Tuesday, April 23, 2013

Penat!

Ada kala dan ketikanya saya merasakan 'penat' yang amat. Seakan ingin berlari jauh membawa diri, mahu memencilkan diri seketika dari terus melihat manusia. Mahu menarik nafas seketika, mencari kekuatan. Ya, saya penat.. 

Saya menoleh kiri dan kanan, depan dan belakang. Tiada siapa. Tahulah saya ketika itu, Allah hanya ingin saya mengadu padaNya.. Housemanship, naluri seorang wanita yang lemah, keluarga, kewangan semuanya adalah bentuk ujian yang dihamparkan agar saya kembali padaNya.. Saat seluruh dunia mungkin mengatakan saya kuat, saya tahu Allah jualah yang paling tahu kekerdilan saya sebagai hamba, mengetahui setiap zarah dosa yang saya lakukan, megetahui segala isi hati.. Allah, betapa halus tarbiahNya.. 

Motivasi? Pesakit-pesakit di hospital juga motivasi berharga saya.. Saya kini berusia 26 tahun..

Melihat pesakit wanita yang berusia 27 tahun menghidap kanser payudara. Dia telah melalui pembedahan membuang satu payudara. Dan kemudiannya Allah menguji bahawa payudaranya yang sebelah juga terkena kanser yang sangat advance. Dia melalui neoadjuvant therapy, kemoterapi sebelum pembedahan untuk mengecilkan saiz kanser. Dan mastectomy atau pembedahan membuang payu dara yang perlu dihadapinya esok adalah cuma sebagai palliative, bukan curative. Bimbang pecah dan sebagainya.. Dan kansernya telah merebak ke tulang dan hati. Apa yang saya fikirkan? Hanya satu tahun lagi, mungkin itu jugalah time bomb saya.. Siapa tahu? Sebagai doktor, terlalu banyak seni kematian yang kita lihat, bukan? Dan saya akan memuhasabah, menggoncangkan diri yang penat.. Afeera! Setahun lagi nak mati..

Semasa saya menjaga ICU 3 malam yang lepas, satu kes seorang lelaki berusia 29 tahun, appendix pecah (perforated appendicitis). Sayang semasa pembedahan, berlaku iatrogenic incident, terkena usus. Dan kini dia hanya menanti saat untuk pergi.. 

Betapa banyak kes ectopic pregnancy, kehamilan luar rahim yang kita lihat. Sekejap sahaja Allah nak, kena ectopic pregnancy, berlaku pendarahan yang banyak dan mati.. 

Terlalu banyak seni kematian yang saya lihat. Dan betapa ramai di kalangan pesakit yang pergi begitu muda.. Dan begitulah acap kali saya memotivasi diri. Afeera, setahun lagi nak mati! Afeera, 3 tahun sahaja lagi nak mati! Dan apakah bekal yang akan saya bawa pulang. Mati! Tiada jalan pulang.. 

Begitulah saya memuhasabah diri.. Doakan agar Allah memberikan saya seni kematian, khusnul khatimah yang indah! Dan sungguh kematian adalah motivasi berharga untuk terus bergerak meski penat!

Ahmad Ar Rasyid , kadang kadang kasar juga dalam penulisan beliau:

 الراحة للرجال غفلة ذالك أن من أراد الراحة والسكون فإن الموت والقبر يزودانه منهما حتى يشبع

Kerehatan bagi seseorang (da'ie) adalah kelalaian! Oleh itu untuk yang berkehendak kepada rehat dan berhenti maka sesungguhnya maut dan kubur itu akan merehatkannya sehingga dia puas!

2 comments:

Anonymous said...

Awk beruntung dpt melihat seni kematian. Mmg itulah munasabah yang paling baik utk kita. Sbb itu saya suka dgn sesi hospital visit. Sbb ia membuat saya sedar bahawa ada orang diuji hebat daripada saya dan membuat saya munasabah cukupkah bekal saya bawa. Penat. Jujur saya penat. Terlalu penat. Sehingga saya lupa apabila luah kepada manusia mereka mungkin tidak dapat membantu. Sehingga saya lupa Allah sedang menanti doa dan renggekan saya.Mayb i should take small action dgn melawat orang lain sendiri di hospital tu.You make realize something.Jzzk.

haru_maki said...

T.T takutnyee nak jadi dokter. takut hati rasa lali dengan kematian sampai tak rasa ape2

There was an error in this gadget