7 hari yang lalu serasanya mimpi ngeri yang menakutkan. Ya rabbi, mudahkanlah perjalanan ini..
Tagging di posting obstetrik dan ginekologi begitu menguji kesabaran saya. 17 jam sehari selama 7 hari saya bekerja. Saya kira andai Allah mengurniakan saya masa, saya mampu menulis sebuah buku untuk menceritakan segalanya. Ditengking, diherdik, diugut dan diperli seakan rutin biasa di sini.
Dulu semasa saya belajar, saya tertanya-tanya. Kenapa pensyarah-pensyarah saya perlu menubuhkan hospital dan universiti? Bukankah dengan pangkat mereka di hospital, di IPT-IPT sudah cukup tinggi untuk menarik manusia ke jalan Allah? Saat saya bekerja, saya menemukan jawapannya. Terlalu sukar mengubah sistem yang diasaskan oleh manusia-manusia dangkal ini.
Semasa hari keenam saya tagging, saya baru menyelesaikan satu kelahiran dan menjahit episiotomy. Selesai sahaja, saya terus bergegas menghadiri kelas untuk pegawai perubatan siswazah (house officer teaching). Sangat penat hari itu. Kelas pula pada pukul 4 petang. Sedang menulis segala yang diajarkan, saya terlelap. Dalam 3 saat sahaja.
"Hey girl! Go and wash your face. If not, i wash you out from this room!". Ya, consultant tersebut menjerit sebegitu di hadapan semua orang. Allah...
Saya pernah membantu seorang pakar yang sangat baik untuk dua proses kelahiran. Saya belajar banyak perkara. Hatta setelah kepala bayi keluar, doktor pakar tersebut masih meminta untuk guard perineum dengan pad. Saat saya membantu staff nurse dan melakukan seperti itu, pad tersebut dicampak dan saya ditengking.
Saya diajar semasa di permukiman ilmu dulu, semasa masukkan tiub air kencing (CBD), perlu letakkan gel yang banyak agar pesakit tidak sakit. Gel tersebut berfungsi sebagai lubrication. Kalau boleh letakkan lignocaine (gel bius). Tetapi semasa saya melakukannya kepada pesakit, saya ditengking lagi oleh staff nurse.
Pernah sekali selepas saya menjahit episiotomy, datang seorang staff nurse dengan kasarnya rub semua suture site tersebut sehingga jahitan terbuka. Dan kemudian memalukan saya di hadapan pesakit bahawa saya tidak pandai suturing. Dan kemudian dia keluar dan memberitahu semua orang bahawa saya tidak pandai suturing. Malu yang amat serasanya di hadapan pesakit.
Seorang lagi staff nurse, meskipun saya bertanya dengan bahasa yang paling lembut untuk belajar conduct delivery darinya, terus menjerit - "Tidak boleh!".
Medical officer juga serasanya mengerikan. Jujur saya rasakan tempat kerja saya seakan neraka ciptaan. Adakalanya hati seakan ingin berhenti. Tapi saya tahu 'penyiksaan' ini adalah pahala. Saya tahu niat awal saya semasa mula-mula mengambil bidang ini adalah kerana dakwah dan tarbiah. Cita-cita saya sangat tinggi. Ini medan tarbiyah saya. Satu masa nanti, jalan dakwah ini akan dihampar dengan seribu satu onak duri lagi. Lantas semua ini perlu diambil sebagai tarbiah.
Sangat sedih juga saat melihat adik-adik student nurse yang juga tidak menghormati saya. Pernah saya sedang memeriksa seorang bayi yang hypoglycemia, adik student nurse tersebut dengan tidak hormatnya -"Cepatlah doktor!" Malah adik tersebut tidak menghormati pesakit. Sangat sedih. Kalau semasa bergelar pelajar sahaja sudah sebegini sikapnya, saya tidak dapat membayangkan diri mereka semasa menjadi staff nurse kelak.
Saya membeli handphone dengan kelengkapan 3G. Semuanya untuk membantu saya mengikuti perkembangan di luar. Alhamdulillah, kawan-kawan saya di dalam lingkungan Facebook juga kebanyakannya mengikuti tarbiah. Lantas status mereka seakan satu peringatan buat saya. Saya menangis begitu lama kerana tidak dapat mengikuti ceramah Syeikh Mahmoud Ezzat dan ceramah Sheikh Jum'ah Amin. Syukur jemaah ada videonya. Sangat sedih kerana masa begitu tidak terurus. Buka mata terus fikirkan hal kerja.

Doakan agar Allah memudahkan perjalanan ini. Doakan agar hati dan roh saya mencintai dakwah dan tarbiah ini dengan sepenuh hati. Doakan agar saya dapat mengurusi masa saya sebaiknya.
Membaca komen seorang ukhti di Facebook.
"Awesomeness talk by dr mahmoud ezzat! Alhamdulillah! Nak jadi macam dia : pensyarah perubatan dan dalam masa sama jadi naib mursyid İM. Org ikhwan ni super duper power dunia, akhirat pun power! Kitaaaa??? Haishhh".
Membaca juga mengenai parlimen di Mesir.
Kuatkan hati!

"
Tahukah Anda bahwa Majlis Rakyat (parlimen) Mesir sekarang ini ada di dalamnya!!!
- Lebih dari 140 orang ahlinya yang hafiz al-Quran.
- Lebih dari 100 orang ahlinya yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih dari 180 orang ahlinya yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih dari 170 orang ahlinya yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih dari 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih dari 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.
Kuatkan hati!
3 comments:
subhanallah kak mengerikan n akak pun taw kan Allah x uji hamba tu dgn kesanggupan yg dia x leh pikul kan...
kuat..kuat...kak feera boleh:)
salam anti, wpun kita saling tidak mengenal, ana doakan supaya anti sentiasa diberi kekuatan oleh Allah swt. Niatkn semuanya adalah krn Allah jua.Tingkatkn hubungan dgn Allah, krn itulah sumber kekuatan kita..ameen (MO yang pernah lalui HO, tp x sengeri anti kut, tp doakan supaya kita x buat mcm tu kpd org lain,dakwah mengajar kita erti kemanusiaan iallah.Sama2 kita jaga kecantikkan akhlak kita)
Subhanallah...lama tidak mendengar khabar...moga diberi kesihatan yang baik oleh Allah....sahabat lama...yang penanya cukup tajam dan berkesan...semoga terus thabat dalam perjuangan...
Lama benar rasanya tidak mendengar butir-butir hikmah dari mulut ummu, barangkali pena itu lebih mengesan hati-hati yang membaca...
Semoga Allah mempermudahkan urusan Ummu Afeera ye...
~~sahabat lama...'Ain~~
Post a Comment