Sunday, January 06, 2013

Fitrah...

Sejujurnya rasa penat yang amat di hospital. Seminggu di ICU, seminggu di wad dan perlu menjaga acute bed yang juga seakan-akan mini ICU. Hanya Allah yang tahu hari-hari gelap tersebut. Insya Allah perkhabaran walimah dan doa dari sahabat-sahabat meredakan trauma hati yang berpanjangan. Malam saya mengkhabarkannya adalah malam yang berat bagi saya sebenarnya. Ya, tidak mampu tidur kerana trauma.  Paginya saya ke ICU seperti biasa. Dibentak-bentak oleh MO Anesthesiologi pagi itu yang seakan-akan tidak pernah melihat nazak seorang pesakit. "Call your MO right now! Do CPR!" Menjerit-jerit dia memberi tiga empat arahan dalam satu masa. Akhirnya pesakit India tersebut mati. Dan saya menulis death certificate dengan air mata yang cuba disembunyikan. 

Dan saya adalah HO yang menjaga 13 pesakit acute di ICU. Sekecil-kecil perkara semuanya dipanggil. "Dr Ummu! Dr Ummu! Dr Ummu!" Dan saya punya seorang pesakit yang menghidap denggi berdarah. Dia berdarah dari haidnya, dari lubang duburnya, dari mulut, dari hidung. 1 pint darah yang masuk, empat atau lima pint darah yang keluar. Dan sayalah HO yang perlu berlari untuk mengambil darah dan DIVC regime berkali-kali. Lebih 30 pint darah yang dimasukkan. Ada sekali saya pergi, saya tertinggal borang. Pertama kali saya pergi untuk mendapatkan darah, mereka mahukan borang-borang berbeza untuk cryoprecipitate, platelet, dan FFP. Berulang-ulang kali saya berlari dari ICU ke lab darah. 

Dan dalam perjalanan mengambil darah, MO saya akan call berkali-kali. "Ummu, i want CVC set right now. Go and get it and i will come after 5 minutes". Tak tahu mana yang perlu saya lakukan terlebih dahulu. Sekejap lagi dia menelegon. "Ummu, where are you? I want to insert the CVC right now..".  Dan staff nurse pula akan bertanya berulang kali. "Dr Ummu, HD regime ni berapa? HD regime yang ni pula berapa?" Dan staff nurse di HDW (ICU 2) pula akan menelefon, "Dr Ummu kat mana, ada form yang perlu diisi..". Hanya Allah yang mengurniakan taufiqnya, saya telah melalui hari-hari gelap tersebut. Andai ada yang memberikan saya berpuluh juta ringgit untuk melalui housemanship semula, pasti saya tetap tidak mengingininya. Dan kerana semua itulah, saya tidak suka ada yang memanggil saya Dr ataupun nama Ummu sebenarnya. I am so stressful with both names actually..

Allah memberikan kerehatan semalam semasa daurah. Banyak yang Allah ajari semalam. Pertamanya menghidupkan hati yang mati.

Hati mati? Ya, tiada siapa yang menyedari bahawa hati sendiri tidak hidup lagi melainkan saya sendiri. Seingat saya saat mula-mula di posting medical, saya terlalu sensitif dengan kematian. Namun kini tidak lagi. Saya memandang kematian dengan sepi kerana beban kerja yang banyak. Di wad juga, paginya saya datang dan melakukan CPR dan pesakit mati. Saya melihat sahaja keluarganya menangis, dan saya perlu menyambung kerja-kerja saya semula. I lost all my sensitivity.. I don't  even have time to ponder.. 

Semalam semasa daurah, ada sesuatu yang sangat mengesankan saya.. Saat mahu mengambil makanan. Orang yang menghantarnya adalah lelaki. Dan dia telah membuka pintu dan menutupnya semula apabila melihat peserta program yang ramai. Refleks saya adalah pergi mengambilnya memandangkan sayalah yang diamanahkan sebagai mas'ulah program. Dan ustaz tanya masa itu, "Lelaki atau perempuan?" Bila saya sebut lelaki, ustaz meminta ikhwah yang mengambilnya. Masya Allah! Peristiwa tersebut sangat mengesankan saya. 

Sebabnya i already lost all my sensitivity.. Dan saat itu, hati saya sebak yang amat, serasanya mahu menjerit, fitrah saya yang dikotori oleh jahiliah di hospital telah berdenyut semula! Saya rasa seakan mahu berbicara pada ustaz. Ustaz tak kenal siapa saya.. Murabbi-murabbiah saya tidak mengenali siapa saya. We're doctors right? We treat male patient everyday. We are the one that inserting CBD, do PR, inserting condom catheter. We're dealing with male patient/ male colleague everyday until we lost the sensitivity as muslimah as well..

Dan tarbiahlah yang akan mengingatkan kita tentang semua itu. Ustaz menjaga sekecil-kecil perkara. Hijab dan tabir yand dipasang ada yang lolos sedikit. Dan sambil memberi perkongsian, ustaz mengambil lagi sejadah dan menutup ruang yang terbuka itu. 

I felt blessed with all that.. Dulu saya rasakan semua itu hipokrit, di dunia luar kita bukan begitu, tiba-tiba kita begitu ..Hakikatnya tidak sebenarnya.. Seandainya fitrah kita masih berdenyut, kita tahu itulah kebenaran.. Dan disebabkan tiada siapa yang memahami kita di dunia realiti, kita perlu mempraktikkannya dalam dunia tarbiah di kalangan yang memahami... Dan kita berharap pada satu masa nanti, semua orang akan mempraktikkannya...

I am still strong because of tarbiah... Thank you Allah for choosing me to be in this path..

2 comments:

Anonymous said...

kerna-NYA yang telah menemukan jalan ini..terasa bahagia ;')

Cawan Putih said...

ana mumarridoh.

saya merasakan juga melalui perkara yang sama. saya melihat kesakitan dan kematian, sehinggakan tiba tahap saya tidak lagi percaya pain exclamation unless supporting by medical evidence. perlu care and attend males patients etc, bahkan diwajibkan memakai uniform lengan pendek. throughout those years, i lost all the sensitivity.

jiwa tertekan, pelbagai alasan diberikan seperti darurat salah satunya. dan kemudian dari tidak redha kepada pasrah. dan akhirnya lupa sebagainya. kehidupan yg terlalu berbeza dengan kerja, rasa bagai seseorang yg menghidap skizo. rasa burn out. kerap juga menyendiri di bucu bilik mengambil masa berfikir with blank and absent-minded.

disappointed is under understatement.

There was an error in this gadget