Friday, June 17, 2011

Infaq...

Pernah suatu ketika saya melihat bahawa kerja berdemonstrasi mahupun berhujah di hadapan pemimpin yang zalim adalah lebih sukar dari kerja-kerja mentarbiah. Pada saya, membawa usrah itu sungguh mudah.

Namun hari ini saya melihat hal itu terlalu berbeza. Andai ada kerja yang sukar, itulah kerja-kerja mentarbiah. Mungkin suatu ketika saya melihat usrah hanyalah medan untuk menyampaikan ilmu atau taalim. Namun kefahaman saya terlalu jauh berbeza. Hala tuju usrah itu jauh. Impiannya adalah ustaziatul alam. Saat kita menjadi murabbi, kita juga perlu melahirkan murabbi. Anak-anak binaan kita juga perlu menjadi murabbi. Mereka juga perlu mahir dalam selok belok dakwah dan tarbiah ini. Mereka juga perlu bergerak. Dan ternyata kerja itu pada saya adalah terlalu sukar. Mendidik seorang manusia dari zero to hero ternyata terlalu sukar.

Dan kerja dakwah dan tarbiah ini bukan bermusim, tapi setiap minggu. Setiap saat dan ketika. Jujurnya ianya terlalu sukar untuk membangunkan manusia.

Mujahadahnya terlalu berat. Perjalanannya sungguh jauh. Tadi saya mentadabbur satu ayat-ayat Allah. Benar-benar saat diri sedang bermujahadah. Barangkali kerana mutabaah amal diri ini yang sungguh corot, lantas dakwah dan tarbiah terasa sukar sekali.

Berapa tahun perjalanan dakwah dan tarbiah Rasulullah SAW di Madinah? 10 tahun. Berapa banyak misi jihad dalam tempoh itu? Ada 83 tahun misi jihad. Kalau ikut kiraannya, kiranya setiap sebulan setengah, pasti akan ada misi jihad. Dan misi jihad di zaman itu bukan sehari dua, tapi kadangkala memakan masa berbulan lamanya.

Satu hari, sahabat-sahabat singgah di Taif. Mereka melihat kedamaian kebun-kebun kurma di Taif. Mereka berbual-bual saat itu. Misi jihad yang berterusan menyebabkan mereka tidak sempat mengumpul harta untuk digunakan pada jalan Allah. Timbul idea untuk bertanyakan Rasulullah SAW agar mereka diberi giliran untuk berehat, agar dapat mengumpul kecukupan untuk berjihad semula. Lantas mereka menghantar seorang sahabat untuk bertanyakan hal itu pada Rasulullah SAW. Kalau kita yang bertanya, mungkin masih ada selonggok lagi harta kita kan? Tapi andai sahabat-sahabat yang bertanya, pastinya mereka benar-benar kesempitan.

Saat Rasulullah SAW mendengarkan idea itu, nabi Allah itu diam. Kenapa nabi diam? Sebabnya perintah jihad ini bukan dari Rasulullah SAW tapi dari Allah SWT! Dan saat itulah ayat 195 dari Surah Al Baqarah turun.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (2:195)


Ayat-ayat ini turun dalam keadaan sahabat-sahabat sedang kesempitan yang amat. Tapi hebatnya para sahabat Rasulullah SAW, mereka sami’na wa ata’na. Tidak timbul lagi persoalan ini sehingga akhir kehidupan Rasulullah SAW.

Jihad dan infaq bukan saat kita telah sempurna. Bukan saat kita telah kaya, bukan saat kita telah menjaga hak-hak semua. Bukan! Bukan! Ianya berlaku setiap saat dan ketika. Meski dalam keadaan kita tidak punya apa-apa pun lagi.

Semuanya kerana janji Allah bahawa dia akan mencukupkannya bagi kita.

Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna". (18: 16)


Rasa nak nangis… Moga Allah permudahkan urusan-urusan kita..

4 comments:

M.D. said...

kdg2 kita rasa kita tidak punya apa2 untuk diinfaqkan ke jalan Allah lebih berat dan payah berbanding waktu kita punya harta ditgn. terasa diri tidak terdaya untuk bergerak lebih jauh.

tp kdg2 waktu kita punya hartalah lbh byk dugaan dan cabaran untuk diinfaqkan ke jlnNya bbanding waktu kita tidak punya apa2. sgalanya kembali pada iman..

teringat kata2 Saidina Ali karamallahu wajhah:

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"

selagi diberi nikmat pancaindera, selagi diberi nikmat tangan dan kaki, selagi itulah kita harus bergerak.. bergerak.. dan terus bergerak..

moga terus thabat dlm dakwah.

budak dpp said...

sebab tu nama dia infaq, bukan derma. derma ni kita bagi sebab kita ada lebih. infaq ni kena berkorban.

Miftahul Jannah said...

tahapan memberi semakin berbeza pada tiap marhalah dan itulah pengorbanan.Sehingga tidak berbelah bagi,namun banyak yang melaksanakannya hanya sekadar taklifan.

Ana setuju,usrah itu bukan hanya medan ta'alim semata tapi satu medan tagyir yang berterusan dan mempunyai gagasan yang jelas iaitu UA :)

hehe kapan ketemu ukhti?
dah start praktikel

Ummu Afeera said...

jannah, ana dah di johor...jomlah datang rumah..ana blom start praktikal lagi:)