Tuesday, February 12, 2013

Splenic artery...

Alhamdulillah, saya sudah di posting kelima melalui latihan housemanship. Teringat hari pertama tagging sebagai 5th poster di wad pembedahan. 

Doktor pakar yang sedang membuat round bertanyakan soalan saat melihat CT abdomen seorang pesakit. Kekunci mouse komputer ditujukan pada satu objek di CT abdomen dan dia bertanyakan tentang organ itu. Owh, rupanya splenic artery.. 

Dan kemudian dia mengambil sehelai kertas dan melukis pancreas (yang seperti daun) dan dia bertanyakan MO satu soalan. Hmm, splenic artery dan vein, mana satu yang di atas dan di belakang pancreas? Dan dia sebut bahawa Tuhan tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.. 

Jawapannya, Allah yang hebat itu menciptakan splenic vein di belakang pancreas dan splenic artery pula di atas pancreas.. 

Kenapa? Sebabnya artery adalah salur darah yang berdenyut dengan kuatnya (pulsatile), dan seandainya splenic artery berada di belakang pancreas, akan sakitlah semua orang. Splenic artery yang pulsatile itu akan menekan pancreas, merembeskan segala hormon pancreas dan akan menyebabkan seseorang mendapat acute pancreatitis.. 

Bergenang air mata tika itu.. Teringat kuliah Ustaz Zahazan berkenaan surah Rahman. Setiap kali ayat Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban dibacakan maka para Jin akan menjawab, "Sungguh tiada apa pun nikmatMu yang dapat kami dustakan". Dan saya mengakuinya.. 

Saya tadabbur kembali hadis faham.. Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah akan memberi faham dalam deennya.. Walau bukti kasih sayangNya terlalu banyak dalam diri kita, ada yang lebih besar dari segalanya.. Itulah nikmat faham.. Bukan TAHU tapi FAHAM! 

 Itulah juga yang pakcik ulangi semasa daurah baru-baru ini.. Walau terkadang merasai diri penuh dengan dosa, betapa kita tetap perlu melahirkan syukur pada Allah atas nikmatNya yang memilih kita untuk berada di atas jalan ini..

Saturday, February 09, 2013

Maaf..

Andai tiada istilah maaf, barangkali saya tiada di sini. Andai tiada istilah mujahadah, barangkali saya tiada di sini juga. Kerana manusiawinya kita, seringkali kita tersasar. Jujur sisi-sisi manusiawi itu menambahkan rasa kehambaan yang tiada terkira. Jujur dosa-dosa itu menunjukkan ketidaksempurnaan kita di hadapanNya..

Teringat kuliah Amru Khalid mengenai AlWadud. Boleh dicari di laman maya Youtube. Kuliah berkenaan Asma Allah AlWadud itu adalah antara siri-siri kuliahnya Bismika Nahya - Dengan NamaMu, Kami Hidup. Betapa ketika itu dia mengungkapkan sebuah kisah yang begitu mempersona. Bicara Saidina Ali saat diajukan dirinya, adakah dia ingin ibu bapanya yang sangat menyayanginya memberikan kesaksian buat dirinya di akhirat kelak.. Dan sahabat yang agung ini menjawab, betapa tetap dia inginkan Allah yang memberikan kesaksian buat dirinya, kerana agungnya sifat AlWadud Allah melebihi ibu bapanya sendiri!

Dan aku juga mengakui kisah itu. Betapa terkadang manusia tidak akan mampu menerima hatta satu kesilapan kita sekali pun. Sekali kesilapan maka terjejaslah segalanya. Dan aku akui Allah jualah yang menciptakan manusia sebegitu sehinggakan diri tidak lagi berharap pada pandangan manusia yang kerdil itu.

Aku telusuri Risalah Ta'alim, aku rasakan berat yang amat. Dosa-dosa yang banyak bergantungan di pelupuk mata. Sungguh andai tiada istilah mujahadah, akulah insan yang pertama sekali lari dari jalan dakwah ini kerana ketidaksempurnaan diri. Dan aku sangat penuh noda pada diri, akhawati fillah, pada jemaah, ummah dan segala-galanya.. Di persimpangan khauf dan raja', aku masih melangkah walau terkadang bisa-bisa dosa seakan menyakitkan setiap langkah..

Matahari mungkin sahaja terus bersinar keesokan hari, namun adakah diri ini masih punya nyawa keesokan hari?

Monday, January 28, 2013

Tafsir Surah Annisa' ayat 95-96

Insya Allah sedikit nota dari kupasan Ustaz Salam berkenaan Tafsir Surah Annisa' ayat 95-96.
 
  • Ayat ini menceritakan galakan Allah dan bagaimana Allah membezakan orang-orang beriman.
  • Ada yang darjatnya tinggi dan adanya darjat yang rendah.
  • Tidak boleh berpuas hati di peringkat dakwah yang rendah, misalnya nak duduk di syurga yang rendah. Misalnya hadis nabi, sesiapa yang mengucap Lailahaillallah akan masuk syurga. Adakah cukup setakat itu sahaja? Adakah cukup dengan hanya berada di pinggiran syurga?
  • Andai di pinggiran, dan kemudiannya terjatuh di dalam neraka?
  • Adakah mahu menjadi orang yang terakhir masuk syurga sedangkan ada di kalangan manusia yang masuk seperti kilat ke dalam syurga? Adakah nak masuk neraka dulu? Bersedia?
  • Maksudnya orang yang berada di tangga yang terendah, duduk berdekatan dengan Abu Jahal, Abu Lahab.
  • Jangan duduk di tepi syurga, jangan berfikir untuk duduk di tepi syurga. Macam orang yang duduk di tepi kereta, senang nak tergesel. Senang melayang. Sepatutnya memilih tempat yang selamat.
  • Kita kena berada di mustawa yang tinggi, level yang tinggi.
  • Muslim ini pelbagai darjatnya.
  • Allah sebut 'la yastawi' - Muslim ini tidak sama.
  • "AlQai'dun" - orang-orang yang duduk. Apa maksud duduk? Orang yang tidak bekerja untuk Islam. Duduk maksudnya malas. Duduk istilah yang tidak bagus. Allah sebut orang yang duduk di kalangan Mukmin.
  • Ghaira dharari - tanpa uzur syar'ie.
  • Tidak sama orang yang pergi berjuang dengan orang yang duduk.
  • Dharar ini contohnya sakit, keuzuran. Berapa ramai orang yang tidak datang program yang baik
  • Betapa ramai yang mindsetnya nak rehat? Cuti dan mindsetnya adalah rehat.
  • Allah beri harta dan jwa kita.
  • Sama ke orang yang solat dengan yang tak solat? Sama ke orang yang pakai tudung dengan tak pakai tudung? Jenis-jenis tudung pun memberi nilai persepsi yang berbeza di mata manusia.
  • Sama ke orang berjihad dengan tak berjihad? Sama ke orang yang dakwah dengan tak dakwah?
  • Apa persepsi parent terhadap anak yang terlibat dengan dakwah dan tak dakwah?
  • Allah kata tak sama! Kita kena bagi mesej kat semua orang yang ada atas muka bumi ini bahawa tidak sama orang yang tarbiah dengan yang tak tarbiah! Tak sama mujahid dengan qa'id! Rosak aqidah kalau kita kata sama sebab Allah kata tak sama.
  • Fadhhala llahu -- Allah melebihkan orang yang mujahid ke atas orang yang qai'd dengan satu darjat.
  • Apa maksud satu darjat? Satu perbezaan. Darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia. Ini darjat orang mukmin. Darjat mukmin berbeza dengan darjat solat.
  • Di kalangan sahabat, ada tingkat sahabat yang pergi perang Badar. Ada tingkat sahabat yang masuk Islam sebelum Fathu Mekah dan selepas Mekah.
  • Abu Sufian masuk Islam dan pergi perang Hunain.
  • Apa terjadi semasa peperangan Hunain? Kena ambush, ada yang cabut lari. Bila kena ambush, majoriti cabut lari. Tapi akhirnya menang, dapat harta rampasan perang yang sangat banyak.
  • Taif, tempat yang sejuk, subur, banyak kambing dan binatang ternakan.
  • Majoriti harta dibahagikan kepada orang yang baru masuk Islam dan Abu Sufian. Orang Ansar dapat sedikit sahaja.
  • Rasulullah SAW beri 100 ekor unta pada Abu Sufian, Abu Sufian minta lagi untuk anak dan saudara mara, sehingga tiada lagi nama untuk disebut.
  • Selepas itu (selepas peperangan Hunain), Abu Sufian berjihad dengan sangat hebat, memerangi orang murtad sehingga putus tangan tapi still darjatnya tetap tak sama.
  • Hebatnya sesetengah sahabat tapi tak dapat menebus mereka kerana kelewatan mereka.
  • Masa sangat berguna dalam meningkatkan pahala kita.
  • Apa yang dibuat sebelum Fathu Mekah tidak sama dengan selepas Fathu Mekah.
  • Apa pengajarannya untuk kita? Lambatnya kita akan memberi effect pada darjat dan pahala amalan kita.
  • Sesetengah menunggu masa kerja. Adakah kerja lagi tak stress? Housemanhip gila. MOship gila. Buat kepakaran pun gila. Habis housemanship, iman nyawa-nyawa ikan.
  • Bila start jadi qa'id, akan selesa duduk.
  • Orang yang selesa duduk, malas mahu berdiri semula.
  • Apa selepas housemanship? Kepakaran, dahlah kerja, kena pula sambung belajar, lagi sibuk. Bila dah tenang dah jadi consultant pun sibuk juga, sibuk dengan anak-anak.
  • Masa bergelar pelajar adalah masa yang paling baik untuk dakwah.
  • Bukankah ada akh yang meninggal selepas 3 jam walimah, lagi beberapa hari nak masuk jadi pensyarah.
  • Bukankah menyesal andai dia lari dari tarbiah? Tapi dia terus dalam tarbiah sehingga akhir kehidupannya. Kehidupannya memberi pengajaran kepada beribu-ribu kita!
  • Wa kullan wa'adallahu husna. Ini macam nak ambil hati.
  • Misalnya semasa program, kita dikehendaki menghafaz hadis. Bila kita tak hafaz, mas'ulah program minta kita tunggu di luar dewan. Tadelah halau terus dari program. Allah pun sama dalam ayat itu. Allah tak kutuk terus. Tadelah Allah kata orang yang qa'id itu hina dan tak guna langsung.
  • Tapi selepas Allah ambil hati, Allah sebut fadhhala lagi. Allah lebihkan pahala mujahid berbanding qa'id dengan darjat, maghfirah dan rahmah. Allah tak sebut spesifik darjat apa.
  • Allah bila melihat mujahid, banyak dosa yang Allah gugurkan. Seperti kisah Hatib.
  • Ada mujahid yang minum arak. Ada sahabat yang minum arak dalam perang qadisiah. Kena ikat tapi masih ingin pergi berjihad. Jihad tak boleh dibandingkan dengan apa-apa kerja.
  • Rasulullah SAW sebut seandainya ada seseorang puasa dan solat sepanjang masa orang pergi berjihad, baru boleh sama dengan mereka yang berjihad. Boleh buat?
  • Untuk apa ilmu? Cukup setakat ilmu adalah asbab kita bersama tarbiah? Jadi makin gemuk dan tak buat apa-apa? Ilmu bermanfaat bila beramal dan diajarkan kepada orang lain.
  • Pokok kalau tak berbuah, apa fungsinya?
  • Untuk apa hafal hadis? Untuk DF manusia lain, untuk menarik hati-hati manusia lain pada Islam, pada kesyumulan dakwah.
  • Bayangkan perasaan manusia lain apabila seorang doktor dan bukan ustazah yang mengajarkan hadis?
  • Sheikh Abdul Majeed Zindani yang mengarang kitab Tauhid dari sudut sains. Dia adalah orang Yaman. Dia asalnya adalah ahli farmasi, namun kini adalah ulama' hebat di Yaman. Orang tanya dia, Sheikh dapat ilmu dari mana? Macam mana sheikh boleh jadi hebat? Kata sheikh, dia dapat semuanya dari tarbiah.
  • Kita duduk dalam tarbiah bukan kerana exam. Tarbiah kita kalau ikut betul-betul akan jadi hebat.
  • Kita bukan buat kerana nak menunjuk. Itu niat tak betul, pahala ranap dari awal.
  • Kita nak gunakan semua itu untuk dakwah. Manusia ada egonya dan itulah caranya menghancurkan ego manusia untuk dia tunduk pada Islam.
  • Hafazan - untuk digunakan semasa menyampaikan pada manusia. Bila dah hafaz, mencari jalan untuk digunakan. Barulah dapat diingati dengan sebaiknya sebab digunakan.
  • Ingat bahawa Allah kurniakan darjat, maghfirah dan rahmah untuk mujahid.
  • Orang yang keluar ke medan kadang relaks sahaja, bukan bertemu musuh.
  • Macam perang Tabuk, musuh cabut lari. Tentera Rom cabut lari. Untuk orang yang berjihad, kalau puasa boleh buka. Kalau solat boleh qasar. Sedangkan qa'id nak dapat pahala sama kena continuous puasa dan solat.  
  • Asal hukum qasar solat adalah untuk orang yang berjihad.
  • Ayat seterusnya menceritakan hal ini. Allah sebut dibolehkan qasar supaya sekiranya kamu takut diserang oleh orang kafir.
  • Musafir kita kerana makan angin, sahabat kerana jihad.
  • Kita pergi musafir supaya boleh qasar solat. Teruk kan?
  • Dari segi fiqah, memang boleh. Kita ambil fiqah sebagaimana fiqah. Tapi asal sembahyang qasar adalah untuk orang yang berjihad.
  • Datang program, atas medan ini dapat pahala sama dengan continous puasa dan solat.
  • Jihad sekarang adalah dakwah. Keluar sahaja dari rumah dikira mujahid.
  • Mudah-mudahan Allah terus menguatkan kita di jalan ini.

Tuesday, January 22, 2013

Annas..

Banyak kali juga saya mencoretkan tentang surah Annas. Tapi itulah hebatnya AlQuran. Setiap kali kita mendengarnya, setiap kali kita mentadabburnya, ribuan poin baru yang kita perolehi. 

Itulah perasaan saya saat mentadabbur surah Annas sambil mendengar lecture brother Nouman Ali Khan. Menangis.. Saya masih lagi gagal mencapai muwasafat-muwasafat tarbiah yang dikehendaki dari saya. Setiap hari saya bermujahadah, dan setiap hari juga saya gagal. Sangat susah mahu mengubah diri.

Dan bila mendengar tadabbur brother Nouman, saya rasakan syaitan tersenyum bangga mentertawakan. Ya rabb, sedihnya..

Perasaan saya terhadap surah Annas kini, betapa perlunya pergantungan pada Allah. Cantik sangat brother Nouman terangkan. Rabb, Malik, Ilah... terlalu cantik. Betapa rasa pergantungan pada Allah itu hadir. Kenapa entah pena sendiri tak dapat mengungkapkan perasaan itu... Saya gagal mengungkapkannya pada bahasa pena. Tinggi sangat Quran itu sehingga saya tidak mampu mengungkapkannya, sehingga saya tersedu sedan menangis. 

Bila kita faham Quran, perkara pertama kita nak buat adalah rasa mahu berkongsi pada yang lain. Tapi entah kenapa saya tidak mampu mengungkapkannya... Terlalu tinggi keagungan Quran itu..

Perasaan bencikan syaitan itu hadir.. Sebenarnya bila baca surah Annas ini, kita akan tahu betapa ekstremnya gangguan syaitan itu.. Terlalu mengerikan... Dan betapa pentingnya pergantungan yang mutlak pada Allah...

Dengarlah... bermujahadahlah untuk mendengar..  dan mutiara-mutiara Quran yang sangat hebat itu pasti hadir sehingga kalian terpesona...sehingga keakraban dengan kuasa Ilah yang agung itu mampu dirasai...

Sunday, January 13, 2013

Huhu..

Serasanya kalau ke hospital, seringkali hati ini sebak. Malah berkira-kira mahu menangis ataupun tidak. Pagi tadi juga mahu mengambil darah seorang makcik yang demented (nyanyuk). 

Saat saya menjaganya, saya telah masukkan dua brannula, satu untuk IV drip, ubatan dan satu lagi tujuannya adalah untuk mengambil darah. Saya memasukkannya saat dia ditenangkan oleh anaknya. 

Makcik ini Muslim, berusia 80 tahun. Bagaimana anaknya menenangkannya? Dia dan ibunya menyanyi bersama-sama lagu Baa Baa Black Sheep dan Twinkle Twinkle Little Star. Jujur saya mahu pengsan di situ juga. Sedihnya, dan pagi tadi saya mengajarnya, "Allah! Allah!" saat mahu mengambil darah. 

Sedihnya andai nenek tua tersebut meninggal dunia dengan lafaz yang bukan sepatutnya..

Sunday, January 06, 2013

Fitrah...

Sejujurnya rasa penat yang amat di hospital. Seminggu di ICU, seminggu di wad dan perlu menjaga acute bed yang juga seakan-akan mini ICU. Hanya Allah yang tahu hari-hari gelap tersebut. Insya Allah perkhabaran walimah dan doa dari sahabat-sahabat meredakan trauma hati yang berpanjangan. Malam saya mengkhabarkannya adalah malam yang berat bagi saya sebenarnya. Ya, tidak mampu tidur kerana trauma.  Paginya saya ke ICU seperti biasa. Dibentak-bentak oleh MO Anesthesiologi pagi itu yang seakan-akan tidak pernah melihat nazak seorang pesakit. "Call your MO right now! Do CPR!" Menjerit-jerit dia memberi tiga empat arahan dalam satu masa. Akhirnya pesakit India tersebut mati. Dan saya menulis death certificate dengan air mata yang cuba disembunyikan. 

Dan saya adalah HO yang menjaga 13 pesakit acute di ICU. Sekecil-kecil perkara semuanya dipanggil. "Dr Ummu! Dr Ummu! Dr Ummu!" Dan saya punya seorang pesakit yang menghidap denggi berdarah. Dia berdarah dari haidnya, dari lubang duburnya, dari mulut, dari hidung. 1 pint darah yang masuk, empat atau lima pint darah yang keluar. Dan sayalah HO yang perlu berlari untuk mengambil darah dan DIVC regime berkali-kali. Lebih 30 pint darah yang dimasukkan. Ada sekali saya pergi, saya tertinggal borang. Pertama kali saya pergi untuk mendapatkan darah, mereka mahukan borang-borang berbeza untuk cryoprecipitate, platelet, dan FFP. Berulang-ulang kali saya berlari dari ICU ke lab darah. 

Dan dalam perjalanan mengambil darah, MO saya akan call berkali-kali. "Ummu, i want CVC set right now. Go and get it and i will come after 5 minutes". Tak tahu mana yang perlu saya lakukan terlebih dahulu. Sekejap lagi dia menelegon. "Ummu, where are you? I want to insert the CVC right now..".  Dan staff nurse pula akan bertanya berulang kali. "Dr Ummu, HD regime ni berapa? HD regime yang ni pula berapa?" Dan staff nurse di HDW (ICU 2) pula akan menelefon, "Dr Ummu kat mana, ada form yang perlu diisi..". Hanya Allah yang mengurniakan taufiqnya, saya telah melalui hari-hari gelap tersebut. Andai ada yang memberikan saya berpuluh juta ringgit untuk melalui housemanship semula, pasti saya tetap tidak mengingininya. Dan kerana semua itulah, saya tidak suka ada yang memanggil saya Dr ataupun nama Ummu sebenarnya. I am so stressful with both names actually..

Allah memberikan kerehatan semalam semasa daurah. Banyak yang Allah ajari semalam. Pertamanya menghidupkan hati yang mati.

Hati mati? Ya, tiada siapa yang menyedari bahawa hati sendiri tidak hidup lagi melainkan saya sendiri. Seingat saya saat mula-mula di posting medical, saya terlalu sensitif dengan kematian. Namun kini tidak lagi. Saya memandang kematian dengan sepi kerana beban kerja yang banyak. Di wad juga, paginya saya datang dan melakukan CPR dan pesakit mati. Saya melihat sahaja keluarganya menangis, dan saya perlu menyambung kerja-kerja saya semula. I lost all my sensitivity.. I don't  even have time to ponder.. 

Semalam semasa daurah, ada sesuatu yang sangat mengesankan saya.. Saat mahu mengambil makanan. Orang yang menghantarnya adalah lelaki. Dan dia telah membuka pintu dan menutupnya semula apabila melihat peserta program yang ramai. Refleks saya adalah pergi mengambilnya memandangkan sayalah yang diamanahkan sebagai mas'ulah program. Dan ustaz tanya masa itu, "Lelaki atau perempuan?" Bila saya sebut lelaki, ustaz meminta ikhwah yang mengambilnya. Masya Allah! Peristiwa tersebut sangat mengesankan saya. 

Sebabnya i already lost all my sensitivity.. Dan saat itu, hati saya sebak yang amat, serasanya mahu menjerit, fitrah saya yang dikotori oleh jahiliah di hospital telah berdenyut semula! Saya rasa seakan mahu berbicara pada ustaz. Ustaz tak kenal siapa saya.. Murabbi-murabbiah saya tidak mengenali siapa saya. We're doctors right? We treat male patient everyday. We are the one that inserting CBD, do PR, inserting condom catheter. We're dealing with male patient/ male colleague everyday until we lost the sensitivity as muslimah as well..

Dan tarbiahlah yang akan mengingatkan kita tentang semua itu. Ustaz menjaga sekecil-kecil perkara. Hijab dan tabir yand dipasang ada yang lolos sedikit. Dan sambil memberi perkongsian, ustaz mengambil lagi sejadah dan menutup ruang yang terbuka itu. 

I felt blessed with all that.. Dulu saya rasakan semua itu hipokrit, di dunia luar kita bukan begitu, tiba-tiba kita begitu ..Hakikatnya tidak sebenarnya.. Seandainya fitrah kita masih berdenyut, kita tahu itulah kebenaran.. Dan disebabkan tiada siapa yang memahami kita di dunia realiti, kita perlu mempraktikkannya dalam dunia tarbiah di kalangan yang memahami... Dan kita berharap pada satu masa nanti, semua orang akan mempraktikkannya...

I am still strong because of tarbiah... Thank you Allah for choosing me to be in this path..

Monday, December 24, 2012

Ahad...

Mendengar lagu-lagu Native Deen yang sungguh bermakna.. Mendengar lagunya tentang Bilal dan aku menangis hiba.. Terasa aura kerinduannya pada sang kekasih.. Terasa aura saat lafaz Ahad bergema..


 

Lyrics: (Credit to MrZebraPants)

See I was born enslaved 
These men they bought and sold me.
They found me well behaved 
Their reason would control me
This creed, this land, this stone
They had become my master 
But doubt lived in my soul
Because they could not answer 
But then one day I heard About a pious man
Who spoke amazing words
I'll meet him when I can 
It all makes sense to me now 
I feel my soul revived
I have the true faith inside
There is only one god

Chorus:
Ahad x4
One God x4
Ahad x8
One God x8

And now they're dragging me
Into the scorching heat 
Endlessly lashing me 
They wanna see me beat 
They place these boulders on me 
They try to crush my spirit 
But they dont really know me
I stay so strong I bear it
They hope and pray Im weak, nah
My blood is African
I found the truth I seek 
I wont go back again 
Unshakable belief I endure this suffering
My heart will always be with One word that flows within

Chorus

Allah Humma Salay Ala Sayedina
Allah Humma As'habiheen Ajma'in
Allah Humma Salay Ala Rasoolillah
Allah Humma As'habiheen Ajma'in
Allah Hu Akbar x4

His voice was true again
My voice is strongest now 
With freedom I ascend 
Atop this sacred house 
I am the chosen one 
To call this land to prayer
My mothers native tongue 
God knows that Im sincere 
My voice will rise the masses 
Bring light upon their face 
So know, under the darkest ashes 
There lies a glowing blaze 
There is only one God 
Lets reignite the flames 
This message in my heart 
This word my every vein

Chrous

One God x4

SubhanAllah..

[Chorus]
Subhannallah, (Glory be to God)
Alhamdilillah, (Praise be to God)
Lailllaha illallahu Akbar (There is only one God the most great)

At times I feel that the sun is hidden by a hazy sky
And the lights around me hide the moon at night
I know that you are closer than the veins that keep me living
Cause all around me I feel your mercy

[Chorus]

Every now and then we need, just a little time to breath
To appreciate the trees, the swaying leaves as they wave to me
Now I need your guiding light, guide me like the stars at night
Guide through the storms of life, guide me till the day I die

[Chorus]

Now I'm caught inside a sea of flashing lights
A storm that blinds us all from wrong and right
And the trials of life seem like the mountains high
But His light above it all, is worth the climb

[Chorus]

Oh Allah, my lord supreme, how easily you speak to me
Be it the sun's evening glare, or the sweetness of the summer's air
And only you know how this inspires me
And for the rest of my days, true to you all always be.

Saturday, December 22, 2012

Kurma...

Aku taajub membaca kisah itu. Mendengarnya berkali-kali, cuma kali ini aku terbaca matan arabnya pula..

Hari itu perang Badar yang menyejarah itu menyingkap roh-roh jihad para sahabat..

Sang rasul mengobarkan semangat sahabatnya..

قوموا إلى جنة عرضها السموات والأرض
 
Qumu ila jannatin 'ardhuha-samawatu wal-ardh!

Bangkitlah menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi!

Aduh! Sahabat bukan seperti kita! Mereka saat mendengar istilah syurga sahaja sudah meremang bulu roma, magical word buat mereka!

Lantas Umair Ibn Al Human mengungkapkan bakh, bakh..yang merupakan ungkapan takjub terhadap kebaikan dan pahala..

Dia membuang kurma yang sedang dikunyahnya..

لإن أنا حييت حتى آكل تمراتي هذه إنها لحياة طويلة

La-in ana hayyitu hatta akula tamarati hadzihi innaha lahayatun thowilah..

Jika saya hidup sampai selesai memakan kurma ini, oh betapa lamanya hidup (menanti syuga)..

Berangkatlah sahabat itu ke medan jihad dan gugur di medan Badar..

Begitulah kisah yang terakam dalam hadis riwayat Muslim dalam Riyadhus Salihin, Kitab Al Jihad, hadith no 1314...

Taajub bukan? Makan kurma je kot.. Sekejap je .. Tapi sahabat memang bukan seperti kita! Makan kurma yang sekejap itu pun dirasakan telah jauh dari syurga.. Aduhai! Rasa tertampar-tampar diri ini dengan peribadi sahabat..

Sunday, December 16, 2012

Role model...

Doktor? Entah berapa kali fitnah terhadap dakwah ini muncul disebabkan oleh doktor bukan? Doktor sibuk. Usrah doktor tak muntij. Jangan kahwin dengan doktor. Bla..bla..bla..

Ya, kita perlu mencari role model terbaik bukan? Ya, Dr D. Kak D adalah salah seorang ukhti yang sangat saya kagumi di atas jalan dakwah ini. 

Kak Aisyah menulis tentangnya dengan sangat indah. Kisahnya adalah inspirasi buat kita yang bergelar doktor. Tidak mungkin ada yang lebih memahami profesyen kita melainkan seorang doktor juga. 

Namun Kak D berjaya membuktikan semua fitnah yang disebut terhadap doktor adalah salah. 

Malah dia membuktikan pada kita tiada alasan untuk seorang doktor tidak bergerak di atas jalan ini. 

Dia berjaya dalam serba serbi kehidupannya dan hanya Allah yang mengetahui mujahadahnya. Saya sangat mengkaguminya..sangat mengkagumi kefahamannya terhadap jalan dakwah dan tarbiah ini..

A person, who are able to shine your way

Monday, December 10, 2012

Buku pilihan...

Mutarabbi saya yang masih muda meniti alam persekolahan bertanyakan buku-buku yang boleh dibaca semasa cuti ini. Andai mahu menjawabnya, saya sendiri yang perlu membaca terlebih dahulu pastinya.. Di sebalik buku-buku fikrah yang perlu dihadami, saya juga baru menyudahi beberapa buku yang bercorak pengalaman.

Nota Hari Seorang Lelaki - Ustaz Pahrol Juoi
Pertamanya buku tulisan Ustaz Pahrol Juoi bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki. Keberadaan saya dua minggu lepas di wad nefrologi (wad pesakit yang menghidap masalah buah pinggang) ternyata membuat buku ini dekat dengan saya. Saya melihat seorang ibu yang menghidap strok tergagap-gagap mengungkapkan, "aaanakk maaa raaah..aaanak terukkk ..tak booleeh haaraap".  Dan kemudiannya dia menangis. Andai perlu melihat drama anak derhaka berulang-ulang, silalah ke wad nefrologi.. Huhu.. Bicara Ustaz Pahrol dalam mengisahkan perihal ibu bapa benar-benar saya insafi. Banyakkkkkkkk sangat kelemahan saya sebagai anak. No one knows me better after Allah except my parents and my siblings.

Banyak kisah di dalam buku tersebut yang menyentuh hati saya antaranya kisah ayah yang sering meminta wang dari anaknya namun punya hikmah besar dalam hidup si anak, kisah ibu yang sentiasa memberi - bukan bimbang andai tiada anak yang mendoakan selepas dia meninggal tetapi bimbang tiada yang mendoakan si anak selepas ketiadaannya, kisah anak kucing, kisah anak yang bosan mendengar celoteh ibunya namun menjadi sesuatu yang dirinduinya selepas ketiadaan ibunya..

Bacalah! Benar-benar buku yang baik...

Noorah - Ummu Hani
Buku kedua yang menyentuh hati saya adalah Noorah tulisan Ummu Hani. Ya, kisah benar seorang wanita yang begitu dicintai Allah. Ujian hidup yang dilaluinya bukan biasa-biasa. Pengislamannya adalah titik perubahan hidupnya. Alam kanak-kanaknya penuh dugaan. Ayahnya baran, ibunya pula pernah nyaris membunuh diri, kemudiaannya perjalanan hidupnya menghuni rumah kebajikan dan sering melarikan diri. Dia pernah tinggal di 21 buah pusat kebajikan! Pengislamannya sendiri penuh liku. Cinta pandang pertama dengan seorang lelaki Muslim yang kemudiaanya membawa derita yang berpanjangan. Dia keguguran kandungan pertamanya lantaran ubat tradisional yang diberi suami. Kemudiaanya balang gas api di tandas bocor akibat kecuaian suami dan kawan-kawan suaminya sering datang berkunjung ke rumah yang menyebabkan kandungan keduanya meninggal akibat keracunan gas. Dia memperolehi 3 cahaya mata dari perkahwinan pertama.

Kemudiannya saat melahirkan Saleha, di mana dia dibedah tanpa diberi ubat pelali. Menjerit hati kecil saya saat membaca catatan itu kerana saya juga pernah merasai sakitnya pembedahan. Penceraian hidupnya, kisah suami pertama yang melarikan ketiga-tiga anaknya membuat hati benar-benar hiba. 4 tahun dia mencari anaknya. Saat bertemu Muhammad, salah seorang anaknya kembali, si anak menceritakan pada pihak berkuasa bahawa dia menderanya lantaran momokan seorang ayah. Allah! Kemudiannya perkahwinan kedua dan penceraian lantaran suami kedua tak mampu menerima kehadiran anak-anak dari suami pertama.

Kemudian perjalanan didiagnosis menghidap kanser payudara. Dua saudara terdekatnya pengsan melihat kesan pembedahan yang dilaluinya. Seterusnya kembaranya melalui luka-luka kemoterapi dan radioterapi. Seorang anaknya menghidap dyslexia, seorang lagi adalah autisme. Islam menyatukan dirinya semula dengan ibunya yang menghidap masalah psikiatri.

Tidak hairan Allah menganugerahinya mimpi bertemu Rasulullah SAW, perjalanan ke Gaza (baru seusai pembedahan membuang payudara), dan juga menjadi jemputanNya menunaikan haji (ditaja) di atas semua kesabarannya. Perjalanannya memberi saya inspirasi untuk melalui kehidupan ini..

‘Saat dia mula mengenal Islam, kisah silam yang suram hanya tinggal sejarah, walaupun ujian datang dengan seribu wajah’ -petikan muka depan NOORAH -

Membaca kisah Noorah umpama mentadabbur Surah Yusuf seperti yang ditadabbur oleh Brother Nouman Ali Khan - Khutba - Grief and sadness - Lessons from Surah Yusuf.

Catatan hati seorang istri - Asma Nadia
 
Buku popular dari Indonesia ini juga membuatkan air mata berlinangan jua. Perempuan saya kira dicipta dengan seribu satu rona perasaan. Memang banyak sekali lurah kehidupan yang perlu diharungi mereka. Saat membaca permasalahan, konflik yang diutarakan di dalam buku ini, jawapan saya mudah. Perempuan perlu disibukkan dengan dakwah, tarbiah dan hal lainnya dari memikirkan diri mereka sendiri. Hatinya akan sentiasa memikirkan yang bukan-bukan andai tiada kesibukan dalam kamus hidupnya. Benar pesan ustaz yang berusia 72 tahun Ahad lepas semasa Seminar Belaian Kasih Keluarga Dakwah. Saat itu ustaz menempelak ikhwah yang berpoligami. Ujarnya, tunjukkan kepada kita qiyadah yang memilih poligami. Tiada kerana agenda besar dalam hidup mereka adalah dakwah dan tarbiah. Wanita juga saya kira perlu begitu. Dia perlu sibuk dan terus sibuk. 

Diari Musafir, Jangan Berhenti 'Berlari' - Dr Zaharuddin
 
Best sangat buku ini! Rasa nak ambil ijazah kedua dalam bidang Islam selepas ini. Buku yang sedikit sebanyak mengenalkan saya pada dunia luar. Buku yang menempelak saya dalam perihal peranan saya sebagai seorang pelajar suatu ketika dahulu. Buku yang sangat menginspirasi. Ustaz membayar denda RM 53 000 buat isterinya kerana menamatkan kontrak pekerjaan isteri lebih awal agar dapat menumpukan sepenuhnya pada tarbiah anak-anak. Allah! Terlalu banyak perkongsian ustaz. Saya juga tersilap menilai perihal perkahwinan nikah misyar sebelum ini. Alhamdulillah, dikristalkan semula pemikiran tersebut melalui buku ini..

Sangat-sangat perlu golongan yang cemerlang mewarisi ilmu agama. Sudah-sudahlah kita menghantar pelajar tercorot mewarisi agama ini! 

Saya rasa nak fokus betul-betul untuk 5 tahun ini untuk mengukuhkan kewangan. Lepas itu nak ambil ijazah kedua dalam bidang islam. Perubatan? Entahlah.. Huhu...banyaknya cita-cita! Tapi baca buku ini memang memberikan motivasi yang sangat hebat. Berkobar-kobar..

Kesimpulan saya, banyak rupanya buku-buku tulisan di Malaysia ini yang super best juga.. 

Sunday, November 18, 2012

Tempias..

Gambar penuh makna, As-Syahid Ahmad Al-Ja'bary membawa As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin.

Syahid membawa syahid.

Saat menatap gambar ini teringatkan sesuatu...

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah AlKahfi: 18)

Pernah baca Surah Kahfi? Banyak sangat kisah yang ada dalam itu. Semuanya adalah kisah yang amat berat. Antaranya berkenaan perihal dakwah, perjuangan menyelematkan iman, kisah roh, kisah seorang pemimpin dunia yang hebat dan banyak lagi.

Pernah tak terfikir, kenapa dalam kisah-kisah yang begitu berat itu, tiba-tiba Allah menyebutkan perihal anjing di dalam ayat yang ke 18? Apa yang ada kat itu anjing sampai Allah rakamkan dalam Quran? Boleh je Allah tidurkan pemuda-pemuda itu sahaja, biarkan sahaja anjing itu mati jadi tengkorak dan tidak perlu pun nak dirakamkan di didalam AlQuran. Tapi kenapa anjing itu juga diberikan kelebihan disebut di dalam Quran sama seperti yang dialami oleh pemuda-pemuda Kahfi tersebut? Lepas itu kita ini semua membaca ayat Quran berkenaan anjing ini dan semua orang akan membacanya sehingga hari kiamat. Wah, hebat kan anjing itu? Apa yang menjadikannya hebat?

Allah mengurniakan anjing ini rahmat. Apa sebabnya? Ini adalah kerana anjing tersebut memperolehi saham lantaran kerana bersama dengan orang-orang yang soleh.

Hebat kan? Betapa pentingnya untuk bersama dengan mereka yang  boleh memberikan kita juga tempias dan sahamnya..