Saya masih mencari. Bila ditanya, maka pencarian tersebut perlu saya gali semula.. Saya yang bukan Melayu, punya darah India - Malabar.. dan saya percaya sejarahnya juga panjang.. Dan saya percaya tali hubungan aqidah yang mengikat hati-hati manusia..
Pembacaan saya terpisah-pisah.. dan saya masih mencari susur galurnya yang panjang ...
Teringat kata-kata seorang sahabat lama tentang perihal ilmu. Saya percaya sejarah ini juga begitu. Kalau ada seratus hayat pun, saya belum pasti dapat mencari sejarah ini. Saya yakin sejarah itu sebenarnya harta
orang Islam, dirampas, dipatenkan semula sebagai hak musuh. Hari ini sejarah itu terpisah, bercerai-cerai, dan disorok. Macam kepingan puzzle
lama, dihancurkan kecil-kecil, disepah-sepahkan dan disorok lagi. Bak kata sahabat, tak
ramai yang nampak dan mahu kutip puzzle-puzzle itu. Untuk kutip sahaja
makan masa berapa lama, belum kira nak cantum lagi.
Kalau membaca Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Fatini Yakob, saya temui nama-nama seperti Karim Ghani dan perjuangan India Muslim lainnya..
Andai membaca perihal Dahagi, saya juga menemukan sesuatu..
Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.
Dan membaca juga tentang Malik bin Dinar, tabi'en yang membuka dan membawa Islam ke Kerala, India..
Pembacaan saya terpisah-pisah.. Maaf, masih jauh perjalanan untuk mencantumkan segalanya..
Moga Allah mentakdirkan yang terbaik dalam setiap saat dan ketika..Dan saya percaya Dia hanya mentakdirkan yang terbaik buat saya..
No comments:
Post a Comment