Terkadang saya mahu jam berhenti berjalan dan saya tidak perlu ke hospital lagi. Stress sangat.. Dan terkadang saya rasakan tiada siapa memahami saya yang kerdil ini. Tiada siapa tahu permasalahan saya di hospital. Dan sangat sedih bila terkadang saya tidak menjaga hak manusia lain kerana kerjaya ini. Lebih menyedihkan bila saya tidak menjaga hak Allah. Bila hak Allah tidak terjaga, macam mana saya nak jaga hak-hak yang lain kan?
Semalam seorang MO ceritalah, dia kata kalau tahu diri lemah - staylah kat hospital. Dia dulu tak balik dan stay di hospital. Banyak lagilah yang mereka katakan. Entahlah, mulut saya terkunci untuk menjawab. Kehidupannya cuma seputar hospital. Sedang saya punya kerja-kerja yang lain...
Dan terkadang juga tiada siapa memahami bahawa dakwah dan tarbiah ini adalah salju yang menyejukkan sahara hati ini. Orang rasa kalau fizikal dah penat, pergilah tidur. Manusia tidak faham yang dakwah dan tarbiah ini sahajalah yang melapangkan dada kita seluas-luasnya seperti yang disebutNya dalam surah Insyirah.
Dan tidak akan ada orang yang memahami kelemahan kita dengan sedalamnya melainkan Allah.. Tidak akan ada yang mampu memahami kita melainkan Allah... Dan itulah yang saya pelajari ..
Saya mahu ceritakan satu kisah ini.. Kisah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW. Dia sudah lama berkahwin, sudah kehilangan umur belianya lantaran berkhidmat buat suaminya.. Terkadang konflik rumah tangga berlaku.. Cuma satu hari ini, konflik itu menjadi parah.. Si suami mengatakan pada dirinya bahawa mulai saat itu dia akan melayan isterinya itu seperti seorang ibu dan bukan isteri. Kiranya si suami menziharkan isterinya..
Wanita ini kesedihan. Imagine perasaan seorang wanita. Hatinya yang sangat sensitif. Dia mengadu pada Allah. Dan kemudian dia pergi bertemu Rasulullah SAW. Saat itu Saidatina Aisyah berada hampir dengan Rasulullah SAW tapi sedikit pun tidak dapat mendengar suara mahupun bisikan wanita ini.
Kemudian turunlah ayat-ayat Surah Mujadilah.
Sangat dahsyat kan? Itulah ayat pertama surah Mujadilah... Ya, ayat pertama.. Betapa Allah itu mendengar... Wanita itu ialah Khaulah Binti Tha’labah yang mengadukan perihal dirinya yang telah berdepan dengan masalah zihar dengan suaminya iaitu Aus Bin Shamit.
Imagine kehidupan para sahabat.. Mereka hidup dengan Quran..
Kata Assyahid Syed Qutb, surah ini dibuka dengan pemakluman seperti itu. Tiba-tiba Allah hadir dalam persoalan individu seorang wanita Muslim biasa. Allah tidak lengah untuk mendengar untuk mendengar dan mengaturnya kerana pengelolaan kerajaan langit dan bumi yang dikelola-Nya. Itulah persoalan. Itulah persoalanNya jika sebuah peristiwa mengesankan terjadi. Dia memberitahukan kepada umat manusia bahawa demikianlah urusan Allah terhadap masalah. Dia hadir dalam setiap persoalan baik yang besar mahupun kecil, memperhatikan aneka problem sehari-hari, dan merespons pelbagai masalah kritis. Dialah Allah yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Kuasa, Maha Besar yang memiliki kerjaaan langit dan bumi. Dia Maha Kaya lagi Maha terpuji.
Kata Assyahid Syed Qutb lagi - Ayat ini merupakan permulaan yang memiliki nada yang mengesankan, kamu berdua tidaklah sendirian. Sesungguhnya Allah menyertai kamu berdua. Dia mendengarmu. Sesungguhnya Allah mendengar wanita itu. Dia mendengarnya mengadu kepadamu tentang suaminya dan mengadu kepada Allah. Dia mengetahui semua rentetan kisah. Dia mengetahui dialogmu dan isinya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia mendengar dan melihat. Demikianlah urusanNya. Inilah gambaran dari sebuah peristiwa di mana Allah menjadi pihak ketiga.
Nak tambah lagi kisah Khaulah ini. Pernah sekali Saidina Umar berjalan dengan sahabat-sahabat. Kemudian seorang wanita tua memanggilnya dan Umar pergi meninggalkan sahabat-sahabatnya dan duduk berjam-jam mendengarkan wanita ini. Kemudian dia kembali bertemu sahabatnya. Lantas sahabatnya mengadukan, "Sanggup kau meninggalkan kami untuk bersama wanita tersebut". Lantas Umar berkata, "Aku sanggup untuk lebih lama lagi bersama wanita tersebut. Tahukah kau siapa dia? Dialah Khaulah. Suaranya didengar Allah".
Ya, kadang kata-kata manusia menyakitkan dan terlalu menyakitkan. Tapi ingat Allah ada bersama kita dalam perjalanan ini.
Ya Allah, aku bukan Khaulah.. aku berdosa..namun dengarlah rintihan diri ini ya rabb kerana sungguh aku keseorangan..

Qad sami'allah.. Sesungguhnya Allah telah mendengar..
Qaulallati tujadiluka fi zaujiha - suaranya ketika dia mengadukan tentang suaminya..
Watasytaki ilallah.. dan mengadukan suaranya pada Allah...
Wallahu yasma'u tuhawurakuma... dan Allah mendengar perbualan keduanya..
Innallaha sami'um basir.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat..
dan ayat seterusnya...
Sangat dahsyat kan? Itulah ayat pertama surah Mujadilah... Ya, ayat pertama.. Betapa Allah itu mendengar... Wanita itu ialah Khaulah Binti Tha’labah yang mengadukan perihal dirinya yang telah berdepan dengan masalah zihar dengan suaminya iaitu Aus Bin Shamit.
Imagine kehidupan para sahabat.. Mereka hidup dengan Quran..
Kata Assyahid Syed Qutb, surah ini dibuka dengan pemakluman seperti itu. Tiba-tiba Allah hadir dalam persoalan individu seorang wanita Muslim biasa. Allah tidak lengah untuk mendengar untuk mendengar dan mengaturnya kerana pengelolaan kerajaan langit dan bumi yang dikelola-Nya. Itulah persoalan. Itulah persoalanNya jika sebuah peristiwa mengesankan terjadi. Dia memberitahukan kepada umat manusia bahawa demikianlah urusan Allah terhadap masalah. Dia hadir dalam setiap persoalan baik yang besar mahupun kecil, memperhatikan aneka problem sehari-hari, dan merespons pelbagai masalah kritis. Dialah Allah yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Kuasa, Maha Besar yang memiliki kerjaaan langit dan bumi. Dia Maha Kaya lagi Maha terpuji.
Kata Assyahid Syed Qutb lagi - Ayat ini merupakan permulaan yang memiliki nada yang mengesankan, kamu berdua tidaklah sendirian. Sesungguhnya Allah menyertai kamu berdua. Dia mendengarmu. Sesungguhnya Allah mendengar wanita itu. Dia mendengarnya mengadu kepadamu tentang suaminya dan mengadu kepada Allah. Dia mengetahui semua rentetan kisah. Dia mengetahui dialogmu dan isinya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia mendengar dan melihat. Demikianlah urusanNya. Inilah gambaran dari sebuah peristiwa di mana Allah menjadi pihak ketiga.
Nak tambah lagi kisah Khaulah ini. Pernah sekali Saidina Umar berjalan dengan sahabat-sahabat. Kemudian seorang wanita tua memanggilnya dan Umar pergi meninggalkan sahabat-sahabatnya dan duduk berjam-jam mendengarkan wanita ini. Kemudian dia kembali bertemu sahabatnya. Lantas sahabatnya mengadukan, "Sanggup kau meninggalkan kami untuk bersama wanita tersebut". Lantas Umar berkata, "Aku sanggup untuk lebih lama lagi bersama wanita tersebut. Tahukah kau siapa dia? Dialah Khaulah. Suaranya didengar Allah".
Ya, kadang kata-kata manusia menyakitkan dan terlalu menyakitkan. Tapi ingat Allah ada bersama kita dalam perjalanan ini.
Ya Allah, aku bukan Khaulah.. aku berdosa..namun dengarlah rintihan diri ini ya rabb kerana sungguh aku keseorangan..
3 comments:
allah hu akbar...
kisah yang menguatkan kembali insan yang lemah...
me'neutral'kan kembali hati.
bismillah...
sis,, tahniah kerana Allah pilih utk duduk di lapangan ini.. kesibukn itu anugerah.. utk kita belajar betapa nikmatnya kelapangan suatu hari nnt.. tahniah, dan syukur krn Allah hadirkan kisah2 sahabat Rasulullah s.a.w utk kita ambil iktibar drpnya..
sis,, tarbiyah dan dakwah itu bukan bermula dr luar.. ia ada di dalam diri kita,, ia bukan berada di luar, ia ada di sekitar ruang kita.. menikmati kerjaya kita dan segala mehnah dan tribulasinya dengan penuh redha juga adalah tarbiyyah...
bila ada yang menyatakan "staylah di tempat kerja kita" lantaran kesibukan kita, sedang kita punya komitmen di luar,, mungkin sesekali perlu kita turuti saranannya itu.. berdoalah, supaya Allah bantu kita.. binalah kecemerlangan di bidang yang sedang kita ceburi.. sesekali, pengorbanan itu perlu.
Allah pasti Tahu yang terbaik buat kita,, dan DIA pasti membantu kita untuk melakukan yg terbaik~!
all da best, sis...!
syukran ukhti,,setiap coretan ukhti..sentiasa membuatkan ana rindu terhadap usrah yang kita pernah lalui sebelum ini..ana rindu pd ukhti afeera...uhibbuki hubban jamma...
Post a Comment