Saya tiada kerja malam ini. Eh, ada. Cuma sedang menunggu kerja-kerja mendownload selesai.
Tadi saya berchatting dengan Dilah lagi. Dia seorang sahabat yang sering mendengar celoteh saya. Dan saya sangat sukakan dia kerana dia merupakan pendengar yang baik. Kata abi, daie perlu jadi pendengar yang baik. Saya bukan pendengar yang baik sebab saya amat mudah untuk blur. Di kalangan kawan-kawan, saya dikenali sebagai seorang yang suka menukar topik disebabkan tahap kebluran yang tinggi. Huhu.. Banyak benar kekurangan saya yang perlu dibaiki.
Tadi kami berchatting tentang alam. Dilah galakkan saya berjalan di atas rumput tanpa selipar ataupun kasut. Kata Dilah – “Setiap entiti dalam alam ini bertasbih dengan Allah. Bercakaplah dengan diorang, mintak doakan, tasbih makhluk-makhluk itu kalau ditimbang dengn amal kita, mesti jauh beza sangat”. Dilah adalah bakal environmentalist. Katanya lagi, “Ramai environmentalist hari ni bukan dari kalangan manusia akhirat. Bila jadi manusia dunia, jadilah kes-kes macam tanah runtuh baru-baru ini. Sibuk nak penuhkan kocek sendiri, tapi sudahnya kena habiskan untuk tebus dosa sendiri jugak”.
Teringat saya pada perjalanan ke Tropical Fruit Farm di Pulau Pinang. Ada banyak rumah-rumah kecil di lereng-lereng bukit yang tinggi. Masya Allah. Saya tertanya-tanya, bagaimana manusia-manusia ini boleh meneroka kawasan setinggi itu? Allah yang memudahkan segalanya. Perjalanan ke Kundasang, Sabah dan Cameron Highlands juga mengingatkan saya persoalan itu. Tapi jarang sekali kita mendengar ada rumah yang hancur atau tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu.
Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran adalah mengenai bala Allah. Seringkali semuanya terjadi di saat malam atau di saat manusia sedang tidur. Bisikan Surah Al Aaraf seakan menerpa jiwa.
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.” (Surah Al Aaraf: 96-99)

No comments:
Post a Comment