Tuesday, November 27, 2007

Hadis: Manusia seperti logam..

Apa kata sebelum nak belajar sejarah, kita belajar satu hadis yang dikenali sebagai hadis logam terlebih dahulu??

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu belajar hadis ni kan??

Hmm..kita perlu belajar hadis ni agar kita berusaha memahami orang sekeliling kita. Selain itu, kita tak nak lah jadi orang yang terus-terusan menyalahkan diri, kan??

Contohnya macam yang selalu kita dengar, “Saya ni tak layak nak dakwahkan orang, saya masih jahil??”. Tak pun, “Saya ni dulu jahat sangat.” Biasa tak dengar ayat-ayat ni?? Biasa kan?

Jom kita hayati hadis ni ..

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak maksud hadis ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Faham tak? Macam mengelirukan sahaja. Macam gini. Ok, kita bayangkan bahawa kita ada seorang kawan. Kawan kita ni hebat sangat komputer. Macam-macam perkara yang dia boleh lakukan dengan hanya menggunakan komputer. Cakap sahaja apa-apa, semua dia tahu. Tapi masalahnya, kawan kita ni tidak faham sangat Islam. Apa yang kita nak buat?? Kita cubalah bantu dia untuk memahami Islam. Dapat bayangkan tak apa yang akan jadi kalau dia faham Islam?? Dia akan gunakan kemahiran yang dia ada tu untuk membantu Islam.

Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.

Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman Jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan Izzah Islam. Sama juga dengan Khalid Al Walid. Dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu jahiliyyah. Apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam.

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.

Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan.

Jadilah seperti Sumayyah…Dia tak faham pun hukum fiqh, tapi dia benar-benar memahami Islam. Sehingga kan dia tidak gentar untuk syahid membela Islam.

Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Saya mohon teguran di atas sebarang kesilapan saya di dalam artikel ini.

Monday, November 26, 2007

Perkongsian..






Alhamdulillah, kita bertemu lagi di medan maya ini. Kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana menemukan kita untuk bersama mempelajari sedikit sebanyak ilmu.

Dalam beberapa kesempatan yang ada, ingin sekali rasanya berkongsi sesuatu mengenai sejarah. Pasti ramai yang akan menganggap sejarah begitu membosankan. Saya juga pernah begitu. Mempelajari sejarah dari kaca mata akal semata-mata sememangnya sesuatu yang paling membosankan dan memeningkan kepala.

Namun mungkin kita perlu mengubah persepsi kita dalam menghadapi sejarah. Kita perlu melihat sejarah dengan mata HATI. Ayuh..

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:

“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Sejarah pastinya menjadi iktibar dan pengajaran yang paling berguna buat kita. Merawat luka hati yang kadangkala diuji. Mengingatkan kita bahawa umat terdahulu pernah melalui ujian yang lebih hebat berbanding kita.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”

Surah Hud 11: 120

Adalah perlu bagi kita memahami dan menyoroti sejarah agar kita memahami tanggungjawab kita dan yang paling utama kita mengikut waqi’ (keadaan) di zaman kita.

Insya Allah, kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Catatan sejarah sebuah ummah yang pernah dicontohi oleh dunia ketika itu pastinya. Pernah membawa kedamaian ke dalam hati ummah manusia tika itu. Kita akan cuba menilai sejarah dan memahami sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah. Dan insya Allah, kita dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun. Jatuh bangun sebuah sejarah. Sejarah ini pastinya milik saya, ummah dan juga anda.

Wednesday, November 21, 2007

Secebis catatan Sunnatullah..

Hari ini rasa malu bertapak dalam hati untuk berbicara mengenai kejayaan Islam. Mengapa? Kerana kita tidak mempusakai kejayaan tersebut. Rasa pedih. Kerajaan Islam yang pernah menjadi Ustaziatul Alam suatu ketika dahulu diganti dengan kuffar Amerika kini. Ummah yang ada kini cinta dunia dan takutkan mati. Sejarah akan berulang pastinya. Saya kongsikan sedikit dari catatan sejarah ummah yang pahit untuk dijadikan muhasabah. Pastinya muhasabah untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Antara sejarah umat yang sukar dilupakan ialah kejatuhan Baghdad ibu negara Islam ditangan Hulagu serta pembunuhan kejam yg dilakukan.

Berikut dinyatakan serba sedikit bagaimana Baghdad yang hebat itu boleh tumbang kepada tentera Mongol. Maklumat ini diambil daripada buku "Serangan Mongol ke atas Dunia Islam" oleh Ahmad Termizi Yaacob.

1) Unsur-unsur pengaruh kristian dalam tentera Hulagu inilah yang menarik ramai Kristian dari Georgia dan Armenia untuk menyertainya. Tentera Hulagu juga disertai oleh ramai penganut-penganut syiah yang ingin melihat Khalifah Islam dari golongan mazhab Ahli Sunnah tumbang, dan digantikan dengan mazhab syiah. (m/s 106).

2) Seorang penganut syiah bernama Muayyidin ALqami telah dilantik oleh khalifah sebagai perdana menterinya. Di bawah pentadbiran Alqami beberapa dasar yang pelik dan luar biasa telah dilaksanakan. ALqami telah menjalankan dasar mengurangkan jumlah pasukan tentera pertahanan Baghdad. Ramai askar-askar, tentera berkuda telah dilucutkan jawatan mereka tanpa sebab yg munasabah..

Oleh itu adalah sangat menghairankan apabila ALqami mengambil langkah untuk mengurangkan bala tentera Baghdad. Ahli-ahli sejarah kemudiannya telah menuduh ALqami sebagai pengkianat yang telah menyebabkan kematian Khalifah dan penduduk Baghdad. (m/s 110 dam 111).

3) Khalifah sungguh bernasib malang kerana mempunyai Menteri yang cuai dan khianat. Khalifah telah dinasihatkan supaya tidak risau dan tidak berbuat apa-apa kerana ancaman dari Mongol ini bukanlah ancaman yang serius. Oleh itu tiada langkah-langkah konkrit dilakukan walaupun ancaman Mongol telah hampir. Seramai 200,000 gerombolan kafir musyrik Mongol, diiringi oleh bajingan-bajingan Kristian dari Georgia, Nestoria dan Armenia, dan kumpulan syiah ghulat, sedang bergerak mara ke arah Baghdad. Apabila gerombolan keganasan ini sudah hampir dengan Baghdad, maka nasi sudah menjadi bubur. Penyesalan sudah tidak berguna lagi.

(m/s 112/113)

4) Sekali lagi menteri khalifah ALqami memainkan peranan yang licik dan membuka perangkap yang akhirnya akan meleburkan Baghdad. ALqami telah menyakinkan Khalifah bahawa Hulagu sudah bersedia untuk berdamai. Dalam masa yang sama dia telah membuat hubungan dengan Hulagu untuk mengkhianati Khalifah al-Mu'tasim. Begitulah cara balasan yang diberikan oleh ALqami kepada khalifah yang telah melantik dan menaruh kepercayaan penuh kepadanya. (m.s 116)

5) Akhirnya pada Febuari 1258, Khalifah, diiringi oleh pembesar-pembesar, dan ulama-ulama keluar dari kota untuk berjumpa dengan Hulagu. Mereka tidak menyedari maut sedang menunggu. Maka setiap ulama dan pembesar yang masuk ke dalam khemah telah dipancung semuanya. Khalifah al-Mu'tasim dan kelurganya menjadi tawanan Hulagu. Pada masa yang sama kota Baghdad telah dimasuki tentera Mongol dan bermulalah satu siri keganasan dan kekejaman yang tiada taranya dalam sejarah manusia. (m/s 116)

6) Hampir seluruh penduduk Baghdad yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam. Tentera-tentera Mongol tidak membunuh dan menyiksa penduduk-penduduk kristian dan syiah. Atas permintaan isteri Hulagu, maka orang-orang Kristian telah dibebaskan dari pembunuhan. Penduduk yang menganut syiah juga telah selamat dari pembunuhan kerana campur tangan Khwaja Nasiruddin Tusi.

(m/s 118)

6) Tajudin Ibn al-Subki mengisahkan, "..Telah menjadi kepercayaan umum bahawa jika darah Khalifah jatuh ke bumi, suatu bencana besar akan melanda dunia. Maka Hulagu itupun menjadi serba salah, akan tetapi Nasiruddin AL-Tusi mencadangkan supaya dibunuh saja khalifah tanpa menumpahkan darahnya ke tanah. Dengan itu khalifah digulungkan di dalam permaidani dan dipukul hingga mati". (m/s 118)

7) Mengikut satu riwayat, Khalifah Al-Musta'sim telah dirantai, diejek dan dibiarkan kebuluran. Kemudian khalifah dibawa ke hadapan Hulagu dlm keadaan lapar. Hulagu mengeluarkan emas harta rampasan dari istana Khalifah sendiri. Dia memberi emas itu kepada khalifah dan memerintahkan agar khalifah memakan emas itu.

Khalifah memprotes: Bagaimana saya akan makan ketulan emas? Tak ada siapa yang boleh makan emas!

Hulagu menjawab dengan sinis: "...Jika kamu tahu emas tak boleh dimakan, mengapa tidak menghantarnya padaku. Jika kamu berbuat begitu, nescaya sudah tentu kamu sekarang ini masih dalam istana kamu, makan dan minum tanpa risau...!"

8) Akhirnya atas nasihat Khwaja Nasiruddin al-Tusi, seorang penganut syiah, khalifah telah digulung dalam permaidani dan dipijak, ditendang sehingga meninggal dunia.

9) Begitulah takdir menyedihkan yg menimpa khalifah Islam Abbasiyyah yang terakhir di Baghdad. Pembunuhan beramai-ramai di Baghdad berlangsung selama lebih sebulan. Mereka yg terselamat ialah yang dapat mencari tempat persembunyian.

Dengan kehendak Allah, selepas itu lahirlah Khalifah Muzaffar Saifuddin Qutuz yang memerintah bumi Mesir mencabar keangkohan tentera Mongol. Akhirnya tentera Mongol yang terkenal ganas, berani dan tak pernah kalah itu telah ditewaskan oleh Sultan Muzaffar dalam peperangan yg amat mashyur iaitulah peperangan A'in Jalut pada 25 Ramadhan 658H bersamaan 6/12/1260M. Peperangan bermula selepas orang islam sembahyang jumaat. Iaitu selepas para khatib mendoakan kejayaan Sultan Muzaffar dalam khutbah mereka.

Allahu Akbar wa Lillahilhamd

Percayalah Islam akan menang kembali. Sunnatullah itu pasti akan berulang.

Monday, November 12, 2007

Sahabat..

Salah satu nikmat di antara nikmat-nikmat yang Allah kurniakan buat saya adalah persahabatan. Makna sahabat itu sendiri sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata. Di saat saya merasakan bahawa saya tidak mampu memikul lagi beban dunia dan isinya, mereka bersama saya.

Mesej-mesej mereka mengembalikan semangat saya yang kian pudar. Mereka ada bersama saya ketika saya terasa kehidupan ini hanyalah badai yang mengganas. Ya, mereka ada bersama saya.

Bukan untuk mengasingkan mereka dengan kawan-kawan yang lain, tetapi mereka terlalu istimewa. Saya terlalu merindui mereka. Barangkali rindu tersebut mengatasi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Mengapa?? Kerana cinta kami adalah cinta kerana Allah. Kasih sayang kami bersaksikanNya. Terasa rindu untuk bersandar di bahu mereka dan meluahkan segalanya. Kadangkala kami tidak perlu berkata-kata, tapi seolah-olah kami telah berbicara.

Hanya insan yang pernah melaluinya akan memahaminya. Betapa kami menahan kehangatan cinta dalam perdu jiwa. Betapa kami mengharapkan sebuah pertemuan untuk kami meleraikan segera rasa rindu yang kian bertandang. Kami benar-benar seperti keluarga. Ada kakak, ada ibu dan juga adik. Ikatan ukhwah LILLAH itu kadangkala melebihi ikatan keluarga.

Saya kongsikan mesej-mesej yang saya terima dari sahabat-sahabat saya:

1) Daripada Dilah -

Kerana itu, ingatlah kepadaKu, nescaya Aku ingat padamu -Albaqarah:152

Zikirlah banyak-banyak. Selawat. Insya Allah it will give you solace. The more you miss us, do more prayer for us. Ana rindu enti jugak. I may not understand what you are going through rite now, but I still want to remind you that i care. It seems like we have known each other forever. I can't imagine life without you. You have always been there to support me whether i need you to cheer me on or hold me up. We have spent endless hours engaged in conversation about nothing and everything. I wouldn't trade those time for anything in the world. Together we have hurt, we have smiled, we have grown . We have figured out the secret thru life or tried at least. Ur friendship mean so much to me and i hope i can always be there for you the you have always been for me.

2) Daripada Kak Ngah -

KeranaMu Allah,
Tiada yang lebih kuasa dan hebat melainkan DIA,
Tiada yang lebih memahami hidupku dan mengetahui isi hatiku melainkan DIA,
Ketika orang lain tidak memahami perjuanganku, KAU memahami perjuanganku,
Dialah tempat pengaduanku dan DIA menyayangiku,
Cintanya adalah abadi dan tiada yang setanding cintaNya,
Cinta manusia adalah pura-pura, cintaNya hakiki dan abadi,
Hidupku hanya keranaMu, Ya Allah,
Kerana suatu hari nanti aku akan kembali jua padaMu.

3) Daripada Jannah-

Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang merumitkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata menerjah pipi. Lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan 'belaian' pencipta. Sebagai tanda ingatanNya. Semoga tabah dan thabat dalam perjuangan.

Sahabat-sahabat ini terlalu mahal berbanding dunia dan perhiasannya. Ya Allah, temukan kami semula di dalam syurgaMu..

Thursday, November 08, 2007

1=4..

Kau tahu apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud?

Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)?

Kau tahu apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu?

Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan.

Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!Ingin aku khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat diriku tersentak. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri.

Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Kanak-kanak Palestin 2...





Kanak-kanak Palestin 1...





Punya hati dan perasaan???

Thursday, November 01, 2007

Apa-apa..

Ayah saya pernah bertanyakan saya soalan. Satu soalan yang membuatkan saya terbantut juga untuk menulis. Adakah saya mempraktikkan segala apa yang saya tulis? Kalau si ibu yang bertanya, saya kurang terasa. Tapi kata-kata si ayah selalu memberikan kesan pada saya. Dia banyak mengajar saya berfikir.

Semestinya saya hanya manusia biasa. Insan yang sememangnya terkenal dengan sifat lupa.

Tulisan di dalam blog ini hanya peringatan untuk diri saya semata-mata.

Dalam dunia ini, susah rasanya kita nak bertemu dengan seseorang yang benar-benar memahami kita, memahami segalanya tentang kita.

Ingat tak iklan petronas? Pasal si ayah yang bertanyakan si anak mengenai seekor burung. Terharu bukan dengan pengorbanan seorang ayah. Tapi berapa lama agaknya si anak boleh bertanyakan soalan tersebut dan si ayah terus menjawab. Agak-agaknya jenuh tak si ayah sekiranya si anak bertanya untuk kali yang ke seribu? Saya yakin si ayah juga akan jenuh.

Tapi Allah tidak begitu. Tanyalah Dia puluhan kali dan Dia akan sentiasa merindui permintaan hambaNya. Ujian Allah untuk kita kadangkala terlalu kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah.

Ingat lagi kisah Bilal? Disebat dan sebiji batu yang besar diletakkan di atas dadanya. Mungkin kita tidak dapat menyelami kisah Bilal. Apa class, batu sahaja!! Mungkin itu yang bermain di dalam minda kita. Tapi fikirkan batu tersebut menekan tulang-tulang yang ada di dada dan sekiranya tulang tersebut patah, ia akan merosakkan organ yang lain. Cuba bayangkan tulang tersebut menekan organ-organ kita? Allahu A'lam keperitannya.

Ingat lagi kisah Sumayyah? Sampaikan anaknya sendiri tidak mampu melihat kesengsaraan yang dialami oleh si ibu. Dan Allah mengiktiraf iman si anak.

Agak-agaknya zaman tu, tak de ke Saidina Abu Bakar? Tak de ke Saidina Umar untuk membela mereka? Adakah kekayaan mereka tidak mampu untuk memusnahkan orang kafir yang terlalu biadab itu? Tapi kenapa tidak berlaku perang?

Sebab bila mereka bertanya pada Rasulullah, Rasulullah meminta mereka bersabar. Mereka belum lagi diuji seperti golongan terdahulu dari mereka yang mana rambut mereka disikat dengan logam panas dan badan mereka digergaji sehingga terbelah separuh. Mereka belum melalui semua itu.

Kadangkala mudah sekali saya mengeluh bila diuji. Meskipun hakikatnya ujian tersebut terlalu kecil.

Wednesday, October 31, 2007

Coretan..

Blog ini sudah bersawang. Kelihatan jelas. Lama sungguh saya tidak mengupdate. Yahoogroup Generasi juga entah ke mana. Saya tidak pasti apa yang saya lalui kini. Tekanan barangkali merupakan alasan yang akan saya cipta.

Saya tertekan dengan blog musculoskeletal yang hampir 90% melibatkan anatomi. Segalanya perlu dihafaz. Saya bukan seorang yang kuat ingatan. Ianya semakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Barangkali kerana kekurangan oksigen ke otak.

Keduanya saya tertekan dengan seorang pensyarah. Hampir setiap hari dia akan mengajar, dan hampir setiap hari nama saya akan dipanggil. Stress..Ingin ke kelas juga sememangnya menjadi satu tekanan. Dan saya terlalu ngeri untuk bertemunya sewaktu sesi lab. Esok ada lab lagi. Huhu..

Ketiganya kerana sakit. Kadangkala saya menjadi mudah marah. Mood saya tidak menentu. Saya mudah penat juga. Minggu depan ada temujanji lagi dengan doktor. Doktor pun faham kesusahan nak belajar medic ni. Meskipun pada mulanya dia ingin saya dimasukkan ke dalam wad, tapi akhirnya dia akur untuk membuat temujanji sahaja.

Hmm..susah sebenarnya nak belajar kalau sakit. Tapi itulah ujian. Saya suka madah di blog Kak Maryam.

(dunia terlalu berat untuk ditangisi.. terlalu mudah untuk dikecewakan.. terlalu rapuh untuk melalaikan.. terlalu dahsyat untuk mendapat pengajaran.. bagi dunia nafsu nafsi halanya membingungkan.. tapi masih mampunyai penunggu.. kerana secebis nikmat terasa berbanding sejuta dosa dikumpul..tangisi kematian untuk diri sendiri adalah ratapan yang paling mengecewakan. saya sendiri pernah begitu. lantaran hebatnya dugaan hidup. semua org pernah/akan merasainya.. tak ada seorang pun yang betul2 bahagia. org tidak beriman pun diuji, lebih2 lagi org beriman..insya Allah..itu adalah kaffarah untuk menyimbah api neraka.. semakin hebat diduga... semakin kita bersyukur.. semakin dekatlah kita dgn nikmat..)

Indahnya madah ni. Menyelami dasar hati. Saya terlalu rindukan sahabat-sahabat saya juga. Belum ada seorang pun yang dapat menggantikan mereka di sini. Kak Ngah, Kak Dik, Kak Long, Ain, Dilah, Syifa', Farahana, Jannah, Syahirah, Aqilah, Hana, saya terlalu merindui kalian.

Setiap kali Allah beri saya kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu, saya rasa gembira. Di sanalah saya akan temui kekuatan. Salah satu tanda kasih sayang Allah, kita akan diberikan kefahaman dalam agama. Hadis: Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Addin.

Addin ni 24 jam. Bukan waktu usrah, ada hijab (penghalang) antara lelaki dan perempuan. Selepas usrah tiada pula hijab. Bila berdepan dengan lelaki, ada hijab lelaki perempuan. Bila di alam maya, tiada pula hijab. Bila memandang lelaki ajnabi di luar, selalu menundukkan pandangan. Tapi acapkali memandang tanpa batasan di alam Friendster. Huhu..Peringatan untuk saya juga.

Sesiapa yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang Allah sesatkan, tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk. Ayat ni menyentuh hati saya bila Kak Zai ungkapkan.

Monday, October 15, 2007

Maaf..

Iman seorang mukmin akan tampak di saat ia menghadapi ujian. Di saat ia totalitas dalam berdoa, tapi ia belum melihat pengaruh apapun dari doanya. Ketika, ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meski sebab-sebab putus asa semakin kuat. Itu semua dilakukan seseorang karena keyakinannya bahwa hanya Allah saja yang paling tahu apa yang lebih maslahat bagi dirinya. Ia yakin bahwa dengan ujian itu, Allah ingin melihat tingkatan kesabaran dan keimanannya. Ia yakin bahwa dengan keadaan itu, Allah menghendaki hatinya menjadi luruh dan pasrah kepada-Nya. Atau, boleh jadi melalui ujian itu, Allah menghendaki dirinya untuk lebih banyak lagi berdoa sehingga ia lebih dekat lagi dengan-Nya melalui doa-doanya. [Ibnul Jauzi dalam Shaidul Khatir, 375]

Mohon maaf lahir batin atas hak hak ukhuwah yang belum terpenuhi......taqoballahu minna wa minkum

Thursday, October 11, 2007

Raya dan Palestina..

Apa kahabar dirimu, Palestina?
Soalan yang benar-benar menunjukkan kealpaan..
Alpa pada dirimu yang terluka..
Maafkan aku kerana terlalu sibuk..
Menghadami segala nota..
Maafkan aku..
Kerana di saat anak-anak di sana menyembunyikan batu..
Di celahan sisa kertas yang ada..
Aku sibuk dengan marker pen, pembaris, pensel warna yang pelbagai variasinya..
Palestina..
Aku bakal menyambut hari raya..
Kemungkinan besar Sabtu ini..
Adakah kau pernah memahami makna raya??
Menatap gambarmu..
Membuatkan manik-manik jernih memenuhi tubir mata..
Tapi benar..
Ianya sekejap cuma..
Kerana kesatan sering mengkhatankan keinsafan..

Renunganmu jauh..

Mampukah aku memahaminya?

Mahukah engkau berkongsi duka itu?

Dengan saudaramu yang sering alpa tentangmu?

Bagaimana dengan keadaan rumahmu?

Kami malu untuk mengatakan..

Bahawa di saat kau digigit badai..

Di dalam khemah-khemah pelarian..

Kami bangga dengan jutaan aksesori perhiasan..

Kami malu untuk mengatakan..

Di saat kau bermuram durja..

Menangisi pemergian saudaramu..

Kami di sini bahagia..

Tanpa memikirkanmu..

Di saat kau menatap sisa-sisa cebisan daging saudaramu..

Kami leka dengan ribuan hiburan..

Masihkah kau di hati kami?

Di saat si cilik menangisi pemergian ayah dan bonda..

Kami bahagia dengan keluarga di sisi..

Palestina..

Mengapa kau tiada dalam nubari kami?

Di saat kami menyambut kehangatan pagi raya nanti..

Sunday, September 09, 2007

Keutamaan Rasulullah Bahagian 1

Sahabat maya yang dikasihi sekalian, maafkan saya andai marsum maya yang dinanti tidak kunjung tiba. Kekangan masa kadangkala membataskan ruang untuk menulis. Idea pula kadangkala kering. Namun sering terselit di hati tanggungjawab untuk menulis, berkongsi sesuatu dengan kalian.

Terdapat dua hadis yang sering menyapa gegendang telinga kita yang sewajarnya menjadi renungan kita bersama. Hadist dari Abu Hurairah yang telah disepakati al-Bukhary dan Muslim, Rasulullaah Shalallaahu 'alaihy wasallam bersabda:

"Ada 7 golongan yang akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya. Pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya,yaitu:

  • Pemimpin yang adil
  • Pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya
  • Seseorang yang hatinya senantiasa terpaut dengan Masjid
  • Dua orang yang saling mencintai karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah
  • Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik dan berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, "Aku takut kepada Allah"
  • Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahasiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya
  • Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya."
Dalam riwayat Muslim yang lain, hadist dari Abu Hurairah, Rasulullaah Shalallaahu 'alaihy wasallam bersabda:

Sesungguhnya kelak di hari kiamat, Allah akan berfirman, "Dimana orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naungan-Ku di saat tidak ada naungan kecuali naungan-Ku" "Demi Allah, kalian tidak akan masuk surga hingga kalian beriman. Belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai . Apakah tidak perlu aku tunjukkan pada satu perkara, jika kalian melakukannya, maka niscaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian".

Masya Allah, hadis-hadis ini akan menggoncang hati setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah. Di saat matahari hanya sejengkal dari kepala, di saat jutaan manusia bermandi peluh sendiri, terdapat golongan yang mendapat naungan Allah. Tidak dapat kita nak gambarkan suasana kelam kabut tersebut dan alangkah beruntungnya seandainya diri terpilih untuk berada di bawah naungan Allah. Moga pertemuan kita melalui warkah-warkah maya ini akan membuahkan rasa ukhwah di mana pertemuan dan perpisahan itu hanya kerana Allah. Moga kita menjadi golongan yang dipilih Allah untuk berada di bawah naungannya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita berada di bulan-bulan pilihan saat ini. Ramadhan akan menyusul dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Dalam kesempatan yang ada ini, ingin sekali rasanya berkongsi pengisian yang saya perolehi dari Ustaz Alwi AlAttas mengenai keutamaan Rasulullah agar menjadi motivasi buat kita untuk melalui Ramadhan ini dengan lebih bermakna.

Barangkali catatan saya ini ada cacat celanya dan saya yakin bahawa saya tidak akan sesekali mampu untuk menggambarkan peribadi agung ini. Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk membetulkan sebarang kesilapan yang ada dalam catatan yang tidak seberapa ini.

Kita imbas kembali salah satu episod sirah nabawiyah iaitu kisah Fathu Mekah (pembukaan kota Mekah). Catatan sirah ini terjadi di dalam bulan Ramadhan setelah kaum Musyrikin Mekah mengkhianati perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah mengumpul pengikutnya secara rahsia untuk menyerang Mekah. Namun tiada seorang sahabat pun yang mengetahui tujuan Rasulullah berbuat demikian hatta isterinya, Saidatina Aisyah juga tidak mengetahui tujuan Rasulullah. Rasulullah benar-benar menjaga kerahsiaan (sirr).

Rasulullah berjaya mengumpul 10 000 orang. Barangkali kita rasakan jumlah itu kecil, tapi di zaman itu, 10000 orang merupakan satu jumlah yang besar dan luar biasa. Maka berangkatlah 10000 ini dari Madinah menuju Mekah. Penduduk Mekah tidak mengetahui keberangkatan ini dan hanya dapat menghidu kehadiran 10 000 orang setelah jarak yang memisahkan Mekah dan pengikut Rasulullah kira-kira 2 km. Di sana tentera Islam berkumpul dan menyalakan obor. Penduduk Mekah keheranan dan akhirnya memaksa Abu Sufian yang memipin kota Mekah saat itu untuk bertemu dengan Rasulullah.

Di saat Rasulullah bertemu dengan Abu Sufian, Rasulullah menegaskan, “Barangsiapa yang tinggal di dalam masjid, di akan aman. Barangsiapa yang tinggal di rumah Abu Sufian dia akan aman, dan barangsiapa yang tinggal di dalam rumah masing-masing, dia juga akan aman”.

Kemudian Rasulullah mengarahkan Abbas membawa pulang Abu Sufian, tapi Rasulullah meminta Abbas membawa Abu Sufian ke kawasan yang tinggi sebelum menuju Mekah. Apa tujuan Rasulullah berbuat demikian? Rasulullah tidak ingin Abu Sufian berpaling atau mengubah fikirannya untuk berperang. Di kawasan yang tinggi, Abu Sufian berasa heran melihat terlalu ramai kabilah dan Abbas menjelaskan bahawa kesemua kabilah itu adalah pengikut Rasulullah.

Apa yang membuatkan Abu Sufian keheranan? Kerana Rasulullah hanyalah seorang anak yatim, tiada harta, hanya merupakan seorang pengembala kambing, tiada pengaruh, bukan orator (penceramah), bukan penyair, dan tiada anak lelaki dewasa yang bersamanya. Apa yang ada pada Rasulullah? Hanya kejujuran dan akhlak yang mulia yang bukan hanya diakui oleh mereka yang Muslim tetapi juga mereka yang tidak beriman kepada Allah. Maka Abbas menjelaskan itulah tanda-tanda kenabian.

Nama Rasulullah tetap harum hingga di abad ini. Ramai orang yang terkenal yang membawa perubahan dalam peradaban manusia namun Rasulullah tetap merupakan manusia nombor satu yang paling berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia di dalam buku karangan Michael H. Hart bertajuk ’The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Michael H. Hart, penulis terkenal itu telah menulis dalam bukunya mengenai 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah sejarah peradaban dunia. Sejarah ringkas setiap seorang tokoh dan sebab-sebab mengapa mereka menduduki tempat-tempat sedemikian juga di jelaskan. Buku itu yang terjual dengan laris nya dan sudah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Antara tokoh yang tersenarai dalam senaraikan dalam daftar tersebut: 1.Nabi Muhammad, 2.Isaac Newton, 3. Nabi Isa, 4. Buddha,5. Confucius,6.St. Paul....dan seterusnya yang boleh didapati di web, http://www.adherents.com/adh_influ.html.

Banyak kalangan, terutama dari kalangan nonmuslim, memperdebatkan dan mempersoalkan mengapa Rasulullah ditempatkannya pada urutan pertama, sedangkan Nabi Isa terdapat di urutan ketiga. Namun, tidak sedikit pula kalangan yang menganggap tulisan Hart itu sangat objektif dan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan.

Michael Hart mengungkapkan bahwa pemilihan nama dan urutan tersebut berdasarkan fakta sejarah bahwa mereka adalah orang-orang paling berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Lantas, mengapa Rasulullah terpilih menempati urutan pertama sedangkan Nabi Isa urutan ketiga? Michael Hart menjelaskan bahwa ia melihat Rasulullah memiliki pengaruh peribadi lebih besar dalam pembinaan Agama Islam jika dibandingkan dengan Nabi Isa dalam pembinaan Agama Kristian. Rasulullah adalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih berbagai kejayaan luar biasa jika diukur dari ukuran agama maupun urusan dunia. Walaupun Rasulullah berasal dari keluarga yang sederhana, namun mampu menyebarkan ajaran agama Islam secara gemilang. Dalam pada itu Rasulullah tampil sebagai seorang pemimpin yang dipercayai, tulin dan efektif. Kini setelah berbelas abad berlalu, ternyata pengaruh itu tetap kuat dan mengakar secara mendalam dalam jiwa umat.

Sebenarnya, menurut statistik terkini, jumlah penganut agama Kristian, lebih besar daripada agama Islam. Namun Michael Hart menjelaskan alasan dan argumennya. Menurutnya Rasulullah memainkan peranan jauh lebih penting dalam mengembangkan Agama Islam daripada peranan Nabi Isa terhadap Agama Nasrani. Walaupun Nabi Isa bertanggung jawab terhadap ajaran-ajaran pokok moral dan etika Agama Nasrani, tetapi pemegang peranan penting nya adalah St. Paul. Beliau adalah tokoh utama penyebar teologi Kristian kepada masyarakatnya. Lain halnya dengan Rasulullah, bukan saja bertanggung jawab terhadap asas akidah dan teologi Islam tetapi merangkumi pokok-pokok etika, akhlak dan moralnya. Rasulullah malah memerintahkan untuk menghafaz dan mencatit ayat-ayat Al Quran dengan penuh kesungguhan semasa Rasulullah masih hidup. Kemudian tulisan-tulisan itu dihimpun dalam satu kitab yang sangat mantap setelah Rasulullah wafat.

Rasulullah bukan sekadar pemimpin agama tetapi juga pemimpin bertaraf dunia. Rasulullah adalah seorang pemimpin yang lahir di tanah Arab yang gersang dan tidak pernah dihirau orang di zaman itu. Akhirnya Rasulullah mampu menakluki berbagai daerah dan menguasai empayar untuk menyelamatkan bangsa-bangsa lain yang tertindas ketika itu. Perkara ajaib ini belum pernah terjadi di Semenanjung Arab sebelum Rasulullah lahir. Apabila Rasulullah wafat, sejarah mencatat bahwa apa yang telah Rasulullah capai adalah satu prestasi yang mengkagumkan. Pencapaian dan pengaruh hebat Rasulullah telah mengubah corak peradaban dunia yang tidak dapat ditandingi oleh manusia lainnya. Pengkagum Rasulullah bukan hanya dari kalangan Islam, bahkan dari kalangan non-Islam yang tidak jemu-jemu menggali sejarah, sabda, serta ayat-ayat yang Rasulullah bawa.

Akan bersambung..

Saturday, September 08, 2007

Ashabul Kahfi...

Semalam saya menghadiri kuliah Dr Zainur Rasyid. Sejujurnya saya terasa begitu tertekan saat diberitakan segala macam kezaliman yang menimpa umat Islam. Sampai ada kalanya saya tidak ingin memandang slide yang dipaparkan kerana hati saya begitu terluka. Kezaliman yang sukar saya bayangkan dengan kata-kata. Saya terasa seperti ingin menangis di satu penjuru dengan sepuas-puasnya agar terluah segala tekanan yang saya rasakan.

Di Bosnia, parut digunakan untuk memarut tubuh saudara seislam. Di Fallujah, bom yang dicipta tidak membakar baju atau pakaian tapi spesifik untuk membakar kulit manusia.

Satu soalan diajukan. Adakah umat ini mempunyai harapan? Dan harapan tersebut terletak pada siapa? Saya tahu umat mempunyai harapan tapi bila saya melihat realiti yang dipaparkan, hati seakan tercalar. Saya terasa lemah sekali. Saya terasa seperti tiada apa pun yang mampu saya lakukan. Rasa berdosa terhadap saudara seislam sendiri begitu saya rasakan. Malah sewaktu saya menintakan tulisan ini, air mata masih bercucuran membasahi pupil mata.

Kemudian Dr Zainur Rasyid menceritakan kisah mengenai Ashabul Kahfi. Cukuplah kisah ini yang meyakinkan saya dengan sebenar-benarnya bahawa umat ini masih mempunyai harapan. Saya memetik artikel kisah Ashabul Kahfi yang saya perolehi di laman maya dan Insya Allah, di pengakhirannya kisah ini, saya akan menceritakan mengapa ianya begitu terkesan di hati saya:

{ Ashabul kahfi merupakan sebuah cerita teladan yang disebutkan di dalam al-Quran pada surat al-Kahfi ayat 9 sampai dengan ayat 26 dari 110 jumlah ayatnya. Cerita ini mengisahkan beberapa penghuni gua yang mengandung i’tibar dan pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Cerita ini bermula dari sebuah kota, terletak di antara dataran luas yang sangat subur.Kebanyakan mata pencarian penduduk negeri ini adalah bercucuk tanam dan berkebun dengan menanam pohon kurma, buah-buahan jeruk, anggur dan semangka. Sebagian penduduk yang lainnya menternak haiwan seperti sapi, kambing, biri-biri dan unta, sehingga mereka hidup makmur, mereka makan hasil buminya dengan nikmat dan hidup damai sejahtera.

Agama yang dipeluk penduduk ini dan keyakinan mereka, sebagaimana penduduk negeri-negeri lain di dunia ini adalah bermacam-macam. Sebagian mereka ada yang beriman kepada Allah dan RasulNya, tetapi sebagian besar mereka adalah penyembah berhala, patung dan menyembelih hewan kurban untuknya.

Yang memerintah negeri yang subur nan makmur ini adalah seorang Raja yang lebih condong kepada agama berhala penyembah patung dan mengajak orang lain dengan paksa agar turut menyembahnya, bila tidak mengikuti kehendaknya, rakyat mengalami penyiksaan yang sangat kejam.

Keadaan dan kondisi ini telah berlangsung puluhan tahun lamanya di bawah kepemimpinannya, banyak diantara kamu muslimin mendapatkan siksaan yang luar biasa, sehingga tiada satu haripun bila ada berita yang sampai kepadanya tentang keberadaan seorang mukmin atau mukminah, pasti ditegakkan hukuman dengan menyiksanya atau menyembelihnya di depan umum, sehingga ia yakin benar dapat mencabut benih-benih iman dari dada penduduknya yang telah lama beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dengan kondisi politik dan sosial yang sangat menyulitkan kaum yang beriman kepada Allah inilah, masih ada beberapa orang yang beriman kepada Allah SWT secara sembunyi-sembunyi, karena mereka lebih takut kepada siksa Allah yang lebih kejam di hari kiamat kelak. Mereka dengan lantang penuh keberanian mendeklarasikan sikap untuk mengabaikan perintah pemimpin mereka. Mereka mampu menguasai diri, sebab mereka memiliki keoptimisan yang dibingkai ruh mas'uliyah (tanggung jawab), ruh isti'la (merasa tinggi) dan sosok kepemimpinan.
Sikap yang mereka lakukan adalah dengan tetap memegang teguh iman kepada Allah SWT dan memencilkan diri pada sebuah gua sebagai tempat berlindung seraya berdoa : “Wahai tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”.

Namun, kehendak Allah menginginkan lain, Allah menidurkan mereka dan menutup telinga mereka dari segala kebisingan. Lalu setelah 309 tahun (Qomariyah) lamanya, Allah kembali membangunkan mereka.

Akhirnya, terbukalah segala keajaiban setelah mereka terjaga, terlebih setelah salah satu diantara mereka meminta kawannya untuk membeli sesuatu untuk mengisi perut yang kosong, mereka sedar, bahwa mereka berada di alam yang berbeza dengan zaman yang sebelumnya, mereka berada di lingkungan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama islam dan mereka yakin, bahwa mereka adalah pelaku sejarah yang dapat menambah keimanan mereka dan kaum mukminin semua.

Demikianlah akhirnya, sesuai dengan janji Allah SWT, bahwa : “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik” (al-Kahfi : 30). Sehingga mereka pun bergabung menjadi bagian dari masyarakat yang majoriti penduduknya beragama islam.}

Hebatnya kisah pemuda-pemuda ini. Pemuda ini melakar sejarah dan Allah mengiktiraf mereka..Kita tahu, bahwa bukti dan tanda kekuasaan Allah begitu banyak dan menuntut untuk direnungi serta diambil pelajaran ('ibrah). Tanda-tanda kekuasaan Allah SWT itu dipaparkan dalam berbagai bentuk dan cara, dimaksudkan agar manusia tidak bosan dan sedar serta segera mengakui kewahdaniyahan(keesaan)-Nya. Dan Ashabul kahfi adalah salah satu tanda kekuasaan Allah SWT. yang dipaparkan dalam bentuk kisah yang menarik dan patut direnungi, karena di dalamnya terdapat pelajaran bagi sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini.

Barangkali kita harus sepakat, bahwa sesungguhnya sejarah manusia itu akan terulang dari masa ke masa, meskipun perbezaan waktu, tempat dan pelaku, namun akan tetap sama seperti yang telah terjadi sebelumnya.

Kerana pentingnya memahami dan menyedari pelajaran kisah ini, Allah sendiri tidak menyebutkan siapa nama pelaku-pelakunya, sebagaimana Allah tidak menyebutkan juga jumlah dan waktu terjadinya secara pasti. Yang jelas tujuannya agar manusia mengambil pelajaran, kemudian menjalani kehidupan dengan hidayahNya. Tujuan seperti inilah yang juga melatarbelakangi sebagian besar mufassirin dalam menyikapi kisah ini, semisal Ibnu Katsir, At-Thabari dan lain-lain.

Diantara saripati yang dapat kita ambil pelajaran dari kisah ashabul kahfi adalah: Tauhidullah (mengesakan Allah SWT). Menurut para Ulama, tauhid (mengesakan) kepada Allah SWT. terbagi menjadi tiga macam, pertama, tauhid al-Uluhiyah, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam beribadah, yaitu meyakini, bahwa beribadah itu hanya ditujukan kepada Allah dan karena-Nya semata.

Kedua : Tauhid ar-Rububiyah, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam perbuatan, yakni mengimani dan meyakini bahwa hanya Allah lah sang maha pencipta, penguasa dan pengatur alam semesta.

Ketiga : Tauhid al-Shifat, ialah mengesakan Allah Ta’ala dalam sifat-Nya. Artinya mengimani bahwa tidak ada makhluk yang serupa dengan Allah Ta’ala dalam Dzat maupun Sifat.

Allah mengurniakan ilham buat pemuda ini. Pilihan para Ashabul kahfi untuk mengasingkan diri pada sebuah gua itu merupakan panggilan dari lubuk hati agar senantiasa dapat mempertahankan keyakinannya tentang islam, sekaligus menjalankan keyakinan itu pada tempat yang terhindar dari penglihatan manusia jelata. Sebab mereka yakin, bahwa penguasa yang sebenarnya adalah Allah SWT. bukan seorang raja yang sedang berkuasa di zamannya. Sebagaimana mereka juga sadar, bahwa segala keangkuhan sang raja, hanyalah gertakan semata-mata yang dapat sirna dengan berlalunya zaman.

Pengasingan diri yang mereka lakukan, juga merupakan wujud pengorbanan untuk meninggalkan segala kenikmatan duniawi untuk tujuan ukhrawi. Mereka rela meninggalkan keluarga, harta dan tanah air demi menyelamatkan aqidah serta khawatir akan fitnah. Untuk itu bukan tidak mungkin kisah ini menjadi inspirasi bagi hijrah Rasulullah saw. Bersama Abu Bakar ra ke Madinah dan Hijrah pertama kaum muslimin ke Habsyah.

Pengasingan itu pula merupakan metodologi seorang rakyat menolak kebijakan pemimpinnya yang terbukti dengan kedzaliman dan kerakusan akan kepemimpinan & kekuasaan. Tentunya, sekiranya jumlah ashabul kahfi mencukupi, gelombang reformasi pun pasti akan terjadi.

Kisah ini saya rasakan terlalu akrab dengan saya. Di saat saya terasa begitu kerdil, tidak mampu melakukan apa-apa, kisah ini diceritakan. Kisah ini bercerita tentang keyakinan. Cuba bayangkan, dalam zaman kefasadan, terlalu banyak maksiat yang berlaku, hanya terdapat beberapa pemuda sahaja yang cuba menyelamatkan iman mereka. Kalau nak dibandingkan dengan kefasadan yang berlaku, seolah-olah terlalu kecil tindakan mereka. Tapi bila mereka terbangun dari lena, zaman sudah berubah. Zaman Islam berdiri megah. Cuba kita renungi sedalamnya pengajaran kisah ini. Segalanya yang kita lakukan mungkin tidak mampu nak mengubah sesuatu di zaman ini. Mungkin apa yang kita lakukan terlalu kecil. Tapi janji Allah tetap akan berlaku. Islam pasti akan menang. Perbuatan kecil yang kita lakukan, hasilnya mungkin akan dilihat setelah ribuan tahun. Barangkali kita tidak berpeluang untuk melihat hasilnya, tapi yakinlah segala yang dicita-citakan untuk melihat kembali kegemilangan Islam itu pasti akan berlaku semula. Demikianlah akhirnya, sesuai dengan janji Allah SWT, bahwa : “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik” (al-Kahfi : 30).

Itsar...

Di saat saya tidak mampu menjawab soalan Dr Zainur Rasyid sewaktu pengisian “Di Antara Risalah dan Ijazah”, tulisan seorang sahabat maya di dunia blog datang menerpa benak minda.

Saya kongsikan tulisan beliau berkenaan dengan seorang alim, Syeikh Mohammad Ghazali.

Pernah diceritakan bahawa Syeikh Mohammad Ghazali, seorang syeikh dan tok guru yang terkenal juga di Mesir ini mempunyai seorang anak murid yang cukup bijak. Dapat menguasai ilmu syariah dengan baik, usuluddin atau apa-apa sahaja disiplin ilmu yang layak untuknya dalam berguru dengan Syeikh Mohammad Ghazali.

Lalu suatu hari, ketika ujian syafawi (lisan/oral) si murid tadi ditanya oleh Syeikh Mohammad Ghazali,"Di manakah letaknya bandar Dhaka?"

Lalu dijawab, "Di sebuah negara di Benua Afrika"

Sebenarnya Dhaka adalah ibu negara kepada Bangladesh dan pada ketika itu berlaku peristiwa pencerobohan dan serangan oleh tentera India keatas saudara-saudara kita di Bangladesh.

Lalu dibalas oleh Syeikh Mohammad Ghazali, "Aku tau dirimu memang pintar dan pandai, tapi aku tidak teragak-agak untuk memberi markah sifar '0' kepadamu kerana di saat umat Islam diserang dan dicerobohi, kamu tidak mengambil peduli dan mengetahui tentang hal mereka".

Muhasabah yang paling bermakna dalam hidup saya hari ini. Itsar (mengasihi sahabat melebihi diri sendiri) menjadi sesuatu yang mempunyai makna hari ini.

Wednesday, August 29, 2007

Pandangan..

Coretan saya ini hanya luahan hati saya semata-mata. Dan tidak sesekali nukilan yang terpendam lama di lubuk hati ini benar.

Sudah hampir 3 minggu saya di sini dan Hari Sukan sedang berlangsung dengan meriahnya. Namun ada sesuatu yang menggelisahkan hati saya. Saya memberi nama untuk bermain bola jaring tapi selama dua kali sesi pertandingan, saya tidak bermain. Sebabnya? Saya tidak suka ada lelaki yang memerhatikan permainan tersebut.

Saya tidak pasti apa sebenarnya yang saya lalui. Hal ini benar-benar menggelisahkan. Adakah saya terlalu kolot? Adakah saya tidak professional? Adakah saya mengalamai inferiority complex?? Saya tidak pasti tapi hati saya tidak menyukainya. Saya tidak suka apabila ada lelaki yang menjerit-jerit memanggil nama perempuan. Bahasa mudahnya, saya tidak suka kehadiran lelaki dalam sesi perlawanan.

Tanpa lelaki, saya yakin bahawa saya boleh bermain. Sekiranya saya perlu bermain futsal juga, saya akan bermain dengan sepenuh hati. Syaratnya, tanpa lelaki.

Permintaan saya ini pastinya asing di dunia yang telah hilang ciri keislamannya. Di sudut yang lain, saya ada seorang kawan. Dia ber‘couple’. Saya begitu hairan apabila dia tidak cemburu melihat ‘boyfriend’nya itu mengusha perempuan lain di hadapannya. Saya tanyakan, mengapa?? Mudah sahaja jawapan yang diberi. Dia juga mengusha lelaki lain di belakang ‘boyfriend’nya itu. Terkesima rasanya saya. Saya tidak pasti apa yang akan terjadi di alam rumah tangga mereka kelak.

Lelaki yang paling saya hormati di dunia ini adalah lelaki yang menjaga pandangannya. Lelaki ini sahaja yang akan membuat saya tertunduk malu. Tapi terlalu sukar untuk menemukannya. Saya temui ramai lelaki yang mampu berucap, memberi tazkirah, menyertai usrah, menghadiri program agama dan lainnya, tapi terlalu sukar untuk menemukan lelaki yang menjaga pandangan mata. Terlalu sukar. Terlalu sukar dan terlalu sukar. Dunia ini asing bagi saya dan sikap saya.