melahirkan keimanan yang mantap yang akan menyelamatkan kamu dari gangguan-gangguan tersebut. Selamat menyiapkan homework!

No comments:
Post a Comment