Ungakapan-ungkapan ustaz tempoh hari banyak membuatkan saya terusan berfikir..
Bila ada yang tanya pada ustaz tentang fikrah/ indoktrinasi, ustaz menjawabnya dalam bahasa yang mudah.. Fikrah adalah kehidupan, angan-angan, mimpi, hidup dan mati kita... Kita tidur dengannya, kita hidup dengannya, kita bermimpi dengannya..
Benarkah hidup, mimpi dan segala kehidupan kita adalah fikrah dakwah dan tarbiah ini? Atau ianya cuma seungkap kata di bibir namun tidak terealisasi sama sekali dalam kehidupan kita? Dalam mimpi kita? Saya pernah bermimpi sedang melakukan resuscitation terhadap bayi, menyelamatkan nyawa bayi.. dan banyak lagi mimpi tentang kehidupan di hospital. Pernah saya bermimpi untuk melakukan resuscitation terhadap umat ini? Belum pernah.. Ya rabb, apa fikrahku sebenarnya???
Seorang ukhti bertanya lagi pada ustaz,"Ustaz, bagaimana kita nak tahu adik-adik kita sudah settle di setiap mustawa/ peringkat tarbiah yang sedang dilalui mereka?" Jawapan ustaz ternyata memberi sentakan yang dalam. Ustaz tidak mahu kita mengadakan sempadan dalam tarbiah, tidak mahu di sana overview kita hanya sejemput cuma..lantas jawapan ustaz, "Kita hanya tahu sudah settle bila melangkahkan kaki ke syurga". Allahu Akbar! Ustaz memberitahu hakikat tarbiah ini adalah iman, dan overview akhirnya adalah akhirat. Allahu Akbar! Bilakah kita mahu menjadi murabbi akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat? Melihat segalanya dalam dunia tarbiah ini dari jendela dan overview akhirat?
Di peringkat ini, saya merasakan dalam diri saya sendiri juga ada banyak kelemahan yang tidak settle-settle lagi? Apakah kesudahan sebuah kehidupan andainya settlenya saya adalah di neraka Allah? Nauzubillah... Sungguh banyak taubat yang perlu dilakukan...
No comments:
Post a Comment