Sunday, December 28, 2008

Palestina dan Maal Hijrah..


Kamu baca mengenai Palestin hari ini? Ambillah masa untuk membacanya seketika di sini. Saya jadi lemah seketika saat membacanya. Dan saya dalam tangisan yang panjang. 230 yang syahid dan 750 lagi yang cedera. Apakah ini perkhabaran yang perlu saya baca di awal muharam ini?

Lantas bicara prof mengingatkan saya kembali tentang Ghazwatul Fikr, tentang serangan pemikiran.

Apa yang terjadi adalah serangan pemikiran. Yahudi sedang mengasak kita dengan peluru yang membenamkan kita ke dalam kelemahan yang panjang. Kita sedang diberitakan dengan kekalahan. Kita diberitahu bahawa kita lemah dan di akhirnya kita mengakui kelemahan itu.

Tidak ! Tidak ! Tidak sesekali kita lemah. Kamu baca AlQuran ? 90% dari Quran adalah penceritaan.

Di dalam AlQuran, Allah bercerita mengenai ujian-ujian yang perlu dilalui oleh sang hero. Tapi di akhirnya hero tetap menang jua. Kisah Nabi Nuh, kisah Nabi Musa, kisah Talut dan Jalut dan banyak lagi kisahnya menjadi bukti buat kita bahawa sang hero PASTI menang. Saya ingat lagi bicara prof. Prof ceritakan juga tentang pemuda di dalam Surah Yassin. Meskipun dia mati di dalam perjuangan, apa yang Allah khabarkan ?

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya,"Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata, "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui, yentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan". (Surah Yassin : 26-27)

Allah mengkhabarkan berita gembira jua. Hero tetap menang dan dia dimasukkan ke dalam syurga Allah meskipun dia mati dalam perjuangan. 230 yang syahid itu sudah dimasukkan di syurga Allah.

Kembalillah pada AlQuran yang mengkhabarkan padamu mengenai hakikat kemenangan. Kembalikan dirimu agar ianya dibentuk dengan pemikiran Quran. Bangkitlah dengan AlQuran.

Hari ini di bumi Malaysia sendiri kita diasak kononnya hudud bukan yang terbaik. Semua ini juga adalah serangan pemikiran. Andai kita percaya bahawa ada yang lebih baik dari Islam, kita tewas saat itu juga. Kita yang perlu percaya bahawa Islam menjanjikan segalanya. Bangkitlah ummahku. Kembalikan dirimu di jalan Quran ini. Bebaskan dirimu dari serangan pemikiran ini. Biarkan AlQuran yang membentuk dirimu dan bukan anasir lain.

Berjuanglah…Kita PASTI menang akhiranya meskipun kita mati dalam renta perjuangan yang panjang ini. Salam Maal Hijrah!

No comments: