Saturday, December 13, 2008

Autisme..

Mungkin ada yang pelik. Tulisan saya tidak pernah memaparkan kematangan. Adakalanya bercerita tentang hal yang remeh temeh. Kisah mengenai memerang yang hanya sesuai untuk kanak-kanak pun mahu saya ceritakan.

Sukar untuk saya memahamkan kamu. Topik kesukaan saya adalah alam dan manusia. Saya sukakan ilmu berkaitan kanak-kanak. Saya sukakan penulis yang mampu menulis untuk kanak-kanak. Teringat kata-kata seorang teman semasa di posting pediatrik yang berkaitan dengan kanak-kanak dahulu, “Sesiapa yang boleh buat posting pediatrik ini, insya Allah posting yang lain akan menjadi mudah baginya”. Saya setuju kerana dunia kanak-kanak terlalu sukar difahami.

Kanak-kanak itu unik. Ada sesetengah ibu bapa yang menyangka bahawa anak-anak yang terus berjalan tanpa melalui proses merangkak adalah bijak. Tapi hakikat sebenarnya, semasa proses merangkak juga anak-anak belajar sesuatu.

Kelmarin saya jumpa Roti Anas, seorang pesakit Down Syndrome. Saya pernah ceritakan tentang Roti Anas sebelum ini. Kata makcik yang menjaganya, dunia penghidap Down Syndrome ini juga unik. Dia pernah pergi ke pusat pembelajaran yang dikhaskan untuk pesakit Down Syndrome. Bagi pesakit yang jiwanya memberontak, guru mereka akan menyuruh memasukkan manik ke dalam benang untuk memupuk kesabaran mereka. Tapi tidak semudah itu untuk menjadi guru di sana. Apabila pesakit Down Syndrome ini hilang sabar, mereka akan membaling manik-manik tersebut dan guru tersebut akan mengutipnya. Entahlah, saya suka belajar hal-hal seperti itu. Saya teringin untuk belajar mengenai dunia mereka. Saya teringin mahu belajar mengenai bahasa pertuturan orang pekak dan bisu. Macam-macam lagi keinginan saya.

Saya menangis saat melihat video berkenaan seorang pesakit autisme ini. Masya Allah, meskipun mereka mempunyai kesukaran dari aspek komunikasi, tetapi Allah mengurniakan tahap kegeniusan yang luar biasa buat sesetengah mereka. Bukankah manusia itu unik? Melihat mereka, saya merasakan kekuasaan Allah yang terlalu luar biasa.

Saya merepek sahaja malam-malam ini…


2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ummu Afeera,

Autisme memang satu masalah yang unik. Bertahun-tahun akak belajar Pendidikan Khas masih belum lagi mengetahui apakah punca masalah ini berlaku.

Ia sering berlaku kepada kanak-kanak lelaki dan itu memang akak hadapi apabila mengajar di sekolah. Mereka sukar berkomunikasi dengan orang lain tetapi tahap kepandaian mereka mengagumkan! Suka sangat duduk dengan murid autisme ini dan melihat kelakuan mereka. Hehe.. ada yang boleh menghafaz ayat Quran dan Hadith seperti yang ditonton dalam TV3 (sewaktu slot masuk waktu solat) dan daripada cerita yang dilihat di Astro Oasis (",)

Cuma kadang-kadang rasa kasihan dengan mereka yang sangat terkedepan dari segi IQ tetapi ditempatkan dalam kelas Pendidikan Khas integrasi di sekolah-sekolah biasa. Sepatutnya ada silibus khusus memenuhi keperluan mereka. Tapi yelah, kita masih belum mampu sampai ke tahap itu agaknya. Lagipun tak semua ibu bapa mampu hantar anak ke NGO seperti NASOM untuk membantu anak mereka.

Opss...mohon maaf panjang pula komen ;)

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

kak aina baca blog saya ke? malunyer..huhu, saya merepek je kat cni...

seronoknya baca pengalaman akak...ada yang hafaz Quran? menariknyer...teringin nak jumpa diorang...

saya setuju..masih banyak yang perlu dibaiki dalam sistem pendidikan negara...

hmm..kak aina, kalau nak komen panjang2 lagi pun takpe..

saya suka berkongsi, tapi jarang orang lain nak share dengan saya:)

hmm..saya hargai komen kak aina..