Antara satu kata-kata yang perlu dihayati oleh para daie ialah – Hamasatissyabab wa hikmatissyuyukh. Semangat orang muda dan hikmah orang tua. Dan dakwah mengajari kita semua itu. Terkadang dalam semangat kita sebagai orang muda, kita meluncur jauh, membenarkan setiap tindakan kita dan enggan mendengar nasihat. Sedangkan orang-orang tua yang berada di jalan dakwah ini sudah melalui pahit manis perjuangan. Mereka cuba mengajar kita agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Maka di sinilah dua komponen tadi perlu bersatu demi kelangsungan dakwah - Hamasatissyabab wa hikmatissyuyukh.
Masa meeting hari Khamis lepas, Prof ingatkan semula tentang ayat-ayat ini. Dulu dalam suasana yang berbeza dan kini dalam suasana berbeza. Mungkin dulu cuma sekadar ilmu, tapi kini melihatnya dalam situasi yang berlaku.
Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, “Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki hanya kerana dia menyatakan: “Tuhanku ialah Allah” padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar niscaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu”. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta. (Surah Al Mukmin : 28)
Surah Al Mukmin adalah satu surah khas yang di dalamnya terkandung kisah mengenai seorang pemuda yang menyembunyikan imannya yang kemudiannya membela Nabi Musa a.s di saat Firaun mahu membunuh Nabi Musa. Dia adalah seorang pemuda yang beriman kepada Allah di kalangan pengikut-pengikut Firaun.
Di dalam kisah yang lain pula, Allah ceritakan di dalam Surah Yassin tentang seorang pemuda juga:
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu – (Surah Yassin: 20)
Prof tidak mahu penerusan dakwah hanya di kalangan golongan tertentu sahaja. Dakwah tidak boleh eksklusif. Maka program umum juga perlu dititikberatkan.
Kita tidak pasti siapa kelak yang akan menjadi pejuang Islam, yang akan membela maruah Islam. Di luar sana, ada insan-insan yang bukan dalam lingkungan kita, bukan dalam pertarbiahan kita tapi beriman dengan sebenarnya kepada Allah. Barangkali suatu hari nanti dialah hero untuk agama ini sepertimana ayat-ayat Allah di atas. Dia mungkin sahaja di kalangan musuh, dia mungkin sahaja tinggal di satu ceruk yang tidak kita kenali tapi dia merahsiakan imannya. Pakaiannya barangkali bukan seperti ustaz ustazah. Keterampilannya cuma biasa-biasa tapi hatinya bernaung dengan cinta kepada deen Allah.
Hari ini mungkin insan tersebut free-hair, hari ini dia mungkin seorang yang merokok, dan hari ini mungkin kehidupannya adalah terlalu bebas. Tapi barangkali dengan pertambahan masa, dengan berkahwinnya mereka, dengan segala pancaroba kehidupan, mereka menjadi insan luar biasa yang begitu matang dan kaya dengan pengalaman kelak. Dan saat itu dakwah amat memerlukan mereka. Merekalah yang kelak, mungkin 10 atau 20 tahun akan datang, akan menghuni kerusi-kerusi ketua jabatan dan doktor-doktor pakar. Mungkin bukan bergiat secara aktif di arena dakwah tapi mereka mampu menyumbang di posisi lain. Mereka yang hari ini diabaikan oleh golongan duat barangkali merupakan mutiara-mutiara berharga untuk Islam kelak. Dan andai ukhwah antara daie dan mereka tidak terjalin kini, semuanya itu begitu merugikan dakwah kelak.
Moga diri ini dan yang lainnya mampu mengambil ibrah dan pengajaran dari senior-senior yang telah lama berada di jalan dakwah dan tarbiah ini.
Kisah Surah Mukmin ada saya tulis suatu ketika dahulu di sini.
Tentang pemuda di dalam Surah Yassin pula, ada ditulis di sini.
Moga ada khairnya.
2 comments:
salam..subahanallah kak..saya bar tau akak ada blog yg sgt menarik n membuka minda dengan nasihat serta pengalaman yg begitu bermanfaat.. semoga akak dan kita semua tetap thabat dijalan ini.. gunakanlah segala kemahiran yang kita ada untuk jalan jihad!
mungkin adakala kite perlu lari sedikit dari zon selesa kita, berprogram sesama kalangan 'budak-budak surau', menikmati kemanisan ukhuwwah kerana kita saling memahami perkara yg sama...
mungkin adakala kite perlu menahan diri bersabar, melebarkan kasih di luar lingkungan mereka yg terbiasa dengan tarbiyyah, atau mereka yg langsung tak faham apa itu tarbiyyah...
jalannya meletihkan, melelahkan, adakala seperti tiada pulangan, atau adakala memang tiada pulangan, namun kalau bukan kita yang ingin menyampaikan, siapa lagi?
wallahualam, sekadar pendapat... sy bersetuju dengan anda, 'dan andai ukhuwwah antara daie dan mereka tidak terjalin kini, semuanya itu begitu merugikan dakwah kelak'
Post a Comment