Sunday, September 23, 2012

SP..

 
muka depan akhbar The Star semalam

Saya sudah menyelesaikan posting O&G dan pediatrik. Antara perkara yang menyedihkan saya di dalam kedua-dua posting adalah perihal zina. Melihat anak-anak yang lahir dari hasil zina, yang tidak berdosa seringkali menghiris luka yang dalam. Ada adik-adik yang belasan tahun lebih muda dari saya melahirkan anak di atas karpet di rumah.. Argghh... Kalau berdasarkan pengalaman, saya berani mengatakan 90% statistik di atas adalah merujuk kepada 'Muslim'.. Arrrrrrrrrggghhhh........

Minggu lepas, saya melihat dua kes dari banyak kes lainnya yang sangat menyedihkan hati saya. Kedua-dua bayi adalah anak luar nikah, dan tambah menyedihkan ibu kedua-dua tersebut sendiri adalah anak luar nikah!

Perkara paling menyedihkan semasa menjadi house officer adalah tika mana disuruh untuk mendapatkan sexual and social history pesakit-pesakit ini. Terkadang menjerit dalam hati sendiri bila disuruh oleh medical officer (MO). Adakah semua ini membuahkan amal? Terkadang kita menjadi busy body, mengintip aib tanpa menyelesaikan permasalahan. Menjadi doktor, terkadang kita terperangkap dalam dunia mengintip kesalahan. Seandainya sudah ada infectious screening (untuk screen sama ada ibu atau bayi menghidap penyakit berjangkit seperti HIV / Hepatitis dan lainnya), masih perlukah kita mendapatkan social history yang tidak menghasilkan amal? Argghhh...

Hati saya sebak melihat ibu-ibu ini. Ada sekali rasa panas yang amat bila melihat kekasih si ibu datang dengan telinga bertindik. Kalau ikutkan hati, serasanya mahu mengerjakan sahaja lelaki tersebut yang menghancurkan kehidupan seorang wanita. Sedih sangat bila melihat nenek si bayi membiarkan sahaja anaknya dengan pasangannya. 

Terkadang bimbang dengan hati sendiri andai ianya tidak berdenyut lagi ketika melihat semua kemungkaran ini. Sebabnya, kerana terbiasa dan kes yang ada begitu melambak-lambak..  Di sebabkan hospital saya adalah hospital IT, pernah sekali saya menjerit di hadapan PC komputer, "Single parent (SP) lagi?!" Sebabnya begitu banyak kes single parent dalam sehari. Dan manusia sekeliling saya ketawa.. Berhak ke kita ketawa melihat semua ini?

Pernah sekali seorang kawan saya, seorang house officer seperti saya menulis list of resolved problem, salah satunya resolved infant of single parent.. sebabnya dah merujuk kes itu pada jabatan sosial yang menyelesaikan kes-kes ini.. Tergelak pun ada, namun bila difikirkan.. sewajarnya diri ini menangis tiada henti melihat realiti umat... Boleh ke status itu resolved? Boleh ke permasalahan itu selesai dengan merujuk kes itu kepada jabatan sosial yang melihat ib-u-ibu ini sebentar cuma dan jawapannya, "dicharge the baby to mother"? Sangat mengerikan.. 

Adakalanya saya kelelahan di dalam dakwah dan tarbiah, berhadapan dengan rencam karenah mutarabbi, tapi mereka adalah harapan.. Saya amat berharap adik-adik ini sedar dengan realiti, dengan jahiliah yang sangat menggoncangkan iman di luar sana.. Betapa kita perlu merasakan kesedaran bahawa kita adalah harapan dan lilin umat ini... Jujur saya rasa bayangan kemenangan itu terlalu jauh seandainya saya melihat realiti di hospital. Terkadang saya kepanasan di hospital, terkadang terasa azab Allah itu akan menimpa saya bila-bila masa sahaja. 

Kita perlu terus bergerak.. bergerak.. dan bergerak...

No comments: