Terlalu banyak yang terjadi sehinggakan pena tidak ingin menarikan rentaknya lagi. Keadaan sekolah haru biru. Banyak kejutan yang tidak saya sangkakan. Melihat sendiri senario dakwah, cuba memahami segalanya. Entahlah, yang pasti langkah perlu diteruskan walau duri yang tumbuh kian menyakiti sang pejalan. Dunia yang kita lalui ibarat berjalan di atas padang rumput yang luas. Di dalam perjalanan, terlalu banyak kemuncup yang hinggap. Lantas usah disibukkan dengan kemuncup, dibimbangi kita tidak akan sampai ke destinasi.
Segala yang terjadi di sekolah mungkin teguran Allah. Bak kata seorang akak, kerana mengabaikan kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Semua orang disibukkan dengan urusan masing-masing. Cikgu dengan penyedian peperiksaan dan masalah-masalah lain. Pelajar dengan masa depan mereka yang kelam. Cikgu terlupa tujuan asal menubuhkan sekolah dan pelajar pula ke sekolah tanpa ada tujuan. Pelik, bicara akak tersebut diulangi sekali lagi oleh seorang cikgu semasa pertemuan baru-baru ini. Bak kata cikgu, adakah Allah ingin mengganti kita dengan yang lain?
Kita benar-benar terlupa tujuan hidup kita. Lebih haru biru, kita lupa mentadabburi ayat sesudah itu. Kerja kita mudah, langsaikan tujuan penciptaan kita. Masa depan kita, rezeki kita adalah urusan Allah. Buat sahaja kerja kita, percayalah hal rezeki dan urusan masa depan kita sudah dalam ketentuanNya. Begitulah ayat Allah menegaskan kerana ramai insan yang takut mengharungi jalan ini kerana bimbangkan ketentuan masa depan mereka.
Jujurnya pemergianku pada konvensyen dakwah baru –baru ini menaikkan semangat. Namun sayang, aku rasakan lesu sekembalinya ke sekolah. Barangkali ada sesuatu yang kurang. Kekurangan itu telah lama aku rasai. Dan seorang cikgu yang lain mentadabburi ayat-ayat Allah ini. Air mata mengalir. Aku merasainya dengan sepenuh hati. Kesilapan itu ada juga dalam diriku.
Kita telah lama setuju dengan bahawa kerja-kerja takwin adalah core business kita. Dalil takwin tersebut telah lama kita hafaz dalam usrah-usrah kita. Setiap masa disebut-sebut. Itulah kerja kita di tiap ketika. Setiap saat yang berlalu mengingatkan kita dengan kerja-kerja takwin. Dan kita semua setuju kerja takwin adalah kerja yang paling berat. Membina manusia adalah terlalu sukar. Dan terkadang dalam kerja-kerja kita, kelesuan terjadi. Terkadang penat. Semakin lama roh-roh yang ada mengendur. Ramai juga yang ingin lari. Ada yang terlalu penat sehinggakan tidak mahu berpaling lagi pada jalan ini. Kita terlupa saat kita mentaddaburi ayat Allah mengenai kerja takwin, ada ayat-ayat Allah sebelum itu. Kita benar-benar terlupa.
Kerja membina manusia tidak sama dengan kerja membina jalan raya. Kerja membina manusia-manusia yang disifatkan Allah sebagai bunyanun marsus (61:4) bukanlah dengan bahan-bahan simen yang kering. Kerja-kerja ini ada rohnya. Kerja bermula dengan taqwa yang sebenarnya pada Allah. Dan di sana ada roh ukhwah yang membasahkan hati-hati kita setiap saat dan ketika sehingga perjuangan ini akan terus marak bergelora.
Namun sayang, kita terlupa hal-hal ukhwah. Kita pandang sepi ukhwah. Iman kita belum cukup mendalam terhadap sahabat-sahabat kita. Berapa ramai yang sanggup singgah sebentar di rumah sahabat tanpa sebarang keperluan, yang mana tujuannya hanya kerana Allah semata-mata? Berapa ramai yang menghubungi sahabatnya dengan tujuan semata-mata lillahi taala?
Tidak mungkin bunyanun marsus terbina tanpa simen-simen ukhwah yang membasahinya. Andai kita sesama murabbiah tidak saling mengenali sedalamnya, mungkinkah kita mengenali mutarabbi kita? Andai ukhwah di kalangan kita terlalu rapuh, mampukah saf-saf yang berlainan dengan kita disatukan? Dan mungkinkah jalur geografi yang memisahkan kita dengan saudara-saudara seislam kita yang lain di Mesir dan lainnya yang dicipta oleh musuh-musuh Allah mampu dilenyapkan andai ukhwah fillah belum kita imani dengan darah kita?
Aduhai, kita benar-benar terlupa…
Ya rabb, engkaulah yang menyatukan hati-hati. Dosa-dosa kami telah memisahkan kami. Nafsu kami begitu merajai sehingga ukhwah tidak subur di perdu hati kami. Lantas Kau bilaslah hati kami dengan rahmatMu kerana sungguh kami begitu memerlukannya. Ya rabb, satukan hati-hati ini di jalanMu. Jadikanlah kami salah satu di antara golongan yang akan Engkau naungi di mahsyar kelak lantaran cinta kami pada sahabat-sahabat kami. Jadikanlah pertemuan kami hanya semata-mata kerana diriMu. Ampunkan kami ya rabb. Bantulah kami membangunkan manusia-manusia yang akan mengembalikan islam semula. Ya rabb, bantulah kami..

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (51: 56-58)
Kita benar-benar terlupa tujuan hidup kita. Lebih haru biru, kita lupa mentadabburi ayat sesudah itu. Kerja kita mudah, langsaikan tujuan penciptaan kita. Masa depan kita, rezeki kita adalah urusan Allah. Buat sahaja kerja kita, percayalah hal rezeki dan urusan masa depan kita sudah dalam ketentuanNya. Begitulah ayat Allah menegaskan kerana ramai insan yang takut mengharungi jalan ini kerana bimbangkan ketentuan masa depan mereka.
Jujurnya pemergianku pada konvensyen dakwah baru –baru ini menaikkan semangat. Namun sayang, aku rasakan lesu sekembalinya ke sekolah. Barangkali ada sesuatu yang kurang. Kekurangan itu telah lama aku rasai. Dan seorang cikgu yang lain mentadabburi ayat-ayat Allah ini. Air mata mengalir. Aku merasainya dengan sepenuh hati. Kesilapan itu ada juga dalam diriku.
Kita telah lama setuju dengan bahawa kerja-kerja takwin adalah core business kita. Dalil takwin tersebut telah lama kita hafaz dalam usrah-usrah kita. Setiap masa disebut-sebut. Itulah kerja kita di tiap ketika. Setiap saat yang berlalu mengingatkan kita dengan kerja-kerja takwin. Dan kita semua setuju kerja takwin adalah kerja yang paling berat. Membina manusia adalah terlalu sukar. Dan terkadang dalam kerja-kerja kita, kelesuan terjadi. Terkadang penat. Semakin lama roh-roh yang ada mengendur. Ramai juga yang ingin lari. Ada yang terlalu penat sehinggakan tidak mahu berpaling lagi pada jalan ini. Kita terlupa saat kita mentaddaburi ayat Allah mengenai kerja takwin, ada ayat-ayat Allah sebelum itu. Kita benar-benar terlupa.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (3:102-104)
Kerja membina manusia tidak sama dengan kerja membina jalan raya. Kerja membina manusia-manusia yang disifatkan Allah sebagai bunyanun marsus (61:4) bukanlah dengan bahan-bahan simen yang kering. Kerja-kerja ini ada rohnya. Kerja bermula dengan taqwa yang sebenarnya pada Allah. Dan di sana ada roh ukhwah yang membasahkan hati-hati kita setiap saat dan ketika sehingga perjuangan ini akan terus marak bergelora.
Namun sayang, kita terlupa hal-hal ukhwah. Kita pandang sepi ukhwah. Iman kita belum cukup mendalam terhadap sahabat-sahabat kita. Berapa ramai yang sanggup singgah sebentar di rumah sahabat tanpa sebarang keperluan, yang mana tujuannya hanya kerana Allah semata-mata? Berapa ramai yang menghubungi sahabatnya dengan tujuan semata-mata lillahi taala?
Tidak mungkin bunyanun marsus terbina tanpa simen-simen ukhwah yang membasahinya. Andai kita sesama murabbiah tidak saling mengenali sedalamnya, mungkinkah kita mengenali mutarabbi kita? Andai ukhwah di kalangan kita terlalu rapuh, mampukah saf-saf yang berlainan dengan kita disatukan? Dan mungkinkah jalur geografi yang memisahkan kita dengan saudara-saudara seislam kita yang lain di Mesir dan lainnya yang dicipta oleh musuh-musuh Allah mampu dilenyapkan andai ukhwah fillah belum kita imani dengan darah kita?
Aduhai, kita benar-benar terlupa…
Ya rabb, engkaulah yang menyatukan hati-hati. Dosa-dosa kami telah memisahkan kami. Nafsu kami begitu merajai sehingga ukhwah tidak subur di perdu hati kami. Lantas Kau bilaslah hati kami dengan rahmatMu kerana sungguh kami begitu memerlukannya. Ya rabb, satukan hati-hati ini di jalanMu. Jadikanlah kami salah satu di antara golongan yang akan Engkau naungi di mahsyar kelak lantaran cinta kami pada sahabat-sahabat kami. Jadikanlah pertemuan kami hanya semata-mata kerana diriMu. Ampunkan kami ya rabb. Bantulah kami membangunkan manusia-manusia yang akan mengembalikan islam semula. Ya rabb, bantulah kami..
No comments:
Post a Comment