Tuesday, November 27, 2007

Hadis: Manusia seperti logam..

Apa kata sebelum nak belajar sejarah, kita belajar satu hadis yang dikenali sebagai hadis logam terlebih dahulu??

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu belajar hadis ni kan??

Hmm..kita perlu belajar hadis ni agar kita berusaha memahami orang sekeliling kita. Selain itu, kita tak nak lah jadi orang yang terus-terusan menyalahkan diri, kan??

Contohnya macam yang selalu kita dengar, “Saya ni tak layak nak dakwahkan orang, saya masih jahil??”. Tak pun, “Saya ni dulu jahat sangat.” Biasa tak dengar ayat-ayat ni?? Biasa kan?

Jom kita hayati hadis ni ..

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak maksud hadis ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Faham tak? Macam mengelirukan sahaja. Macam gini. Ok, kita bayangkan bahawa kita ada seorang kawan. Kawan kita ni hebat sangat komputer. Macam-macam perkara yang dia boleh lakukan dengan hanya menggunakan komputer. Cakap sahaja apa-apa, semua dia tahu. Tapi masalahnya, kawan kita ni tidak faham sangat Islam. Apa yang kita nak buat?? Kita cubalah bantu dia untuk memahami Islam. Dapat bayangkan tak apa yang akan jadi kalau dia faham Islam?? Dia akan gunakan kemahiran yang dia ada tu untuk membantu Islam.

Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.

Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman Jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan Izzah Islam. Sama juga dengan Khalid Al Walid. Dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu jahiliyyah. Apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam.

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.

Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan.

Jadilah seperti Sumayyah…Dia tak faham pun hukum fiqh, tapi dia benar-benar memahami Islam. Sehingga kan dia tidak gentar untuk syahid membela Islam.

Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

Saya mohon teguran di atas sebarang kesilapan saya di dalam artikel ini.

6 comments:

hawaliza zainal said...

salam,,,anti,,,mesti pergi ISK kan?? sama2 la,,,,study mne???

Muhd Zaid said...

alhamdulillah.....manusia logam...ana setuju....usrah antara tempat untuk tarbiah diri.....Ini sejarah kita...

Muhd Zaid said...

betul22....ini sejarah kita

ENCIK MUSAB said...

Jay zek kay kay for sharing (Y)

arbaeyah abdul razak said...

Kak, mohon share ye :)

MindaMurobbi said...

Gud...gud..kesan Ini sejarah kita...amin!!

Share it