Friday, February 04, 2011

Demo...

Ini demo keempat yang saya sertai. Semuanya memberi pengalaman yang berbeza. Kami solat zohor di KLCC sebelum berangkat ke masjid Assyakirin. Di KLCC, seorang ustazah yang berusia 64 tahun yang mengetahui solat jemaah. Saya pernah bercerita tentang ustazah sebelum ini. Semangatnya mengalahkan anak-anak muda. Ada kekuatan yang mengalir saat melihat wajah ustazah. Ada beberapa wajah yang sering membuatkan saya termenung jauh dan wajah ustazah salah satunya. Kita pun tidak tahu berapa lama kita akan thabat di atas jalan ini lebih-lebih lagi di usia sebegitu.

Doa ustazah benar-benar membasahi. Rasa dzuq yang amat. Qunut nazilah yang dibacakan menimbulkan keinsafan. Nanti kita cerita pasal qunut nazilah ye..
Berpeluang juga mengikuti solat hajat di masjid Assyakirin. Kami akhawat solat di atas tanah. Saya sudah lama merindukan pengalaman itu. Selalunya hanya berpeluang semasa mukhayyam sahaja. Indahnya pengalaman tersebut. Bau tanah yang mengingatkan kita akan asal usul dan tempat kembalinya kita kelak.

Gambar-gambar demo memaparkan jumlah manusia yang ramai, namun hakikatnya adalah terlalu sedikit sekiranya nak dibandingkan dengan manusia-manusia yang ada di KLCC. Bertemu mereka yang memakai tudung labuh di KLCC cukup mengujakan walau tidak pernah mengenali. Hati dapat merasai bahawa mereka adalah akhawat. Apatah lagi kalau bertemu dengan mereka yang benar-benar kita kenali. Indahnya ukhwah…
Walau zahirnya yang hadir sedikit, tapi saya masa mengingati lagi kata-kata ustaz semasa konvensyen baru-baru ini. Dalam AlQuran tidak pernah sekalipun sebut golongan yang ramai mengalahkan golongan yang sedikit. Yang ada hanya golongan yang sedikit yang mengalahkan golongan yang ramai. Insya Allah, kita pasti menang suatu masa nanti. Sungguh masa dan kesabaran adalah rawatan.

Oklah sambung cerita tentang qunut nazilah. Dulu bila baca tidak faham sangat. Tapi bila tadabbur seerah, barulah faham. Ada sekali itu sepupu nabi, Utaibah bin Abu Lahab kacau nabi. Dia ini memang kurang ajarlah. Sebab nabi dah geram sangat, nabi doa – allahumma sallit kalban min kilabik – ya Allah, hantarlah anjing dari anjing-anjingMu. Kalban ini dimaksudkan dengan binatang buas juga. Dengar sahaja doa ini, Utaibah ini takut dan tidak kacau nabi lagi. Satu hari dia pergi berniaga ke Sham. Dalam perjalanan, dia singgah di Zarqa, Jordan dan berkhemah di situ. Pada waktu malam, datang seekor binatang buas. Utaibah ini pun takut. Binatang buas ini hanya mencari Utaibah. Dia dibunuh dengan kejam oleh binatang buas tersebut. Sebelum mati dia cakap, “Muhammad di Mekah, tapi dia membunuh aku di sini dengan doanya”. Begitulah cerita tentang sedikit petikan dari doa qunut nazilah itu.

Lain itu, bolehlah doa macam itu ye? Dalam seerah, ada banyak bahagian nabi berdoa dengan doa yang ganas. Ada satu bahagian, semua nama yang nabi sebut kerana kekejaman mereka, semuanya mati dalam perang Badar. Oo, kiranya bolehlah doa macam itu? Sesetengah orang pula akan cakap, orang dakwah ini ambil seerah sedikit-sedikit sahaja. Nabi pun ganas juga, kita je yang nak berlemah lembut.

Jawapannya, kalau dengan musuh Allah seperti Zionis laknatullah, Hosni Mubarak itu dan lain-lainnya, bolehlah nak doa macam itu. Tapi kalau dengan manusia-manusia yang awak baru jumpa sejam dua nak doa macam itu, tidak adillah. Maksud saya, kalau awak nak doa macam doa nabi itu, awak buatlah dulu dakwah macam yang nabi buat. Nabi ziarahi Abu Lahab itu pun berpuluh kali sehari. Kita ini buat dakwah sedikitlah sangat, tapi sibuk nak doa macam itu. Adil ke? Mestilah tidak adil kan? Nabi Nuh doa pun setelah dia buat dakwah beratus tahun. Kalau dah buat dakwah macam itu, awak doalah apa-apa pun. Saya pun tidak heran.

Faham ke? Jangan ambil seerah secara picisan, ambil sedikit-sedikit. Faham betul-betul seerah itu. Kalau tidak, jadilah manusia yang tidak habis-habis nak cari salah tentang dakwah yang dilakukan oleh manusia lain.

Oklah, saya pun dakwah tidak betul lagi. Kita baiki diri kita sama-sama ye… Meleret jauh saya ini…Huhu..
Saya suka gambar ini. Down! Down! Down Mubarak!

No comments: