Wednesday, July 25, 2012

Jin..

Sedang membuat revisi Surah Jin untuk usrah adik-adik. Surah ini adalah hiburan buat sang rasul. Saat di Mekah tiada yang menerima dakwah nabi, di Taif juga terjadi hal yang sama. Hanya Allah yang memahami perasaan sang rasul. Ketika sang Rasul dalam perjalanan pulang ke Mekah, beliau singgah di Nakhlah. Beliau bangun di tengah malam mendirikan solat, tiba-tiba lalu rombongan jin yang diceritakan oleh Allah di dalam AlQuran. Seolah-olah Allah nak beritahu pada kekasihnya, bahawa pasti di sana akan ada yang sudi menerima dakwahmu. Seolah-olah Allah memberitahu kekasihNya bahawa dia tidak berseorangan.

Saat membaca ayat-ayat dalam surah ini, rasanya seperti ditampar-tampar..

Perasaannya sama macam baca surah Aadiyat. Allah ceritakan tentang kuda dan selepas itu Allah ceritakan tentang manusia yang engkar. Seolah-olah Allah nak cakap kat kita, kuda yang makan jerami itu pun boleh patuh pada tuan dia, bekerja bersungguh-sungguh. Allah gambarkan kehebatan kuda yang cuma makan jerami sahaja dalam Quran. Tapi kita yang Allah berikan seluruh dunia dan seisinya ini masih engkar. Terasa tak?

Bila baca surah jin, Allah ceritakan tentang jin yang beriman dalam ayat permulaan dan lepas itu Allah ceritakan tentang sikap manusia. Seolah-olah Allah nak cakap dengan kita, kalaulah jin yang penciptaannya second class itu pun boleh beriman dengan Allah, kenapa kita yang Allah cipta dengan penciptaan first class, sebaik-baik ciptaan masih kufur lagi dengan Allah?

Sangat-sangat hebatlah jin itu. Baca Quran, boleh terus melompat-lompat nak buat dakwah dan tarbiah! Terasa habislah!

Mengalir air mata baca Fi Zilalil Quran saat Syed Qutb gambarkan surah ini.

Ayat-ayat Surah al-Ahqaf ini sama seperti ayat-ayat dalam surah ini (Surah Jin) iaiitu menceritakan detik-detik pertama perasaan terpesona makhluk jin terhadap Al-Quran iaitu rasa terpesona yang menggegarkan hati mereka, menggoncangkan perasaan yang tidak dapat ditahankan mereka dan membuat mereka begitu terharu, dan kerana itu mereka dengan tergesa-gesa mendapatkan kaum mereka sebelum menceritakannya kepada orang lain. Mereka berkata dengan gaya kata yang bersemangat, terharu, serius dan penuh perhatian. Mereka laksana seorang yang dikejutkan oleh satu peristiwa yang amat mengharukan hatinya dan menghilangkan kesabarannya dan terus terdorong untuk memindahkan perasaan yang berkecamuk dalam jiwanya kepada jiwa orang-orang lain dengan penuh ghairah, kesungguhan dan perhatian yang berat.


Allahu Akbar! Nak feeling yang sama macam yang jin rasa bila baca surah ini! Permudahkan ya rabb!

Tasbih..

Semalam ulangkaji surah Hadid dengan adik-adik. Seorang adik berkongsi tadabbur ayat pertama yang pernah diperolehinya dari ex-naqibahnya sebelum ini.

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al Hadid : 1)


Apa perasaan awak saat membaca ayat ini? Apa yang awak lakukan setelah membaca ayat ini?

Kata adik tersebut, saat sahabat membaca ayat ini, berkobar-kobar semangat dan perasaan sahabat untuk terus buat dakwah dan tarbiah (D&T). Sebabnya sahabat mahu merealisasikan ayat ini. Sahabat tidak mahu melihat ada insan-insan yang tidak bertasbih memuji Allah.

Macam baca surah Annas.. Malikinnass..Allah sebagai Malik - Allah sebagai raja.. Bila kita sebut raja, pasti seorang raja memiliki rakyat di bawahnya, ada perlembagaan yang diasaskannya dan juga tanah jajahannya.

Cuba kita tanya diri kita sendiri. Adakah hak-hak Allah sebagai raja telah dipenuhi? Apa yang telah berlaku pada tanah jajahan Allah? Apa berlaku pada rakyat Allah? Adakah perlembagaan Allah telah dijalankan? Begitu dahsyat rakyat Allah memperlakukan Allah. Mereka telah menggulingkan Allah dari takhta kekuasaanNya!

Bila baca ayat ini, kena lagi semangatlah buat D&T!

Tuesday, July 24, 2012

Malam...

Saya telah melalui dua malam di dalam Ramadhan sebagai house officer. Non stop admission. Non stop ambil darah. Non stop cucuk brannula. Doa juga jauh dari khusyuk. Jeles sangat tengok orang lain. Terkadang ternya-tanya, benar-benarkah hati ini merasai roh Ramadhan? Dulu terkejar-kejar nak dapat berjemaah subuh dan isya' dalam Ramadhan sebab solat subuh jemaah dapat separuh qiam, isya' jemaah separuh qiam lagi. Kalau dapat subuh dan isya' jemaah, seolah-olah mendirikan qiam sepanjang malam. Tapi kini...hmm...Allah lebih tahu! Tapi saya berpesan dengan diri, "Afeera! Ini juga pahala!".

Teringat dulu di matrikulasi, serasanya saya mahu mengambil bidang sains sosial. Tapi Allah temukan saya dengan seorang doktor yang kelak menjadi professor saya di universiti. Dia bercerita mengenai kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya oleh Allah, dibukakan pintu syurga dan Allah berterima kasih padanya kerana memberi minum seekor anjing. Katanya, ganjaran yang begitu besar kerana ehsan kepada haiwan, apatah lagi doktor yang merawat manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian Allah. Pastinya ganjaran yang menanti adalah lebih besar. Setiap kali seorang doktor bertemu pesakit, dia akan mendapat peluang diampunkan dosanya oleh Allah, dibukakan pintu syurga buatnya dan Allah berterima kasih padanya. Pahala yang berlipat ganda menanti seorang doktor yang bekerja ikhlas kerana Allah.

Saya terkesan ketika itu saat dia memberitahu bahawa kerjaya ini diiktiraf oleh Allah di dalam Al Quran– “..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32) Pekerjaan ini sememangnya menjanjikan pahala yang lumayan buat mereka yang benar-benar mahukannya.

Dan untuk Ramadhan ini, saya pesan pada diri saya hadis-hadis ini

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]


Kalau orang lain ternanti-nanti malam AlQadar untuk diziarahi malaikat, Allah berikan peluang untuk seorang doktor merasainya sepanjang masa. Adakalanya saya gugur juga. Adakalanya saya hilang sabar juga. Kita benar-benar bermujahadah kan? Saya akan mula tagging di NICU Khamis ini. Moga Allah memudahkan segalanya. Moga Allah mengurniakan hati dan kesabaran yang luar biasa dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Friday, July 20, 2012

Hadid...

Seringkali saya menanti-nanti saat untuk berprogram bersama-sama. Terasa nikmat bila dapat mentadabbur Quran bersama. Sangat indah bila bertemu mata dengan akhawat.

Semalam seorang akak yang terlalu saya kagumi di atas jalan dakwah dan tarbiah ini berkongsi tentang surah Hadid. Diceritakan pada kami muqaddimah ayat-ayatnya yang sangat mengkagumkan. Keagungan Allah yang luar biasa. Diajarkan pada kami seruan Assyahid Syed Qutb yang mengajak untuk berkelana dan mengembara bersama setiap ayat yang menceritakan keagungan ciptaan Allah. Allahu Akbar..kami mengembara ke Everest dan melihat ciptaanNya dari puncak Everest, kami mengembara melihat kejadian siang dan malam, kami mengembara melihat pucuk-pucuk pokok yang bertunas.. Masya Allah! Kami merasainya dengan hati-hati kami! Setiap ayat seakan getaran yang sangat mengasyikkan! Nikmatnya tarbiah yang mengajarkan kami AlQuran sebegitu rupa...

Di saat Allah menceritakan keagungannya ciptaanNya yang mengasyikkan, kami terpana! Dan dia mengetahui segala isi hati. (Surah Hadid: 6) Ya, Dia tahu..Dia sangat hampir... Betapa agungnya Dia yang tidak menzahirkan diriNya... Betapa agungnya Dia yang memperhatikan hati dan iman kita sama ada mampu atau tidak untuk merasakan kehadiranNya dalam setiap keputusan hati kita..Allah!

Diceritakan pada kami tentang ayat Allah dalam Surah Hadid mengenai infaq, dan kemudiannya Allah menyebut berkenaan cahaya dan kemudian menyebut kembali mengenai infaq.. Allahu Akbar! Susunan yang sangat indah...

Dan jujur ayat seterusnya adalah ayat klimaks yang membuatkan saya tertampar-tampar..

Akukah munafiq itu? Sedihnya saat kita yang pernah berprogram bersama akhirnya bertemu di akhirat di persimpangan yang berbeza.. Dan diadakan tembok.. di saat kita merayu-rayu dengan sahabat kita... Allah, usah sesekali Kau mentakdirkan hal itu berlaku...

Saya ingin menulisnya... Namun masa sangat mencemburui... Namun seorang ukhti telah menulisnya dengan hatinya...Bacalah! Betapa ayat-ayat itu sangat menggerunkan buat kita yang berada di jalan dakwah dan tarbiah!

Ini tulisan ukhti tersebut:

Da'i yang kecewa dan terluka

Sunday, July 15, 2012

Taqwa..

Meremang baca cerita ini. Ketaqwaan wanita ini sungguh mengkagumkan. Keberadaan di wad pediatrik membuatkan cerita ini lebih terkesan di hati. Berdepan dengan ukhti yang sedang menanti-nanti kehadiran cahaya mata juga membuatkan ketakjuban saya bertambah terhadap kesabaran wanita ini.

The Husband Who Was Too Shy To Look At His Wife (a moving story)

This story was recounted by Prof. Khalid Al-Jubeir, consulting cardiovascular surgeon, in one of his lectures:

Once I operated on a two and a half year old child. It was Tuesday, and on Wednesday the child was in good health. On Thursday at 11:15 am – and I’ll never forget the time because of the shock I experienced – one of the nurses informed me that the heart and breathing of the child had stopped. I hurried to the child and performed cardiac massage for 45 minutes and during that entire time the heart would not work.

Then, ALLAH decreed for the heart to resume function and we thanked HIM. I went to inform the child’s family about his condition. As you know, it is very difficult to inform the patient’s family about his condition when it’s bad. This is one of the most difficult situations a doctor is subjected to but it is necessary. So I looked for the child’s father whom I couldn’t find. Then I found his mother. I told her that the child’s cardiac arrest was due to bleeding in his throat; we don’t know the cause of this bleeding and fear that his brain is dead. So how do you think she responded? Did she cry? Did she blame me? No, nothing of the sort. Instead, she said “Alhamdulillah” (All Praise is due to ALLAH) and left me.

After 10 days, the child started moving. We thanked ALLAH and were happy that his brain condition was reasonable. After 12 days, the heart stopped again because of the same bleeding. We performed another cardiac massage for 45 minutes but this time his heart didn’t respond. I told his mother that there was no hope. So she said: “Alhamdulillah. O ALLAH, if there is good in his recovery, then cure him, O my Lord.”

With the grace of ALLAH, his heart started functioning again. He suffered six similar cardiac arrests till a trachea specialist was able to stop the bleeding and the heart started working properly. Now, three and a half months had passed and the child was recovering but did not move. Then just as he started moving, he was afflicted with a very large and strange pus-filled abscess in his head, the likes of which I had never seen. I informed his mother of the serious development. She said “Alhamdulillah” and left me.

We immediately turned him over to the surgical unit that deals with the brain and nervous system and they took over his treatment. Three weeks later, the boy recovered from this abscess but was still not moving. Two weeks pass and he suffers from a strange blood poisoning and his temperature reaches 41.2°C (106°F). I again informed his mother of the serious development and she said with patience and certainty: “Alhamdulillah. O ALLAH, if there is good in his recovery, then cure him.”

After seeing his mother who was with her child at Bed#5, I went to see another child at Bed#6. I found that child’s mother crying and screaming, “Doctor! Doctor! Do something! The boy’s temperature reached 37.6°C (99.68°F)! He’s going to die! He’s going to die!” I said with surprise, “Look at the mother of that child in Bed#5. Her child’s fever is over 41°C (106°F), yet she is patient and praises ALLAH.” So she replied: “That woman isn’t conscious and has no senses”. At that point, I remembered the great Hadith of the Prophet (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam): “Blessed are the strangers.” Just two words… but indeed two words that shake a nation! In 23 years of hospital service, I have never seen the likes of this patient sister.

We continued to care for him. Now, six and a half months have passed and the boy finally came out of the recovery unit – not talking, not seeing, not hearing, not moving, not smiling, and with an open chest in which you can see his beating heart. The mother changed the dressing regularly and remained patient and hopeful. Do you know what happened after that? Before I inform you, what do you think are the prospects of a child who has passed through all these dangers, agonies, and diseases? And what do you expect this patient mother to do whose child is at the brink of the grave and who is unable to do anything except supplicate and beseech ALLAH? Do you know what happened two and a half months later? The boy was completely cured by the mercy of ALLAH and as a reward for this pious mother. He now races his mother with his feet as if nothing happened and he became sound and healthy as he was before.

The story doesn’t end here. This is not what moved me and brought tears to my eyes. What filled my eyes with tears is what follows:

One and a half years after the child left the hospital, one of the brothers from the Operations Unit informed me that a man, his wife and two children wanted to see me. I asked who they were and he replied that he didn’t know them. So I went to see them, and I found the parents of the same child whom I operated upon. He was now five years old and like a flower in good health – as if nothing happened to him. With them also was a four-month old newborn. I welcomed them kindly and then jokingly asked the father whether the newborn was the 13th or 14th child. He looked at me with an astonishing smile as if he pitied me. He then said, “This is the second child, and the child upon whom you operated is our first born, bestowed upon us after 17 years of infertility. And after being granted that child, he was afflicted with the conditions that you’ve seen.”

At hearing this, I couldn’t control myself and my eyes filled with tears. I then involuntarily grabbed the man by the arm, and pulling him to my room, asked him about his wife: “Who is this wife of yours who after 17 years of infertility has this much patience with all the fatal conditions that afflict her first born?! Her heart cannot be barren! It must be fertile with Imaan!”Do you know what he said? Listen carefully my dear brothers and sisters. He said, “I was married to this woman for 19 years and for all these years she has never missed the [late] night prayers except due to an authorized excuse. I have never witnessed her backbiting, gossiping, or lying. Whenever I leave home or return, she opens the door, supplicates for me, and receives me hospitably. And in everything she does, she demonstrates the utmost love, care, courtesy, and compassion.” The man completed by saying, “Indeed, doctor, because of all the noble manners and affection with which she treats me, I’m shy to lift up my eyes and look at her. So I said to him: “And the likes of her truly deserve that from you.”

The End…

ALLAH says: And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient; Who, when calamity strikes them, say, “Indeed we belong to ALLAH, and indeed to HIM we will return.” Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided. (Surah Al-Baqarah 155-157)

Umm Salamah (the wife of the Prophet) said: I heard the Messenger of ALLAH (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam) saying: “There is no Muslim who is stricken by a calamity and says what ALLAH has commanded him – ‘Indeed we belong to ALLAH, and indeed to Him we will return; O ALLAH, reward me for my affliction and compensate me with that which is better’ – except that ALLAH will grant him something better in exchange.” When Abu Salamah [her former husband] passed away, I said to myself: “What Muslim is better than Abu Salamah?” I then said the words, and ALLAH gave me the Messenger of ALLAH (Sallallaahu Alaihi Wa Sallam) in exchange. (Sahih Muslim)

Wednesday, July 11, 2012

3:159..

Jujur hospital adalah medan tarbiah yang mendidik saya dalam segala segi. Di sini saya belajar erti kesakitan. Di sini saya belajar untuk mempraktikkan segala yang saya pelajari dalam dakwah dan tarbiah. Di sinilah saya mendepani segala ujian kehidupan.

Menjadi house officer, saya disakiti setiap masa sehinggakan saya terduduk seketika. Hatta sehingga saya tiada kekuatan untuk membalas mesej-mesej berkaitan D&T, pandangan saya sepi.

Setiap masa ayat Ibadurrahman menggamit hati saya.

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." (Surah Furqan: 63)


Ayat ini seakan echo di hati sendiri, ia akan berulang. Namun saya perlu berhadapan dengan mereka setiap 5-10 minit. Di sana saya diuji dengan sebenarnya. Saya terpaksa mendengar umpatan dan cacian yang bertubi-tubi. Di marahi sesuka hati. Usahkan mendapat hak seorang Muslim, hak seorang manusia juga masih jauh untuk dipenuhi.

Semalam misalnya, saya diarahkan oleh staff nurse dalam keadaan marah untuk memberi suntikan IM neupogen. Dan saya yang perlu menyediakannya tanpa sebarang tunjuk ajar. Dos, segalanya perlu difikirkan sendiri. Setelah itu dimarahi hanya kerana tidak membawa kidney dish. Dan kemudiannya mendengar umpatan terang-terangan betapa pakar marahkan saya. Lantas saya bertanya pada seorang teman mengenai perkara yang terjadi.

Rupanya saya order heparin free untuk seorang pesakit. Dan IJC line pesakit block. Sejujurnya saya hanya mengikut arahan MO saya memandangkan keputusan heparin free adalah kerana pesakit akan menjalani pembedahan Khamis ini. Dan MO tersebut tiada (MC) untuk membela saya di saat segala kesalahan dipikulkan atas bahu saya. Saya pergi bertemu dengan pakar tersebut menerangkan segala yang terjadi, dan alhamdulillah dia menerima penjelasan saya dengan profesional. Malah mengajar saya bahawa half life untuk heparin adalah 6 jam dan tiada apa-apa permasalahan yang timbul andai pesakit pergi hemodialisis dengan heparin.

Dapat bayangkan perasaannya bila staff nurse ngumpat terang-terangan, merujuk notes kita sebagai rubbish dan bullshit?

Pagi ini saya diarahkan oleh MO untuk mendapatkan 1 unit platelet untuk pesakit. Saya sudah menyediakan borang, menelefon MO hematology. Segalanya telah saya uruskan. Dan saya dimarahi oleh staff nurse kerana telah order platelet terlebih dahulu sedangkan pesakit masih menjalani pemindahan darah packed cell. Saya cuma mengikut arahan dan beginilah seharian kehidupan saya, disakiti sesuka hati.

Saya membaca artikel bertajuk daie Islam umpama robot. Saya bersetuju dengan artikel dan pernyataan dalam artikel tersebut. Menjadi doktor dan daie, saya benar-benar robot.

Masakan tidak, sering daie Islam itu perlu memendam perasaan, lantaran jiwa dan raganya harus digunakan buat memikirkan orang lain, kudrat dan tenaganya perlu diinfak buat berkhidmat buat orang lain, waktu dan masanya harus -secara ajaibnya- dilapangkan buat memenuhi keperluan orang lain.

Mereka ini tidak boleh memikirin perasaan mereka sendiri, kerana setiap detik dan waktu, mereka harus senantiasa memikirkan nasib dan perasaan orang lain.

Bahkan, layanan orang lain terhadap mereka juga, persis umpama mereka hanyalah robot, bukannya manusia biasa yang ada perasaan, yang bisa menangisi kesedihan, yang bisa merasai kepedihan disakitkan, yang bisa luntur semangat dan keimanan. Tidak, mereka harus sempurna, dan tidak akan pernah halal untuk mereka memiliki perasaan, demikian mereka disakitkan, demikian mereka dilukai, demikian mereka dihina dan dijatuhkan.


Sampaikan saya bertanya Allah, "Ya rabb, amat sukar menjadi ibadurrahman, title hamba yang dinisbahkan dengan namaMu yang sangat agung. Mungkin sekali dua aku mampu, tapi ya rabb bagaimana untuk aku istiqamah meraih title yang agung itu?"

Di ketika yang lain, saya tertanya-tanya tentang dosa sendiri yang membuatkan saya disakiti begini.

Pagi tadi saat disakiti lagi, saya pesan pada diri - Kalau tidak disakiti seperti ini, mana mungkin saya mampu memahami ayat-ayat berkenaan Ibadurrahman itu?

Saya mendapat bahan Rabtul Am dari Sheikh Hamid dulu. Impian saya saat mula-mula bekerja adalah untuk membina sebanyak mungkin ikatan rabtul am. Namun saya gagal. 'Ala kulli hal, saya masih bermujahadah.

Saya balik, tidur dalam kesakitan. Seusai bangun dan menunaikan solat, tergerak hati untuk mentadabbur. Allah yang menggerakkan hati mencari kuliah di internet. Allah yang menggerakkan hati, dalam ribuan video di youtube untuk saya menonton video ini. Bukankah kita tahu tiada kebetulan yang berlaku dalam segala aspek kehidupan kita? Segalanya adalah sunnatullah! Terdiam! Menangis tanpa henti mentadabbur ayat ini! Dan saya masih menangis sehingga kini! Saya juga memuhasabah diri sebagai murabbi buat adik-adik saya. Terlalu banyak kepincangan yang saya lakukan..



Ya rabb, saya redha dengan semua kesakitan ini andai asbab di sebaliknya adalah untuk saya memahami kalamMu...Hati saya basah dalam limpahan kasihNya..

Moga Allah memperbaiki akhlaq saya setiap saat dan ketika...

Monday, July 09, 2012

Ayat kiblat dan syahadatul haq..

Beberapa hari ini, seakan sedih dengan jahiliah yang menusukkan peluru bertubi-tubi ke arah saya, mentertawakan saya dengan sakannya.

Berada di daycare dan wad pediatrik onkologi (kes-kes kanser) / nefrologi (kes-kes melibatkan buah pinggang) membuatkan saya hiba. Ya, saya berhadapan dengan adik-adik yang kritikal namun serasanya saya melihat jahiliah di sekeliling mereka adalah lebih mencemaskan iman.

Saat menandatangani borang-borang pemindahan darah untuk adik-adik yang menghidap thalassemia, saya melihat novel-novel jahiliah yang dibaca oleh mereka. Tulisan dan coretan kita di majalah sebenarnya adalah setitis sekiranya hendak dibandingkan dengan lautan jahiliah. Saat memasukkan kemoterapi, saya melihat koleksi CD-CD jahiliah yang dimiliki mereka. Pernah sekali semasa saya bekerja syif malam, mereka sekumpulan menonton tayangan yang cukuplah memalukan tanpa ada sekelumit rasa malu. Belum lagi kata-kata lucah terhadap kawan sendiri yang menghidap penyakit inguinal hernia.

Perit!

Kelmarin saya ke sekolah agama tempat saya membina beberapa orang adik-adik. Saya diminta untuk memberi perkongsian umum untuk adik-adik Tingkatan 4 dan 5. Lantas saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kehidupan. Saya menyelitkan juga pengisian mengenai realiti ummah di luar sana. Saya ceritakan pada mereka betapa tarbiah menguatkan saya dan kemanisan hidup dalam tarbiah. Wajah-wajah yang ada ternyata memandang dengan penuh kebosanan melainkan wajah-wajah yang saya bina yang hakikatnya sangatlah sedikit dibandingkan dengan keseluruhan pelajar.

Seusai pengisian, saya berbual dengan senior mereka. Dan mereka ada malam kebudayaan. Saya duduk berbual sambil memerhatikan. Lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu jahiliah. Joget dan menari. Nauzubillah... Terkejut sangat sebab sekolah tersebut adalah sekolah agama..

Seakan bayangan syaitan yang mentertawakan hadir. Rasa down yang amat.. Baru habis sharing, dan itulah hasilnya..

Akhlaq saya pun rapuh beberapa hari ini. Dan saya hilang semangat mahu ke hospital. Rutin yang sangat membosankan. Seakan penat yang amat. Bukan penat fizikal, serasanya roh yang ada dalam jiwa saya kepenatan.

Dan hari ini menitis air mata saya mendengar sharing brother Nouman Ali Khan (NAK) tentang ayat syahadatul haq dan ayat kiblat!

Tak mampu menulis kesemuanya.



Sangat terkesan bila dia berkongsi bahawa satu hari kelak manusia akan menjadi saksi terhadap akhlaq kita yang tidak menggambarkan kita sebagai Muslim. Dush! Semua orang akan saling memberi kesaksian terhadap kita! Dan lagi berat bila sang Rasul sendiri menjadi saksi terhadap akhlaq kita! Allah..tak sanggupnya saya menghadapi hari itu..

Dan dia ceritakan tentang kasihnya Allah pada Rasulullah SAW sehinggakan Allah mengetahui perasaan kekasihnya tanpa perlu Rasulullah SAW mengungkapkannya. Kalau begitu kasih sayang Allah, bagaimana rasanya azab yang akan ditimpakan Allah ketika sang Rasul memberi kesaksiannya terhadap kita? Allah...

Basah sangat bila brother NAK share tentang makna rauf..tentang kisah Hassan bin Thabit..dan janji Allah yang akan menjadikan Quran itu mudah bagi kita, tapi kenapa kita tak letakkan sedikit pun effort untuk mempelajarinya? Dengarlah! Dengarlah!

Saya tiada masa seperti dahulu untuk menulis walau hati saya begitu rindu untuk menulis.

'Ala kulli hal, kalau dengar sharing itu..saya dah cari ayat-ayat Quran yang brother NAK kongsikan..

Moga Allah mudahkan dan ini ayatnya:

- ayat Syahadatul Haq : Surah Al Baqarah 2: 142-143

- kisah orang Yahudi menyalahkan Jibril - Surah Al Baqarah 2: 97-98

- wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaaqub - Surah Al Baqarah 2: 131-132

- tentang Ramadhan - Surah Al Baqarah 2: 183

- ayat yang dibaca oleh Hassan bin Thabit dan Rasulullah memintanya berhenti ..Hasbuk! Hasbuk - Surah Annisa: 4: 41

- Ayat Rasullulah SAW memberikan kesaksian bahawa kita meninggalkan Quran - Surah Furqan - 25 : 30

- Janji Allah yang akan memudahkan Quran bagi kita - Surah AlQamar : 54: 17, 54: 22, 54: 32, 54: 40

- Janji Allah bahawa kita tidak akan berpecah dengan berpegang dengan tali Allah: Surah Ali Imran : 3: 103

Moga Allah memudahkan dan menguatkan kita ...

Sunday, July 01, 2012

Tak mahu!

ISK. Ini Sejarah Kita. Saya tidak pasti berapa kali hati saya akan tersentuh dengan amat setiap kali menghadirinya. Pada mujahadah itulah saya temukan kemanisan. Dalam penat itulah Allah menghadiahkan sesuatu yang menggelorakan iman. Di saat saya kebuntuan untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang house officer, Allah memberikan sentuhannya... Walau program itu adalah untuk adik-adik, saya begitu terkesan..

Video ini katanya telah popular di kalangan mereka yang belajar di luar negara. Namun saya baru menontonnya hari ini. Sangat tersentuh! Inspiring! Dan saya rasa begitu tersentap saat buku tersebut ditutup. Handphone saya, dunia hospital saya, kereta saya, segalanya yang dekat dengan saya adalah Islam. Segalanya... Saya tidak mahu buku itu ditutup! Saya tidak mahu! Hati saya seakan menjerit saat buku tersebut ditutup.

Ya, mungkin buku tersebut ditutup. Tapi kita dah berjanji untuk membukanya semula, kan?