Sunday, February 06, 2011

Maryam...

Minggu lalu saya oncall dengan seorang kawan beragama Kristian. Dia penganut Kristian yang alim. Semasa peperiksaan, dia berdoa lebih lama dari mereka yang beragama Islam. Saya rasakan sukar untuk mengajaknya berbicara tentang Islam. Tapi hari itu, Allah menjadikannya mudah dengan pertolongan housemate sendiri.

Kami berbual banyak perkara. Dan jujur dalam dakwah itu ada bekal untuk diri sendiri. Menurutnya, banyak persamaan di antara Islam dan Kristian. Tapi sebagai Muslim, saya percaya perbezaan yang ketara adalah dari sudut Ilah. Saya membacakan terjemahan surah Al Ikhlas padanya. Katanya, semua itu sama dengan bicara Nabi Musa, sama dengan ajaran agamaNya. Lantas saya bertanyakan soal trinity, tidak akan sama satu dengan tiga. Kata dia, analoginya seperti air, H2O. 3 molekul dalam satu. Kata-katanya menambah iman saya sendiri.

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Surah AlIkhlas: 4)


Kemudian saya bercerita padanya mengenai Surah Maryam. Katanya, dalam kitabnya tidak banyak diceritakan tentang Maryam. Paderinya selalunya akan membawa Surah Maryam di dalam pertemuan mereka untuk menunjukkan keistimewaan Maryam dari sudut pandang agama lain. Begitu rupanya..

Suka sangat Yaqub Nassim baca Surah Maryam ini!

Sebenarnya saya bukan mahu bercerita tentang kawan Kristian tersebut. Saya mahu bercerita tentang Surah Maryam, satu surah yang saya cintai.

Saya tidak pernah dapat membayangkan bagaimana Jaafar bin Abu Talib membacakan surah ini sehingga membuatkan Najashi dan paderi-paderinya menitiskan air mata. Ya, surah ini penuh rona perasaan di dalamnya. Surah inilah yang menggambarkan sakitnya Maryam saat melahirkan Nabi Isa a.s. Surah inilah yang merakamkan kata-kata Maryam yang menginginkan kematian kerana beban berat yang perlu ditanggungnya. (Saya pernah menuliskannya dulu di sini).

Banyak asbab mengapa saya mencintai surah ini. Surah ini bermula dengan permintaan Zakaria yang menginginkan cahaya mata. Kalau kitalah, dah tua dan isteri pula mandul, ada kemungkinan ke kita akan berdoa seperti mana Nabi Zakaria berdoa? Mungkin dalam hati kita, faham-faham sendiri jela.. (Tidak mungkinlah aku nak dapat anak. Aku dah tua, isteri aku mandul.) Tapi nabi Allah tersebut mengajar kita hakikat iman bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. Dengan surah ini, saya diajar untuk mempercayai bahawa segala suatu di tangan Allah. Surah ini mengajar kita tiada yang mustahil. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk menciptakan Isa tanpa sperma seorang lelaki. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk menciptakan zuriat buat Zakaria walau isterinya mandul.

Saya suka part Nabi Zakaria dan Nabi Ibrahim berdoa dan berharap. Mereka berharap bahawa mereka tidak akan kecewa dalam berdoa kepada Allah. (19:4 dan 19:48) Hebat kan!

Surah ini penuh perasaan. Kalau mendalam tadabbur kita, mesti terkesan dengan kesakitan yang perlu dilalui Maryam. Terlalu cantik cara Allah menceritakannya.

Pernah saya membaca Surah Hud. Hebat sangat cara Allah describe sesuatu peristiwa. Menyentuh hati yang amat. Nanti buka Quran ye, Surah Hud bermula ayat 41. Allah ceritakan bagaimana perpisahan yang berlaku di antara Nabi Nuh dan anaknya. Allah ceritakan bagaimana keadaan ombak yang seperti gunung itu. Dan saat Nabi Nuh melihat anaknya dalam deras ombak itu, dia tahu tiada siapa yang dapat lari dari azab Allah. Dan dia memanggil anaknya. Tapi anaknya tak nak ikut. Dan Allah cerita bagaimana gelombang ombak itu memisahkan keduanya. Dan Nabi Nuh berdoa pada Allah untuk anaknya. Dan jawapan Allah ternyata begitu mengesankan. Sedih giler baca.. Tidak tahan air mata… Huhu.. Terlalu menyentuh perasaan..

Indah sangat kan Quran? Kalau baca Surah Maryam itu, ayat pertama pun sangat istimewa. Kaf ha ya ain sod.. dan bersambung dengan ayat kedua. Ayat pertama itu pun tidak mungkin ada manusia yang mampu mereka ayat sehebat itu. Cuba awak buat satu ayat dari susunan beberapa huruf. Dan cuba awak try sambung dengan ayat kedua, mesti tidak jadi punya. Hebat sangat cara ayat pertama dan kedua itu bersambung. Macam ada nada yang best sangat. Memang bestlah..

Oklah, nanti kita sambung lagi. Saya tidak siap Patient Management Record lagi. Bosan buat benda itu. 20 patient!…huhu..sangat-sangatlah tidak larat…

5 comments:

adilah said...

Dengan surah ini, saya diajar untuk mempercayai bahawa segala suatu di tangan Allah

DIA menggerakkan hati ini utk bukak entry ni dan baca di saat sy hmpir berputus asa...subhanallah

syukran

MS Rizal said...

Salam ziarah Dr.

Saya pembaca senyap blog ini. Dah lebih setahun. Teruskan menulis, kerana ramai yang suka membaca...

Ummu Afeera said...

adilah,betul kata-kata awak..menguatkan saya semula pagi ini..menulis untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya..

ms rizal, saya belum jadi doktor lagi...jauh lagi perjalanan...terlalu jauh...

Anonymous said...

salam kak...
menarik..
saya cari lam u tube kisah maryam mcm yg akak cakap...
sangat tersentuh...
2 baru lakonan

-najiehah najwa-

Ummu Afeera said...

yup...sangat tersentuh...