Saturday, July 31, 2010

Pesona...

Buku pertama yang saya baca dengan linangan air mata dari permulaan hingga akhirnya ialah Hari-hari Dalam Hidupku oleh Zainab AlGhazali. Buku kedua yang memberi efek yang sama Natrah – Cinta – Rusuhan – Air Mata.

Jujur kisah Natrah membuatkan saya menangis pilu dan tersangkut-sangkut membacanya. Bicara yang terpapar pada kulit buku saya rasakan terlalu benar – “Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950)”.

Ya, Natrah adalah satu kisah cinta penuh pesona. Tulisan pengarangnya berjaya membuatkan saya sendiri merasai roh cinta yang mengalir dalam seluruh kisah ini. Saya percaya buku ini akan menjadi box office tidak lama lagi. Jujur setiap bicara meniupkan semangat yang tiada taranya.

Malah saya sendiri menemukan muara jawapan kepada persoalan hidup saya sendiri. Seakan saya menemui susur galur diri sendiri saat membaca kisah ini. Saya tidak pernah mengetahui asal usul sendiri, namun membaca buku ini saya temui jawapannya. Masya Allah, ia sememangnya buku yang tersangat hebat.

Sejujurnya saya temui tema yang lebih utama bagi diri saya sendiri saat membaca buku ini. Persoalannya adalah Qadar. Persoalan yang membuatkan Mansor positif dalam hidupnya, sedang di pihak Natrah sendiri dia gagal memahami bahasa qadar yang menjadi sebab deritanya berpanjangan. Natrah, betapa indahnya andai kau mampu memahami bahasa takdir Sang Pencipta Takdir..

Tulisan Anis Matta bertajuk Cinta di Atas Cinta menjawab sebahagian besar persoalan yang bermain di hati mana-mana pencinta. Kisah cinta Umar Abdul Aziz itu benar-benar meruntun hati. Tidak ada cinta yang mati di sini. Umar menikahkan gadis yang dicintainya dengan pemuda lain. Dengan penuh sendu, gadis itu bertanya, “Umar, dulu kamu pernah sangat mencintaiku. Tapi ke menakah cinta itu sekarang?” Umar bergetar haru, tapi ia kemudian menjawab, “Cinta itu masih tetap ada, bahkan kini rasanya jauh lebih dalam!” Andai cinta mampu berbicara, pasti cinta mengungkapkan kata bahawa cinta tidak semestinya memiliki...

Natrah, moga kau bahagia dan moga Tuhan memaafkan. Benar Tuhan hanya menguji sang permata agar cahayanya terus bersinar.

Andai Allah mengurniakan masa lapang, ingin benar saya berkongsi rasa mengenai sudut lain buku ini yang penuh rona.

Wednesday, July 28, 2010

Pokai...

Antara benda yang paling saya suka ialah buku. Ayah saya yang banyak mendidik saya dan menanam minat terhadap buku. Dan sekarang ini, duit saya agaklah pokai bulan ini kerana buku. Itupun saya nak beli lagi buku perubatan pula hujung minggu ini.

Saya ulas sedikit buku-buku yang saya beli, tidak termasuk buku-buku perubatan. Tiada gunanya nak review buku perubatan. Bosan dan kering.

Buku pertama ialah buku Natrah (1937-2009) - Cinta - Rusuhan - Air mata. Harganya RM75. Buku ini pertama kali saya tahu dari seorang pesakit. Pergi dengan kawan nak clerk pesakit, tapi akhirnya kawan saya sahaja yang clerk, dan saya khusyuk melihat buku ini. Satu catatan sejarah yang saya kira wajib diketahui oleh mereka yang beragama Islam. Sedih dan sayu. Buku ini sangat best sebab menjelaskan sejarah Natrah ini dengan sangat terperinci. Gambar-gambar yang ada membuatkan kita lebih menghargai kisah ini.
Keduanya buku AlMuntalaq. Saya dah pernah ada dulu tapi hilang dan buku ini sangatlah penting bagi saya untuk gerak kerja saya. Boleh dapatkan soft copynya di laman maya, tapi saya masih ingin membelinya kerana perlu mencontengnya.
Seterusnya novel Bumi Cinta, karyanya Kang Abik. Terbitan Malaysia baru sahaja keluar pada Jun 2010, tapi alhamdulillah saya dah mendapatkannya. Karya Kang Abik tidak pernah mengecewakan saya. Nanti ada masa ulas panjang buku ini.

Buku seterusnya ialah Agar Bidadari Cemburu Padamu oleh Salim A. Fillah. Saya memang terlalu sukakan penulisan Salim A. Fillah kerana bahasanya yang indah. Saya dah screen buku ini (speed reading), dan memang banyak bahagian dari buku ini yang membuatkan saya ketawa. Bahasa yang sangat indah dan meruntun hati wanita. Amat sesuai untuk digunakan sebagai pengisian buat mutarabbi yang baru berjinak-jinak dengan tarbiah.

Saya memang mengumpul koleksi buku tulisan Amru Khalid. Kali ini beli lagi dua iaitu Ibadah Sepenuh Hati dan Dahsyatnya Hidayah. Tulisan Amru Khalid memang basah!

Akhir sekali buku Menjaga Stamina Iman oleh Dr Faishal Al Hulaibi. Buku ini dicadangkan oleh seorang sahabat. Dan memang sesuai untuk saya yang cepat bosan. Buku yang amat sesuai dibaca di saat futur. Moga-moga stamina iman selalu fit! Kata naqibah saya semalam, kalau rasa penat di jalan dakwah maknanya memang kita tidak ikhlas. Permulaan kita tidak ikhlas. Huhu..
Beli dan kena baca, Afeera!

Huhu, baru habis clinical assessment orthopaedic. PMD (patient management diary) tidak siap lagi. Cepatlah habis posting orthopaedic yang kering ini, nak baca buku yang basah!

Sunday, July 25, 2010

Gol..

"Dan kalian, wahai ikhwah dan akhawatku, adalah player-player di lapangan yang akan memastikan gol-gol yang indah itu ter'jaring'. Kalianlah bintang-bintang, yang hebat daripada Cristiano Ronaldo atau Lianel Messi atau Wayne Rooney, yang akan membawa pasukan Islam menjulang 'piala kejayaan' tidak sekadar di Syurga Akhirat yang telah terjanjikan, tetapi juga dalam kehidupan dunia yang dinanti-nantikan."

"Gunakanlah kesempatan selama berprogram pada KZT 2010 kali ini, bukan sekadar untuk bercakap, tetapi yang terlebih penting, untuk berbuat. Kerana antara hikmah Allah kurniakan kita 2 tangan, 2 kaki dan beribu otot dan sendi, sedang hanya 1 mulut agar kita lebih banyak berbuat dari bercakap. Dan dianugerahkan kita 2 telinga dan 2 mata berbanding 1 mulut agar kita lebih banyak mendengar dan bermuhasabah, berbanding terarah pada retorika semata-mata."

(Petikan ucapan perasmian KZT 2010)

Thursday, July 22, 2010

Tersisa...

Kata seorang murabbi hari itu, bila penat itu maksudnya kamu berada di jalan yang betul. Tapi kalau tidak penat, kena lihat semula sama ada kamu buat kerja atau tidak. Tapi kalau penat dengan buat satu dua kerja pun ada masalah.

Hidup memang memenatkan sebab kita merindui kamar syurga yang akan mewarnai kuburan kita. Kita sanggup berpenat sebab kita nak syurga Allah yang hebat itu kan? Bukan syurga biasa tapi kita aim untuk syurga Allah yang tertinggi kan? Pastinyalah maharnya mahal kan? Dan ada yang lebih best dari syurga Allah itu, iaitu di saat kita dapat melihat wajah Allah. Tiadalah hal itu lebih membahagiakan bagi seorang hamba.

Kata seorang lagi murabbi semasa meeting, "Terkadang kita tertanya-tanya bilakah pertolongan Allah akan tiba. Pertolongan Allah itu akan tiba di saat tiada lagi yang tersisa dari kita".

Masih banyak lagi yang ada pada kita. Ayuh semangat! Innallaha ma'ana...

Monday, July 19, 2010

Terakhir?

Hari ini seorang blogger yang pernah saya temui dan dengar talknya 3 tahun lalu telah meninggal dunia. Masya Allah! Sayunya.

Saya pasti tulisannya telah memotivasikan ramai orang. Sayu membaca tulisan terakhirnya.

Moga Puan Dalilah dalam rahmat Allah sentiasa.

Dan sungguh kematian itu peringatan bagi yang hidup.

Mungkin kita perlu sedar bahawa Ramadhan kian hampir. Mungkinkah Ramadhan ini ataupun Ramadhan yang lalu adalah yang terakhir bagi kita? Betapa ramai yang dulu bersama kita dalam Ramadhan sebelum ini kini telah tiada...


Sunday, July 18, 2010

Special?

Dari 400 000 lebih calon SPM di seluruh negara, Allah pilih kamu untuk berada di universiti. Dan dari ramai-ramai yang masuk universiti, Allah pilih kamu untuk menerima islam dan iman ini. 1 dari 400 000 = 0.0000025%. Itu baru dibandingkan dengan calon SPM. Kalau dibandingkan dengan penduduk Malaysia dan seterusnya penduduk dunia, entah berapa 0.00000… yang perlu ditambah. Tak sampai percentage tahi gigi pun..

Apa yang special sangat kamu ini? What is so special about you? Kenapa Allah pilih kamu dan bukan yang lain?

Kamu baik sangat? Ramai je orang baik kat dunia ini tapi Allah tidak pilih. Hakikatnya kamu pun tahu kamu tidaklah baik sangat.

Kamu mencari deen ini? Ramai je yang mencari jalan yang lurus di luar sana, tapi Allah tidak pilih mereka.

Ada amalan kamu yang hebat? Ramai lagi amalan mereka berganda-ganda hebatnya, tapi Allah tidak pilih mereka.

Kenapa Allah pilih kamu? Pernah kamu fikir kenapa kamu yang dipilih Allah untuk berada di atas jalan dakwah ini?

Hakikatnya tiada apa-apa pun pada kamu. Semua itu semata-mata kerana Allah memilih kamu.

Dari jutaan manusia yang ada di atas muka bumi Allah ini, Allah pilih KAMU!

Special tak kamu?

Pernah kamu bersyukur kerana menjadi pilihan Allah? Kamu yang hina dimuliakan Allah dengan berada dalam nikmat iman dan Islam ini.

Dengan keistimewaan ini, datang TANGGUNGJAWAB yang sangat besar. Kamu perlu memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Bila kamu akan hilang status special itu? Bila kamu tidak buat kerja lagi. Satu persatu keistimewaan kamu akan ditarik.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Taubah: 39)

p/s – soalan-soalan yang dikemukakan semasa daurah yang membuatkan saya sayu memikirkannya.

Friday, July 16, 2010

Kasih sayang?

Sebak sangat membaca berita di Utusan: Klik sini dan sini.

Menurut Baharom, dia telah didatangi oleh anak keduanya, Zakariah selepas selesai sembahyang zuhur di sebuah masjid.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi mula saya menyedari ditipu apabila dia (Zakariah) membawa saya ke sebuah flat di Kampung Laksamana.

"Di sana, dua lagi anak saya menunggu dan sebaik saja saya masuk, semua pintu dan tingkap ditutup termasuk lampu dan kipas.

"Kemudian anak ketiga, Musa, 50, mengugut sambil mengacukan pen ke muka saya dan memaksa saya menandatangani sepucuk surat," katanya.

Beliau memberitahu, kerana ketakutan, kepanasan dan kehausan, beliau terpaksa menurunkan tandatangan bagi memuaskan hati mereka.


Ya Allah, apa yang sudah terjadi pada dunia ini sebenarnya? Zaman ini zaman fitnah yang begitu menghinakan.

Bagaimana anak tergamak untuk melakukan hal itu?

Perit hati memikirkannya.

Teringat lagu kegemaran saya yang baru. First we need the love oleh Zain Bhikha dan anaknya Rashid Bhikha.

Suka dengar lagu ini sebab dua generasi bersatu, ayah dan anak. Keduanya kerana saya sangat suka lagu kanak-kanak oleh Rashid Bhikha. Dah besar dah pun penyanyi kanak-kanak ini..

Menghayati liriknya benar-benar menjawab persoalan yang membelenggu. Hakikatnya manusia di dunia hari ini terlalu gersang dari cinta dan kasih sayang...

Moga Allah menjauhkan kita dari fitnah dunia ini..


As we sail, across the sea of life
So much pain, warring divides
It’s a shame; we don’t see how it can be

CHORUS

Oh we need to smile at each other
Reach for your brother
Help one another, all/what we need is love
Oh we need to honour our mothers
Shelter our sisters
Alter existence, God’s help will come from up above
But, First we need the love

All the games people playing now
Fuel the flames, hatred devours
Lets spark a change, that’s within all of us



CHORUS (x2)

RAP

i am in the birds
i am in the trees
from the brown branches
to the the green leaves
im colorful
spectrum infinite
i touch all
indiscriminate
breed compassion and sentiment
limitless in my power to heal
the hearts of men
but they are so forgetful
that's why i remind on an instrumental
this life is a trial
can never the let the test effect your smile
reach for your brother go the extra mile
kiss for ya mother hug your sister let your wife know that you miss her
know that you can never give up
when you fall to the floor im the reason you must get up
love
im a blessing from God
So why you dont use me more is so odd
you need love!
we need love!

Rahsia...

Indah benar hadis-hadis yang saya perolehi dari slide yang didownload tadi. Membacanya mengingatkan saya tentang sesuatu...


Kata naqibah, "Cinta adalah rahsia seorang kekasih. Hubungan dengan Allah juga begitu, rahsia di antara hamba dengan penciptaNya".

Allahu A'lam...

Sunday, July 11, 2010

Rhabdomyolysis...

Semalam belajar banyak perkara dalam kelas. Doktor ceritakan tentang rhabdomyolysis juga. Ada seorang pesakit yang mati kerana penyakit tersebut. Selalunya berlaku kepada mereka yang melakukan aktiviti sukan tanpa henti, dan kekurangan air (dehydrated). Pesakit selalunya akan mengadu sakit di bahagian otot dan warna air kencing adalah merah kehitaman. Menurut doktor, seorang pesakit meninggal dunia kerana doktor di hospital lambat mengetahui diagnosis penyakit.

Doktor yang ceritakan tentang hal tersebut juga pernah menyelamatkan seorang pelajar perubatan yang melakukan aktiviti fizikal yang berat untuk menurunkan berat badan.

Semasa doktor ceritakan hal itu, saya mohon pada Allah satu perkara. Kurniakanlah saya hikmah dan ilmu agar saya dapat merawat pesakit saya kelak dengan izinNya. Prof pernah kata hikmah itu adalah bilamana kita melakukan perkara yang betul di saat yang betul.

Seorang lagi doktor menceritakan pengalamannya semasa menjadi HO. Baru hari ketiga mendaftar, dia perlu menghantar seorang pesakit yang mengalami kecederaan kepala dari Pahang ke HKL. Di dalam ambulans, tekanan darah pesakit turun mendadak. Dan mereka berada di lebuhraya Karak di mana perhubungan menggunakan telefon bimbit adalah terlalu sukar. Doktor tersebut tidak dapat menghubungi doktor pakar. Di saat itu, dia teringat bahawa dopamine boleh digunakan untuk meningkatkan tekanan darah. Lantas dia bertanya jururawat yang bersamanya sama ada dopamine ada di dalam ambulans. Kata jururawat ada. Tapi dia tidak tahu cara untuk dilute atau menyediakan dopamine. Alhamdulillah jururawat tersebut tahu dan mengajarkannya.

Banyak yang kita belajar semasa menjadi pelajar perubatan. Terlalu banyak. Medicine is too much. Tapi di saat kita terlalu memerlukan, mampukah ilmu-ilmu itu kita ingati? Sungguh ilmu ini milik Allah dan kita terlalu memerlukan Allah agar ilmu-ilmu itu mampu kita aplikasikan. Ya Allah, bantulah aku untuk membantu pesakitku kelak...

Kembali kepada rhabdomyolysis tadi, saya ingatkan hanya aktiviti fizikal yang berat sahaja yang boleh menyebabkan penyakit itu berlaku. Rupanya kalau pesakit stroke yang lama terlantar di katil, atau kita terjatuh kerana penyakit osteoporosis dan terlantar lama, atau kemalangan dan bantuan lambat tiba, kita boleh juga mendapat rhabdomyolysis kerana pressure yang berlaku pada muscle group.

Teringat sesuatu. Dulu Prof ceritakan tentang kisah surah Kahfi. Saya tidak berpeluang mendengar pengisian ini, tapi seorang kawan yang menceritakannya kembali.

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah Kahfi: 17-18)


Kenapa Allah bolak balikkan mereka? Kalau ikut bidang perubatan, menurut Prof untuk mengelakkan pressure sores. Kalau pesakit terlantar lama, doktor kena periksa belakang pesakit untuk melihat sama ada pesakit sudah develop pressure sores (decubitus ulcer) atau belum.
decubitus ulcer/ pressure sores

Bila belajar tentang rhabdomyolysis ini, mungkin juga itulah salah satu faktor Allah membolak balikkan mereka supaya tiada kecederaan otot yang berlaku.

Masya Allah, hebat kan ayat-ayat Allah...

Saturday, July 10, 2010

'M'..

Tadi jumpa akak kepada sahabat saya. Sahabat saya ini pun mengenalkan saya pada akaknya. Katanya saya telah membawa sinar dalam hidupnya. Mana mungkin begitu sahabatku? Kau berubah atas dasar kefahaman terhadap roh Islam.

Lantas akaknya yang mungkin biasa-biasa sahaja kefahaman agamanya berkata, "Kawan yang menukar kau menjadi 'M'?"

Terfikir-fikir juga apa maksud M. Kata sahabat saya, M itu maksudnya makcik.

Akak kepada sahabat saya menggelarkan fesyen sahabat saya sebagai 'M' (makcik). Yalah, tudung labuh, baju labuh dan tiada solekan.

Ada sedikit terasa hati dengan bicara itu. Tapi teringat bukankah hati daie itu luas? Daie tidak akan kisah dengan bicara mad'u. Sang rasul ditempelak dengan lebih hebat lagi.

Lantas saya rawat hati dengan hadis yang baru-baru ini yang saya baca mengenai keutamaan seorang wanita Muslimah ke atas bidadari.

Hadis keutamaan wanita muslimah atas bidadari ini dituturkan oleh Ummu Salamah:

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?" Beliau menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak nampak. Aku bertanya lagi, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?" Beliau menjawab, "Karena shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, 'kami hiduo abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami ridha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.'" (HR. Thabrani)


Tidak kisahlah jadi 'M' di dunia, mudah-mudahan jadi yang lebih dari bidadari di akhirat sana. Ameen ya rabbal 'alamin..

Dengar lagu ini, sedikit sebanyak macam ada kaitan..



Who I am?

Social Expectation drowns us all inside
What you have should be what I want
Cos what I have just aint alright
The clothes I wear, the way I comb my hair
How I live, oh I don’t care

This is who I am, this is me
Nothing, everything, can’t you see
Who I am, just let me be
Cos like it or not but God loves me
Who I am

He said, she said, they all did
What’s expected of them all
To get to the top don’t matter
If somebody’s gotta fall
You gotta brace the storm, the norms to conform
Get what you wants’ gonna kill us all

Beyond the body that you see
There’s so much more to me
And I feel best when my soul is free

They tell me this is the way
that I need to reform
If I continue to stray,
I’m gonna start up a storm
Wear this, drive that, like this, not that
Don’t dare lose track or you’ll fall way back
But if my Lord loves me then
I know that I’m free
You can say what you want just let me be
I know if I’m real and it’s not a disguise
You’ll love who I am if you open up your eyes
I insist that you see, I aint a mystery
It’s who I wish to be, this is me
It’s what’s true within, come and look again
Looking through the skin
Who I Am

Friday, July 09, 2010

Aqsa...

Hmm, tidak boleh lama. Ada kerja lagi malam ini. Hari ini adalah hari menulis untuk Gaza. Para blogger digalakkan untuk menulis tentang Gaza.

Palestina itu masih berdarah. Walau kamu bahagia di bumi ini, di sana mereka masih menangis. Dan sewajarnya kita meludah muka sendiri kerana di saat mereka melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul di atas bahu setiap Muslim iaitu untuk mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi anbiya' itu, kita masih mampu tersenyum lagi. Aduhai..

Pernah sekali saya dan dua orang adik lelaki saya memandu dari Kuala Lumpur ke Johor. Dan kami sempat mengikuti lecture Children Around the Prophet. Saat itu Dr Hesham menyebut tentang seorang sahabat yang namanya disebut dalam AlQuran. Nama sahabat itu ialah Zaid Ibn Harithah. Kata Dr Hesham, kalau sebut nama Zaid ini dapat pahala sebab nama ini tercatat dalam AlQuran. Adik lelaki saya, Zaid Harithah sudah pun perasan.

Apa kaitannya dengan Palestina? Hmm, sebab salah satu masjid yang mulia iaitu Masjidil Aqsa ini disebut dalam AlQuran. Kiranya kalau kamu menyampaikan pada yang lain dan menyebut-nyebut mengenai Masjidil Aqsa, banyaklah pahala kamu.

Itulah kemuliaan Palestina. Saya ulang tayang petikan dari cerpen Bumi yang Berdarah:

Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.


Allahu A'lam

Tuesday, July 06, 2010

Layak?

Sebelum Isya’ tadi, saya sempat membaca satu artikel. Masya Allah, artikel tersebut begitu menyentuh hati saya. Saya buka Quran dan cuba menghadam ayat-ayat Allah yang disebutkan dalam artikel tersebut. Ada rasa ngeri dan ketakutan yang amat. Terlalu sebak rasanya..

(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (50:22)

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (20: 125-126)

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. (23: 65)

Entah kenapa saya seperti tidak pernah mendengar ayat-ayat ini. Seakan pertama kali saya mendengarnya.

Saya lihat buku-buku perubatan saya. Semuanya tebal-tebal belaka. Dan saya lihat Quran yang kecil di atas meja saya. Mengapa setelah 23 tahun di atas muka bumi Allah, ayat-ayat Allah seakan baru pertama kali saya dan dengar? Banyak buku yang saya baca, tapi bagaimana dengan Quran? Banyak novel yang saya baca, tapi tidak pernah umur saya menghadam Quran terjemahan dari mula sehingga akhir.

Terkadang saya mahu meninggalkan semua ini, mahu belajar kitabullah dan menghafaznya. Tapi bila membaca buku fiqh awlawiyyat oleh Sheikh Yusuf Qardhawi, saya tersedar bahawa saya silap dalam menafsir kehidupan saya.

Tadi pagi, berbual dengan kawan tentang mengekalkan ayat-ayat Quran yang dihafaz dalam memori. Baru hafal surah yang simple-simple, terasa sukar mujahadah untuk terus mengekalkan hafalan. Bagaimana para huffaz melakukannya?

Kata kawan, AlQuran itu memilih manusia yang layak. Terasa pula bila dia mengungkapkan sedemikian.

Ya Allah, Kau bukakanlah hikmah Quran itu buat diri ini…

Sunday, July 04, 2010

Buku...

Semalam saya berjalan bersama keluarga. Adik-adik lelaki saya akan memulakan pengajian mereka masing-masing. Seorang sedang membuat persediaan untuk program perubatan. Seorang lagi pula akan belajar dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Alhamdulillah, Allah jua yang membuka hati mereka untuk sedar mengenai tarbiah dan ingin terus berada dalam tarbiah.

Kami berjalan di pesta buku semalam. Zaid tanyakan saya untuk mencadangkan satu buku untuk dibaca. Saya membawanya ke satu booth. Saya tunjukkan dia buku-buku lama terbitan dewan pustaka fajar.

"Buku-buku ini nampak lama, outdated tapi insya Allah tulisan penulisnya sangat bermakna kerana mereka hidup dalam perjuangan. Tulisan mereka benar-benar hidup".

Saat itu, baru saya melihat dengan lebih teliti buku-buku yang ada. Barangkali kerana melihat sekali lalu sebelum itu, saya terlepas pandang buku-buku yang saya cari sekian lama. Dalam lambakan buku-buku yang menarik dan baru, buku-buku lama itu yang menarik hati saya.

Saya ambil dua buku semalam - Bekalan di sepanjang jalan dakwah oleh Mustafa Masyhur dan buku Golongan yang tercicir oleh Fathy Yakan.

Sejak semalam saya membacanya. Bosan menyiapkan case write up EBM, saya menghadam buku tersebut. Air mata terus mengalir.

Perasaan saya bercampur baur. Sebak. Perit. Seakan terzahir kelemahan sendiri saat membaca buku Golongan yang tercicir. Baru mahu melelapkan mata, dapat panggilan telefon. Kesilapan saya barangkali, saya tidak perasan mengenai program yang menjadi tanggungjawab saya pada Khamis ini. Nama adik-adik belum lagi saya susun. Kerja yang ada begitu banyak. Saya capai buku Bekalan di sepanjang jalan dakwah dan terasa sebak lagi.

Selasa pula exam. Masih pening dengan EBM, logbook pula masih belum sempurna. Terkadang kerana beban-beban yang ada, saya menulis. Bahagia barangkali dengan menulis.

Pesan mak bermain di fikiran. Banyakkan membaca doa - rabbi yassir wa la tu'assir..

Moga Allah memudahkan.

Ujian akan terus berlaku. Mengharapkan kekuatan dariNya untuk menghadapi segalanya. Moga Allah menjadikan saya terus istiqamah sehingga bertemu denganNya.

AlHameed...

Buat adik yang akak kasihi kerana Allah, izinkan marsum maya ini mengunjungimu selalu. Andai kau temui kebaikan dalam setiap kata, kau sebarkanlah segala kebaikan itu pada manusia.

Adik, sinar fajar Ramadhan kian menyinsing. Ramadhan itu adalah hadiah cinta dari Rabb yang agung untuk kekasihnya. Teringat akak pada sebuah puisi di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Kau pasti bersetuju andai cinta yang diutarakan dalam puisi itu akak nisbahkan pada Ramadhan yang kian hampir.

RAMADHAN adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah RAMADHAN !!!

Ternyata adik kita selalu menyesal kerana saat Ramadhan mengunjungi kita, tidak pernah kita mengusahakannya sebaik mungkin. Moga-moga Ramadhan kali ini bukan begitu.

Adik yang akak muliakan kerana Allah, teringat akak akan satu nama Allah yang cantik iaitu AlHameed yang bermakna Dia yang maha layak ke atas segala pujian di ambang Ramadhan ini. Akak terlalu merindui Dia saat ini. Adik, di sana ada perbezaan antara hamd dan syukr. Ada beza dengan yang maha layak diberi pujian dan yang maha layak kita berterima kasih padaNya. Syukr adalah bilamana kita berterima kasih di atas segala pemberian yang bermanfaat pada kita, sedang Alhamd adalah kita memuji tidak kira dia memberi manfaat pada kita atau pun tidak. Ada ulama’ yang mengatakan bahawa syukr itu adalah di bawah alhamd. Pujian kepada Allah itu adalah lembahyung yang memayungi harga kesyukuran kita padaNya.

Adik, seringkali kita menyebut Alhamdulillah kerana rumah yang mewah, kereta yang hebat dan hal-hal materialistik lainnya. Berapa kali adik kita merafa’kan pujian padaNya bila mana kita mampu melakukan satu kebaikan di jalanNya, berapa kali adik kita bersyukur padaNya di atas nikmat kefahaman Islam yang Dia berikan? Pernahkah adik kita mengucapkan syukur di saat kebaikan itu bukan langsung pada kita, misalnya ada kebaikan yang Allah berikan pada sahabat kita, ada kebahagian yang menyirami hati saudara Muslim kita? Berapa kali kita menyebut, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabatku kebahagian yang melimpah ruah”?

Wahai adikku, sesungguhnya nama Allah alHameed itu perlu diucapkan di setiap ketika kerana nama itu merangkumi segala makna. Adik, ucapkanlah kalimah itu di saat kebaikan hadir dan juga di saat kau menerima bencana. Bukankah adik kita diajar oleh sang rasul untuk mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kuli hal, segala puji kepada Allah di atas segala yang berlaku” di saat musibah menimpa? Yakinlah adikku, walau kau tidak melihatnya, di sana ada khayr, ada kebaikan yang sedang Dia sembunyikan. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati akan hal itu.

Adikku yang sentiasa mengejar kebaikan, izinkan akak untuk sering mengingatkan. Terkadang dalam kejayaan yang kita raih, kita terlupa bahawa itu adalah pertolongan Allah. Adikku, tidak mungkin segalanya yang berlaku dalam kehidupan kita itu mampu kita kecapi tanpa kehendakNya. Adikku, tatapilah ayat-ayat cinta dariNya ini dengan sepenuh makna agar kau mampu bermuhasabah.

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. (16: 53)

Wahai adikku, terkadang di saat kita merenungi nikmat kurniaan Allah, terdetik di kamar pemikiran kita untuk melakukan yang lebih baik dengan kurniaanNya. Misalnya nikmat masa yang Allah kurniakan. Kita berharap agar mampu melakukan kebaikan yang banyak dengan masa tersebut. Itulah yang sering berlaku adikku di dalam bulan Ramadhan di saat sekelumit penyesalan hadir. Terkadang adik, muhasabah itu baik di saat kita mengingatkan diri untuk melakukan yang lebih baik.

Wahai adikku, setkan goal untuk Ramadhan ini. Seandainya kau menyenaraikan 10 amalan untuk dilakukan, namun Dia hanya memberi izin kau melakukan kurang dari itu, maka bersyukurlah. Tetaplah memujinya dalam keadaan sedemikian. Bukankah Dia telah berfirman - Lainsyakartum laazidannakum, sendainya kau bersyukur nescaya Dia akan menambah nikmatNya. Di setiap pencapaian kita, panjatkanlah pujian padaNya.

Wahai adikku, terkadang saat kau beribadah di bulan yang mulia itu kelak, kau akan berada di sekeliling manusia. Sentiasalah perbaiki niat bahawa kau melakukannya hanya keranaNya dan bukan untuk dipuji manusia. Saidina Abu Bakar r.a pernah berdoa dengan doa yang indah saat dipuji, “Ya Allah, Kau mengetahui tentang diriku lebih dari mereka mengetahui tentang diriku. Kau mengetahui tentang diriku lebih dari aku mengetahui tentang diriku. Dan aku mengetahui tentang diriku lebih dari mereka mengetahuinya. Maafkan mereka di atas apa yang mereka tidak ketahui tentang diriku. Jadikan aku lebih baik dari apa yang mereka katakan tentang diriku. “ Inilah doa yang perlu menjadi amalan kita wahai adikku saat dipuji kerana segala pujian hanyalah milikNya.

Wahai adikku, di sana ada tingkatan-tingkatan pujian. Yang pertamanya, adalah dengan lisan di saat kita mengungkapkan Alhamdulillah. Keduanya wahai adikku adalah dengan hati di saat seorang hamba merasai sepenuhnya penghargaan kepada Allah. Dan tingkat yang tertinggi wahai adikku adalah bukan hanya dengan lisan dan hati, malah dengan perbuatan adikku. Renungi sekali lagi kalamNya wahai adikku..

“…."Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" (34:13)

Wahai adikku, sesungguhnya cara terbaik kau merafa’kan kesyukuran padaNya adalah dengan kau mengerjakan amalan kebaikan. Maka adikku, bergiat aktiflah di jalanNya. Sungguh ummah telah lama menanti kau hadir untuk bersama membangunkan mereka. Wahai adikku, kau adalah fajar dan harapan yang memastikan cahaya Islam akan tersebar ke seluruh alam buana. Sahutlah seruanNya untuk bekerja di jalanNya.

Moga Ramadhan yang akan hadir akan menguatkan kau dan aku untuk memikul amanat dan beban dakwah yang hadir. Moga kau dan aku akan sentiasa dalam keadaan melakukan amalan untuk melahirkan kerinduan dan pujian padaNya. Moga Allah mengurniakan kita lidah yang basah menyebut namaNya.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin..

Allahu a’lam