Saturday, February 07, 2009

Refleksi...

Apa yang kamu cari di teratak usang diari maya ini? Pencatit catatan di sini mahu mengambil masa bermuhasabah mengenai tulisan-tulisannya. Perjalanan dirinya masih panjang. Mungkin sahaja teratak usang diari maya ini akan terus usang.

Akhir kata, izinkan pencatit berkongsi kata-kata seorang mufassir agung..

“Mana-mana penulis dan pejuang mampu untuk melakukan sesuatu yang agung, cuma dengan satu syarat: hendaklah dia bersedia untuk mati bagi meneruskan pemikirannya supaya tetap hidup.. hendaklah dia memberi makan pemikirannya itu dengan daging dan darahnya….”

“Sesungguhnya pemikiran dan kata-kata yang kita ucapkan akan hanya kekal sebagai bangkai yang kaku… apabila kita mati dijalannya.. dan kita hirupkannya dengan darah-darah kita, maka ketika itu ia akan bangun hidup dan segar di tengah manusia-manusia…”


Inilah dia petikan kata-kata seorang yang telah menyumbangkan seluruh masa, tenaga, fikiran dan nyawanya untuk Islam ASYYAHID SAYYID QUTB.

No comments: