Tuesday, August 13, 2013

Forensik..

Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kekuatan menjalani housemanship.. Hari ini hari kedua saya di Jabatan Forensik.. Terlalu banyak hikmah dan kesimpulan dari kaca mata saya yang kecil.. 

Tazkirah terbaik 
Jujurnya, saya telah mendengar seribu satu tazkirah, namun hati kecil saya merasai kematian adalah tazkirah terbaik yang saya perolehi.. Sekiranya mahu bermalasan dalam dakwah dan tarbiah, fikirkan sahaja mati.. Sekiranya malas mahu membaca dan melunasi kalamullah dalam bulan Syawal, ingatilah mati.. Duduklah di satu bilik.. Tutup mulut dan kepitkan hidung untuk dua minit cuma dan bayangkan rasanya bagaimana kelak azab sakaratulmaut.. 

Syahid 
Dalam dua hari berdepan dengan mayat, melihat luaran mayat, melihat tempurung kepala dicerakinkan, melihat satu-satu organ-organ badan dicerakinkan, melihat setiap organ dipotong-potong, hanya Allah yang mampu memahami getar hati perasaan saya.. Dan di sana saya membuat keputusan, membuat fatwa pada hati nubari, sesungguhnya hanya syahid merupakan khusnul khatimah yang terbaik.. Saya tahu saya bukan calon syuhada' lantaran pincangnya amal saya, namun melihat kematian manusia-manusia yang hadir, hanya syahid yang dapat menyelamatkan kita dari kekejaman maut... 

Syahadatul haq 
MO saya yang berbangsa Cina dan India berbual dengan saya perihal menderma organ, berbicara bagaimana mereka kepercayaan mereka bahawa tubuh tidak merasa sakit setelah mati dan salah seorang mengatakan, "My belief is totally different with Islam". Saya kaku.. Meludahi diri sendiri kerana belum mampu meyakinkan manusia lain mengenai syahadatulhaq saya sendiri.. 

Wallahi, terlalu banyak mengenai dakwah ini yang belum kita pelajari dan di bidang yang telah kita ketahui sedikit sebanyak, misalnya Allah mengurniakan kita mutarabbi di IPT, sejauh mana kita telah menjaga hak Allah tersebut untuk melepasi tanggungjawab-tanggungjawab kita pada benda-benda yang kita tak ketahui? Ada pekerjaan-pekerjaan kita yang perlu kita lakukan dengan sebaiknya untuk melepasi azab Allah pada titik-titik kelemahan kita dalam melaksanakan tuntutan Syahadatul Haq ini.. 

Rupa paras 
Menjadi wanita, kita tak dapat lari dari berbicara mengenai rupa paras.. Malah baru-baru ini naqibah saya sendiri berbincang mengenai mutarabbi saya yang mana sudah cukup muwosofatnya melainkan perihal penampilan.. Memakai eyelashes, memakai contact lens yang lain dari warna asal mata.. Saya juga berbincang dengan zauj mengenai hukum kerana kekurangan saya mengenai hukum hakam.. Pendapat zauj, memakai contact lens yang berwarna warni haram hukumnya kerana mengubah rupa asal kejadian Allah.. Saya sendiri mengakui, ujian bagi wanita adalah soal kecantikan.. Berdepan dengan 3 tubuh mayat, melihat seluruh organ dalamannya, melihat kulit kepala ditarik, saya mengakui kecantikan hanyalah selapis kulit yang menyelaputi seluruh organ dalaman kita yang hakikatnya sama.. 

Hmm,, hari ini juga saya bekerja dengan seorang MA yang menghidapi neurofibromatosis.. Semenjak posting pertama saya sebagai house officer, pakcik inilah yang akan mengambil mayat-mayat pesakit yang meninggal di wad.. Kehidupannya adalah bersama dengan mayat.. Seandainya bukan kerana kematangan sebagai seorang dewasa, bukan kerana ilmu perubatan yang saya ada, bukan kerana tarbiah yang ada dalam diri saya, pasti saya sudah takutkan pakcik MA tersebut kerana rupa parasnya.. Allah menguji setiap hambaNya.. dan saya pasti pekerjaannya sehari-hari di jabatan forensik telah mengubati hatinya, telah mengubah persepsinya mengenai apa yang dinilaikan manusia sebagai 'kecantikan'.. dan saya percaya dengan sebenarnya pada ayat-ayat Allah, dan saya mengakui keadilan Allah yang tidak menilai manusia pada zahirnya tetapi menilai mereka dari sudut taqwa kepadaNya.. 

 Kullu nafsin dzaiqatul maut.. Setiap yang bernyawa akan merasai maut!

Puasa enam...

Semasa di red zone raya ketiga tempoh hari, saya temukan seorang makcik yang sangat comel. Dia akhinya dimasukkan ke wad dengan diagnosis unstable angina.. 

Cara dia menerangkan penyakitnya sahaja sudah cukup comel.. "Makcik sakit dada sangaaaaaaaaattt tadi.. Ingat dah gol tadi! Bunyinya shretttt macam kapal terbang, macam dalam movie tu!". 

Sepanjang membuat ECG dan lain-lain masa, mulutnya terusan mengungkapkan Lailahaillallah.. 

Selepas memberi crushed aspirin dan sublingual GTN, sakitnya berkurangan.. 

Dia sebolehnya tak mahu masuk wad kerana menjaga 36 ekor kucing di rumah.. Kakinya juga ada kesan cakaran kucing.. "Makcik bukan jaga kucing yang comel itu nak. Makcik jaga kucing yang cacat, tempang, kena air panas nak.. Kucing itu pun makhluk Allah nak.. Makcik jumpa kat Pulau Pangkor, makcik namakan dia Pangkor.. Yang makcik jumpa kat Setiawangsa, namanya Siti.. Banyak kucing makcik nak..". 

Hebatnya makcik tersebut.. Ya rabb, sungguh sangat banyak jalan ke syurga .. Dan saya tidak akan melupai kata-kata makcik tersebut.."Makcik belum puasa enam lagi nak". Huhu.. Aku yang sihat ini pun belum puasa enam lagi.. Alhamdulillah kerana Allah sentiasa mengingatkan dengan perantaraan pesakit-pesakit ..

Kehormatan...

Berada di jabatan kecemasan, saban masa saya menemukan gadis-gadis remaja Muslim yang hamil luar nikah.. 

Pernah sekali, saya menemukan seorang gadis.. 4 bulan lamanya tiada haidh.. Urine pregnancy test (UPT) positif.. 

"Adik, awak hamil? Suami mana?" 

"Saya belum berkahwin Dr, saya datang dengan mak ayah. Saya tiada kawan lelaki. Doktor boleh panggil mak ayah saya". 

Uterus palpable at 20 weeks of pregnancy. Perutnya juga menunjukkan dia hamil. Saya ambil mesin ultrasound. Saya tunjukkan jantung bayi padanya.. Pada wajahnya, tidak terzahir hatta sedikit pun wajah kejutan.. 

"Adik, nak saya beritahu mak ayah?" 

 "Takpe doktor. Nanti saya beritahu sendiri". 

Setelah menasihatinya, dia pergi.. Itu bukan kes yang pertama.. Sampaikan seorang kawan sejawatan yang lain memberitahu, "Ummu, duduk di jabatan kecemasan ini jangan sangka baik dengan pesakit". Betapa kehidupan di zaman fitnah ini memaksa seorang doktor untuk tidak mempercayai pesakitnya.. 

 Terkadang jauh benar gadis-gadis kita tersasar.. Seringkali saya tertanya-tanya, apakah yang mereka fahami dengan makna 'kehormatan'? 

Air mata saya menitis laju memikirkan ummah.. Terimbas pembacaan saya mengenai pertanyaan akhawat kita di Syria, "Seandainya kami yakin kami akan dirogol, bolehkah kami membunuh diri?" 

Air mata menitis lagi.. Saya ingati lagi bait-bait salah satu fatwa yang ditulis oleh Sheikh Dr Yusuf Qardhawi semasa usia mentah mengenali Islam yang membuatkan saya teresak-esak menangis.. Fatwa mengenai hukum menggugurkan kandungan hasil pemerkosaan.. 

Soalan mengenai fatwa tersebut diajukan oleh Dr. Musthafa Siratisy, Ketua Muktamar Alami untuk Pemeliharaan Hak-hak Asasi Manusia di Bosnia Herzegovina. Dia menanyakan kerana nasib akhawat kita yang dirogol di sana tanpa kerelaan mereka.. Meskipun tidak bersalah, mereka menanyakan fatwa yang merupakan hak mereka dengan penuh malu... 

Bacalah setiap butir fatwa tersebut dan rasai betapa jauhnya perbezaan wanita-wanita di sana dan di sini.. Bacalah wahai muslimah fatwa tersebut supaya kalian mengerti betapa mahalnya apa yang dinamakan sebagai 'kehormatan'!

Friday, August 09, 2013

Risyta - hubungan...

Saya masih bekerja akhir Ramadhan.. Saat manusia lain berteleku bertemu Allah di penghujung malam, saya masih melihat pesakit.. Dan pada penghujung malam terakhir Ramadhan, saya menyambut seorang bayi yang keguguran.. Cukup sifatnya.. Dan saya ungkapkan pada teman sejawatan, "Saya menyambut anak syurga pada malam terakhir Ramadhan saya". Saya melihat ibu tersebut menitiskan air matanya.. Dan saya melihat keakraban hubungan suami isteri ketika si isteri menangis di pelukan suami.. 

Semalam, 1 Syawal.. Saya melihat satu kes.. Seorang pesakit wanita berusia 29 tahun, memiliki 2 cahaya mata, telah menjalani Wertheim's Hysterectomy (pembedahan membuang rahim) 3 bulan lalu kerana kanser serviks, defaulted treatment kerana menjaga adiknya yang baru bersalin .. dia anak yatim.. dan dia datang dengan obstructive features.. kansernya telah merebak.. dan fungsi buah pinggangnya terjejas terus.. Saya letakkan dia di bilik observation sementara menunggu doktor medical review.. Datang suaminya dan dua anak kecilnya, "Boleh saya jumpa isteri saya?" Allahu akbar! Menatapi dua wajah mulus yang kecil itu, hati saya hiba.. 

Di saat semua bahagia mengupload gambar keluarga, beraya bersama keluarga, ada di kalangan kita yang diuji sedemikian rupa.. 

Saya tertanya-tanya mengapa Allah mencipta apa yang dinamakan sebagai 'hubungan'? Dan mengapa hubungan atau pertalian itu menjadi ujian yang sangat menggetirkan.. Mengapa ada hubungan di antara ibu dan anak , dan mengapa si ibu perlu pergi dalam usia yang muda, apa yang akan terjadi pada anak tersebut? 

Saya memuhasabah kehidupan sendiri..Ya, saya pernah meredhai kehidupan andai tidak berkahwin.. Setelah pembedahan membuang ovarian cyst semasa di tahun 2 pengajian, saya kembali setelah hari-hari suram dan meredhai andai Allah mentakdirkan saya hidup sebagai bujang.. Bahagia, duit ada, rumah ada, kerja ada.. dakwah ada..segalanya ada! Di saat Allah tahu semua itu tidak lagi menjadi ujian, maka Dia menghadirkan ujian.. Allah mentakdirkan perkahwinan dan saya diuji dengan perkahwinan jarak jauh! 

Saya tidak merasainya pada awal usia perkahwinan, barangkali kerana tidak mengenali.. Namun tidak dengan bertambahnya masa.. Hubungan jarak jauh ini menjadi ujian yang amat besar buat hati saya yang kecil.. 

It affect's me.. Seperti petikan di dalam artikel ini, saya mengakui betapa akrabnya hubungan suami isteri seperti yang diunngkapkan oleh Allah!

The best description that I personally have ever read describing the closeness of the spouses to each other is the Qur’aan’s verse which says, “They are your garments and you are their garments.” (Surah Al Baqarah 2:187)

Indeed, spouses are like garments to each other because they provide one another with the protection, the comfort, the cover, the support, and the adornment that garments provide to humans. Just imagine a journey in the winter of Alaska without garments! Our spouses provide us with the same level of comfort, protection, cover, and support in the journey of our lives on this earth as garments would do in the Alaskan journey.

Hubungan jarak jauh menjadi ujian .. Raya ini itulah ujian hebatnya.. Kami beraya jarak jauh lantaran saya masih bekerja dan zauj perlu menunaikan haknya pada keluarganya juga.. Di situ hati saya diuji apabila acap kali soalan bertanyakan zauj diajukan.. Indeed, it was painful!

Dan soalan yang saya ajukan, mengapa perlu adanya pertalian dan mengapa ianya mampu menggoncangkan iman? Tidak lain tidak bukan, kerana kita dicipta untuk DIUJI!. 

Bukan bujang, berkahwin, gugur, kanser dan segalanya yang menjadi persoalan.. Persoalannya, sejauh mana kita meletakkan Allah di hati kita saat ujian terus berlabuh? Di mana TAWAKAL kita?

Dan saya mula merasai betapa kecilnya kita di hadapan Allah! Betapa kecilnya kita di hadapan jalan dakwah dan tarbiah! Dan sungguh sangat mudahlah untuk gugur di atas jalan ini andai Allah tidak bersama kita! 

Maka biarlah Allah mentakdirkan yang terbaik buat perjalanan hidup kami berdua! Saat diri ini mengambil keputusan-keputusan besar dalam hidup kerana D&T, saya berharap dengan kekerdilan saya sebagai hambaNya, Allah masih mengekalkan saya di atas jalan ini meski saya kelelahan.. Ya rabbi, bantulah aku untuk kembali Syawal ini dan pada bulan yang mendatang... 

Menulis setelah balik kerja..dan perlu bekerja lagi malam ini selama 17 jam lagi.. Ya Rabb, mudahkanlah..  

Monday, August 05, 2013

Ramadhan..

Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kehadiran Ramadhan.. Ianya adalah oasis untuk menghadapi sahara sebuah kehidupan.. Meskipun jadualnya oncall, postcall, pm shift.. Dan kemudiannya oncall semula, ada barakah yang saya rasai..

Ya, saya pasti dunia kerja saya adalah dunia yang sangat gelap bagi saya.. Hatta seorang sahabat saya juga MIA (missing in action) kerana depression meskipun ini adalah posting terakhir kami.. Moga Allah terus menguatkan .. dan moga doa-doa kami di dalam Ramadhan ini didengari... Dunia kerja saya adalah tamrin, mukhayyam bagi saya... 

Dunia rumah tangga..barakahnya mencurah-curah.. Andai sebelum Ramadhan, ada konflik-konflik kecil yang berlaku, maka Ramadhan datang sehingga mawaddah itu dirasai segenap jiwa.. Bak kata Pak Cah dalam mengungkapkan usia perkahwinannya, saya merasai hal yang sama..

Namun aku merasa selalu dekat, bahkan sangat dekat dan teramat dekat
semakin tua usiaku, semakin nyata ketidaksanggupanku menjalani sisa hidup ini tanpamu
Mungkin aku berlebihan, namun senyatanya aku hanya lelaki yang lemah
yang menjadi kuat karena kebersamaanku denganmu
Hari-hari kita lalui di jalan Tuhan,
sesungguhnyalah waktuku sudah habis di jalan itu
pengertianmu yang selalu menguatkan langkahku

Perkahwinan jarak jauh, bahagianya ketika bertemu.. Menangis ketika berpisah.. Dan ujian beratnya ketika raya juga jarak jauh.. Namun dia membisikkan, "Orang Islam tak raya, kita sambut 10 malam terakhir Ramadhan"..Menitis sekali lagi air mata..

Tarbiyah dzatiyah Ramadhan ini ternyata bertambah baik.. Meskipun sebagai HO, alhamdulillah hampir khatam bacaan Quran saya.. Dunia kerja saya menganggap pelik Quran itu..

"Apa ini? Boleh pegang ke Dr?"

"Dr guna ini untuk tujuan perubatan ke?"

"Baguslah Ummu ko ni.. Muka pun macam kurma.."

Bila sibuk sangat di satu-satu zon, seorang MA selalu bertanya, "Ummu, tak ngaji Quran ye hari ini?"

TOSS, Training of Syria Speakers ternyata menguatkan lagi langkah untuk ummah.. Saya harapkan saya bukan insan yang diungkapkan dalam cerpen Bumi yang Berdarah...

"Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan".

Saya rasakan dakwah saya terlalu jauh dengan dunia hospital saya.. Isu Syria juga begitu.. Dalam dunia yang gelap itu, ada motivasi untuk menulis supaya dapat menyantuni mereka.. Moga Allah mengurniakan keberkatan masa untuk semua itu..