Di rumah itu kita berbicara tentang Islam setelah puas beriadah. Kata ibu muda itu, ‘Saya rasa hanya kamu seorang sahaja di bumi J ini yang ada kefahaman Islam seperti ini’. Tidak ibu ! Ada ramai lagi ikhwah akhawat yang berjuang di sini. Barangkali mereka tidak ramai dan ibu belum pernah bertemunya kerana tidak ramai insan yang mahu membersihkan lumpur paya maksiat di bumi ini.
Permintaan ibu agar saya menyampaikan sesuatu kepada anak-anak remaja ibu amat saya hargai. Jujur saya katakan bahawa saya tetap gementar. Namun saya perlu berasa izzah kerana saya membawa Islam. Saya akan cuba ibu...
Ibu, kefahaman saya bukan sesuatu yang asing. Sebelum saya lahir, fahaman ini telah menyerap ke dalam diri Syed Qutb sehingga dia syahid. Ibu, kisah kesyahidannya juga agung. Bicaranya terhadap seorang ustaz yang kononnya mahu mengajar dia mengucap sebelum digantung benar-benar mengesankan saya, ‘Tahukah kamu mengapa saya dihukum gantung ? Saya dihukum kerana tuntutan syahadah ini !’ Ya, ibu. Kesyahidannya adalah testimoni terhadap syahadahnya.
Fahaman ini juga telah ada dalam diri Assyahid Imam Hassan Al Banna sehingga dia juga syahid. Ibu, di India juga begitu. Di sana telah lahir tokoh-tokoh seperti Maududi. Ada Syaikh Ahmad Yasin dari Palestina, ada Dr. Hasan at-Turabi dari Sudan, ada Abdalla 'Apo' Ocalan dari Kurdi Turki. Ramai lagi ibu dan nama-nama itu tidak mampu saya nukilkan kesemuanya.
Ibu, rupa-rupanya fahaman saya itu juga dianuti oleh para sahabat. Jalur perjuangan ini terlalu panjang rupanya. Sumayyah syahid kerana tuntutan syahadah ini. Mus’ab juga syahid. Ramai lagi rupanya yang mempunyai fahaman yang sama dengan saya dan fahaman itu telah pun saya kongsikan dengan ibu. Rupanya perjuangan ini telah bertali arus dari manusia pertama yang diciptakan. Ibu, kita tidak pernah asing!
Kita tidak kecil ibu! Di Mesir ada Ikhwanul Muslimin.Di Aljazair, ada Front Islamique du Salut (FIS). Di Palestina ada Harakah al Muqawwamah al-Islamiyyah (HAMAS). Apatah lagi di bumi ini. Dan kita semua dalam perjuangan itu..
Ibu, mungkin ibu berasa hairan. Di universiti juga kita tidak diajar tentang hal-hal menguasai dunia. Tapi di rumah itu kita berbicara mengenai hal menguasai dunia. Ya, dunia!
Tidak salah ibu! Rasulullah SAW memulakan dakwah ini di rumah usang iaitu rumah Al Arqam bin Abi Arqam. Siapa sangka dari rumah yang kecil itu lahir duat-duat yang agung? Siapa sangka Islam menguasai dunia akhirnya? Tapi itulah yang terjadi. Sejarah bukan kisah mengenai manusia yang telah mati. Sejarah adalah sunnatullah dan semua itu membawa maksud bahawa sejarah adalah benda yang hidup. Sejarah menyambungkan kisah dahulu dan kini. Dan sejarah akan berulang!
Dari satu akan lahir dua duat. Kemudian 10, 100 , 1000 dan akhirnya Islam akan menguasai dunia. Saya yakin akan itu, ibu!

No comments:
Post a Comment