Monday, November 05, 2012

Umattikunna...

Sangat malu bila seorang ukhti forwardkan tulisan ini di kalangan akhawat..sebab rasa kerdil sangat dan sebab saya sendiri bermujahadah.. Dan adakalanya benda yang kita kongsikan dan coretkan adalah sangat berat untuk diri kita juga.. Namun di sanalah tarbiah.. Ini sharing seorang ustaz yang terlalu saya kagumi di jalan dakwah ini.. Kami tadabbur kembali ayat ini di Teluk Ramunia..

Kami tadabbur Surah Ahzab bermula ayat 28 sehingga 33. Ada beberapa perkara yang kita ingin hal itu ada pada kita dan adik-adik kita. 

Poin 1: Sebagai akhawat, ada beberapa surah dan hadis dalam Quran yang perlu kita kuasai.  Ada perkara dalam Quran dan hadis yang  diturunkan untuk kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Namun di sana ada surah/ hadis yang turun  yang menyentuh aspek-aspek kejiwaan seorang wanita. Misalnya berkenaan dengan tarbiyatul aulad, kejiwaan wanita. Contoh-contoh surah adalah seperti Surah Ahzab, Surah Annur, Surah Maryam, Surah Annisa’, Surah Attahrim, Surah Attalaq dan beberapa surah lain.

Poin 2: Surah Ahzab di permulaannya menyentuh mengenai surah Ahzab. Namun ayat-ayat seterusnya ada menyebut tentang kewanitaan.

Poin 3: Ayat 28 adalah ayat berkaitan dengan rumah tangga dan menyentuh masalah keinginan perempuan. Misalnya naluri wanita yang suka melawa, bukan hanya pada perhiasan diri, bahkan pada perhiasan rumah, langsir dan lainnya.

Poin 4: Asbabun nuzul ayat-ayat ini menceritakan hubungan nabi dan isterinya. Nabi ketua Negara dan perkahwinannya adalah dengan anak-anak orang besar misalnya anak Abu Sufyan, anak Saidina Abu Bakar, anak Umar dan lainnya. Saidina Abu Bakar misalnya adalah sahabat yang kaya, bukan seperti Abu Darda’ dan lainnya yang biasa-biasa. Sememangnya ada sahabat yang kaya di Madinah, mentaliti dan gambaran pemikiran kita perlu melihat izzah seorang sahabat, jangan rasa sahabat seorang yang selekeh.

Poin 5: Apa masalahnya bila berkahwin dengan ketua Negara? Apa perasaan isteri-isteri nabi saat diziarahi oleh isteri pembesar-pembesar yang lain? Ada perasaan nak lebih sedikit. Kehidupan nabi adalah sangat biasa. Misalnya tapak kuburan nabi di Masjid Nabawi adalah gambaran rumah Saidatina Aisyah. Saiznya cuma lebih besar sedikit sahaja. Dan dalam kisah Hadithul Ifki, misalnya kalung Saidatina Aisyah yang hilang bukanlah kalung emas, lokek batu sahaja. Dan mereka pun tak sedar Saidatina Aisyah tiada di atas unta kerana ringan yang amat/ makan sedikit sahaja. Itulah gambaran kesederhanaan kehidupan isteri-isteri nabi.

Poin 6: Kerana kesederhanaan itu, satu saat timbul rasa nak minta lebih sedikit sahaja. Meskipun isteri-isteri nabi mendapat tarbiyah yang super mantap, masih ada kesedihan itu. Lantas turunlah ayat itu.

Poin 7: Even minta sedikit sahaja pun, Allah kata seperti meminta dunia dan perhiasannya.

Poin 8: Ada poin yang sangat ditekankan bila Allah sebut Fata'al –maka mari sini…umattikunna – ada sabdu tengah ..aku akan seronokkan kamu…wa usarrihkunna…dan aku akan ceraikan kamu… sarahan jamila ---penceraian yang cantik… Ayat ini sangat ganas. Eventhough isteri-isteri nabi lemah lembut, hebat segala-galanya, namun nada ayat sangat ganas sebab tahapan kita dalam tarbiyah. Nada yang sama tidak boleh ditekankan untuk mereka yang baru berjinak dalam tarbiah. Namun di sana ada ketegasan untuk mereka yang telah melalui tarbiyah ini.

Poin 9: Isteri nabi baru minta sikit, tapi Allah suruh nabi bagi pilihan terus. Sebab tak logik orang yang duduk dalam tarbiah boleh minta macam itu. Ada level dalam tarbiah.

Poin 10: Kalau isteri nabi, buat baik dapat dua kali ganda..kalau buat dosa pun dapat dua kali ganda. Satu amalan yang dibuat oleh dua orang..pahalanya berbeza..sebab niat dia, ihsan dia..Nafkah harta seperti satu bji benih…dari sebiji tumbuh 7 tangkai..gandaan 700 ratus.. allahu yudhaifu liman asyaa’’…Allah boleh gandakan lagi…camne Allah bagi gandaan itu? Keikhlasan dia…RM1 infaq hari ni dan esok lusa adalah berbeza.. Macam tu juga isteri-isteri nabi.. sebab tu dapat gandaan pahala lebih

Poin 10: Pahala di saat perlu memilih, Ada pilihan kahwin dengan datuk/orang biasa/ daie.. Kehidupan isteri-isteri daie  bukan mudah..Mustafa Masyhur misalnya masuk penjara 20 tahun..Bila keluar dah tak kenal anak..Penjara di tengah-tengah pedang pasir.. Siapa yang jaga anak dia? Isteri.. Kesabaran kongsi dua bukan maksudnya bahagi dua..dapat sama atau lebih ..bergantung pada keikhlasan..

Poin 11: Ya nisaan nabi.. lastunna ..asalnya laisa..tidaklah kamu..ka..kaahadin..seperti mana-mana peempuan..ahad bukan makna satu..Allah sebut kalimah ahad ini dalam surah Ikhlas… Unik..hanya mereka itu sahaja..Itulah gambaran role model kita....special sangat isteri nabi.. inittaqaitunna..sekiranya kamu bertaqwa.. fala ..Maka janganlah kamu.. merendah-rendahkan suara..mendayu-dayukan suara..macam orang bercakap dengan pakwe dia..fayatma’a..maka berkeinginanlah allazi..orang-orang yang di dalam hatinya maradhu.. Allah tidak membenarkan kita mendayu-dayukan suara..takut keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya..

Poin 12: Bila sebut ya nisa’an nabi, adakah perintah hanya untuk isteri nabi? Quran utk kita..kena tengok reason..bahasa usul fiqh… illat hukum..tak semua lelaki terpengaruh/ ada penyakit dalam hati..Cuma takut ada lelaki yang berpenyakit merasakan seperti itu…kata ulama’ asalnya ayat ini adalah untuk isteri nabi… Ada ke orang yang ada keinginan isteri nabi? Siapa yang cakap dengan isteri nabi? Sahabat-sahabat.. Kalau sahabat yang hebat…isteri-isteri nabi pun tidak boleh dikahwini disebabkan mereka adalah ummahatul mukminin…(ibu tak boleh kawin, haram)… Kalau dengan sahabat-sahabat nabi yang baik pun tak boleh..apatah lagi, bukan sahabat/ isteri nabi… maka jatuhlah hukumnya pada orang yang bukan isteri nabi juga..

Poin 13: Waqulna qaulan makrufa..adakah perempuan tak boleh bercakap? Bahkan kena cakap..fe’el amar qul..maka cakaplah dengan perkataan yang baik/ biasa.. Di tempat yang hak, perempuan memang perlu bercakap, tak boleh malu menyatakan yang hak…

Poin 14: Waqarna..tetap diamlah fibuyutikunna..asal satu rumah baitun, banyak rumah buyut…hai perempuan-perempuan duduklah di rumah-rumah kamu..dan janganlah bertabarruj …berlebih-lebihan dengan tujuan orang tengok..masa kenduri, lagi satu masa pergi kerja..bersolek..itulah tabarruj..kerana nak menampakkan..Perintah dalam ayat ini yang pertama kena duduk rumah..kedua tak boleh tabarruj…Disentuh juga tabarruj ketika walimah.

Poin 15: Kalau ikut ayat ini kena duduk rumah, larangan tak bole tabarruj.. So,boleh atau tak nak keluar rumah?..Boleh kalau ada keperluan..Hukum asal kena duduk rumah..kalau perempuan jalan, syaitan akan mempergunakan dia… Kalau tade kerja, tak bolej kuar rumah..apa kerja kita? Bukan pergi kerja doctor/ cikgu tu..tapi kerja daie tu..kita ada kerja lagi besar..menyelamatkan manusia…Bila itu adalah kerja besar besar kita, kerja lain jadi kecil..Pergi mana-mana pun kena niat menyelamatkan manusia..Dalam muntalaq, disebut kalau  duduk kat rumah zaman ini adalah berdosa sebab terlalu banyak kefasadan yang ada di luar sana. Maka, kena banyak lagi kuar rumah..

Ok, itu perkongsian dengan adik-adik untuk adik-adik sedar ada tahapan-tahapan dalam tarbiah. Dan perkara-perkara keakhawatan yang perlu dijaga oleh kita sama-sama. Peringatan utk diri sendiri terlebih dulu pastinya..

1 comment:

Unknown said...

salam wbt

subhanallah..
tak sangka.. e-mail yang saya baca semalam..
dapat saya baca semula disini..

(^_^)//