Saya kongsikan tulisan beliau berkenaan dengan seorang alim, Syeikh Mohammad Ghazali.
Pernah diceritakan bahawa Syeikh Mohammad Ghazali, seorang syeikh dan tok guru yang terkenal juga di Mesir ini mempunyai seorang anak murid yang cukup bijak. Dapat menguasai ilmu syariah dengan baik, usuluddin atau apa-apa sahaja disiplin ilmu yang layak untuknya dalam berguru dengan Syeikh Mohammad Ghazali.
Lalu suatu hari, ketika ujian syafawi (lisan/oral) si murid tadi ditanya oleh Syeikh Mohammad Ghazali,"Di manakah letaknya bandar Dhaka?"
Lalu dijawab, "Di sebuah negara di Benua Afrika"
Sebenarnya Dhaka adalah ibu negara kepada Bangladesh dan pada ketika itu berlaku peristiwa pencerobohan dan serangan oleh tentera India keatas saudara-saudara kita di Bangladesh.
Lalu dibalas oleh Syeikh Mohammad Ghazali, "Aku tau dirimu memang pintar dan pandai, tapi aku tidak teragak-agak untuk memberi markah sifar '0' kepadamu kerana di saat umat Islam diserang dan dicerobohi, kamu tidak mengambil peduli dan mengetahui tentang hal mereka".
Muhasabah yang paling bermakna dalam hidup saya hari ini. Itsar (mengasihi sahabat melebihi diri sendiri) menjadi sesuatu yang mempunyai makna hari ini.
No comments:
Post a Comment