Antara benda yang paling saya suka ialah buku. Ayah saya yang banyak mendidik saya dan menanam minat terhadap buku. Dan sekarang ini, duit saya agaklah pokai bulan ini kerana buku. Itupun saya nak beli lagi buku perubatan pula hujung minggu ini.
Saya ulas sedikit buku-buku yang saya beli, tidak termasuk buku-buku perubatan. Tiada gunanya nak review buku perubatan. Bosan dan kering.
Buku pertama ialah buku Natrah (1937-2009) - Cinta - Rusuhan - Air mata. Harganya RM75. Buku ini pertama kali saya tahu dari seorang pesakit. Pergi dengan kawan nak clerk pesakit, tapi akhirnya kawan saya sahaja yang clerk, dan saya khusyuk melihat buku ini. Satu catatan sejarah yang saya kira wajib diketahui oleh mereka yang beragama Islam. Sedih dan sayu. Buku ini sangat best sebab menjelaskan sejarah Natrah ini dengan sangat terperinci. Gambar-gambar yang ada membuatkan kita lebih menghargai kisah ini.
Keduanya buku AlMuntalaq. Saya dah pernah ada dulu tapi hilang dan buku ini sangatlah penting bagi saya untuk gerak kerja saya. Boleh dapatkan soft copynya di laman maya, tapi saya masih ingin membelinya kerana perlu mencontengnya.
Seterusnya novel Bumi Cinta, karyanya Kang Abik. Terbitan Malaysia baru sahaja keluar pada Jun 2010, tapi alhamdulillah saya dah mendapatkannya. Karya Kang Abik tidak pernah mengecewakan saya. Nanti ada masa ulas panjang buku ini.
Buku seterusnya ialah Agar Bidadari Cemburu Padamu oleh Salim A. Fillah. Saya memang terlalu sukakan penulisan Salim A. Fillah kerana bahasanya yang indah. Saya dah screen buku ini (speed reading), dan memang banyak bahagian dari buku ini yang membuatkan saya ketawa. Bahasa yang sangat indah dan meruntun hati wanita. Amat sesuai untuk digunakan sebagai pengisian buat mutarabbi yang baru berjinak-jinak dengan tarbiah.
Saya memang mengumpul koleksi buku tulisan Amru Khalid. Kali ini beli lagi dua iaitu Ibadah Sepenuh Hati dan Dahsyatnya Hidayah. Tulisan Amru Khalid memang basah!
Akhir sekali buku Menjaga Stamina Iman oleh Dr Faishal Al Hulaibi. Buku ini dicadangkan oleh seorang sahabat. Dan memang sesuai untuk saya yang cepat bosan. Buku yang amat sesuai dibaca di saat futur. Moga-moga stamina iman selalu fit! Kata naqibah saya semalam, kalau rasa penat di jalan dakwah maknanya memang kita tidak ikhlas. Permulaan kita tidak ikhlas. Huhu..
Beli dan kena baca, Afeera!
Huhu, baru habis clinical assessment orthopaedic. PMD (patient management diary) tidak siap lagi. Cepatlah habis posting orthopaedic yang kering ini, nak baca buku yang basah!
3 comments:
salam ukhti,
di mana ya ana boleh cari buku almuntalaq dan menjaga stamina iman tu? cuba juga mencari2 di kedai buku biasa,tp sukar utk temui.
untuk sementara, soft copy juga ana sedang mencari tp tak ketemu lg. Mohon bantuan link jika ada :)
Jzkk ^_^
waalaikumussalam wbt ukhti
sejujurnya ana sendiri percaya buku ini sukar ditemui di kedai biasa..
ana dapatkannya dari akhawat UIA..ada seorang doktor yang menjualnya, mendapatkannya dari indonesia...
berkenaan buku AlMuntalaq...boleh dapatkan di www.dakwah.info
Allahu A'lam
Salam, boleh dapatkan buku2 berkenaan & banyak lagi di http://pustakaiman.blogspot.com/
Post a Comment