Hmm.. masa 1st HO assessment dalam posting ini, saya gagal dengan teruknya.. Saat assessment adalah hari ke 7 tagging. Setiap hari ke wad sebelum 6 pagi dan balik rumah hampir 1 pagi. Memang penat. Dan hari assessment itu sendiri, saya lambat sebab baru selesai buat pleural tapping pada seorang pesakit. Saya pandang sepi sahaja kertas itu. Fikiran saya tidak berjalan. Alhamdulillah tak kena viva dengan doktor pakar sebab saat itu saya sedang tagging.
Sangat kagum dengan kawan-kawan yang lain yang berjaya menjawab soalan itu. Hari ini saya tanya mereka tips mereka. Huhu, mereka beritahu saya mereka membawa toyol dan hantu raya.. Toyol adalah kertas nota kecil dan hantu raya adalah kertas nota yang besar.
Hmm..dan hari ini HO assessment kedua. Hmm, saya dapat melihat begitu banyak toyol dan hantu raya hari ini.
'Ala kulli hal, Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya seorang auditory learner yang tak pernah suka membuat toyol dan hantu raya..
Tapi kawan-kawan HO saya terus cuba membantu semasa assessment saat melihat beberapa soalan yang tidak saya jawab.
Hmm...jadilah toyol dan hantu raya tarbiah besar untuk saya hari ini.
Sayalah insan yang membasuh orang lain tentang qadar. Bahkan saya pernah menulis tentang qadar.....Allah...
Arghhhhh......bila semua orang nak faham tentang qadar? Sangat susah sebab semua orang desperate.. Kalau tak pass assessment dan viva, kena extend 3 bulan... Maka jawabnya, terciptalah toyol dan hantu raya..
Banyaknyaaaaaaa kerja kitaaaa........
2 comments:
risau jika tangan saya dibedah oleh dokter2 yang tok gurunya toyol dan hantu raya...=,=.. astaghfirullah..
-sang patah tangan-
Ini merupakan cetusan ikhlas tetapi perlu diberikan perhatian. Toyol ini sudah menjadi kebiasaan. Kalau tak buat dah jadi luar biasa. Ruginya akal yang bijak digunakan utk memikirkan kaedah membawa toyol bukan dimanafaatkan untuk ilmu.
Arghh .... masalah global.
Post a Comment