Sunday, July 04, 2010

Buku...

Semalam saya berjalan bersama keluarga. Adik-adik lelaki saya akan memulakan pengajian mereka masing-masing. Seorang sedang membuat persediaan untuk program perubatan. Seorang lagi pula akan belajar dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Alhamdulillah, Allah jua yang membuka hati mereka untuk sedar mengenai tarbiah dan ingin terus berada dalam tarbiah.

Kami berjalan di pesta buku semalam. Zaid tanyakan saya untuk mencadangkan satu buku untuk dibaca. Saya membawanya ke satu booth. Saya tunjukkan dia buku-buku lama terbitan dewan pustaka fajar.

"Buku-buku ini nampak lama, outdated tapi insya Allah tulisan penulisnya sangat bermakna kerana mereka hidup dalam perjuangan. Tulisan mereka benar-benar hidup".

Saat itu, baru saya melihat dengan lebih teliti buku-buku yang ada. Barangkali kerana melihat sekali lalu sebelum itu, saya terlepas pandang buku-buku yang saya cari sekian lama. Dalam lambakan buku-buku yang menarik dan baru, buku-buku lama itu yang menarik hati saya.

Saya ambil dua buku semalam - Bekalan di sepanjang jalan dakwah oleh Mustafa Masyhur dan buku Golongan yang tercicir oleh Fathy Yakan.

Sejak semalam saya membacanya. Bosan menyiapkan case write up EBM, saya menghadam buku tersebut. Air mata terus mengalir.

Perasaan saya bercampur baur. Sebak. Perit. Seakan terzahir kelemahan sendiri saat membaca buku Golongan yang tercicir. Baru mahu melelapkan mata, dapat panggilan telefon. Kesilapan saya barangkali, saya tidak perasan mengenai program yang menjadi tanggungjawab saya pada Khamis ini. Nama adik-adik belum lagi saya susun. Kerja yang ada begitu banyak. Saya capai buku Bekalan di sepanjang jalan dakwah dan terasa sebak lagi.

Selasa pula exam. Masih pening dengan EBM, logbook pula masih belum sempurna. Terkadang kerana beban-beban yang ada, saya menulis. Bahagia barangkali dengan menulis.

Pesan mak bermain di fikiran. Banyakkan membaca doa - rabbi yassir wa la tu'assir..

Moga Allah memudahkan.

Ujian akan terus berlaku. Mengharapkan kekuatan dariNya untuk menghadapi segalanya. Moga Allah menjadikan saya terus istiqamah sehingga bertemu denganNya.

1 comment:

shash said...

slm, kak feera, tempoh hari ana ke kamal bersama adik ana, dia cari kalo2 ada buku pasal cardiac drugs and alhamdulilah ana kebetulan jumpa dlm nk belek2 saje2, tapi buku tuh buku lama, mmg nampak lama n berhabuk. adik ana dh tarik muka dh. ala, lama. mungkin berkat baca blog kak feera, Allah bg ilham saya jawab blk, buku lama lebih ikhlas berbanding buku baru. buku lama, lagi best sbb mmg niat org dulu nk share, so dat ilmu tuh sampai n boleh diupgrade lg, tapi buku sekarang nak duit je kebanyakkannya. ditukar kulit n tambah sehelai dua konon baru pastuh charge mahal.. adik sy terus, ok, adik rs buku nie best(lepas dia belek juga dlm dgr sy membebel. hehe) jzkk:)