Sunday, April 12, 2015

Amal terakhir..

Ahad, seperti biasa pesakit ramai, mencecah 100 lebih. Saya berniat yang baik untuk pergi kerja hari ini meskipun trauma untuk bekerja hari Ahad..

1 year old baby with bronchopneumonia
A middle age aunt with positive gonorrhea 
A middle age aunt with sepsis secondary to UTI (WCC 26.5, tachycardic)
One old man with pulmonary tb
3 nepalese positive dengue, have to fill up notification form, order NS1 combo..


The list goes on.
.
Tapi pesakit terakhir saya adalah MC seeker..

Diarrhea 3 hari,, examination normal,, FBC normal,,

'Saya baca kat internet, kes macam saya ini boleh jadi kanser".

Entahlah, penat barangkali dan jujur berkali-kali kelemahan saya adalah melayan lelaki yang 'lembik'..

'3 hari dah kanser ke encik?'

Pesakit itu pun tersenyum, mungkin memikirkan logiknya..

Saat menulis prescription, dia meminta MC,, masa sudah hampir 4 petang lebih..

"Yang ini tak dapat MC encik, saya beri time slip".

Terus saya dimarahi.. Malah diajar untuk berbahasa dengan lebih baik..

Jujur setelah berada di klinik kesihatan, saya hormat doktor-doktor di klinik kesihatan. Saya akan beralih arah tapi saya tak akan melupakan pengalaman di klinik kesihatan.

Pengalaman itu mengajarkan sesuatu. Semua amal kita mungkin ditentukan oleh amal terakhir kita. Bagaimana andai pengakhiran kita adalah keburukan.. Nauzubillah..

Entahlah, that one case just spoil my whole day..saya cuma bermujahadah,,tapi kadang hati dan perasaan tak dapat menepis rasa loya terhadap pesakit-pesakit lelaki yang 'lembik'...

If i just can shout to you, "Boleh tak jadi kuat sikit? Lembik!!!"

Afeera, please mujahadah..

Korang rasa kalau Nusaibah r.a hidup lagi dan tengok lelaki lembik macam gini, macam mana perasaan dia??

Makin hari saya pun jadi MO frust..

Thursday, April 09, 2015

RM 80

Di klinik saya bertugas, ada waktu tambahan klinik (extended hours). Bayaran sejam bagi pegawai perubatan ialah RM 80. Sehari 4 jam mencecah RM320. Hari Khamis bayarannya mencecah RM 440. Saya juga pernah membuat extended hours untuk membayar yuran peperiksaan dan sewa kereta mutarabbi.

Extended hours ini slotnya sentiasa penuh. Seandainya ada pegawai perubatan yang tidak dapat membuatnya, pasti slot lelongnya juga ada yang sudi memenuhi. RM80 sejam, siapa tak mahu?
Terfikirkan jalan dakwah pula. Sudikah ada yang menyahut? Andai ada iklan,

"Slot dakwah kosong hari ini."

"Tiada muwajjih."

"Tiada penggerak."

"Tiada duit."

Berapa ramai yang akan menyahutnya. Sebab tak nampak RM 80 buat dakwah. Yang kelihatan zahirnya cuma kerugian, kena belanja adik, kena belanja minyak dan lain-lain.

Sebabnya? Syurga itu sangat-sangat jauh dari kita. Iman belum lagi merasai kewujudan syurga. Belum seperti sahabat yang imannya merasai syurga sehingga tamar dibuang jauh.

Hari itu perang Badar yang menyejarah itu menyingkap roh-roh jihad para sahabat.

Sang rasul mengobarkan semangat sahabatnya.

قوموا إلى جنة عرضها السموات والأرض
 
Qumu ila jannatin 'ardhuha-samawatu wal-ardh!

Bangkitlah menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi!

Aduh! Sahabat bukan seperti kita! Mereka saat mendengar istilah syurga sahaja sudah meremang bulu roma, magical word buat mereka!

Lantas Umair Ibn Al Human mengungkapkan bakh, bakh..yang merupakan ungkapan takjub terhadap kebaikan dan pahala.

Dia membuang kurma yang sedang dikunyahnya.

لإن أنا حييت حتى آكل تمراتي هذه إنها لحياة طويلة

La-in ana hayyitu hatta akula tamarati hadzihi innaha lahayatun thowilah..
Jika saya hidup sampai selesai memakan kurma ini, oh betapa lamanya hidup (menanti syuga)..

Berangkatlah sahabat itu ke medan jihad dan gugur di medan Badar.

Begitulah kisah yang terakam dalam hadis riwayat Muslim dalam Riyadhus Salihin, Kitab Al Jihad, hadith no 1314.

Taajub bukan? Makan kurma sahaja kot. Sekejap sahaja. Tapi sahabat memang bukan seperti kita! Makan kurma yang sekejap itu pun dirasakan telah jauh dari syurga. Aduhai! Rasa tertampar-tampar diri ini dengan peribadi sahabat.

Syurga..syurga.. kalaulah syurga itu seperti RM 80, pasti berpusu-pusu orang yang ingin membuat dakwah. Tapi hanya orang beriman yang memahami syurga. Nilainya bukan RM 80.

Syahadah..

Hari itu seperti biasa saya melihat pesakit. Datang seorang makcik Cina bersama anaknya yang menghidap Down Syndrome. Anaknya dilihat oleh doktor di hadapan saya. Dia memukul dirinya sepanjang malam dan tidak tidur. Kawan saya memberi rawatan dan anak tersebut keluar bersama ayahnya.

Kemudian nombor giliran seterusnya adalah nombor makcik Cina tersebut. Dia datang untuk rawatan susulan darah tinggi. Darah tingginya tak terkawal. 'Aunty, darah tinggi masih tinggi, makan ubat tak?' Tiba-tiba dia menangis. 'Kalau saya tade ini anak, mesti saya tade ini sakit, susah mahu jaga ini anak'. Saya diam, pesakit ini bukan Muslim, bagaimana meyakinkannya soal takdir dan lainnya.

'Aunty, aunty orang baik. Tuhan kasik ini anak pada aunty sebab Tuhan tahu aunty baik. Tak semua orang Tuhan kasik ini anak'.

Ada sesuatu yang menyentuh hati saya. Bukan mudah untuk mendidik anak istimewa. Melihat dan melaluinya adalah soal berbeza. Dia sudah sengsara di dunia, bagaimana akhiratnya?

Bagaimana mahu menerangkan padanya tentang syahadah ini?

Dan saya gagal. Syahadah yang Rasulullah SAW janjikan akan menakluk dunia ini gagal saya ajarkan. Mungkin pesakit ramai. Mungkin kerana sukar menerangkan hal itu agar difahami, namun rasa berdosa itu masih saya rasai.

Rasa kasihan itu sewajarnya menolak saya untuk berusaha lebih keras lagi. Apa punya keampunan dari Allah atas tuntutan syahadah yang gagal saya lunaskan? Saya masih di persimpangan khauf dan raja'. Moga ada yang menuntuni makcik Cina dan semua pesakit saya ke jalan hidayah. Dan moga Allah mengampuni saya.

Wednesday, April 01, 2015

Kebaikan..

Ahad itu seperti hari-hari Ahad sebelumnya. Pesakit melebihi 100. Kepala terasa sangat sakit setelah menyudahi kes terakhir. Zauj menunggu di rumah, akan pulang ke Pahang setelah saya balik kerja. Air mata mahu menitis. Penat dan stress.

Sedang mengharungi jalan keluar klinik, saya ternampak pesakit berusia 73 tahun yang baru saya rawat untuk asthma sedang berjalan kaki. Hati berbolak balik. Perlukah saya menghantar nenek tua itu ke rumah? Bukankah ada batas antara doktor dan pesakitnya. Tapi rasa kasihan begitu mendesak hati kecil untuk menghantar nenek tua itu. Pastinya keadaan asthma nenek tersebut boleh melarat. Saya berhentikan kereta. Nenek itu tiada wang untuk membayar tambang teksi. Saya membuat keputusan untuk menghantarnya pulang. 

Jujur saya tahu rakyat kebanyakan terlalu dhaif. Menjadi doktor, saban waktu saya melihat dengan dekat realiti masyarakat. Pesakit yang bertambah-tambah setiap hari. Kepala saya sakit setiap kali pulang dari kerja. Saya hilang lebih 10 kg, mungkin kurang tidur dan faktor lain. 

Allah izinkan dengan kebaikan membantu nenek tua itu saya tenang pulang hari itu. Saya tenang bertemu zauj. Dengan kebaikan itu, saya niatkan moga Allah menitipkan kebaikan buat anak saya. 

Saya tak perlu bercerita soal ini sebenarnya. Saya perlu merahsiakan kebaikan. Dan jujur saya setiap hari bermujahadah di tempat kerja. Bukan mudah menghadapi karenah lebih 100 pesakit setiap hari. Saya cuma manusia biasa yang bermujahadah. 

Namun ada sesuatu yang Allah ajari, yang memanggil-manggil saya dari peristiwa ini. Dakwah dan tarbiah. Dakwah dan tarbiahlah oasis di tengah sahara kepanasan housemanship suatu ketika dulu. Andai membantu nenek tua itu memberi kepuasan sebegini, apatah lagi membantu hati-hati yang mencari hidayah Allah..

Kini kaki saya terbata-bata di atas jalan ini tanpa zauj di sisi dan membesarkan seorang bayi kecil. Agak sukar untuk berlari di atas jalan ini. Namun saya berjanji saya akan berlari semula. Kerana menjadi asbab hidayah seseorang itu lebih besar kebaikannya dari semua kebaikan. Kebaikan itu lebih menenangkan dari segala ketenangan. Membina manusia itu adalah sebesar-besar amal. Allah memberi kehidupan ruh yang tersangat dzuqnya untuk setiap daie.