Wahai ibu-ibu dan puteri-puteri yang dikasihi.
Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam siri-siri marsum maya ini. Hari ini kita akan mentadabbur satu ayat dari kalamullah. Satu ayat yang sewajarnya menjadi renungan kita sebagai para ibu.
Seringkali saat anak-anak kecil atau remaja terjebak dengan amal-amal seperti pornografi, onani, zina dan lainnya, ada sesuatu yang bermain di hati kita. Sejauh mana anak-anak ini ihsan atau merasai bahawa Allah ada dan melihat segalanya. Adakah ihsan ini mengairi hati dan jiwa mereka?
Hari ini kita tadabbur Surah Luqman ayat 16 yang menceritakan nasihat seorang ayah pada anaknya. Sebelum Luqman menasihati anaknya agar tidak terjebak dengan perkara mungkar, ayat ini merakamkan analogi yang digunakan oleh Luqman pada anaknya.
“Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Luqman memulakan nasihatnya dengan panggilan “ya bunayya”. Ianya merupakan panggilan manja buat anaknya. Kalimah ini menggambarkan satu kedekatan antara anak dan ayahnya. Sebelum kita menasihati anak, ada satu ruang yang perlu kita muhasabah. Sejauh mana keterdekatan kita dengan si anak. Kita perlu berusaha agar pertautan hati itu ada di antara kita dan anak.
Dan kemudiannya dia menyebutkan, “innaha in taku misqala habbatin min khardal” – seandainya ada satu benda yang kecil dan sekecil biji sawi. Luqman cuba membawa si anak mengerti tentang satu objek yang sangat kecil dan halus.
Dan kemudian Luqman menyebut “fatakun fi sahrah” dan berada di dalam satu batu yang terlalu besar. Cubalah kita bayangkan batu sebesar bilik di rumah kita atau lebih besar dari itu. Luqman sebut sekecil-kecil benda dalam sesuatu yang tersangat besar. Dia meminta si anak membayangkannya. Bagaimana mahu mencari biji sawi yang kecil itu? Belah dua batu itu? Mustahil boleh jumpa. Belah bermilion, trillion. Oklah misalnya dah belah batu yang besar itu sama sekecil biji sawi itu. Dalam million butiran batu halus itu, bagaimana untuk mencari biji sawi tersebut? Sukar bukan.
Hebatnya lagi nasihat Luqman ini, ia tak berhenti setakat itu. Analogi itu ada pula sambungannya. Di sambung pula “aw fissamawati aw fil ardhi”. Batu itu pula mungkin di langit atau di bumi. Cubalah bayangkan keluasan alam cakrawala ini. Bayangkan galaksi bima sakti. Dan nak cari biji sawi ini.
Apa ayat seterusnya? “Yakti bihallah” Nescaya Allah akan mendatangkannya. Benda yang mustahil untuk kita, tapi Allah mampu melakukannya. Satu kekuasaan yang besar. Seandainya itu pun Allah tahu, Luqman ingin anaknya tahu bahawa Allah tahu bahawa sekecil mana yang terdetik di hati, sehalus mana pekerjaan yang kamu lakukan.
“Innallaha lathifun khabir”. Lathif ini menggambarkan betapa halus dan ‘precise’nya Allah. Mampu menguruskan sehalus-halus ciptaan. Di sebalik kegagahan Allah, ada kehalusannya. Ada manusia gagah yang hatta bila memegang gelas, gelas pun pecah. Namun Allah bukan begitu, di sebalik kegagahannya, ada kehalusannya.
Dan ‘khabir’ pula menggambarkan kehalusan Allah dalam memahami hati insan, di sudut yang paling dalam. Sekecil-kecil dan sehalus-halus detik hati.
Maka sesudah itulah, barulah Luqman menasihati anaknya mengenai hal lain. Maka ayuhlah kita mengambil pedoman, ibrah dan nasihat dari ayat Quran ini. Kita perlu menanam perihal ihsan dan kebersamaan Allah dalam jiwa anak-anak kita.
Dan di malam-malam akhir Ramadhan ini, kita terus berdoa dalam kehangatan malam untuk semua anak-anak kita agar dijauhkan dari fitnah dunia yang mengganas.
U2F
Indera Mahkota
Sunday, May 17, 2020
Saturday, May 16, 2020
Puasa...
Usia saya sudah mencecah lebih 30-an. Paling kurang ada dua puluh tahun lebih saya dah berpuasa.
Terkesan tadi join program melalui googlemeet. Ustaz Syazalie sebut tentang ayat puasa. Ada satu tempat sahaja dalam Quran yang menyebut tentang puasa iaitu Surah Baqarah ayat 183-187.
Ustaz pun tanya, apa ayat Quran selepas ayat berkenaan puasa?
Jujurnya tak tahu. Mengaji berpuluh tahun, puasa berpuluh tahun tapi tak tahu. Nasiblah guna googlemeet. Boleh mute suara, boleh off video. Malu tak tahu nak letak muka di mana.
Ustaz Syazalie pun lepas itu sebut Surah Baqarah ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Apa puasa ini? Kita tak boleh buat benda yang halal yang selama ini kita buat selama sebulan tempoh kita berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Tak boleh makan benda yang halal kita buat sebelum ini. Tak boleh bersama pasangan yang halal. Satu pensyariatan yang besar.
Dan tiba-tiba selepas satu pensyariatan puasa yang besar itu, Allah sebut ayat 188. Tak boleh ambil harta orang lain. Tak boleh rasuah.
Manifestasi kita berpuasa ini akan menyebabkan kita sensitif dengan hal-hal yang lebih besar misalnya rasuah.
Hari ini ada pencuri yang curi berjuta, berbilion duit dibebaskan. Kita tepuk dada, kita tanya diri kita. Kita tanya iman kita sahaja. Sejauh mana puasa kita menyebabkan kita sensitif isu yang sebegini besar. Ini bukan kisah sepuluh sen. Bukan kisah RM 1. Bukan kisah RM10. Ini kisah tentang satu penipuan dan pengkhianatan yang tersangatlah besar.
Pada akhirnya saya pun bermuhasabah.
Faham Islam cuma terpisah-pisah.
Faham sejarah seperti puzzle yang terpisah.
Faham puasa pun terpisah-pisah. Bertahun bincang hukum korek hidung, memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tanpa faham hukum yang lagi besar.
Bertahun baca Quran tapi terpisah-pisah.
Bertahun-tahun khatam setiap Ramadhan tapi penghayatan dan amal masih kurang.
Moga Ramadhan ini menjentik hati kita memperbaiki ‘alfahmu’ atau kefahaman-kefahaman kita yang terpisah.

Monday, May 04, 2020
Madrasah...
Ibu-ibu dan puteri-puteri yang dikasihi Allah!
Jujurnya diri ini ditaklifkan dengan amanah yang berat, diberikan tugasan menyampaikan advokasi pada masyarakat umum berkisar mengenai isu-isu semasa.
Dalam tugasan itu, aku cuba mempelajari dan menghadam bahan-bahan sekitar isu tersebut. Lantas aku temukan jawapan kepada semua persoalan umat ini iaitu kembali kepada tarbiah ruhani.
Lantas izinkan marsum maya ini hadir di laman ini untuk aku yang juga seorang ibu muda berkongsi rasa dan hikmah. Yang pasti, aku juga sedang bermujahadah mendidik anak-anak kecil.
Hari ini aku iktibari kisah Abdullah Ibn Zubair semasa kecil. Naluri anak-anak sama seperti anak-anak kita juga. Apatah lagi anak lelaki yang sering ingin bermain, aktif dan tidak pernah penat. Bateri mereka sentiasa 100%, tidak pernah berkurang sedikit pun, Begitulah juga dengan Abdullah bin Zubair semasa kecil. Bermain tiada henti.
Satu ketika saat dia bermain-main dengan anak-anak kecil yang lain, tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi. Anak-anak yang lain menyepi.
Mengapa? Rupa-rupanya Saidina Umar mendekati mereka. Getaran aura Saidina Umar ini ternyata membuatkan anak-anak yang lain terdiam. Bayangkan sahaja suasana ketika itu. Andai kita yang menjadi anak-anak kecil tersebut. Yang mendatangi adalah Saidina Umar yang hatta ditakuti oleh syaitan sehingga memilih jalan yang lain. Ada di antara anak-anak ini yang sudah pun bersembunyi dan berlari.
Namun ada seorang anak kecil berani yang tidak berganjak sedikit pun. Itu menimbulkan taajub pada Saidina Umar lantas dia menanyakan, “Mengapa engkau wahai anak kecil tidak lari seperti mana anak-anak yang lain?”
Lantas dijawab Abdullah Ibn Zubair dengan yakin, “Mengapa aku harus lari? Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jalan yang ada juga luas, mengapa aku harus mengelak dan memberimu ruang untuk berjalan?”
Ya, itulah bicara seorang anak kecil saat itu pada Saidina Umar yang gagah. Kekuatan peribadi yang luar biasa.
Lantas aku bermuhasabah. Di mana-mana anak-anak seperti Abdullah Ibn Zubair dalam generasi kini? Adakah disibukkan dengan gajet, televisyen, kartun yang tidak sudah-sudah. Kita meraikan fitrah mereka pastinya. Malah Saidina Umar pernah menyebut: “Didiklah (persiapkanlah) anak-anakmu atas hal yang berbeza dengan keadaanmu (sekarang) kerana mereka adalah hidup untuk satu zaman yang bukan zamanmu (sekarang)”
Namun pastinya kisah-kisah seperti Abdullah Ibn Zubair ini bukanlah satu fantasi atau dongengan semata. Ada hikmah yang perlu kita kutip kerana Abdullah Ibn Zubair lahir dari madrasah dan rumah yang hebat. Ibunya adalah Asma bin Abu Bakar yang yang digelar dengan nama Dhaatun Niqaatain, wanita yang memiliki dua tali pinggang yang digunakan untuk mengikat makanan ayahnya dan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah.
Sedang ayahnya pula adalah Zubair bin Awwam yang pernah disebutkan oleh Saidina Umar bahawa kekuatannya menyamai 1000 orang.
Ya, maka di sinilah titik tolaknya pembinaan anak-anak yang soleh dan musleh. Ibu dan ayahnya yang perlu terlebih dahulu terus membaiki diri, membina diri dengan tarbiah Imani sehingga mampu mengairi anak-anak ini. Proses ini adalah mujahadah sepanjang kehidupan kita di dunia.
Lazimilah doa untuk anak-anak sepanjang masa dan teruslah berbuat yang sebaiknya.
Insya Allah sehingga bertemu lagi menerusi marsum maya lainnya.
Yang benar,
U2F
Indera Mahkota, Pahang

Sunday, March 22, 2020
Hawa..
Qalbun salim. Hati yang sejahtera. Apa ciri orang yang memiliki qalbun salim ini?
Orang yang hatinya tiada ‘competitor’ selain Allah. Allah adalah segalanya dalam hidupnya.
Siapa yang sering menjadi ‘competitor’ itu?
Duit?
Pekerjaan?
Pandangan boss?
Pandangan manusia lain?
Sering itu semua lebih mempengaruhi aku dari Allah.
Dan aku terlebih takut dengan sesuatu iaitu hawaku (nafsuku) sendiri.
Aku hayati bait-bait ayat dari Surah AlJathiyah ayat 23. Ya, hawaku. Hawa dan nafsu yang tak mendiam dalam hatiku.
Solatku yang saban masa aku lewatkan. Keinginanku pada jawatan, pandangan manusia, ketakjuban manusia pada diriku. Semuanya adalah hawaku.
Saat aku digugurkan dari sesuatu yang aku minati, inilah yang aku muhasabah. Di mana Allah di dalam hatiku.

Qalbun salim..
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera”.
Ash-Shu'ara, Ayah 89
Apabila menjadi seorang petugas kesihatan, terkadang hati tertanya-tanya. Adakah “salim” hatiku? Adakah sejahtera hatiku?
Berdepan dengan pesakit di syaki covid-19, melalui pengalaman dikuarantin, aku bermuhasabah, adakah aku sudah bersedia untuk pulang bertemu Allah dengan hati yang “salim”?
Terkadang semuanya seakan sama. Tak mengesankan. Melihat tenatnya pesakit, perginya pesakit ke hadrat Allah terkadang cuma permandangan yang sama bagiku. Saban masa kurasakan, adakah hatiku sakit dan mati?
Aku tahu sifat qalbu yang berasal dari kalimah ‘yuqallib’, yang berbolak balik. Lantas dalam rasa ‘numb’ hatiku, aku panjangkan doa yang diajarkan oleh sang rasul.
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
#covid19

Subscribe to:
Posts (Atom)